Popular Post

Posted by : Unknown Khamis, 24 Mei 2012

Terlerainya sebuah ikatan percintaan bukanlah jalan penyudah kepada sebuah kehidupan. Bagi yang sedang bersedih kerana ditinggalkan oleh kekasih, jangan mudah berputus asa dan anggaplah jodoh anda berdua tiada. Cubalah bangkit dengan semangat baru dan buangkan semua kenangan lalu. Pastinya kehidupan yang dilalui kini akan lebih bererti.

Melempar jauh bekas kekasih lama secara tidak langsung memberi peluang kepada diri mengenali insan baru dalam hidup. Dalam proses mengenali pasangan baru tersebut, tidak salah rasanya mengatur janji temu. Siapa tahu, jejaka yang baru dikenali itu adalah jodoh anda.

Pun begitu, langkah berhati-hati harus diambil. Bukan apa, bimbang jejaka yang dikenali itu tidak sesuai dijadikan pasangan. Untuk itu, perhatikan sebaiknya gaya dan sikapnya saat bertemu nanti kerana terdapat 5 jenis lelaki yang harus dihindari dan tidak sesuai dijadikan kekasih.

1. Lelaki Yang Inginkan Pacar Mirip Bekas Kekasihnya

Kaum lelaki biasanya sulit mengawal perasaannya sendiri. Melalui fasa sedih akibat putus cinta sering membuatkan lelaki mengambil tindakan mencari teman baru. Dalam pada itu, mereka juga cenderung membandingkan teman wanita baru mereka itu dengan bekas kekasih lama. Untuk itu, sebaiknya siasat dahulu adakah dia telah benar-benar melupakan bekas kekasihnya itu atau sebaliknya.

2. Lelaki Yang Sering 'Menghilang'

Lelaki seperti ini sering menghilangkan diri dengan alasan terpaksa menyempurnakan tugas penting di pejabat atau membatalkan temu janji anda bersamanya secara tiba-tiba. Bagi yang berpacaran dengan jejaka ini sebaiknya berhati-hati kerana mereka mungkin memiliki pacar atau sudah beristeri.

3. Lelaki Yang Terlihat Terlalu Sempurna

Lelaki yang tergolong dalam kategori lelaki seperti ini biasanya berkereta mewah dan mempunyai penampilan menarik seperti orang kaya. Bagi wanita di luar sana, jangan terburu-buru menghampiri lelaki seperti ini. Bukan apa, bimbang lelaki seperti ini berselindung di sebalik imej kerana mempunyai niat buruk di sebaliknya.

4. Lelaki Yang Tidak Beretika

Lelaki jenis ini sering mengajak teman wanitanya bertemu di lokasi yang berhampiran dengan rumahnya. Sudahlah begitu, teman wanitanya itu juga disuruh supaya datang sendiri dengan teksi. Sekiranya ini terjadi, putuskan segera hubungan anda dengannya. Tiada gunanya anda berpacaran dengan lelaki seperti ini kerana selain tidak bertanggungjawab, dia juga mungkin mempergunakan teman wanitanya sendiri demi kepenting dirinya suatu hari nanti.

5. Lelaki Yang Tangannya Ramah!

Baru beberapa kali bertemu, si dia sudah berani menyentuh tubuh teman wanitanya. Apabila ditegur, dia berlagak selamba sambil memberi pelbagai alasan yang tidak mampu diterima akal. Jangan sekali-kali berdampingan dengan lelaki seperti ini. Lebih baik lupakan sahaja niat untuk terus berkawan dengannya.

Leave a Reply

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -