Popular Post

Archive for Oktober 2012

Taufan Sandy Badai AS, Kanada.

By : Cerita Farjannah



Setakat semalam, 13 orang dilapor terbunuh dalam kemaraan sandy.sekurang-kurangnya 13 orang maut kelmarin dia amerika syarikat (AS) dan kaneda selepas taufan mega sandy membadai pantai timur AS, selain menumbangkan pokok dan tiang elektrik dengan ribut taufan.
pegawai tempatan di New York, New Jersey, Maryland, Pennylvania, west Virginia dan North Carolina melaporkan 12 kematian akibat sistem taufan yang begitu kuat dan polis toronto berkata seorang wanita kanada maut selepas terkena puing berterbangan,

sekurang-kurangnya lima orang maut dalam Taufan di negeri New York, termasuk seorang wanita yang berusia 30 tahun yang dihempap sebatang pokok di daerah Qeens, New york city, kata seorang jurucakap Gabenor Andrew Cuomo kepada media As.

dua orang maut di Morris country, New jersey apabila pokok menghempap sebuah kenderaan, demikian menurut kenyataan seorang pegawai pengurusan kecemasan tempatan.

da orang lagi terbunug di Pennysylvnia, seorang akibat dihempap pokok dans eorang lagi ditimbus oleh sebuah rumah yang roboh, kata seorang pegawai pengurusan kecemasan tanpa memberi maklumat lanjut.

dalam insiden lain di sepanjang pantai timur, seorang keldai di AS di atas sebuah kapal replika HMS Bounty diselamatkan dari laut tetapi kemudiannya meninggal duniadi hospital manakala kapten kapal yang hilang dan dikhuatiri maut selepas kapal tinggi itu karam di perairan Carolina.

seorang wanita di Maryland maut selepas merempuh pokok dengan pesawat Hidro, kata pegawai. di West Verginia, seorang wanita berusia 48 tahun maut apabila keretanya berlanggar dengan trak simen ketika memandu dalam salji tebal yang disebabkan oleh taufan. kata seorang pegawai.

pusat taufan negara menurun taraf taufan sandy kepada pasca puting beliaung tropika ketika ini membadai pantai AS dekat Atlantic City, New jersey tetapi ia masih maju membawa ribut taufan selaju 130 kilometer sejam.

taufan itu seluas ratusan batu dalam diameter yang menyebabkan cuaca bruk dalam kawasan luas di beberapa negeri dan di beberapa bandar raya utama amerika Syarikat.

di utara, di toronto, kanada, seorang wanita maut apabila dia terkena puing berterbangan, demikian menurut sumber polis. selain kapten kapal hilang, pegawai pantai AS, turut berkata ia juga mencari seorang perenang yang berusia 40 tahun yang hilang diperaian pantai Connecticut.

sebagai taufan, sandy mengorbankan sekurang-kurangnya 67 orang termasuk seorang warga AS di Puerto Rico, ketika ia melanda rantau Carribien sejak beberapa hari lalau tetrapi dijangka bertukar menjadi taufan yang jauh lebih kuat berbanding kelmarin, sekaligus turut meningkatkan risiko kematian, kecederaan dan juga kemusnahan.

pihak berkuasa memberi amaran bahawa ancaman kepada nyawa dan harta adalah benda luar biasa dan mengarahkan ratusan ribu penduduk dari New England ke North Carolina berpindah dari rumah mereka untuk mencari perlindungan.

pokok tumbang turut menjatuhkan kabel elektrik, menyebabkan jutaan rumah terpaksa bergelap menjelang senja, manakala amaran taufan memeutuskan hubungan kereta api dan menyebabkan puluhan ribu penumpang terkandas di lapangan terbang di seluruh wilayah berkenaan.

firma pengganggar bencara Eqecat meramalkan taufan kuat itu akan menjejaskan lebih 60 juta penduduk Amerika Syarikat satu perlima dariapda peratus penduduk AS dan menyebabkan kerosakan yang dianggarkan bernilai AS$20 billion ( RM60 bilion). AFP

Cara Nak Edit Status Dan Komen Rakan Di Facebook

By : Cerita Farjannah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan2 semua. ya! hari ini jannah nak kongsikan sebuah "trick" ataupun cara nak edit status kawan anda ataupun edit komen mereka di facebook. nampak macam mustahil? hehe.. sebenarnya tidak pun. ok, anda ikut saja langkah-langkah yang saya akan tunjukkan di bawah ini.

sebelah kiri: adalah status asal rakan saya di facebook,
sebelah kanan: status yang telah sya edit .


LANGKAH PERTAMA.
  • pertama sekali, anda buka buka facebook atau website yang korang nak edit pastu bookmark website tersebut


LANGKAH KEDUA.

  • sekarang edit bookmark yang anda buat pertama tadi, klik bintang berwarna kuning itu, dan klik EDIT
  • gantikan URL kandungan bookmark tadi dengan 
javascript:document.body.contentEditable='true'; document.designMode='on'; void 0

  • letak title bookmark tersebut dgn "edit" supaya anda tidak terkeliru dengan bookmark yang lain.
LANGKAH KETIGA.

dan tibalah masa ke bahagian yang paling menyeronokkan. ok, anda buka facebook atau laman web yang anda ingin edit dan selepas itu klik pada bookmark yang telah kita buat tadi. perasan tak perubahan yang berlaku? sekarang anda seharusnya dah boleh edit laman web atau facebook yang anda tengah buka. anda boleh menulis, memadam dan melakukan apa sahaja yang anda suka.  tetapi pengeditan hanya akan terlihat kepada anda sahaja selagi mana laman web tersebut masih terbuka. jadi anda perlulah merancang yang sebaik mungkin untuk mengedit status dan komen rakan adna di facebook atau laman web yang lain.


*nota kaki:
  1. mengedit status rakan rakan di facebook atau laman web tersebut hanya akan terlihat kepada anda seorang dan tak akan menggangu kandungan asal laman berkenaan kecuali anda "printscreen"
  2. pihak kami tidak akan bertanggunjawab terhadap sebarang  penyalahgunaan dan tidak akan memberikan ganti rugi.
  3. tutorial ini hanya sekadar untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang dunia cyber dan bersuka ria.



Cara Sekat Facebook Dan Youtube Sepenuhnya.

By : Cerita Farjannah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. seperti yang kita sedia maklum bahawa facebook adalah sebuah laman sosial yang begitu membuat remaja dewasa ini ketagihan. purata masyarakat Malaysia melayari laman sesawang Facebook adalah selama 6 ke 8 jam sehari. bayangkan, berapa lama masa yang dibuang semata-mata untuk membuka facebook. 

ibu bapalah di antara golongan yang begitu tertekan dengan ketagihan anak mereka ini. oleh itu, terpanggil saya  untuk berkongsi cara untuk menyekat Facebook mahupun youtube daripada dilayari oleh anak jagaan tuan dan puan. ikuti langkah yang bakal ditunjukkan di bawah:

  • Download FB LIMITER DI SINI
  • kemudian install software tersebut
  • selepas itu launch software tersebut dan anda akan mendapat paparan skrin lebih kurang begini

  • sekarang apa yang anda perlu lakukan ialah klik button TOTAL LOCK (butang yang terakhir) dan selepas itu dia akan bertanya tempoh masa anda menyekat aplikasi facebook. selepas tu anda tekan button OK.



yeah!! dah selesai, sekarang facebook anda dah berjaya disekat dalam tempoh masa tertentu!! kaedah ini boleh dugunakan untuk menyekat youtube dan sebagainya.. selamat mencuba.



*nota kaki: sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada saya. tinggalkan komen anda di bawah ini sekiranya mempunyai masalah.. jika saya mampu membantu saya akan membantu anda dengan hati yang terbuka..^^










Menganalisis Pandangan Mengenai teori Kiamat 2012

By : Cerita Farjannah



Tidakkah anda merasa risau dan takut? atau memang anda belum mendengar ramalan yang mengatakan bahawa pada 21 disember, empat hari sebelum krismas tahun ini , dunia akan kiamat?

sebuah planet yang dikenali sebagai planet X, atau planet Nibiru, sudah berada dalam perjalanan menuju ke bumi kita dan akan berlanggar dengan bumi kita!! pada hari itu semua planet sistem suria juga akan tersusun sebaris dengan kuasa graviti mereka yang tergabung akan membuat tarikan yang kuat ke atas bumi dan ini akan menyebabkan graviti bumi berkurangan dan menyebabkan gempa bumi, letusan gunung berapi, air pasang yang lebih tinggi dan tsunami!

perubahan pada bumi ini sekaligus juga akan membawa kepada perubahan cuaca yang mendadak apabila paksi bumi juga akan berpindah  dan ini bermakna kutub utara dan selatan akan berubah tempat! bagaimanapun semua ini tidak dapat dibandingkan dengan impak  yang akan dibawa oleh Nibiru apabila ia berlanggar dengan bumi.

inilah ramalan yang dibuat oleh ramai peramal tentang kiamat sejak beberapa puluh tahun yang lalu. kepercayaan mereka ini adalah berdasarkan kepada ramalan yang ditemui di dalam runtuhan-runtuhan kota-kota lama tamadun maya, yang berbentuk sebuah kalender di tahun 1960-an. kalender ini berhenti pada 21 Disember 2012, menyebabkan pelbagai spekulasi  bahawa itulah hari kiamat. pada bulan november 2011, satu lagi artifak telah ditemui yang menyebut tarikh yang sama, dan ini menambah lagi kepercayaan bahawa ramalan kiamat ini memang tepat.

Idea tentang Nibiru telah dimulakan oleh seorang wanita bernama Nancy Lieder pada tahun 1995 yang menganggap dirinya sebagai "penerima mesej" yang kononnya berupaya menerima mesej-mesej dari makhluk asing melalui sistem bintang zeta reticuli dengan menggunakan suatu peralatan yang telah ditanamkan ke dalam otaknya.

dia memaklumkan bahawa dia telah dilantik untuk memberi amaran kepada seluruh umat manusia bahawa Nibiru akan memasuki sistem suria kita dan berlanggar dengan bumi menyebabkan perubahan paksi bumi dan mengakibatkan kemusnahan kebanyakan manusia. makluman ini telah diambil serius dan seterusnya diperbesar-besarkan oleh banyak kumpulan penyebar cerita kiamat ini di internet dan dia laman-laman sosial seperti facebook dan twitter.

nampaknya jumlah orang yang benar-benar percaya akan hal ini adalah sangat ramai. laman-laman sesawang dan youtube  sahaja dah cukup untuk memuaskan mata dan telinga mereka bagi yang berminat membaca dan menontonnya ada pula yang mendakwa bahawa CIA (jabatan perisik Amerika) dan NASA (Agensi Angkasa Amerika) sendiri telah mengakui kewujudan Nibiru dan bukti-bukti kiamat akan berlaku pada bulan Disember ini.

satu dakwaan telah mengatakan "seseorang dalam CIA\NASA telah melihat Nibiru dengan mata kepalanya sendiri. ia mempunyai garis pusat 47,000...setiap 12500 tahun ia berkait dengna bumni secara magnetik dan menterbalikkannya dalam masa hanya 28 minit, menyebabkan banyak kepupusan  diikuti dengan banjir besar, angin kuat dan gempa bumi, dan ombak air pasang. ia terbang pada kelajuan 2500 batu sejam.

semua ini nampaknya begitu sensasi, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sukakan cerita mengenai kemusnahan bumi, tetapi majalah Trumpet menyatakan bahawa "terdapat beberapa aspek yang bermasalah mengenai cerita ini. pertama sekali , sumber-sumber telah mendedahkan salah faham tentang ramalan ini dan asal usul kebuadayaannya.

batu matahari (The Stone Of The Sun) yang belum lagi disahkan sebagai sumber sebenar ramalan maya, sebenanrnya telah diukir oleh orang-orang aztek lebih kurang separuh melinium sebelum maya dan berbatu-batu jauhnya dari orang maya. kalender maya termasuk kitaran -kitaran masa yang berlapis dan 2012 kebetulan adalah suatu tarikh di mana beberapa daripada kitaran ini dimulakan.

Don Yeomans, ketua pejabat program objek-objek berdekatan telah meneliti benda-benda yang berpotensi untuk melanggar bumi tlah menjelaskan bahawa banyak daripada ramalan ini sebenarnya tidak betul. katanya, kalender maya berhenti dengan tiba-tiba pada 21 Disember 2012  dan ini telah menimbulkan kepercayaan bahawa hari itu juga dunia akan berakhir. bagaimanapun yeomans berkata, "kalender ini sebenarnya tidak berakhir pada 21 Disember 2012, tetapi ia hanyalah sebuah penghujung kepada satu kitaran dan permulaan kepada kitaran baru. ia sama juga halnya dengan 31 Disember, di mana kalender kita berakhir tetapi satu kalender baru akan bermuka pada 1 Januari.

Mengenai Nibiru, Yeomans berkata planet ini hanyalah satu imaginasi orang dan ada segelintir orang yang berfikir ia akan masuk ke dalam sistem suria kita dan berlanggar dengan bumi. "planet yang besar ini kononnya sedang menuju ke bumi tetapi jika ini benar kami sudah lama melihatnya. kalau pun ia tidak dapat dilihat, kami boleh mengesannya daripadanya impak gravitinya terhadap planet-planet yang berdekatan. beribu-ribu pengkaji bintang mengimbas langit setiap malam tetapi tidak pernah melihat benda ini, katanya.

mengenai bahaya dari kekuatan graviti akibat perbarisan planet, yeomans berkata "petama sekali tidak ada susunan planet seperti itu yang akan berlaku pada bulan disember ini. kalau ada pun tidak akan berlaku kesan banjir besar terhadap bumi. hanya dua benda di angkasa yang boleh memberi kesan kepada pasang surut air di bumi iaitu bulan dan matahari . planet-planet lain tidak akan memberikan keasan apa pun kepada bumi"

mengenai perpindahan paksi bumi, berliau berkata ini hanyalah satu teori yang tidak dapat di buktikan kesahihannya. " putaran paksi ini tidak boleh berubah  kenara orbit bulan mengelilingi bumi menstabilkan dan tidak memebenarkannya untuk berubah paksi. dia mengakui bahawa medan magnet bumi memang berubah sekali dalam setengah melenium tahun, tetapi setakat ini tidak ada bukti yang menunjukkan akan berlaku di bulan disember 2012 ini.

oleh yang demikian, nampaknya tidak perlulah kita risau tentang dunia akan kiamat dalam tempoh masa yang kurang daripada dua bulan ini. sejak dari dulu pun memang sudah ada banyak ramalan tentang tarikh dunia kiamat dan semuanya terbukti tidak benar kerana seperti yang kita sedia maklum bahawa tarikh kiamat adalah rahsia Allah. jesteru, tidak ada sebab lagi untuk kita mempercayai ramalan yang terbaru ini , kita hanya perlu percaya akan kitab-kitab suci yang mengatakan bahawa  tuhan saja yang tahu bila kiamat akan berlaku. 

Lima Perkara Yang Disukai Perempuan Tapi Dibenci Lelaki

By : Cerita Farjannah



Perempuan dan lelaki memiliki perbedaan yang cukup ketara, baik dari sifat, tahap emosional sampai kehobi. Bahkan, ada beberapa kegiatan yang tidak disukai lelaki, tapi wanita amat minat melakukannya. Agar dapat mengerti bila satu waktu teman lelaki menolak ajakan anda.

Perempuan dan lelaki memiliki banyak perbedaan dari pelbagai segi.

1. Menonton Drama Romantis Bersiri


Kebanyakan lelaki kurang minat menonton drama bersiri bertema romantis. Mereka umumnya menganggap kalau cerita cerita drama tidak natural dan terkesan dibuat buat. Akan tetapi, kebanyakan perempuan amat suka mengikutinya. Jangan hairan bila lelaki tidak selasa apabila lama di depan tv saat anda sedang menonton drama bersiri tempatan atau drama Korea.

2. Membaca Novel Romantis

Perempuan mempunyai sifat kelembutan yang lebih besar dibanding lelaki sehingga dia minat membaca novel romantis atau mendengarkan lagu-lagu cinta. Namun kebanyakan lelaki lebih suka membaca buku yang penuh aksi dan pertarungan. Menurut lelaki, novel romantis cukup membosankan. Hal ini boleh menyebabkan pertengkaran antara anda dan pasangan kalau tidak saling mengerti satu sama lain. Oleh sebab itu, jangan marah ketika teman lelaki terlihat kurang tumpuan mendengarkan ketika anda membahas tentang novel percintaan.

3. Bergosip

Sebenarnya perempuan dan lelaki suka membicarakan hal orang lain ketika sedang berkumpul dengan teman-teman. Namun, lelaki tidak suka kebiasaan wanita yang suka membicarakan orang lain tanpa tahu kepastiannya. Padahal, menggosipkan orang lain menjadi sesuatu yang cukup mengasyikkan bagi sebagian besar perempuan.

4. Ambil Berat Penampilan

Sebagian besar lelaki tidak terlalu mengutamakan penampilan. Pakai kemeja, seluar panjang dan mungkin jam tangan sebagai aksesori, dia pun sudah siap untuk pergi. Sedangkan bagi perempuan, penampilan adalah segalanya kerana senang dipuji sehingga mereka menghabiskan waktu cukup lama untuk bersiap siap saat akan pergi keluar. 

5. Bermain Bersama Anak Kecil

Perempuan memiliki naluri keibuan sehingga mudah bagi mereka mendekatkan diri dengan anak kecil. Sedangkan lelaki umumnya kurang minat bergaul dengan anak-anak. Lelaki kurang suka bermain, memanjakan anak, kerana mereka tidak ingin memperlihatkan sifat kelembutannya. Kecuali anak itu adalah darah dagingnya sendiri.

Adakah Batal Solat sekiranya Melakukan Pergerakkan Melebihi 3 kali?

By : Cerita Farjannah
Bolehkah bergerak dalam Solat Jika keperluan ?




Mengenai pendapat yang mengatakan bahawa bergerak melebihi 3 kali dapat
membatalkan solat tidaklah benar kerana tidak ada dalil dan tidak ada hujah dari Al-
Qur’an dan As-Sunnah. Ianya cuma pendapat mazhab Syafie yang dibuat berdasar
kaedah ihtiyath (berhati-hati) walaubagaimana pun bergerak dalam solat secara sengaja
tanpa keperluan akan merosakkan solat dan menurut ulama’ dapat membatalkan solat.
Namun jika mempunyai keperluan maka tidak mengapa bergerak dalam solat walaupun
melebihi 3 kali dan tanpa perlu pun mengira berapa kalikah pergerakan itu berlaku
kerana jelas terdapat hujah dari sunnah dari riwayat Ummul Mukminin Aisyah ra
bahawa baginda nabi salallahualaihiwasalam sendiri bergerak dalam solat dengan
kerana berlaku keperluan seperti yang disebut.


كان رسول لله صلى لله علیھ وسلم یصلى في البیت والباب علیھ مغلق فجئت فاستفتحت فمشى
ففتح لي ثم رجع الى مصلاه ووصفت أن الباب فى القبلة


“ Sesungguhnya baginda rasulullah salallahualaihiwasalam sedang bersolat di rumah dan
pintu rumah terkunci dari dalam maka aku ketika itu baru pulang dan cuba
membukanya maka baginda pun berjalan dan membuka pintu untuk aku, kemudian
kembali kepada tempat solat baginda dan sesungguhnya pintu itu mengadap
kiblat” (Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no.598 dan Abu Daud no. 910 ).

Cara Memaksimumkan Keselamatan Facebook anda

By : Cerita Farjannah
Facebook adalah laman web rangkaian sosial yang terbaik di mana orang dapat berbual dengan rakan-rakan mereka, berkongsi perkara kelakar, gambar dan lain-lain lagi. Dewasa ini,  hampir setiap pengguna Facebook dapat menggunakan akaun mereka untuk untuk mengembangkan perniagaan mereka dan meningkatkan jualan produk mereka serta setiap hari kira-kira 600,000 akaun digodam oleh pihak yang tertentu. Ini menunjukkan bagaimana serangan besar-besaran berlaku di facebbok. Oleh itu langkah-langkah keselamatan hendaklah diambil dengan segera.

Mengapakah Penggodam tertarik untuk hack Akaun Facebook anda?

  • Untuk Mencuri Maklumat anda: Moto utama di sebalik mengodam akaun anda ialah mereka ingin  mencuri maklumat. Hal ini kerana Facebook adalah tempat di mana anda berinteraksi dengan setiap orang dan membincangkan pelbagai isu seperti hal peribadi, tawaran perniagaan, Pendidikan dan sebagainya. mungkin ada  segelintir  orang yang mungkin ingin tahu rahsia anda mahupun tentang kehidupan Peribadi anda / Profesional akan cuba untuk menggodam akaun anda atau mengupah mana-mana pakar untuk menggodam akaun anda.

  • Untuk merosakkan Reputasi Perniagaan anda: Untuk segelintir orang, Facebook bukan sekadar laman rangkaian sosial tetapi merupakan suatu platform yang besar bagi ramai orang untuk mengembangkan sayap perniagaan mereka dan mendapatkan populariti yang luas dalam hanya masa yang singkat. Malah bagi seorang blogger seperti saya, akaun Facebook saya adalah sangat berharga bagi saya kerana ia adalah salah satu sumber trafik utama untuk blog saya. jika akaun tersebut mendapat digodam maka saya akan kehilangan Facebook Fanpages dan banyak kumpulan lain yang dikaitkan dengan akaun tersebut.

  • Hanya Untuk Suka-Suka:  ya. ada segelintir hacker yang saja-saja hack facebook tanpa sebarang tujuan. bunyi macam pelik tetapi itulah  kebenarannya. Penggodam ini hanya menggodam akaun Facebook orang lain  secara rawak untuk bersuka ria dan menunjukkan kemahiran yang telah mereka pelajari. Mempunyai semangat dan keghairahan  untuk menjadi seorang hacker adalah tidak salah. Tetapi janganlah menyalahgunakan kemahiran anda dengan cara yang salah. 
Walaupun terdapat beratus sebab-sebab lain mengapa Facebook anda boleh digodam, tetapi apa yang saya dinyatakan di atas ini  adalah diantara beberapa sebab biasa mengapa kebanyakan akaun facebook mereka digodam. 

 Adakah Pihak Facebook memberikan jaminan Keselamatan yang Baik kepada semua penggunanya?


  • Jawapannya adalah Ya . Pihak Facebook amat bimbang akan keselamatan para  penggunanya.Walaupun privasi tidak begitu ketat di Facebook tetapi langkah-langkah keselamatan yang ditawarkan adalah sangat tinggii. adalah sangat sukar untuk menggodam akaun Facebook seseorang  melainkan jika dan sehingga pengguna Facebook mengabaikan beberapa langkah-langkah keselamatan dan jatuh ke dalam perangkap penggodam tersebut.


Langkah-langkah untuk Melindungi Akaun Facebook Anda:



  • 1)Penggunaan Kata Laluan Yang Kuat

ni adalah diantara perkara pertama yang perlu diambil berat oleh semua pengguna facebook.

elakkan daripada menggunakan kata laluan yang terdiri daripada nombor telefon, nama samaran, tarikh lahir, nama family, nama pakwe\makwe dan yang sewaktu dengannya.

jikalau anda masih menggunakannya maka perlindungan akaun anda akan menjadi  sangat lemah dan akan  memudahkan penggodam untuk  hack akaun anda dengan meneka kata laluan anda jika orang lain tahu akan butiran diri anda/

Kata laluan yang kuat mesti mengandungi sekurang-kurangnya 8 digit dengan Huruf Kecil (a, b, c dan sebagainya), CAPS (A, D, E), Nombor (5,43) dan aksara khas (_, @, $).



  • 2) Sediakan Soalan Keselamatan yang kuat. (Set Up Very Strong Security Question)
80% daripada kebanyakkan  akaun yang digodam adalah dengan menjawab soalan keselamatan mereka.
Kebanyakan orang mengabaikan dan mengambil mudah tentang membuat soalan keselamatan mereka.
Pastikan soalan yang anda reka itu bersifat private yang jawapannya hanya diketahui oleh anda seorang. elakkan daripada membina seolan seperti ini :

1) Who is your mother?
2) where do you stay?
3) what is the name of your first grade teacher?

Jika anda telah belum setting soalan keselamatan kepada Akaun Facebook anda, Pergi ke Account Settings->Security Tab .anda boleh melihat pilihan cara untuk membina soalan keselamatan.

Jika anda telah settingkan soalan keselamatan untuk akaun anda, maka pilihan ini tidak akan dapat dilihat kepada anda.

Facebook tidak membenarkan anda untuk menukar Soalan Keselamatan anda atas sebab-sebab keselamatan.


  • 3) Hidupkan Pelayar Yang selamat. (Turn On Secure Browsing)

Sentiasa  menggunakan pelayar pada https selamat. Https hijau dalam url penyemak imbas anda menandakan menyemak imbas selamat manakala tanda seperti kuning / merah pada https menandakan website tersebut tidak selamat untuk dilayari dan berkemungkinan besar mengandungi virus dan sebagainya.


CARA UNTUK HIDUPKAN PELAYAR YANG SELAMAT.

1) pergi ke ACCOUNT SETTING



2) lepas tu, korang cari Security Tab
3) korang klik pada Secure browsing (klik enable) dan lepas tu awak save.





  • 4) Tetapkan Kata Laluan yang berbeza untuk Penggunaan Applikasi:
Boleh dikatakan setiap hari kita menggunakan pelbagai aplikasi di Facebook. Kebanyakan mereka tidak akan  meminta  password anda.  tetapi saya mendapati beberapa aplikasi yang meminta kata laluan anda untuk mengakses application. tidak mustahil bahawa  permohonan applikasi tadi akan berubah menjadi phishing scams. jadi pihak Facebook telah mengambil satu langkah berjaga-jaga dengan memberikan semua  penggunanya pilihan untuk menetapkan kata laluan yang berbeza untuk setiap Applikasi

.Untuk menetapkan Kata laluan  bagi permohonan APP pergi ke App Password dan klik pada Generate.



  • 5) Sembunyikan E-mail anda.
Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakkan penggodam dapat hack facebook anda sekiranya mereka mengetahui alamat e-mel anda. sebagai langkah berjaga-jaga. tukar privasi e-mel anda kepada PRIVATE. jangan sesekali berkongsi e-mel dengan orang yang tidak dikenali.


Kesimpulan: Belajarlah Serba sedikit tentang bab Hacking.

Akhir sekali, adalah sangat penting dan menguntungkan sekiranya kita mengetahui serba sedikit berkaitan dengan hal hacking. hal ini bertujuan supaya kita tidak mudah terjerumus dan mengelakkan diri daripada diserang oleh para penggodam yang sentiasa mencari kekurangan kita. cara hacking facebook yang paling popular adalah dengan menggunakan Phishing dan Keylogging. jadi, berhati-hatilah kepada para pengguna facebook.






Punca Rambut Rosak

By : Cerita Farjannah


Memiliki rambut hitam, lebat serta mengurai lembut apabila di tiup angin… fuhh…
Tapi apa perasaan anda bila rambut anda mudah gugur.. kekeringan.. terpecah dihujung.. rambut rosak dan terputus-putus menampakkan tidak terurus.. amat mengelisahkan bukan??
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan rambut rosak? Bagaimana pula cara mengatasi rambut rosak ini?

Kini pelbagai produk penjagaan rambut berada di pasaran tapi AWAS jangan tersalah pilih.. Pilihlah jenama yang anda benar-benar yakin dan sesuai bagi rambut anda dan yang paling sesuai bagi masalah rambut yang anda hadapi.. Rambut dikatakan tidak sihat dan memerlukan rawatan segera apabila kutikel dibahagian rambut sedang mengalami kerosakan, patah dan putus menyebabkan rambut anda nampak kusam, tidak bercahaya dan rapuh. Apa yang menyebabkan rambut rosak?
PUNCA RAMBUT ROSAK
  • Proses bleachingperwarnaan kekal atau semi kekal, pengerintingan atau

    Kesan kimia
    perlurusan. Proses ini menyebabkan kerosakan pada kutikel rambut membawa kepada kerosakan ikatan protein pada rambut dan menjadikan strukturnya menjadi lemah selain itu kelumumur juga mudah muncul.
  • Kapanasan Suhu daripada pengering rambut, pengerinting dan pelurus rambut yang mengunakan suhu terlalu tinggi dan kerap menyebabkan kerosakan kutikel rambut serta menghilangkan kelembapan rambut.
  • Cuaca juga menjadi faktor kepada rambut rosak, ini kerana sinaran ultraviolet boleh

    Kesan pelurusan yang salah
    menghilangkan protein rambut lantas merosakkan kutikel rambut. Terutama bagi rambut yang telah melalui proses kimia seperti bleaching, pewarnaan, pengerintingan atau perlurusan.
  • Menyikat Rambut Terlalu kuat dan kerap boleh menyebabkan kecederaan pada kulit kepala lantas membawa kepada keguguran rambut dan kelumumur.
  • Megikat rambut terlalu kuat menyebabkan tekanan kepada pangkal rambut dan kulit kepala. Selain itu elakkanlah dari mengikat rambut menggunakan gelang getah kerana ia menyebabkan

    Akibat getah pengikat
    rambut terputus.
  • Mencuci rambut tidak sempurna setelah selesai berenang juga membawa kerosakan rambut apabila masih ada garam dan klorin melekat pada rambut lantas membawa kepada rambut rosak.
  • Terlalu Kerap mencuci rambut atau terlalu kurang mencuci rambut jika terlalu kerap mencuci rambut hinga setiap kali anda mandi perlu mencuci rambut ini akan menyebabkan kehilangan lembapan rambut dan rambut menjadi kering. Namun begitu jika anda sangat kurang mencuci rambut juga akan membawa kepada rambut rosak. Jika rambut jarang di cuci, rambut akan menjadi berminyak menyebabkan rambut senang gugur, selain itu kelumumur juga akan muncul menyebabkan gatal kulit kepala dan membawa kesan yang lebih teruk. 

CARA MENGATASI RAMBUT ROSAK
  • Cucilah rambut sekurangnya 2 hari sekali. Gunakan syampu yang sesuai dengan masalah rambut anda.
  • Gunakan perapi yang mengandungi protein dan humectants untuk rambut berminyak sebaiknya elakkan perapi megena kulit kepala.
  • Amalkan perawatan khusus seperti memakai hair mask sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk memperbaiki kadaan rambut.
  • Meniniskan serum silikon khusus untuk melembutkan kutikel di samping menjadikan rambut bercahaya.
ELAKKAN….
  • Penggunaan pengering rambut atau pelurus rambut yang terlalu panas
  • Melakukan pelurusan atau pengerintingan rambut sendiri dirumah. Sebaiknya lakukan di salun-salun profesional jika tidak mungkin anda akan mengalami kerosakan rambut. Teknik perlurusan rambut yang salah juga boleh menyebabkan rambut anda patah dan luruh. Pilihlah salun yang terbaik untuk rambut anda kadang kala mereka ini bukan yang benar-benar profesional dan tahu pasal rambut jadi berhati-hati memilih salun.
  • Menaiki motorsikal dengan rambut terurai, sebaiknya lindungilah rambut anda dari asap2 kenderaan dan sinaran matahari yang terik itu.
  • Mengeringkan rambut mengunakan tuala hingga rambut tergeser antara satu sama lain boleh menyebabkan rambut terputus. Sebaiknya usaplah rambut anda dengan lembut.
  • Bersyampu tanpa perapi.
  • Menggunakan sikat yang telalu halus terutama bagi yang berambut panjang sebaiknya gunakanlah sikat yang jarang.

Tutorial Membuat Wall Post Palsu Di Facebook

By : Cerita Farjannah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, bagaimana cara nak membuat "wall post" palsu di facebook? teringin tak nak cuba?  seanng je carnya.. korang ikut langkah-langkah yang bakal jannah tunjukkan di bawah ni ye.


2) klik button "connect" 

3) korang sesuaikan ayat yang korang nak pakai dan gunakan.

4) korang save dan printscreen dan upload ke facebook. 

5)selesai.


terlalu senang bukan..mengalahkan makan kacang.. sekarang korang bolehlah mengejutkan kawan-kawan korang dgn wall post yang auta..hehe..selamat mencuba..sebarang pertanyaan boleh komen kat bawah ye.. kalau menjadi komen la sikit ye..hehe.. 

10 Fakta Mengerikan Tentang Coca Cola

By : Cerita Farjannah




10 Fakta Mengerikan Tentang Coca Cola.




" Fakta seperti yang tersenarai
dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains
kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia
mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam
kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2

gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku

kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba

tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah

diharap dapat mencuba kajian ini :



1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama

sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!



2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan

selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang

dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian

untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh

tak?



3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!



4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.



5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.



6.Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.



7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!



8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis: bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah
bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.



9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!



10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah.


Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi Disampaikan oleh seorang sahabat.....


Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada
ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia
punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang
egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara
fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dianak carik jalan untuk serang
cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok
study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of
the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce
coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the
reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, kat
israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat
dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul!
kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci toilet!
and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a
wee bit late.

Sumber 

Cara Dapatkan Password Menggunakan Mozilla

By : Cerita Farjannah

kaedah ini sesuai digunakan ketika anda online di cyber cafe dan cc bagi mencuri password pengguna cyber cafe yang datang sebelum anda. 

1) buka pelayar anda, ( menggunakan mozzila sahaja)

2) klik TOOL (ada di sebelah kiri bahagian atas)

3) lepas tu korang klik OPTION (CTRL+O)

4) tekan security ~~> klik saved password

5)akan terpapar di kaca screen anda semua password yang telah di saved di dalam mozilla

6) tekan show password untuk mendapatkan password akaun facebook dan sebagainya.


7) done.


* tutorial yang bakal ditunjukkan ini adalah semata-mata untuk menambahkan ilmu pengetahuan. sebarang pengalahgunaan pihak kami tidak akan bertanggungjawab* sebarang masalah boleh tanya kepada jannah di ruangan komen di bawah.

Kereta berjenama pun China boleh tiru (gambar)

By : Cerita Farjannah
BUKAN SETAKAT HANDPHONE DAN BARANG BERJENAMA SHJ CHINA CIPLAK, KERETA BERJENAMA PUN CHINA BOLEH CIPLAK (4 GAMBAR)


 Dadi Shuttle meniru Toyota Prado




Hongqi HQD meniru Rolls-Royce Phantom



Geely Merrie 300 meniru Mercedes C


Laibao SRV meniru Honda CRV



7 Pintu Neraka dan Keadaannya

By : Cerita Farjannah

Yazid Ar raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada rosulullah pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Rosululah saw: “Mengapa aku melihat kau berubah muka?” Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan a…pi neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahwa
neraka Jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka- suka sebelum ia merasa aman daripadanya”.

Lalu Rosullulah saw bersabda:
“Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam”. Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama 1000 tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1000 tahun sehingga putih, kemudian 1000 tahun sehingga hitam, lalu menjadi hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar semua penduduk dunia karena panasnya. Demi Allah, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi niscaya akan mati penduduk bumi karena panas dan basinya.

Demi Allah, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke 7. Demi Allah, andaikan seorang di ujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di ujung timur karena sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam, perhiasannya besi dan minumannya air panas bercampur nanah, dan pakaiannya adalah potongan- potongan api. Api neraka itu ada 7 pintu, jarak antar pintu sejauh 70 tahun, dan tiap pintu panasnya 70 kali dari pintu yg lain”. MasyaAllah…

Dikatakan dalam Hadith Qudsi: ‘Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu. Tahukah kamu bahwa neraka jahanamKu itu: mempunyai 7 tingkat.
Setiap tingkat mempunyai 70.000 daerah.
Setiap daerah mempunyai 70.000 kampung.
Setiap kampung mempunyai 70.000 rumah.
Setiap rumah mempunyai 70.000 bilik.
Setiap bilik mempunyai 70.000 kotak.
Setiap kotak mempunyai 70.000 batang pokok zaqqum.
Di bawah setiap pokok zaqqum mempunyai 70.000 ekor ular.
Di dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta mengandung lautan racun yang hitam pekat. Dan di bawah setiap pokok zaqqum terdapat 70.000 rantai. Setiap rantai diseret oleh 70.000 malaikat’.

‘Api yang ada sekarang ini, yang digunakan bani Adam untuk membakar hanyalah 1/
70 dari api neraka jahannam’ (HR. Bukhari-Muslim). “Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, mereka akan mendengar kegeraman dan suara nyalanya”. (QS. Al-Furqan: 11).

“Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, hampir-hampir (neraka) itu terpecah lantaran marah”. (QS. Al-Mulk: 7). Air di jahannam adalah hamim (air panas yang menggelegak), anginnya adalah samum (angin yang amat panas), sedang naungannya adalah yahmum (naungan berupa potongan-potongan asap hitam yang sangat panas). (Lihat QS. Al-Waqi’ah: 41-44).

Rasulullah SAW meminta Jibril untuk menjelaskan satu per satu mengenai pintu-pintu neraka tersebut.

“Pintu pertama dinamakan Hawiyah (arti harfiahnya: jurang), yang diperuntukkan bagi kaum munafik dan kafir.
Pintu ke 2 dinamakan Jahim, yang diperuntukkan bagi kaum musyrikin.
Pintu ke 3 dinamakan Saqar, yang diperuntukkan bagi kaum shobiin atau penyembah api.
Pintu ke 4 dinamakan Ladha, diperuntukkan bagi iblis dan para pengikutnya.
Pintu ke 5 dinamakan Huthomah (artinya: menghancurkan hingga berkeping-keping), diperuntukkan bagi kaum Yahudi.
Pintu ke 6 dinamakan Sa’ir (arti harfiahnya: api yang menyala-nyala), diperuntukkan bagi kaum kafir.

Rasulullah bertanya: “Bagaimana dengan pintu ke 7.?” Sejenak Malaikat Jibril seperti ragu untuk menyampaikan siapa yang akan menghuni pintu ketujuh. Akan tetapi Rasulullah SAW mendesaknya sehingga akhirnya Malaikat Jibril mengatakan, “Pintu ke 7 diperuntukkan bagi umatmu yang berdosa besar dan meninggal sebelum mereka mengucapkan kata taubat”.

Mendengar penjelasan yang mengagetkan itu, Rasulullah SAW pun langsung pingsan, Jibril lalu meletakkan kepala Rosulullah saw di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar beliau bersabda: “Ya Jibril, sungguh besar kerisauan dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya: “Ya, yaitu orang yg berdosa besar dari umatmu.”

Nabi Muhammad lalu menangis, Jibrail pun ikut menangis. Kemudian nabi saw langsung masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang. Setelah kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan siapapun selama beberapa hari, dan ketika sholat beliau pun menangis dengan tangisan yang sangat memilukan. Karena tangisannya ini, semua sahabat ikut menangis, kemudian mereka bertanya: “Mengapa beliau begitu berduka?” Namun beliau tidak menjawab.

Sayyidah Fathimah az-Zahra melihat beliau karena tangisan yang tiada henti. Wajah Nabi menjadi pucat dan pipinya menjadi cekung. Sebagaimana yang diceritakan oleh Kasyfi, bahwa Bumi tempat beliau duduk telah basah dengan air mata. Sayyidah Fathimah as berkata kepada ayahnya, semoga hidupku menjadi tebusanmu, “Mengapa Ayahanda menangis?”

Nabi saw menjawab: “Ya Fathimah, mengapa aku tidak boleh menangis.? Karena sesungguhnya Jibril telah menyampaikan kepadaku sebuah ayat yang menggambarkan kondisi neraka. Neraka itu mempunyai 7 pintu, dan pintu- pintunya mempunyai 70.000 celah api. Pada setiap celah ada 70.000 peti mati dari api, dan setiap peti berisi 70.000 jenis azab”.

Setelah mendengar ucapan tsb, para sahabat Nabi menangis dan meratap, “Derita perjalanan alam akhirat sangat jauh, sedangkan perbekalan sangat sedikit”. Sementara sebagian lagi menangis dan meratap, “Seandainya ibuku tidak melahirkanku, maka aku tidak akan mendengar tentang azab ini”. Ammar bin Yasir berkata, “Andaikan aku seekor burung, tentu aku tidak akan ditahan (di hari kiamat) untuk di hisab”. Bilal yang tidak hadir di sana datang kepada Salman dan bertanya sebab- sebab duka cita itu. Salman menjawab: “Celakalah engkau dan aku, Sesungguhnya kita akan mendapat pakaian dari api, sebagai pengganti dari pakaian katun ini dan kita akan diberi makan dengan zaqqum (pohon beracun di Neraka).

MasyaAllah.. Sungguh dialog yang sangat mengerikan. Para sahabat meratap dan menangis, bahkan Nabi dan malaikat Jibril pun menangis saat mengetahui tentang dasyatnya siksa di neraka.sumber


29 Tempat Paling Keras Di Malaysia

By : Cerita Farjannah


Berwaspada di 29 lokasi keras di sekeliling kamu. Didedahkan oleh Pengkaji Kumpulan Paranormal Scenes Investigator (PSI), Jamie Surina Hisham, bercerita mengenai lokasi keras yang pernah di jumpainya. Antara lokasi TOP, di Kuala Lumpur, yg di kenal pasti sbg sarang lokasi hantoo.

Menurut Jamie, lokasi yang disenaraikan, mempunyai story tersendiri yang terjadi kepada mangsa kejadian.Kekerapan kejadian dikaitkan juga dngan peristiwa semasa terutama menjelang hari hari perayaan.

Menurut polis pula, menjelang perayaan,pihak berkuasa akan menghebahkan kepada orang ramai mengenai lokasi2 maut di seluruh negara yang sering mengundang kemalangan jalanraya sebagai tanda peringatan agar pengguna jln raya berhati2.

Namun tidak ramai yang tahu, ada juga lokasi2 yang dikenal pasti berhantu diseluruh negara dan hasil soal selidik Perdana dengan pihak lain setakat ini terdapat 29 lokasi di Semenanjung Malaysia & hampir 1/2 daripada lokasi itu terdapat di KL.

Bagi mengesahkan lokasi tersebut PSI, Jamie Surina Hisham berkata,memang terdapat banyak tempat keras atau berantu yg pernah mereka jalankan kajian di sekitar KL.

“Di Bukit Tunku sahaja terdapat 4 buah banglo yang kami buat kajian didapati aktive dengan aktiwiti paranormal,”katanya.

Katanya lagi, ramai penghuninya terdiri daripada golongan elite, kawasan yang redop dengan pokok2 tinggi menjulang, menjadi lokasi menyeramkan setiap kali pemandu kereta atau motorsikal menempuh jalan tersebut.

Sementara itu, Ketua Kumpulan PSI yang dikenali dgn ‘Uncle Seekers’ berkata kumpulannya pernah membuat lebih 16 kali kajian di Highland Tower yang terkenal dengan kejadian kondominium runtuh pada satu ketika dahulu.

“Dulu highland tower memang active & keras tetapi sejak akhir-akhir ini,kajian kami mendapati kawasan terbabit sudah tidak aktif lagi” katanya lagi.

Antara tempat lain yg memang aktif berhantu ialah kawasan Jerat Cina di Ampang, Jerat Cina di Brickfield, kaw perkuburuan Islam Jalan Ampang dan Wad Lady Templer.






senarai 29 lokasi dikenal pasti:




1. Kondominium runtuh di Highland Tower, Kuala Lumpur.









2. Institut Victoria, Kuala Lumpur









3.Kubur Islam Jln Ampang,KL






4.Kawasan Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Jambatan Sungai

Perak, Perak






5. Jirat Cina Brickfield, KL






6. Jalan KL ke Genting Highland Resort






7.Kawasan Kota Lama, Melaka





8.Kawasan Bukit Damansara, KL









9.Tobiar, Pendang.









10.Jirat Cina Ampang, KL






11. Kawasan berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Kubu

Bharu, Selangor






12.Lebuhraya karak (baru dan lama)














13.Hospital Lady Templer atau poliklinik, Cheras KL






14.Jalan Simpang Masuk 2 hala ke Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak






15.Rumah sewa rm50. Seksyen 2 & beberapa rumah lagi di Shah alam, Selangor.






16.Kawasan Kubur Panjang, Pendang.






17.Kediaman Elit Bukit Tunku, Kuala Lumpur

(salah satu daripada 4 biji tu)






18. Penjara Pudu,KL (telah dirobohkan, tiada lawatan di sini)









19.Kawasan berhampiran Tambun Inn,Perak






20.Kawasan berbukit di Telok Chempedak, Kuantan Pahang.






21.Simpang tiga di tengah bandaraya Georgetown berhampiran

Sekolah Tinggi Union, Pulau Pinang.



22. Kellie's castle di Perak












23.Kawasan hutan bakau di Kuantan, Pahang




24. Kawasan Lorong Petani, Alor Star, Kedah




25. Kawasan pejabat Bernama lama berhampiran Pekan Rabu, Alor Star Kedah.




26. Kawasan jambatan berhampiran jambatan Titi Haji Idris, Alor Star, Kedah.




27.Sekitar Puchong, Kuala Lumpur




28. Berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Ampang




29. Kawasan di sekitar Sek Menengah Perempuan Bukit Bintang, KL





kalau ada pembaca yang pernah mengalami kejadian aneh di tempat-tempat tersebut atau dimana saja, bolehlah kongsikan pengalaman anda di FB jannah .. setiap perkongsian amatlah dihargai.

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -