Popular Post

Archive for April 2013

jenis-jenis perempuan yang suka single

By : Cerita Farjannah



aingle
Perempuan yang berstatus single sering menjadi rebutan para lelaki, di tambah pula dengan paras rupa yang ayu dan bentuk badan yang menggiurkan, sapa yang tak nak kan? Tapi, bila korang nak 'ayat' je, perempuan tu kata, dia tak nak kapel-kapel ni, jadi single lagi syiokk..Apa perasaan korang time tu? Marah? Kecewa?..Haa, nanti dulu..Korang jangan terus nak marah je, ada sebab kenapa diorang nak stay single-mingle..Kalau nak tahu, meh baca kat bawah ni.. 


- Satu penelitian telah pun dilakukan oleh Michelle Cove, seorang penulis dengan mewawancarai lebih daripada 100 perempuan. Beliau cuba untuk menentukan apa yang menjadi keinginan dan impian para perempuan tersebut. Setelah selesai wawancara tersebut, beliau pun menyimpulkan keinginan dan impian para perempuan tersebut dalam 12 kategori iaitu:
1. Pencari Teman Hidup.


Perempuan jenis ini percaya bahawa setiap orang memiliki belaian jiwa dan ia akan melakukan apa saja untuk bertemu jejaka pilihannya. Sayangnya, kadang-kadang mereka terlalu fokus untuk mencari jejaka yang tepat sehingga menyebabkan para jejaka lain terpaksa menunggu untuknya.


2. Bangkit Semula.

Mereka yang baru saja mengakhiri hubungan yang menyakitkan akan melakukan apa saja yang boleh dilakukan untuk bangkit dari hubungan terdahulu dan menjadi lebih baik. Mereka tidak menyesali apa yang terjadi dan berusaha mengambil hikmah dari semua peristiwa yang terjadi.

3. Tak Peduli.


Perempuan seperti ini lebih suka membiarkan hidupnya berlalu begitu saja. Dia lebih suka hidup sendiri daripada memburu lelaki dengan berbagai cara. Bila akhirnya dia bertemu jodoh, hal itu hanya akan terjadi secara kebetulan.


4. Menunggu

Mereka percaya dengan kisah-kisah dongeng, di mana para perempuan menunggu untuk "diselamatkan" oleh seorang putera. Perempuan macam ini yakin dimana pada suatu saat akan ada lelaki yang mampu mengambilnya dan mereka memilih menunggu kehadiran jejaka tersebut.

5. Bebanan Kahwin


Seumur hidupnya, dia memuaskan keinginan dirinya untuk meraih kepuasan, sama ada dalam karier, pergaulan, mahupun pencapaian lainnya. Ketika akhirnya mereka berasa sudah sampai waktunya mencari calon suami, mereka akan menghentikan sahaja segala aktiviti yang menjadi keutamaannya.


6. Bebas

Perempuan pada kategori ini selalu khuatir disebabkan mereka harus memilih antara hidup sendiri dan berkomitmen. Biasanya, mereka akan memilih hidup sendiri, tetapi bebas menentukan arah hidupnya.

7. Ingin berkahwin


Perempuan ini biasanya akan berkhayal tentang suatu pernikahan setelah seumur hidupnya tidak memikirkan konsep pernikahan. Hal ini biasanya didorong oleh suatu peristiwa besar yang membuka fikirannya bahawa sesuatu yang diyakininya ternyata tidak tepat.


8. Pembelot

Perempuan yang tak lagi ingin hidup dengan cara yang sama yang dijalani komunitinya meskipun dulunya dia juga mengamalkan gaya hidup tersebut. Dia ingin menemui cara yang sesuai dengan pilihan hatinya meskipun itu bererti dia harus meninggalkan kawan-kawannya.

9. Ingin Perbezaan.


Perempuan yang ingin berkahwin, tetapi juga merasakan kekuatan untuk menjalani suatu pernikahan yang tidak konvensional. Perbezaann itu biasanya bermula sejak penentuan konsep pernikahannya.


10. Menjadi ibu

Perempuan jenis ini selalu berfikir, suatu ketika nanti dia pasti akan menjadi seorang ibu. Namun, dia berharap tidak ada orang lain yang mendesaknya agar segera merealisasikan harapannya itu. Bahkan, kadang-kadang dia sebenarnya akan berasa tidak patut berkahwin untuk mempunyai anak.

11. Lambat dan mantap


Perempuan jenis ini, mungkin juga seperti kebanyakan perempuan lainnya, berharap berkahwin pada waktu yang tepat. Sementara itu, dia akan berusaha sekuat tenaganya untuk tidak menghiraukan segala desakan atau tekanan dari kawan-kawan atau keluarganya untuk segera berkahwin.


12. Perintis

Perempuan jenis ini berasa kehidupan pernikahan tidak sesuai untuknya. Maka, dia akan cuba mencari cara baru untuk mendapatkan kebahagiaan.

p/s: Setiap orang pasti memiliki kategori yang tersendiri kerana secara logiknya, kisah hidup setiap orang sgt berbeza =D







credit Forum tentang cinta

20 Fakta Menarik Tentang lelaki

By : Cerita Farjannah
fakta tentang lelaki





1.Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).


2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).


3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan bererti Anda tidak pernah ada di hatinya).


4.Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).


5.. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).


6. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).


7. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).


8. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).


9.Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.


10. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).


11. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).


12. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.


13. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.


14.Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).


15. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).


16. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).


17. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).


18.Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).


19. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).


20.Lelaki sangat menyayangi ibunya.


credit: FTC

Rahsia Solat Lima Waktu

By : Cerita Farjannah

solat


Ali bin Abi Talib r.a. berkata,

"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.

' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'
Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

1) "Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.

2) Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.

3) Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang 
    bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti   Allah akan mengkabulkan permintaannya.

4)Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.

5) Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.


Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.

' Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'


Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'
Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
                     a) Dibebaskan daripada api neraka.
                     b) Dibebaskan dari nifaq.

"Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata,
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw).

suara wanita aurat atau bukan? [hukum]

By : Cerita Farjannah

muslimah




menurut ulama mazhaf syafi'i suara perempuan bukan aurat. dalam hasyiah al bujairami disebutkan "suara perempuan bukanlah aurat menurut pendapat yang lebih sahih.akan tetapi haram mendengarkan suara kepada lelaki bukan mahram apabila dikhuatiri terjadinya fitnah.

suara yang boleh menyebabkan fitnah itu apabila dilunakkan dan dibuat-buat manja apabila berada bersama dengan orang bukan maram. oleh sebab itu para ulama mengajar 

" apabila seorang tetamu mengetuk pintu, seorang perempuan hendaknya tidak menjawab dengan suara yang lembut"
malah ia sepatutnya mengasarkan suaranya misalnya dengan meletak tapak tangannya di mulut atau sebagainya. demikian penerangan dalam kitab i'anat al-talibin.

walau bagaimanapun, harus bagi seorang perempuan bercakap secara normal menggunakan suaranya yang biasa. Allah berfirman mafhumnya,

"wahai isteri-isteri nabi kamu semua bukanlah seperti mana perempuan lain kalau kamu tetap bertakwa.oleh sebab itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut dan manja [semasa bercakap dengan lelaki asing]  kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya dan sebaliknya, berkatalah dengan kata-kata yang baik[sesuai dan sopan]." (surah al-ahzab: ayat 32)

menurut ibn Kathir, walaupun secara zahirnya perintah Allah dalam ayat ini ditujukan kepada para isteri nabi, namun tuntutannya meliputi semua wanita beriman. seorang muslimah mestilah berbeza daripada wanita bukan islam dalam aspek cara bertuturnya.

wanita islam yang bertakwa itu penuh dengan adab apabila bercakap. kata-katanya pula tidak menyakitkan dan tidak pula menyinggung orang lain dan berlebihan apabila bercakap. 

ibn zaid pula berkata " seorang muslimah menggunakan nada lembut apabila bercakap dengan suaminya dan berbeza pula apabila bukan bercakap dengan suaminya."
 

koleksi kereta cristiano ronaldo (gambar)

By : Cerita Farjannah
cr7


Bintang kelab Real madrid, cristiano ronaldo mempunyai hobi menyimpan koleksi kereta. CR7 biasanya tidak memakai sesebuah kereta itu dengan jangka masa yang lama dan sering bertukar-tukar mengikut cita rasa semasanya. CR7 juga mempunyai sebuah garaj yang menempatkan semua koleksi keretanya.


 senarai Koleksi Kereta Cristiano Ronaldo:

Car
Price (USD)
Year bought
BMW M6
102.000 USD
2006
Bentley Continental GTC
195.000 USD
2007
Mercedes-Benz C-Class Sports Coupé
55.000 USD
2007
Porsche Cayenne
70.000 USD
2007
Ferrari 599 GTB Fiorano
310.000 USD
2008
Audi Q7
50.000 USD
2008
Ferrari F430
300.000 USD
2008
Porsche 911 Carrera 2S Cabriolet
101.000 USD
2009
Bentley GT Speed
220.000 USD
2009
Audi R8
150.000 USD
2009
Audi RS6
80.000 USD
2009
Maserati GranCabrio
140.000 USD
2011
Ferrari 599 GTO
385.000 USD
2011
Lamborghini Aventador LP 700-4
318.000 USD
2012
Porsche Cayenne Turbo
96.000 USD
????
Mercedes-Benz C220 CDI
40.000 USD
????
Bugatti Veyron
1.700.000 USD
????
Aston Martin DB9
200.000 USD
????
Phantom Rolls-Royce
400.000 USD
????
19 cars4.912.000 USD

19 biji kereta ini berjumlah 4912000 USD. kereta paling mahal yang pernah dibeli beliau ialah Bugatti Veyron yang menelan kos sebanyak 1.700 000 USD




GAMBAR  CRISTIANO RONALDO BERSAMA KERETANYA



cristiano ronaldo car's collection


cristiano ronaldo car's collection


cristiano ronaldo car's collection


cristiano ronaldo car's collection


cristiano ronaldo car's collection


cristiano ronaldo car's collection

cristiano ronaldo car's collection


KOLEKSI KERETA MEWAH CRISTIANO RONALDO

 Aston Martin DB9



 Aston Martin DB9

Audi Q7



Audi Q7


BMW M6


BMW M6

Bentley GT Speed



Bentley GT Speed

Bugatti Veyron


Bugatti Veyron


Audi RS6



Audi RS6


Ferrari 599 GTB Fiorano

Ferrari 599 GTB Fiorano



Ferrari 599 GTO



Ferrari 599 GTO

Ferrari F430



Ferrari F430

Maserati GranCabrio



Maserati GranCabrio

Mercedes-Benz C-Class Sports Coupé



Mercedes-Benz C-Class Sports Coupé

 Mercedes-Benz C220 CDI



 Mercedes-Benz C220 CDI


Bentley Continental GTC



Bentley Continental GTC

Porsche 911 Carrera 2S Cabriolet



Porsche 911 Carrera 2S Cabriolet

Porsche Cayenne Turbo



Porsche Cayenne Turbo

Porsche Cayenne



Porsche Cayenne

Audi R8



Audi R8



 Phantom Rolls-Royce

 Phantom Rolls-Royce




Lamborghini Aventador LP 700-4


Lamborghini Aventador LP 700-4




Cara delete\deactive facebook orang lain

By : Cerita Farjannah
delete facebook


boleh tak kita delete atau deactive facebook orang lain?? ni lebih kurang macam hack facebook jugak la..tapi menggunakan cara yang halus... ye! boleh dengan syarat dia adalah kawan, keluarga   yang telah meninggal dunia!! (ini boleh tipu ><)

bila kawan kita telah meninggal dunia, kita boleh membantu delete facebook nya untuk selamanya dengan mengikuti beberapa syarat dibawah.

--> syaratnya adalah, anda mengirim permintaan ke facebook untuk delete fb kawan yang telah meninggal dan semua data-datanya untuk selamanya.

--> permintaan ini boleh dilakukan oleh ibu, bapa dan kaum kerabat orang yang telah meninggal tersebut. (bolh je semua ni dilanggar)

--> semua butir pribadinya hendaklah disertakan seperti sijil kelahiran dan kematiannya (trick: upload saja apa-apa gambar dengan syarat tiada di internet)

--> wajib mengetahui email orang yang meninggal ataupun si mangsa.

--> selepas itu, klik link dibawah dan lengkapkan borang tersebut

Cara nabi Muhammad s.a.w makan

By : Cerita Farjannah
we love nabi muhammad s.a.w


dalam sebuah hadis riwayat muslim menyebut bahawa rasulullah dan keluarganya pernah selama sebulan atau dua bulan hanya makan kurma dan air. meskipun hidangan yang baginda makan sangat sikit dan sederhana, namun baginda tidak pernah lupa mensyukuri nikmat allah.

begitu juga baginda tidak lupa untuk berterima kasih kepada orang yang menghidangkannya serta tidak mencela apabila ada hal yang kurang baginda berkenan. ini kerana meskipun orang yang memasakknya telah mencuba sebaik mungkin , kekurangan itu pasti ada. oleh sebab itu, rasulullah tidak pernah mencela makanan dan orang yang memasaknya.

baginda juga tidak akan menolak makanan yang disajikan dan tidak memimta-minta makanan yang tidak tersaji. baginda nabi umat ini. perhatian baginda tidaklah tertumpu kepada masalah perut dan makanan sahaja. jika disajikan roti dan daging, baginda akan memakannya, jika dihidangkan dengan buah-buahan, baginda akan memakannya, jika dihidangkan kurna atau roti sahaja, baginda pun memakannya.

apabila dihidangkan dua jenis makanan, baginda tidak berkata: " aku tidak mahu menyantap dua jenis makanan!' baginda tidak pernah menolak makanan yang lazat dan manis.

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -