Popular Post

Posted by : Unknown Jumaat, 11 Mei 2012

semalam aku bersms dengan seorang teman. katanya dia ingin menanti cinta datang bertandang. tetapi aku merasakan dia tidak harus mengambil kesimpulan begitu. dia harus menjadi pemburu, walaupun dia itu perempuan. kerana di zaman serba membangun seperti ini, wanita nampaknya yang mendapat pekerjaan yang bagus-bagus. di pejabatku sendiri, wanita sudah mengambil kedudukan sebagai jurutera tapak, bekerja di tengah panas dan dibasahi hujan. memberi arahan kepada buruh-buruh import yang ternyata gagah perkasa. maka, aku kira wanita juga harus berani, mengambil peranan pemburu cinta. dan aku rasa lelaki-lelaki sekarang jadi gentar untuk berdepan dengan gadis-gadis yg berjawatan tinggi. itu sebabnya lelaki sekarang ramai kahwinnya selepas 30 tahun dan malangnya gadis-gadis sebayanya yang sudah melewati umurnya melewati angka 30 ini, sudah dimasukkan dalam kategori anak dara tak laku. jadi mari kita teruskan pemburuan. dan baiknya, aku mempermudahkan keadaan ini dengan membuat satu andaian mudah. bayangkan kita ini adalah seorang pahlawan di medan peperangan. bukan peperangan elektronik seperti yang ada sekarang, tetapi peperangan zaman dahulu kala, yg mana kita membunuh guna pedang, ada perisai badan, menunggang kuda dan harus pandai menggunakan taktik pentempuran. bayangkan pentempuran itu seperti zaman yunani, rom, peperangan saudara di amerika, atau zaman keagungan islam.

jadi apa yang harus kita ada perlu lengkap. pertama, ilmu bermain senjata. kedua, kita harus ada perisai yang mempertahan diri kita apabila diserang. ketiga, ilmu peperangan harus tinggi. keempat, perlu ada kecekalan untuk bertempur walaupun pertempuran mungkin ambil masa yang panjang. dan kelima, harus ada keberanian, pantang berundur.

mari kita kaitkan apa yang aku sebutkan di atas dengan 'pemburuan' kita. pertama, kita harus tahu bagaimana untuk memulakan cinta itu, samada memberi cinta pandang pertama padanya, atau memikatkan secara perlahan-lahan. untuk itu, persiapkan dirimu dengan ilmu mencantikkan diri, ilmu berperwatakan yg sempurna, kemanisan bila berbicara. ilmu ini harus dicari dan diamalkan. kedua, perlu bersedia bila cinta itu 'menyerang' kembali. ingat, sesiapa yang sedang kita buru itu tidak kosong dadanya. dia juga punyai senjatanya sendiri. maka, bersedia untuk menghadapinya, samada serangannya itu terlalu buas, atau sahaja dia mungkin datang merapat dengan lemah dan lembut. dan bila sudah begitu, kita harus tahu bagaimana untuk menghadapinya, dari hari ke sehari. dia itu mungkin akan bertempur dengan baik, dengan adil, tetapi mana tahu dia mengamalkan taktik penuh kekejian. kekotoran ada dalam hatinya. ilmu ini harus kamu tanya pada orang-orang yang berpengalaman. dan dalam pemburuan ini, kecekalan itu penting. jangan patah semangat, dia mungkin ingin mengheret kita dalam satu perlawanan yg panjang. dan terakhirnya, keberanian itu yang paling utama. untuk mendekatinya, kita harus yakin dengan diri kita sendiri, jangan merendahkan keupayaan diri. contoh, jangan fikir kamu tidak dapat memikatnya dengan segala apa yang ada pada kamu sekarang. setiap orang ada kelebihan, maka pergunakan keistimewaan kamu.

namun yang paling penting, faktor pertama sebagai pemula yang memastikan pemburuan itu berjaya atau tidak. samada penaklukan itu harus diteruskan atas tidak. lihat pada diri sendiri. apa yang kamu ada, jika ada kekurangan kamu, perbaikilah. mungkin kurang kecantikan kamu, maka cari kaedah yang boleh membuat orang terpesona dengan kamu. mungkin penampilan serba sederhana harus diiubah, biar kamu nampak anggun. atau sahaja percakapan merapu dan melalut kamu itu harus dihentikan. bercakap dengan nada yang mempersonakan sesiap yang berdepan dengan kamu.

dan ada satu lagi ingatan. jika kamu merasakan kebolehan kamu itu hanya sebagai soldadu yang tidak mempunyai cukup ilmu petempuran atau perisai yang bagus, atau semangat juang yang rendah, maka jangan kamu angankan untuk menakluki seorang panglima perang. panglima perang harusnya adalah yang terbaik di antara kesemua tentera yang ada. pasti sahaja kepala kamu akan dipenggalnya! maka cari soldadu yang sama handal dengan kamu, kerana mungkin itu yang mampu kamu takluki. kamu mungkin boleh bercita-cita menumpaskan seorang panglima perang di medan tempur, tapi kamu harus menyediakan diri dengan hal-hal yang aku katakan tadi. maka petempuran kamu akan sama adil untuk kamu teruskan. maka, lihatlah keupayaan kamu dulu. maka itu kamu harus tahu segala-galanya seperti yang aku telah aku nyatakan di atas.

akhir kata, selamat memburu dan berjuanglah sehingga titisan cinta kamu yang terindah.

Leave a Reply

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -