Popular Post

Archive for Februari 2013

KETAHUILAH BETAPA BAHAYANYA FITNAH SANG DAJJAL

By : Cerita Farjannah




Bila sebut fitnah dajjal, ramai orang memperlekehkan. walaupun nabi dh kata :


“Sejak penciptaan Adam sehinggalah terjadinya kiamat tidak ada perkara lain yang lebih besar dari Dajjal.” (Hadis riwayat Muslim)


Di dalam riwayat yang lain, Abdullah Ibn Umar ra berkata rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda : “Aku sungguh-sungguh berwasiat agar kamu semua berhati-hati terhadapnya. Tidak ada seorang nabi pun yang tidak memperingatkan kaumnya tentang bahaya Dajjal namun aku akan memberitahu kalian tentang sesuatu yang tidak pernah diberitahu oleh seorang nabi pun sebelumku kepada kaumnya iaitu bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya dan Allah itu tidaklah buta sebelah mata. (Hadis riwayat Bukhari)


Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)


Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)


Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)


Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)


Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

Janji Allah kepada mereka yang berkahwin

By : Cerita Farjannah
berkahwin dalam islam



Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

kredit: forum tentang cinta

Hukum Ibu Tumpang Dalam Agama Islam

By : Cerita Farjannah
HUKUM IBU TUMPANG DALAM AGAMA ISLAM




Hukum pengambilan ibu tumpang dengan tujuan untuk mendapatkan anak adalah haram. Maka urusan pesenyawaan tersebut adalah batil dan tidak boleh diambil.

Begitu juga hukum menjadi ibu tumpang adalah haram. Ini ialah pendapat yang dikeluarkan oleh badan fiqah Islam antarabangsa atas hujah ia akan terdedah kepada percampuran nasab dan perbalahan antara pemilik ovum dan wanita yang diupah mengandung itu.

 dengan kepesatan sains dan teknologi pelbagai kaedah lain yang boleh diambil bagi berusaha mendapatkan zuriat dengan cara yang sah menurut kaedah islam tanpa perlu menggunakan khidmat ibu tumpang. perbanyakkanlah berdoa kepada Allah semoga dimuruhkan rezeki untuk mendapatkan cahaya mata yang merupakan penyeri dalam sesebuah pasangan mahupun keluarga.

Sikap Romantik yang Perlu di lahirkan oleh suami

By : Cerita Farjannah
Sikap Romantik yang Perlu di lahirkan oleh suami terhadap isteri




1.Ciuman mesra

Memberi ciuman mesra ketika isteri mencium tangan suami tatkala hendak keluar bekerja dan baru pulang ke rumah. Ciuman adalah lambing kesetiaan, peniup semangat untuk untuk isteri dan suami meneruskan kehidupan seharian

2.Mendakap isteri setiap kali sebelum keluar dari rumah

Ia akan mencetuskan ingatan yang berpanjangan sewaktu suami dan isteri berpisah, sama ada dalam jangka masa yang singkat, lebih-lebih lagi sekiranya jika berjauhan lama

3.Ucapan

Selalu mengucapkan perkataan yang menunjukkan kasih sayang yang mendalam kepada isteri. Contohnya ucapan, “sayang” “I Love you” dan sebagainya terutamanya ketika akan berpisah, sama ada lama atau sekejap, jauh atau dekat.

4.Panggilan

Memanggil isteri dengan panggilan atau gelaran yang mereka sukai. Contohnya, “ayang” dan lain-lain. Maka ianya dapat memberi impak bermakna buat isteri.

5.Berjalan beriringan di luar rumah

Sering berlaku di awal perkahwinan pasangan suami isteri ibarat belangkas apabila berjalan bersama. Namun apabila usia perkahwinan meningkat, anak anak semakin bertambah suami isteri tifak lagi jalan beriringan, seorang di hadapan dan seorang lagi dibelakang. Seeloknya sekiranya tiada halangan, jalan berpegangan tangan dan jika melintas jalan, memegang lengan atau bahu isteri anda tanda anda melindungi mereka.

6.Usik mengusik

Selalu usik mengusik dan bergurau senda. Usik mengusik dan senda gurau boleh mrnjadi rencah kepada menghidupkan suasana yang lebih romantik

7.Jauhi perkara yang boleh mrnyakiti atau menyinggung hati isteri
Perkara ini perlu diberi perhatian, kerana hati wanita adalah sensitive secara amnya.





CARA LOGIN DUA AKAUN FACEBOOK BERBEZA DALAM SATU MASA

By : Cerita Farjannah


anda mempunyai banyak akaun facebook?? nak buka dua akaun sekaligus dalam google atau mozzila? tapi tak tahu caranya? tak apa hari ini saya akan tunjukkan kepada anda cara untuk daftar masuk dua akaun facebbook yang berbeza dalam satu masa. 

STEP 1: pastikan anda mempunyai dua akaun facebook




STEP 2: buka google dan daftar masuk akaun facebook pertama anda seperti biasa

STEP 3: sekarang tekan CTRL+SHIFT+N dari keyboard anda dan akan terbuka windows baru       (incognito window)




STEP 4: sekarang buka facebook.com dan daftar masuk\login akaun fb anda yang kedua.

STEP 5: selesai!


NOTA KAKI:

 * anda juga boleh mengunnakan teknik ini menggunakan mozilla firefox dengan menekan CTRL+SHIFT+P 
*bila menggunakan incognito google chrome tidak menyimpan pangkalan data anda seperti password, cookies, history dan lain-lain.

pendidikan Alaf ini (karangan berpandukan buku teks)

By : Cerita Farjannah



soalan: dalam era globalilsasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan kejayaan seseorang itu. huraikan kepentingan ilmu dalam era globalisasi ini yang semakin mencabar pada masa ini.

dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang sangat penting dan perlu diberikan perhatian utama. hal ini demikian kera tuntutan zaman telah membuktikan ilmu atau pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang itu jika digunakan dengan bijaksana. oleh itu semua orang hendaklah berusaha untuk mencari seberapa banyak ilmu yang mungkin untuk kesejahteraan hidup bak kata kata hikmat " ilmu janbatan hidup". jadi semua orang khususnya para remaja hendaklah menggunakan masa muda ini untuk menjari ilmu sebanyak mana yang mungkin . dengan adanya ilmu sudah tentulah seseorang itu akan mendapat manfaat dan kejayaan daripadanya terutamanya dalam era pascaglobalisasi ini

dengan adanya ilmu seseorang itu boleh mencipta inovasi baru dalam pelbagai bidang kehidupan manusia. ciptaan baharu yang merupakan inovasi itu bukan sahaja memberikan kemudahan kepada hidup mereka. sebagai buktinya, banyak inovasi baharu yang dicipta pada masa ini contohnya telefon mudah alih, komputer riba dan sebagainya. perubahan yang dilakukan seiring dengan peredaran zaman yang semakin pesat berlalu. hal ini sudah tentu memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam teknologi. jadi pada masa akan datang, sudah pastinya budaya yang mementingkan ilmu akan menguasai budaya masyarakat

seterusnya, dengan ilmu pengetahuan negara dapat melahirkan tenaga pekerja yang mahir dan berkebolehan. perdidikan yang beralaf baru menyediakan skop pengetahuan dan ilmu yang luas serta kemahiran menguasai pelbagai bidang yang semakin kompleks dan bercorak global.ilmu pengetahuan yang tinggi akakn memeberi kelebihan kepada tenaga mahir malaysia dalam menyumbang idea-idea bernas dalam penciptaan mereka. sebagai contoh penciptaan tembikar daripada tanah liat dengan teknik dan keunikan yang tersendiri telah menarik banyak syarikat dan pelabur luas untuk bekerjasama dengan malaysia. tuntasnya, dengan ilmu pengetahuan, negara bukan sahaja dapat melahirkan pekerja mahir bahkan turut memperkenalkan negara di persada antarabangsa yang pastinya turut menyumbang kepada peningkatan hasil ekonomi negara.

jika seseorang itu menguasai ilmu, pasti akan lahir sebuah generasi yang hebat dan mampu bersaing diperingkat global. generasi ini mampu memajukan diri dan negaranya sendiri. hal ini kerana, negara kita memerlukan pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi selaras dengan era globalisasi pada masa ini. seorang pemimpin yang berilmu akan membawa perubahan yang positif untuk kemajuan rakyat sejagat dan negara. jika pemimpin tidak hebat menguasai ilmu, sudah pasti negara kita akan jauh ketinggalan di belakang jika dibandingkan dengan negara-negara maju lain seperti jepun dan amerika syarikat. 

konklusinya ungkapan orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia haruslah diberi perhatian oleh semua pihak umumnya. oleh itu, janganlah suka membuang masa kerana "masa itu adalah emas" dan masa tidak akan menunggu kita. sekiranya kita lalai dan tidak menggunakan masa dengan sebaik mungkin, sudah tentu kita akan termasuk dalam golongan yang rugi. tuntutlah ilmu dan amalkan ilmu tersebut untuk kemajuan negara kerana ketinggian ilmu seseorang tidak dapat diukur dengan pita, melainkan dipergunakan.

BAHAYA KUTU PUBIK

By : Cerita Farjannah


Sebahagian besar  masyarakat tidak menyedari perbuatan menyimpan bulu ari-ari dan bulu ketiak sebenarnya mendedahkan mereka kepada jangkitan kutu pubik yang diklasifikasikan sebagai salah satu penyakit kelamin yang serius dan sebagai penyakit bawaan seksual atau (STD)
Secara fizikalnya kutu pubik berwarna kuning kelabu dan berukuran 2mm panjang. Sebagaimana kutu kepala, kutu pubik juga menghisap darah manusia  yang dihinggapinya. Tetapi kutu ini hanya tinggal di kawasan pubik atau ari-ari dan kekadang pada bulu ketiak, bulu dada dan bulu kening. Jangkitan kutu pada ari-ari dikenali sebagai pediculosis.
Jangkitan pada bulu kening dikenali sebagai phtriasis palpebrarum. Kesan jangkitan kutu pubik ini boleh dikesan melalui symptom berikut:
  •          Kegatalan keterlaluan pada bahagian yang dijangkiti
  •      terdapat serbuk hitam di dalam seluar kesan buangan kutu ini
  •      Terdapat telur-telur berwarna perang pada bulu


Selain sukar dirawat, jangkitan kutu pubik ini juga biasanhya berjangkit melalui hubungan seksual , selain itu ia juga mudah berjangkit melalui perkongsian pakaian atau tuala, tempat tidur ataupun tempat duduk tandas. Menarik untuk dicatatkan bahawa walau pun terdapat beberapa rawatan terhadap jangkitan ini seperti penggunaan krim dan syampoo khas, tetapi cara yang paling berkesan adalah dengan mencukur bulu ari-ari dan bulu ketiak. Ini bertepatan dengan sunnah rasulullah.


20 TIPS TANGANI KETAGIHAN SEKS MELAMPAU (cara Islam)

By : Cerita Farjannah


Sudah menjadi lumrah bahawa setiap proses penyembuhan sama ada yang berbentuk fizikal atau spiritual mempunayai pantang larang yang mesti dipatuhi. Berikut ialah cadangan beberapa kaedah untuk mengawal nafsu syahwat.

1) Fikirkan tentang matlamat hidup dan sibukkan diri untuk mencapainya.

2) Pasakkan keyakinan AlLah maha melihat apa yang sedang kita lakukan

3) Sedarkan diri bahawa malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan perkara yang kita lakukan

4) Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik serta soleh.

5) Putuskan hubungan “songsang” dan “gelap” sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet mahupun fizikal, melalui laman chat, e-mel, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di depan computer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri daripada berseorangan. Jika berbual mesra dan makan tengah hari bersama rakan sekerja yang berlainan jantina itu puncanya, maka elakkan diri, begitulah seterusnya.

6) Putuskan hubungan adik, kakak, dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pengundang maksiat.

7) Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat. Setiap orang tahu dan sedar jenis tindakan yang boleh mendorong syahwat masing-masing kerana ia mungkin tidak sama dengan orang lain.

8) Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat sasaran baru seperti menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu sasaran lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa sasaran dalam kehidupan, keinganana syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.

9) Sertai kumpulan yang bersifat keagamaan yang boleh membawa ingatan kepada allah. Namun awas dan elakkan diri daripada kumpulan songsang dan ajaran sesat.

10) Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah. Dengannya anda akan mendapat rakan dan sahabat yang baik. Selain itu waktu kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibentung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit.

11) Kalau anda sedang bekerja atau belajar, sasarkan diri untuk cemerlang dalam semua matapelajaran atau kerjaya anda. Dengan itu anda akan lebih sibuk dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan sekaligus ingatan kepada syahwat akan mula menurun dan ruangnya disempitkan

12) Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar sebab memikirkan kematian

13) Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu. Adakah anda suka untuk menerima kematian dalam situasi itu?

14) Kalau anda sedang bersyahwat dengan wanita sekalipun secara maya seperti internet dan tv , segeralah gambarkan kehodohannya agar syahwat menurun. Contohnya bayangkan wanita itu mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor ada AIDS dan banyak lagi.

15) Kalau computer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, maka mainkan alunan zikir , dan bacaan Al-quran setiap kali menghadap computer. insyaAllah, rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak pun sedikit.

16) Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan. Satu jurus langkah kea rah maksiat ialah kunci syaitan untuk menjerumuskan manusia ke dalam lembah maksiat yang lebih besar

17) Menjaga pemakanan dengan memastikan makanan itu halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada nafsu syahwat yang liar.

18) Memastikan harta yang diperoleh itu daripada sumber yang halal

19) Amalkan untuk berpuasa sunat, berzikir secara disiplin setiap kali selepas solat dan berdoa sebanyak mungkin semasa sujud dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

20) Segera beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam lembah maksiat yang besar. Firman Allah, mafhumnya “Dan segeralah kamu kepada keampunan daripada tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang bertakwa. “ (surah ali imran:133)

by: majalah al-ustaz

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -