Popular Post

Archive for September 2012

ber "couple" itu harus atau haram?

By : Unknown

Berpasangan sebagai kekasih atau kenalan seperti mana yang berlaku sekarang sememangnya haram disisi syara’. Ianya bukan datang dari Islam yang suci tetapi dari barat yang sudah hancur peradabannya.

Bercouple seolah2 sudah diterima oleh masyarakat kita sekarang padahal hukum tersangat jelas tentang perkara ini. Seorang wanita yang bukan mahram hanya boleh di kenali dengan tujuan bernikah sahaja atau sebab2 yang di haruskan syarak. Lain dari tujuan itu tidak dibenarkan berkenalan bahkan sesama tunang pun masih haram kelaur bersama tanpa di temani oleh mahram.

Seorang lelaki hanya di haruskan berkenalan dengan seorang perempuan yang bukan mahram jika dengan niat mengambilnya sebagai isteri. Itu pun wajib di patuhi peraturan agama seperti tidak boleh berduaan tanpa di temani mahram dan tidak boleh menyentuh badannya dan tidak boleh berbual melalui telefon melainkan perkara yang sangat mustahak.

wallahua’lam

5 SEBAB MENJADIKAN BER”COUPLE” HARAM

Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan (couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA  
Sesebuah perhubungan ˜istimewa” antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber”dating”, ber”shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap “caring” seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.



KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA

Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.

KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR

Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)



KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA

Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yangtidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah. Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah.

(Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)



BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan.Lalu Kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap

orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?

CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (insting) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA; Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita,anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas,perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dansawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia,dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik(Syurga). (Ali Imran: 14).



Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulaidengan wanita kerana kebanyakan manusiamenginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah

SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripadawanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi,Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orangberiman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash .a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalahperhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalahwanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim,NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)



ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.

(ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antaradua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dannorma yang sesuai dengan syariat.



SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, makatidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram,kerana beberapa sebab berikut:

1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.

2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.

3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.

4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.

5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.

6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukupuntuk mengharamkannya, lalu apatah lagikesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?



Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah,baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnyaadalah haram, kerana tidak boleh seseorang untukbersenang-senang dengan wanita asing (bukanmahramnya) baik melalui ucapan, memandang,

atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAWbersanda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaandengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorangwanita berpergian kecuali bersama mahramnya.Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrinditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yangbukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?

Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan,kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu danberhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkandalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiaporang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demimenjaga agama dan kehormatan dirinya.

Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalauada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah?Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) denganpembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat,seperti rayuan, atau mendayukan suara (baikmelalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya

Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya:

Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat

Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah.

Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktorcalon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.

Adakah benar wanita sebenarnya suka dirinya dirogol ?

By : Unknown


soalan: Adakah benar wanita sebenarnya suka dirinya dirogol ?


Apa yang membuatkan lelaki boleh terangsang nafsu seksnya sehingga sanggup melakukan jenayah ROGOL wanita??
Lelaki dijadikan sebegitu rupa, dimana nafsu seksnya boleh terangsang dengan hanya memandang pada wajah atau bentuk tubuh wanita sahaja.


Apatah lagi wanita yg mempunyai rupa paras yg cantik dan bentuk tubuh yang mengiurkan.
Ditambah pula wanita yang mengenakan fesyen pakaian yang tidak menutup aurat seperti yang memampakkan sebahagian dari bahagian Buah-dada, Betis dan Paha, Perut dan Pusat dan bahagian punggung (seluar dalam).

Jika kita perhatikan sekarang terlalu ramai wanita2 yg mengenakan pakaian
1) Yang menampakkan bahagian atas buah dadanya (alur),
2) Memakai baju yg singkat sehingga menampakan bahagian pusat dan perut,
3) Memakai seluar yg apabila bertinggung akan menampakan bahagian alur punggung dan seluar dalamnya.
4) Yang memakai skirt2 pendek yang menampakankan bahagian betis dan pahanya.
5) Memakai baju yang jarang sehingga menampakan bentuk buah dada dan warna bra yang dipakainya.
6) Memakai kain yang jarang sehingga menampakan seluruh bentuk kakinya hingga ke pangkal paha.
Maka semua ini akan menaikan nafsu seks kaum lelaki.


Lelaki memang sentiasa bernafsu apabila melihat wanita2 yang berpakaian sebegini. apatah lagi yang berpakaian separuh bogel, seksi n seksa.

Bagi lelaki yang boleh menahan nafsunya, maka itu semua hanya sekadar menjamu mata.

Tetapi bagi lelaki yg tidak dapat menahan nafsunya:-
  • Ada yang akan melepaskan nafsunya dgn cara lain. (Dengan isteri atau pasangan atau dot dot dot).
  • Ada juga lelaki yang ingin melepaskan nafsunya pada wanita yang dilihatnya itu sendiri. Dengan cara memaksa, maka rogol terjadi.
  • Ada juga lelaki yang tidak dapat melepaskan nafsunya pada wanita yang dilihatnya itu tetapi pada wanita lain (walaupun wanita ini tidak seksi) dengan cara memaksa, maka rogol terjadi.

Lelaki yang sanggup merogol adalah lelaki yang kurang waras, tapi bukan Gila, cuma tidak dapat menggunakan otaknya untuk berfikir secara rasional.


Dengan menggunakan kekuatan fizikal yang ada pada lelaki dan di dorong oleh nafsu yg meluap-luap dan tanpa menggunakan otak untuk berfikir, lelaki sanggup mengambil risiko untuk melakukan jenayah rogol.


Setelah merogol dan melepaskan nafsu baru lah boleh berfikir. Tapi cuma berfikir bagaimana nak lepaskan diri supaya tidak dapat ditangkap oleh pihak berkuasa.


Maka dengan menggunakan otak yang kurang waras tersebut, perempuan yang dirogol itulah yang menjadi mangsa sekali lagi. Cuma nak tutup mulut tapi tertutup nyawa terus.


*Jangan kerana anda, orang lain dapat dosa.. 

cara tukar saiz pendrive 2GB kepada 4GB

By : Unknown


1. Muaturun file tersebut disini.
2. Kemudian extract dan klik pada Drive Increaser 2.
3. Format pendrive tersebut.
4. Masukkan filename pendrive dan ikut langkah seterusnya.
5. Siap.


sebelum

selepas.

Dan sekarang pendrive korang yang saiznya agak kecil akan bertukar ke 4GB. Tak percaya? Cuba la sendiri dan lihat hasilnya. selamat mencuba..kalau menjadi komen ye..

hasil tunjuk ajar :IZZAT DANIEL 



sahabat baik saya.| about owner Blog

By : Unknown

Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar awak? hmm awak lah! awak yang baca entry ni hah! .. sihat tak? hope korang siihat la ya.. jaga kesihatan tu elok-elok..sekarang nie musim sakit.. jananh nak tnaya sikit, korang ada kawan baik tak? ada? bagus..  farjannah pun ade gak "bestie" ni.. ada DUA orang lagi!! kau hader? haha~

sorang nama khaleeda dan sorang lagi yatt yann (nama glamor beliau) atau nama dalam IC Nurhajriati..kami bertiga kenal since form 2.. kebetulan kami bertiga ditakdirkan duduk dalam barisan meja yang sama dan kelas yang sama.. kelas pertama lagi.. pandai tak mai ..*bangga diri sat..padahal tak de la bijak mana pun..*.. tapi kitarorang tak la rapat sangant waktu tu.. ye la kan.. masih malu-malu kucing la katakan.. weeee~

semakin lama kami berkawan.. kami sedar akan sesuatu hal!! hah? hal ape? ape? ape? lol~ KAMI SEKEPALA!! aha.. tu yang syok tu.. apa yang kiterang cerita mesti kena punya la! kecuali satu hal.. huhu.. bestie aku ni tak layan sangat bola.. *bab bola ni kalau citer kat dorang memang aq syok sendiri je la* ..

dan~ kami rasmi menjadi kawan baik waktu form 3 sehinggalah sekarang .. setelah lebih setahun mengenali hati dan budi masing-masing *dah macam nak bercinta pulak kan..siap kenal hati budi lagi..kehkeh* kami pun rasmi menjadi KAWAN BAIK!! hahaha~  tepuk la tangan sikit untuk i.. ingat senang ke nak dapat kawan baik.. hehe

ada orang tanya farjannah tadi~ apalah kelebihan ada bestfriend nie? *orang yang tanya nie tentu forever alone.. sebab tu dia tak tau..gelak manja sikit..*

okay.. farjannah akan jawab soalan insan istimewa itu.. hehe.. banyak tau kelebihan ada kawan baik nie.. salah satunya..jeng3..

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi
 kawan yang baik .
Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik
 tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya
 kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya
untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tidak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat
perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik
 adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk
berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih
atau gembira.
Kawan baik
 menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tidak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada
disisinya.
Kawan yang baik
 tidak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan
kawan yang baik
 .
Kawan yang baik
 tidak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai
kawan baik
 , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan
kawan baik
 nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita
bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah
 kawan yang baik jika kita
menjadi
 kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana
 kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang
baik kepada
 kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu
menyampaikan perkara yang baik kepada
 kawan baik nya.
Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan
kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman
oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi
 kawan yang baik kepada
kawan baik
 nya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu
menjadi seorang
 kawan yang baik …kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik…!!!!!

nah... banyak kan kelebihan nya.. hehe.. petikan ayat diatas nie farjannah ambil dari sebuah blog..kakak ni.. jom terjah beliau sat .. ok..berbalik kepada dua orang sabahat baik farjannah tadi.. asyik cerita pasal dorang ..tapi korang manalah nak kenal kan.. ok..fine..jom berkenalan dgn mereka berdua.. eyda n yann nie cantik.. jangan jatuh hati sudah yee.. 


Jom kenali sahabat baik cerita farjannah....


 nama: Norhajriati abd Rasyid.
perwatakan: -kekadang boleh jadi kelakar
                      -sometimes boleh jadi garang.
kelebihan: -amat berbakat dalam bidang penulisan sastera.
comel dan baik hati.
kekurangan: fobia with ular n binatang yang tak berkaki.
hobi: baca novel.
status: berpunya *doakan sahabat saya nie kekal dgn pasangannnya ya.. bole tak?
special talent: master dalam bab melukis.. *cemburu saya dibuatnya*
contact : merupakan seorang Blogger KLIK SINI.. *kalau korang sayang saya, follow yann eh..please*




Nama: Khaleeda mohin.
personaliti: seorang fasionista tegar..hehe
perwatakan: -seorang yang amat mesra alam *ramah kepada pompuan jer*
- seorang yang  amat berani untuk tetap berdirii di pendiriannya.
kelebihan: - pandai membuatkan kami ( yann dan saya) tersenyum
- seorang yang amat memahami 
-sanggup mempertahankan kawan baiknya... walaupun berhadapan dgn sesiapa.
kekurangan: kami2 aje yang tahu..
hobi: tgk filem hindustan memandangkan darah pakistan mengalir dalam diri sahabatku ini.
contact: FACEBOOK

ok.. tu jer yang farjannah nak kongsikan hari ini.. mereka berdua ni la tempat farjananh ceritakan masalah yang jannah hadapi.. prinsip kami bertiga ialah " there is no secret between us" nnti kan.. hmm.. ni angan-angan farjannah je la.. bila farjannah nak nikah dan kahwin nanti.. mereka berdua ni la yang jannah akan jadikan pegapit jannah,..hehe.. ~ apalah yang kau merepek nie fajananh!! study pun tak habis lagi.. terima kasih sudi membaca entry ini..hehe.. peace yaw!! semoga Allah memberkati kita semua.. Assalamualaikum!!




Tag : ,

CERPEN: AKU SANGGUP WALAU KU TAK MAHU.

By : Unknown


Malam berselimut mendung, tapi hujan tak jua turun, hanya sesekali gemuruh petir yang menyapa dingin,,dingin,,, itu yang kurasa saat angin menyentuh kulit tubuhku. Sudah jam 11 malam tapi tak juaku rasakan mengantuk datang menyapaku.didepanku sang suamiku tengah duduk dg kaki bersilang, gelisah,resah dan ragu, itu yang dapat kutangkap.




aku memulakan pembicaraan,“abang kenapa…?”aku mencuba untuk bertanya manalah tahu kegelisahan suamiku boleh cair bahkan hilang bersama hembusan angin yang dingin ini.




” abang ingin berbincang sesuatu dengan sayang,, hal ini sangat penting….”




“Aneh la abang malam ni, biasanya kalau ada masaah abang akan cakap je.. ada apa sebenarnya ini sayang?” aku masih duduk santai, sambil sesekali minum teh yang masih suam.




”Tapi sayang janji ye,, janji kat abang yang sayang takkan marah,,dan ples jangan minta sesuatu yang abang tak boleh kabulkan, janji?”




“abang ni aneh sangat malam ini ,,,buat ayang takut je la..ada apa sayang?” aku berubah dari posisi dudukku dan mendekati suamiku. “Ada apa sayang? ayang bersiap-sedia untuk mendengar semuanya..ayang janji ayg takkan marah.. hee,"aku mengukir senyuman kecil.




“sayangggg….hmmm…abang…abang…hmmm....” sebelum membuka bicara sang suami minum sesaat, sambil menarik nafas panjang “Hmm…izinkan ayah menikah lagi…” kata suamiku dengan nada yang perlahan sambil agak menunduk.




“Hahaha…ish, abang nie nak bergurau ngan kita lah tu..” Jawabku santai sambil minum teh O itu lagi.




”sayang, dengar sini…abang serius ni…ayang tak bergurau ngan sayang.. abang sungguh-sungguh dengan apa yang abang lafazkan sekejap tadi, "sambil si suami memegang bahuku".




Aku baru sedar dengan apa yang aku dengar sekejap tadi…ternyata ini semua bukanlah mimpi dan aku tidak berkhayal ..suamiku memang serius…serius mengakan hasratnya.dan serius akan menikah lagi. Aku tak tahu harus menjawab apa dan bagaimana, yang pasti…udara mulai panas kurasakan, dunia seolah-olah mahu kiamat, aku masih terkejut dengan permintaan suamiku untuk menikah lagi, sehingga cangkir yang kupegang jatuh dilantai dan pecah seperti hatiku malam ini…




“Abang….benarkah…? semua ini hanya mimpi belaka bukan…??? awak saja nak bergurau dengan ayang kan!! iya kan!!. aku seperti tidak mempercayai semua ini.




" tidak sayang, pegang pipi abang…”jawab suamiku sambil mencuba menganggkat tanganku.Tak terasa air mataku mulai mengalir membasahi pipiku , semakin lama semakin deras bak curah hujan yang jatuh dari langit.




“kenapa abang lakukan semua ini terhadap ayang..? apa kurang hanya dengan satu cinta?”“Apakah abang sanggup berbuat adil..?ingat bang….semua perbuatan pasti dipertanggung jawabkan didepanNya nanti.”aku mengajukan pertanyaan tak henti-henti terhadapnya seperti seorang hakim yang bersoal dengan sang pesalah.




“abang sudah berfikir masak-masak.. abang yakin dengan keputusan abang, jangan lupa…Allah juga mengizinkan umatNya untuk menikah lagi, coba sayang baca QS.An-Nisa:3…..:maka nikahilah prempuan lain yang kamu cintai satu, dua, tiga atau empat". ….jadi tidak ada larangan kan sayang….”suamiku menjelaskan ayat Al-Qur'an ttg poligami terhadapku.




“apakah abang lupa akan sambungan ayat ? "Tetapi jika kamu tidak bisa berlaku adil maka nikahilah satu orang saja"…..abang...jangan mengambil ayat Al-qur’an hanya untuk kepentingan pribadi ingat itu..!!! dosa bang …dosa…!!!" aku menjawab dengan nada yang amat kasar disertakan dengan deraian airmata.




"Aku setengah mati bersuara menjelaskan pendirianku bahwa Allah sebenarnya tidak mewajibkan umatNya utk bernikah lebih dari satu, tapi hanya mengharuskan saja, itupun kalo umatNya boleh berbuat adil terhadap kedua-dua orang isterinya. Lalu bolehkah para lelaki hari ini berlaku adil?"




Apakah adil hanya dilihat dari luara sahaja..??? bagaimana dengan perasaan wanita jika suaminya berbagi cinta terhadapnya? Bukannya aku menolak ayat Allah yang satu ini…tp cuba difikir lagi…fikir lagi dgn jernih. Kata-kata itu yang berteriak dalam benakku tanpa sanggup aku ucapkan.Suamiku tertunduk saat aku tak henti-hentinya menyerang dengan dalil.




“sayang!! …!!!! Ini keputusan abang…!!! muktamad!! ! suara suamiku mulai meninggi, aku tahu suami mulai tertekan sama seperti yang kualami sekarang, dan aku diam… tapi pada hakikatnya…suaraku tak kalah hebat kencangnya, meledak-ledak bagai letusan gunugn berapi…




Malam itu merupakan pergaduhan yang sangat hebat bagi kami berdua, kami sudah lupa bagaimana cara untuk mengawal emosi ….tapi yang pasti…suamiku tetap kukuh pada pendiriannya….ya Allah….!!! Hatiku sakit!!!




Tak pernah terlintas dalam hatiku, kalau pada akhirnya hidupku akan begini. Sejak permintaan suamiku untuk bernikah sorang lagi, aku merasa bahawa aku adalah wanita paling malang didunia, aku merasa bagai aku seorang wanita teraniaya didunia yang fana ini , dan aku merasa tidak mempunyai kekuatan apapun. Ya Rabbi!!….kuatkan aku dalam menghadapi semuanya, kuatkan aku dalam menghadapi ujianmu, Ampunilah segala dosaku... Hanya kata-kata itu yg selalu bersenandung dalam hatiku.




Sejak itu hidupku seolah-olah tanpa pegangan, yang aku lakukan hanya menangis dan menangis tanpa bertindak apapun. Sadar dengan keadaanku yang sebegini rupa. "aku sedar semua ini hanya akan membuat hidupku hancur! bukan hidupku saja yang akan musnah.. aku bimbang hidup anak-anakku turut terkena tempiasnya..." bisik hati kecilku




Aku tidak mahu hancur dan menjadi insan yang lemah!….aku tak mahu hanyut dlm kesedihan….itu yang tiba-tiba ada dlm benakku, yang membuatku bangkit dan bangun dari tidur panjangku. Akupun bangkit untuk memujuk kembali hatiku yang tlah membeku karana kecewa.




Aku mencuba untuk bangkit dari mimpi buruk ini, aku mencuba sedaya upaya, walau mengambil masa.. tapi aku optimis yang aku boleh! Diantara kepingan hatiku, aku berusaha berdiri tegak walau aku tak kuat dan memerlukan dorangan dan sokongan moral.. Sebagai langkah awal, aku mengambil wudhu dan membaca alquran bagi memenangkan diriku yang telah tak tentu hala... Subhanallah…….. disaat aku memerlukan jawapan atas persoalan hidupku, ada secercah jawapan dariNya. Jawapan yang membuatku lega dan boleh tersenyum kembali.




“Kami tidak akan menurunkan Al-qur’an ini kepadamu agar kamu celaka” (qs.Thahaa:2) ayat ini yang telah membuatku tersenyum kembali, ayat ini yang telah membuatku kembali bersemangat untuk kembali dan …tentu banyak kalam Allah yg membuatku kembali berdiri teguh diatas jalannya.




Ya…aku boleh menerima semuanya sekarang walau aku masih memerlukan seseorang untuk menguatkanku.




“Apakah kamu tidak ingin masuk syurganya Allah..?” kalau kamu redha, iklas dan sabar, insyaAllah syurga dlm genggamanmu, tapi kalau kamu tidak mampu menghadapi ujian ini dengan sabar, kamu boleh mengajukan cerai...walau ianya dibenci Allah.”“




" Untuk menggapai syurga Allah, tidak hanya dengan jalan ini saja sarah, masih banyak lagi jalan yang boleh membawa kita menuju ke syurga Allah..?iya kan sarah?” nasihat seorang sahabat baik terhadapku.




“Ujian yang kamu hadapi sekarang ini adalah menunjukkan kamu kuat untuk menghadapinya ...Allah memberikan ujian ke atas umatnya sesuai dengan kemampuan umatNya… Allah maha tahu” jawab sahabatku dengan penuh kelembutan dan wibawa.




Itulah dialog antara aku dan sahabatku di saat aku tidak sanggup lagi untuk memendam masalahku seorang diri.




Dengan berbagai pertimbangan, akhirnya…akupun menyetujui dan merestui pernikahan suamiku. Keputusanku ini bukan bererti tanpa melalui perdebatan yang sengit, antara aku dan suamiku, juga antara aku dan batinku. Bahkan aku berkali kali meminta nasihat dgn orang yang aku anggap boleh menjawab dan memberikan aku jawapan kepada masalah yang aku hadapi tika ini. Dan aku tinggalkan semua rasa pedih dan sakit hati. Segala yang aku inginkan hanyalah demi kebaikan semua pihak.




Waktu yang telah ditunggu-tunggu oleh suamiku telah berkunjung tiba…aku sibuk menyiapkan segalanya…..ya segalanya!! …menyiapkan pernikahan suamiku, mulai dari urusan hal tetamu jemputan, catering sampai urusan bilik pengantin disebuah hotel terkemuka di petaling jaya.




semua ini tidak berat bagiku.. menyediakan semua ini..Yang paling berat adalah menyiapkan hati dan perasaanku agar aku boleh menerima semua ini bahkan sampai ke level ikhlas...




Disebuah masjid yang sudah tertata emas dan dingin, dengan karpet merah terhampar indah, tak lupa ada meja pendek ditengah dgn sebuah vas bunga nan cantik… aku duduk disebelah suamiku.




Para tetamu pun datang sebelum waktu yg telah ditetapkan, sesekali aku menghela nafas panjang…ada rasa sakit dan sesak yang kurasakan... benak ku bersuara, " sanggupkah aku menghadapi semua ini? "




Dan… mempelai wanita dengan memakai kebaya putih kelihatan sangat anggun dengan solekan moden yang telah bersedia untuk menjadi pendamping suamiku kelak.




Ya Allah….kuatkan aku…kuatkan aku, suara batinku tak henti-hentinya bersahutan, karana melihat suamiku bersanding dgn wanita lain. Teringat aku akan sumpah setia suamiku dulu, akan setia kepadaku hingga ke nafas terakhirku, namun.. *aku menghela nafas panjang*




tak boleh kudibendung lagi.. air mataku perlahan bercucuran seiring dengan desahan nafasku. “aku tak tahan ya Allah….kuatkan aku…kuatkan aku Allah…kembali lagi aku memohon kekuatan kpd Allah dari bilik hatiku!! semua ini kejap!! teriak hati kecilku.. namun akal warasku menafikan itu semua.




“Saya nikahkan ….binti….dengan mas kawin seperangkat emas dan seprangkat alat solat bidayar tunai..! saya terima nikahnya…..binti….dengan mas kawin RM 100 ringgit... sah…sah….aku.. aku.. hanya tertunduk sayu saat ijab kabul telah dikumandangkan, dan bererti pernikahan mereka telah sah dimata agama dan hukum….mereka telah sah menajdi suami istri.




Dan aku…??? Kembali air mataku mengalir tak terbendung dan lagi-lagi aku tak mampu untuk menahannya, tapi segera aku hapus dengan tissue yang aku genggam. Sejak dikumandangkannya ijab Kabul itu, akupun berubah status, yaitu menjadi istri tua.




Para undangan mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mempelai, aku hanya tertunduk….sedih…disebelah suamiku. Untuk menghindari diri dari para tetamu, aku menyibukkan diri menyiapkan hidangan. Tapi sesekali aku melirik ke arah suamiku. Ya Allah… wanita itu sangat manja dan mesra dgn suamiku dan sesekali mereka tersenyum bahagia. Ingin rasanya saat itu aku menjerit,!! tapi aku segera meredakan emosiku karena aku tahu, amarah atau emosi itu datangnya dari syaitan laknatullah.




Setelah semua para tetamu meninggalkan majlis yang sederhana itu secara satu persatu, maka tinggallah kami bertiga... Aku, suamiku dan ….istri barunya. Kekok…ya! itu yang aku rasakan saat aku berada ditengah mereka. Dan aku merasa seperti orang asing dihadapan suamiku sendiri, walau suamiku berusaha untuk tersenyum. Entah senyum itu senyum kasih sayang atau senyum kemenangan….ya Allah…kuatkan aku….kuatkan aku…lagi-lagi kata-kata itu yang bersahutan dalam hatiku.




“abang…kenapa ayah masih berada disini, bukankah sudah ayang siapkan bilik pengantin abang tu? jum kita kesana dan kita lihat..manalah tau ada yang kurang ....,” kataku memecah kebisuan dan kekakuan.




“Oh iya sayang, jom kita kesana, tapi abang yakin sayang ni orang hebat yang boleh design bilik pengantin yang terbaik untuk abang.. kan3,” sahut suamiku diiringi langkahku menjalani koridor hotel menuju ke bilik pengantin yang telah kutempah beberapa hari yang lalu..Kami berjalan menyusuri lorong-lorong di hotel 5 bintang itu menuju ke bilik pengantin yang sudah aku tata sesuai dengan keinginan ‘adikku’ atau maduku!




Masih dengan bergayut manja istri muda suamiku mengikuti langkahku, diiringi senyumnya yang bahagia. Sesampai di bilik pengantin aku yang memasuki bilik terlebih dulu, kerana aku tidak mahu ada yang kurang. Aku segera membentangkan sajadah dan alat solat untuk melakukan solat sunat bagi kedua mempelai sebelum melakukan kewajibannya sbg suami istri, dan aku juga menyiapkan segelas susu untuk diminum berdua. Semua sudah aku atur dan aku persiapkan. Lalu aku segera menuju kepintu untuk meninggalkan mereka berdua, tapi …. suamiku menarik tanganku...





“sayang….. hanya kata itu yg terungkap dari bibir suamiku sambil memelukku erat. Dan aku merasakan air mata membasahi pipiku.

“abang kenapa ini?” bukankah ini hari bahagia abang?lakukan kewajiban abang, sebagaimana abang lakukan terhadap ayang dulu.”

Aku mencuba untuk memberi kekuatan padanya walau sebenarnya hatiku tidak ikhlas...

“sayang, maafkan abang ya….. abang tak bermaksud melukai hati sayang, abg langsung tak berniat nak menduakan dan menyakiti awak.” Jawab suamiku sambil memelukku lebih erat lagi.

“ tak apa lah..ayang faham sayang…” hanya kata-kata itu yang keluar dari mulutku kerana akupun tak sanggup lagi untuk meneruskan kata-kataku. Sakit dan entah apalagi yang aku rasakan saat itu.

“sayang orang hebat, sayang orang yang kuat, sedang abg ni lemah, jangan tinggalkan abg yee, tanpa sayang abg mungkin tidak akan mampu berdiri, abg masih tetap mencintai bunda,”

“bang…ayg juga mencintai ayah, dan sangat…justru kerana rasa cinta inilah ayg merelakan abg bernikah sorang lagi, lakukan kewajiban abg yaaa….ayg nak pulang, anak kita menunggu dirumah tu..takut mereka risau pulak kan..hehe.”

Sebelum suamiku menjawab aku segera melepas pelukannya, dan aku segera meninggalkan suamiku dibilik pengantin.Aku melangkahkan kakiku dengan secepatnya agar segera dapat meninggalkan tempat ini dan segera sampai dirumah.

Sesampai dirumah, aku tak kuasa lagi menahan rasa sesak didada.. segalanya aku tumpahkan dalam bilikku, aku menangis sekuatnya. Setelah merapatkan kepala ke dinding bilik aku kembali menangis. Tangisan jiwa yang tak mampu aku kendalikan. Jiwa yang menjadi rapuh kerana kecewa. Aku anggap diriku telah gagal dan tak mungkin bangkit lagi…… Dan dinding itu menjadi saksi bisu bagi air mata kepiluan yang menitisi bumi tempat aku menunduk. Air mata yang sepekat darah. Darah yang mengalir dalam nadi keputus-putusan. Padahal di atas atap rumahku purnama tengah bersinar.

Hari demi hari terus berlalu…… aku semakin menyedari dan menghayati kembali doa yang biasa aku ucapkan dalam hari-hari terberatku . Dari sana aku mengerti bahwa ketika sedih dan sakit hati, sesungguhnya sesuatu yang lebih baik sedang menantiku di masa depan.



















Ya Allah..

Bila Engkau mengetahui bahwa perkara ini lebih baik bagi agamaku, hidupku dan akhir urusanku kelak [dalam jangka pendek maupun panjang], maka takdirkanlah hal itu bagiku dan mudahkanlah aku untuk mendapatkannya, kemudian berkatilah aku dalam hal tersebut. Dan apabila Engkau mengetahui bahwa perkara ini tidak baik bagi agamaku, hidupku atau akhir urusanku kelak [dalam jangka pendek maupun panjang], maka jauhkanlah perkara tersebut dariku dan hindarkanlah diriku darinya, lalu takdirkanlah yang baik buat diriku bagaimana adanya, kemudian buatlah aku ini ridho atas ketentuanMu...Aamiin ya Allah...






TAMAT.

saya ada satu pertanyaan yang khas ditujukan kepada para wanita di luar sana? adakah anda rela dimadu seperti dalam cerpen ini?? tak salah nak berpoligami bagi lelaki yang cukup syarat dan kewangan.. cerpen diatas tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati... saya menyusun 10 jari meminta maaf jika ada pembaca diluar sana yang terasa ngan cerpen ini.. mendapat ilham daripada sebuah lagu, 
Tag : ,

HEBATNYA KERJAYAKU !!

By : Unknown

Gambar sekadar hiasan


Sedar tak sedar, dah dekat setahun aku tinggal kat Kedah ni. 1.04 ni genap la setahun aku menyandang tanggungjawab sebagai penjawat awam dalam sektor kerajaan. Syukur sangat2 sebab dalam beribu bahkan berjuta yang mencari peluang pekerjaan kat luar sana tu aku adalah salah seorang yang ditawarkan bekerja dengan kerajaan. Sungguh misteri perancangan-Nya padahal aku bukanlah pemegang sijil ataupun diploma. Ijazah???? Jauh panggang dari api.. Aku cuma ada SPM je tapi aku ada wawasan bak kata si Husin ;p. - kata abang saya-



Mak!!.. Mesti mak bangga anak mak ni keje kat gobemen kan? Aku dapat bayangkan mak aku dengan bangganya bgtau kat kawan2 dia yang anak teruna dia ni keje kt gobemen. Mesti makcik2 yang lain melopong sebab anak diorang cuma keje kat supermarket je... Choittt~~ Perasaan ujub mula muncul dalam diriku ;p.......... Tapi tetibe pulak sorang makcik ni mencelah lalu dia berkata "ala,cuma keje gobemen je. anak aku si Rizalman tu keje loyar(lawyer) kat KL tu tapi aku xkecoh pun. Gaji 2,3 ribu sebulan." Lepas tu ada pulak sorang makcik ni menyampuk pulak. Dia kata "Hek eleh, keje loyar apa barang beb.. Nuh anak aku si Hafiz tu ada kompeni eksport import aku tak kecoh pun.. Dia punya sendiri tuuuu!!! Maka terdiam serta kelu tanpa sebarang kata la mak aku sebab rupa2nya ada lagi anak org lain yang lebih hebat dari aku.



Hahh...Dapat mesej aku x? xdapat? Aisemen lambat pikap betul la korang ni. Sebenarnya dalam hidup ni kita selalu membandingkan kerja kita dengan orang lain. Si fulan tu kerja loyar, best dia kan.. Si fulan ni pulak keje doktor, lagi mulia keje dia. Lagi hebat keje yang seseorang tu dapat lagi la dia dihormati. Itulah kita, itulah fikiran jumud kita. Tapi kita lupa sebenarnya ada lagi kerja yang nampak hina serta kotor namun lebih mulia dari keje jadi doktor, peguam, jurutera dan sebagainya. Cuba pandang kat luar tingkap rumah atau opis korang, tgk sekeliling.. Kadang2 kita akan nampak si apek tua tengah menyapu sampah kat tepi jalan, kadang2 pulak kita terlihat lori sampah kat depan rumah kita. Aritu aku lalu kat tepi lori sampah, bau dia takyah nak kata la, bau yang kurang menyenangkan tapi apa yang aku lihat pekerja2nya tekun menjalankan tugas dan xterganggu pun dek bau sampah tu... Ikhlas aku kata time tu aku mmg betul2 kagum ngn diorang.



Sebenarnya banyak lagi kerja2 yang dianggap "low standard" ni tapi satu perkara aku nak bagitau kat korang JANGAN PANDANG RENDAH PEKERJAAN MEREKA. Kalau la diorang xde sapa nak tolong buangkan sampah kat depan rumah korang? Siapa yang nak tolong sapukan sampah kat bawah meja korang? Siapa yang nak potong rumput kat tepi2 jalan? Bagi aku inilah dia pekerjaan mulia tapi ramai yang tak menyedarinya. So lepas ni jangan la ada lagi perasaan merendahkan pekerjaan orang lain dan beranggapan bahawa kerja kita adalah yang hebat..

HUKUM UNGKAP "SAYANG" KEPADA BUKAN MAHRAM

By : Unknown



SOALAN:

Dulu saya pernah meminta nasihat daripada seorang lelaki. Dia juga ingin mencari seorang lelaki soleh untuk saya. Kami selalu berhubung melalui telefon dan e-mel. Dia juga meminta biodata dan ingin tahu perwatakan saya. Sekarang, saya terkesan dengan setiap percakapannya. Dia pernah menyatakan dia menyayangi saya kerana ALLAH. Bolehkah seorang lelaki yang bukan mahram menyatakan sebegitu kepada saya? Bagaimanakah cara untuk saya menyelesaikan perkara ini?



JAWAPAN:

Tidak patut bagi mana-mana lelaki menyatakan hal ini kepada mana-mana wanita yang bukan mahram (individu yang boleh dinikahi) dengannya. la boleh menyumbang kepada fitnah hati kerana terpikat dengan kata-kata tersebut. Perbuatan seperti ini dilakukan oleh kebanyakan lelaki dengan niat yang baik, harapan dan istiqamah. Tetapi ia adalah cara yang salah dan haram disisi agama. Sabda Rasulullah s.a.w., "Dosa adalah apa yang terdapat di dada kamu dan kamu benci jika diketahui oleh manusia. " - Hadis riwayat Muslim: 4632.



Lelaki tersebut mesti menyembunyikan perkara ini daripada orang lain. Usaha untuk mencari jodoh yang baik amat digalakkan. Usaha ini akan dinilai oleh ALLAH. Tetapi janganlah kamu mengambarkan perwatakan kamu secara berlebihan padanya.



Sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak boleh bagi seorang wanita bercampur dengan wanita lain, kemudian menceritakan halnya kepada suaminya seolah-olah suaminya dapat melihatnya sendiri". Hadis riwayat Muslim: 5240.



Kamu boleh mengambarkan perwatakan kamu sekadar apa yang diizinkan syarak jika dia ingin melamar kamu, iaitu muka dan tapak tangan. Tapi ini dikhususkan bagi lelaki yang benar-benar ingin menikahi kamu. Lelaki tersebut pula perlu meminta nasihat orang yang berilmu atau orang tengah untuk melihat wanita yang ingin dilamar tanpa pengetahuannya (wanita tersebut).



Selain itu, kami nasihatkan agar kamu memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut. Pohonlah keampunan daripada ALLAH di atas segala yang berlaku. Berwaspadalah ketika bermuamalat (bergaul). Jauhkanlah diri daripada fitnah yang boleh menjauhkan kamu daripada rahmat ALLAH. Untuk makluman kamu, wanita adalah fitnah bagi kaum lelaki. Oleh itu, jagalah peribadi kamu sebagai wanita solehah agar tidak menyebabkan orang lain terjebak dalam dosa.



Sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang paling dahsyat ke atas lelaki melainkan fitnah wanita.” - Hadis riwayat al-Bukhari: 4706 dan Muslim: 4923.



Sabda Rasulullah s.a.w., “Dunia adalah sesuatu yang segar dan manis, ALLAH melantik kamu sebagai khalifah untuk melihat sejauh mana kamu boleh lakukan. Takutilah fitnah yang ada pada dunia dan takutilah fitnah yang ada pada wanita. Sesungguhnya fitnah pertama bagi Bani Israel ialah wanita.” –Hadis riwayat Muslim: 4925



(Sumber islamonline. net)



Wallahuaklam.

GAMBAR PASANGAN PUTERA WILLIAM DAN KATE MIDDLETON MELAWAT KE MALAYSIA.

By : Unknown

GAMAR SEKITAR LAWATAN PUTERA WILLIAN DAN ISTERI KATE MIDDLETON KE MALAYSIA.



Jika anda berkunjung ke Hutan lembah Danum dekat Lahad Datu, Sabah maka inilah pemandangan terindah yang pasti dikenang sampai bila bila. Anda harus bangun seawal 5 pagi dan naik menara pemerhatian untuk melihat hutan tropika berusia 130 juta tahun ini diselubungi kabus dan awan, bak salju mendakap minda. Hutan Danum lebih tua dari hutan Amazon di Amerika Selatan.

This is the famed view of Danum Valley pristine rainforest, older than Amazon rainforest in Latin America, majestically covered by mist, can be seen early morning from an observation post.
Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isterinya Catherine Middleton yang dalam lawatan empat hari ke Malaysia, siang tadi melawat pusat konservasi hutan simpan lembah Danum dekat Lahad Datu, Sabah pada Sabtu 15 September 2012.

Lawatan ke lembah Danum yang dilakukan sejak pagi hingga ke petang tadi, bagi melihat dengan lebih jelas usaha Malaysia khususnya Sabah, dalam program pemuliharaan hutan hujan tropika.

Pasangan diraja British itu tiba Kota Kinabalu malam tadi, jmumaat 14 September 2012 sebelum diraikan dalam majlis resepsi dihoskan kerajaan negeri bersama ketua menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di hotel penginapan di Tanjung Aru.


 ketibaan William dan Kate di lapangan terbang Kota Kinabalu pada Jumaat 14 Sept 2012, disambut gadis berpakaian tradisi Sabah termasuk kaum Rungus ini.


PASANGAN INI TIBA DI LAPANGAN TERBANG LAHAD DATU,SABAH.




Dan awal pagi tadi, Putera William, pewaris tahkta Britain selepas ayahnya Charles dan Catherine atau Kate menaiki helikopter Sabah Air yang dipandu juruterbang berpengalaman, Kapten Naru Kiob (gambar atas yg pakai tie), ke pusat konservasi lembah Danum, yang menempatkan pelbagai spesies flora dan fauna serta diiktiraf antara hutan hujan tropika tertua di dunia.




 Raut riang kegembiraan jelas terpancar di wajah Prince William dan isterinya Kate Middleton di Danum Valley, Lahad Datu, Sabah, pada Sabtu, 15th September 2012. Kate nampak tidak terjejas dengan kontroversi gambarnya yang disiarkan sebuah majalah Perancis dan disedari pasangan diraja ini semalam, Jumaat 14 September, 2012 ketika masih berada di Kuala Lumpur.





Kate Middleton jika dilihat dari dekat, memang lawa, cantik dan anggun. Namun hatinya hanya boleh dimiliki oleh seorang Putera Raja dan pewaris Tahkta Britain. 
















Ketika di Kuala Lumpur, Kate Middleton sempat bertemu pemenang pingat perak Olimpik London 2012 dan Beijing 2008, Dato Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong, gangsa Olimpik London terjun 10 meter platform


KREDIT: malaysian hollywood

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -