Popular Post

Posted by : Cerita Farjannah Jumaat, 11 Mei 2012

Situasi-situasi yang berlaku ketika bergayut ngan bf/gf korang :

1. Tepat pukul 11 atau 12 malam mesti korang dah pegang henset korang..Sama ada tunggu panggilan atau korang yang akan call! Ada yang akan SMS tanya "Bz ke tak? Nak call nih" .....

2. Bila bergayut kadang2 tak kira tempat...Banyak port yang korang conquer.. Ada yang kat koridor..Ada yang depan pintu... Atas katil... Di meja study... Macam2... Masa ni dah tak kesah dah pukul 2 3 pagi pun sanggup gayut kat luar bilik asrama korang semata-mata dapat cakap ngan yang tersayang.... Kekasih punya hal, hantu2 dah tak takut dah!

3. Bila gayut punya gayut sampai mengantuk tapi si kekasih nak cakap lagi... Cakap2 sampai terlena.. Besok pagi pakwe/makwe call kata " Semalam dah tido eh? I panggil tak sahut2".. Dah mengantuk tapi taknak gtau sebab xmau kecewakan dia...apa daaaa~~

4. Tengah dok syok cakap telefon, tiba2 "tuuutt" call putus... Mula2 try call balik tak dapat.. Then check balance topup dah habis..Yang sang kekasih pun takde kredit.... Haa tyme ni la sibuk buat SOS topup la..Credit Advance la...Pi bilik kawan yang jual topup laaa...macam2...siap suruh ayah,mak, kakak dan abang pi topupkan..ish3!

5. Bila syok dok gayut atas katil tiba2 roomate nak tido dah..."Alamak,takkan nak gayut depan dia! Nak gayut di luar takut...Kalau gayut depan dia,nanti dia dengar aku bermanja-manja ngan kekasih aku lak" Bila dalam dilemma camni last choice ambik bantal cover!

6. Masa awal-awal call cakap la benda harian yang dibuat...Makan apa...Jumpa sapa...Aktiviti menarik yang dibuat...Then masuk part 2 plak dalam perbualan iaitu part gaduh-gaduh manja lak... Then masuk part ke 3...part pujuk memujuk pulak...Last2 BAIK balik...Banyak part sungguh laaa...

7. Kadang-kadang bila dah tak tahu nak cakap apa, pasang loudspeaker dan bagi roomate2 dengar sekali...Tyme ni semua pakat kerumun nak tanya soalan kat kekasih korang.. Nak menyibuk laa..nak mengusik laa... Nak buat Edisi Siasat laa... Yang roomate/kawan2 korang ketawa terbahak2 dengar kekasih kita bagi jawapan....

8. Ada kes di mana tengah dok gayut then gaduh besar... Tyme ni (kalau perempuan memang menangis laaa) dan akan terus matikan telefon.. Haa mulalah pakwe ni call atau mesej si roomate korang supaya tolong bagi dia cakap ngan korang.... Tak pasal2 jadi orang tengah pulak....

9. Bila akhir perbualan mestilah nak sebut " I LOVE YOU" atau " MISS YOU" tapi kita xsebut kuat-kuat...Malu kena ejek ngan roomate kalau dengar.....Oya, last sekali mesti ada "Mmmuuuaaahhh mmmuuaahhh" tu pun bagi kiss sesenyap mungkin... Malu punya pasal...tapi tetap nak bagi...

10. Haaa...ini memang satu situasi yang mana2 couple pun akan alami... "Awak letaklah dulu..." "Tak Nak... Nak awak letak dulu..." "Ala..semalam saya dah letak.. Hari ni awak pulak letak!" "Ala...jom kita letak sama2 k?Awak kira la sampai 3" "OK....1...2....3..." Hmmm...sampai ke sudah tak letak2....

~HAKCIPLAKTERPULIHARA~

Leave a Reply

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -