Popular Post

Posted by : Cerita Farjannah Ahad, 17 Jun 2012



nak post cerpen sat . . cerpen hasil penulisan seorang sahabat . . hope korg suke la . enjoyyy 


Januari
Beep, Beep... telefon Iskandar bergetar memaparkan satu mesej di skrinnya. Iskandar mengangkat dan memandang perlahan dan tertera nama Yana di atasnya. Pantas jarinya memetik butang “read”.
“Abg... Selamat taun baru” Iskandar tersenyum. Tahun baru. Masa baru. Usia baru. Vibration telefon bergetar lagi.
“Abang, Surprise! Yana depan umah abg” Iskandar terkejut. Terdengar kereta di pakirkan di hadapan pintu pagar rumahnya. Yana... detik hati Iskandar.
Iskandar segera menyarungkan baju Man U dan bergegas ke pintu depan.
“Bang. Jom jalan” Yana tersenyum di jendela pintu kereta satrianya.
Yana seorang jururawat di hospital swasta. Putih kulitnya dan tudung hitamnya malam ini walaupun nampak simple menambahkan lagi seri wajahnya.
“kita nak gi mana?” Tanya Iskandar.
“temankan Yana. Jalan-jalan. Busan”
“Ok” Jawab Iskandar perlahan.
Perbualan mereka sepanjang tour sekeliling KL dan Selangor tanpa tujuan tersebut banyak berkisar kisah-kisah lucu. Yana yang banyak ketawa dan Iskandar yang banyak membuka cerita-cerita lawaknya. Dari kisah yang dia dengar, baca atau kisah kehidupan orang-orang di sekelilingnya. Dia memang pandai berjenaka dan sememangnya ia mudah menarik minat gadis-gadis disekelilingnya.
“Bang...” Panggil Yana manja setelah mereka terdiam seketika. Iskandar terus melontarka pandangannya dari arah luar jendela ke arah Yana menunggu perkataan seterusnya.
“Abang dah 33 tahun tahun nie. Bila nak kawin?” Boom...! soalan cepu emas itu keluar lagi buat kali yang ke berapa dah untuk Iskandar.
“Hehe.. bukan abang tak nak kawin... kawin yang tak nak kat abang...” Iskandar ketawa. Tetapi jenakanya kali ini tidak membuatkan Yana ketawa.

“Abang, Yana tanya serius” Iskandar tersenyum.
“Yana nak jadi ister abang ke?” Iskandar berseloroh.
“Kalau abang sudi. Pinang la Yana.” Pantas Yana menjawab. Iskandar tersenyum pahit.
Iskandar menukar subjek perbualan tersebut kepada perkara lain. Jauh di benak hati Yana, dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan Iskandar yang tergantung. 


Mac
“Abang baju biru ke merah?” Tanya Yana sambil menunjukkan dua baju kurung kepada Iskandar.
“emm. Merah nie Nampak cam plain sangat. Biru definitely for you.” Ujar Iskandar
“Sayang suka biru gak” Ucap yana pantas. Sayang...? Emm Iskandar tersenyum nipis. Yana tersedar dia tersalah sebut mula cuba menyembunyikan rasa malunya.
Selama 2 tahun ini mereka berkawan sebagai kawan yang baik. Iskandar mendengar masalah Yana, membuatnya ketawa. Mendengar tangisannya. Mendengar keluhannya. Memberikan tempat untuk Yana berlindung dan mengadu. Iskandarlah segala-galanya buat Yana. Iskandar pernah ke kampong halamannya dan berjumpa dengan ibu bapanya.
Sebaliknya Yana tidak mengetahui banyak tentang Iskandar. Dia cuma tahu tempat dia tinggal tetapi tidak tahu di mana. Dia tahu pekerjaan Iskandar sebagai seorang businessman, tetapi tidak tahu pejabatnya di mana. Pendek kata, Iskandar adalah lelaki misteri yang dikenalinya.
Pertemuan mereka di alam maya. Secara chatting Yana mengenali diri Is. Apa yang membuatkan Yana tertarik dengan Iskandar ialah sikap matang dan hormatnya terhadap wanita. Kalau lelaki lain, mereka sudah merapu tentang kisah-kisah seks dan lucah, tetapi perkenalan dengan Iskandar dimulakan dengan kisah-kisah lucu dan lawak sehinggakan malam pertama mereka kenal seolah-olah mereka telah kenal begitu lama.
Iskandar secara diam telah menambat hati Yana.
Tetapi Yana sedar, dia sedang bersaing dengan ramai gadis. Ramai gadis berkawan dengan Iskandar. Dari dunia chatting, facebook, Myspace ramai sebenarnya terpikat dengan personality dan perwatakan baik dan ramah Iskandar. Mereka juga tidak pernah menyatakan hasrat dan rasa hati mereka berdua, cinta? couple? Kekasih? Pernah beberapa kali Iskandar menyatakan dia sayangkan Yana, tetapi Yana juga sedar dia menyatakan rasa sayangnya pada perempuan lain.
“dasar buaya” getus Yana. Iskandar yang sedang memandu disebelahnya tersentak.
“Buaya apa lak Yana?”
“er.. tak de apa lah bang...” Iskandar tersenyum 


Jun
“Selamat hari jadi Yana yang ke 21 dan Iskandar yang ke 33” Tertulis di atas kek hari jadi mereka berdua. Yana menyambut hari jadinya pada 27 hb dan Iskandar pada 22 Jun. Mereka bersetuju untuk menyambutnya pada 24 haribulan di restoran milik kawan Yana ini.
Mereka menyalakan lilin dan mereka berdua meniupnya. Iskandar terus mengamil sedikit kek dan menyapu ke hidung yana. Yana terkejut dan mengambil sedikit kek dan mahu menyapu ke muka Iskandar. Tetapi Iskandar segera menahan pergelangan tangan Yana dan menghalang dari Yana terus menyapu. Ketawa mereka memecahkan kesunyian restoran tersebut sehingga beberapa pelanggan menoleh dan hanya tersenyum dengan keletah mereka.
“Abang! Tak aci. Abang pengang kuat sangat” Yana merajuk.
“Ala bucuk... bucuk...” pujuk Iskandar
“Apa bucuk!” Marah yana.
“Ok.. ok... nak sapu kat muka abg meh” Yana tersenyum dan mengambil sedikit ising di kek tersebut. Belum sempat dia menyapu ke muka Iskandar, sepantas itu Iskandar menyapukan sedikit lagi ising ke pipi Yana. Iskandar terus berlari keluar dari restoran dengan Yana mengejarnya dari belakang.
“Abang, jangan lari!” Yana mengejarnya.
“Yana jangan kejar!” Jerit Iskandar ketawa.
Tiba-tiba selepas melepasi sebuah selekoh Iskandar hilang dari pandanngan dan terus tidak kelihatan. Yana pelik. Ke mana perginya Iskandar. Yana memandag sekeliling kedai-kedai yang ada. Tidak ada kelibat Iskandar. Yana tersenyum seketika. Dia tahu Iskandar mesti bersembunyi untuk memberikan surprise kepadanya.
Tiba-tiba tidak jauh dari Yana berdiri, dia ternampak beberapa lelaki sedang berkerumun dan salah seorang dari mereka menjerit meminta seseorang memanggil ambulan. Dada Yana sesak. Dia terus berlari dan berniat untuk membantu. Dia menolak pantas seorang demi seorang yang mula mengermuni tempat tersebut. Yana terkejut. Iskandar tertirap di atas dada jalan. 


Julai
Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati
hohoo…
Lagu Tanpa sixth sense berkumandang di laptop Yana. Semenjak peristiwa Iskandar jatuh pengsan di atas bahu jalan sebulan lepas, Yana terus tidak mendapat khabar berita dari nya. Sms terakhir yang di terima ialah “abang dh ok.” Sejak itu, telefonnya tidak dpat dihubingi. Ymnya tidak lagi online dan email tidak berbalas. Yana tidak tahu apa salahnya.

September
Iskandar meletakkan laptopnya di atas meja makan. Sudah hampir tiga bulan dia menidamkan diri dari sebarang dunia luar. Doktor mengesahkan bahawa Iskandar telah menghadapi satu penyakit genetik yang di namakan sebagai arrhythmias, atau Ritma hati yang tidak normal. Penyakit ini boleh menyebabkan pesakit menghadapi risiko untuk mati pada bila-bila masa.
Iskandar telah mengetahui perkara ini sejak umurnya 27 tahun lagi. PIhak perubatan sendiri masih keliru dengan penawar dan sebab kepada penyakit ini. Apa yang mereka tahu, ia adalah penyakit anomaly genetic dan boleh membawa mati.
Di atas sebab ini lah Iskandar lebih suka berkawan dengan ramai wanita tetapi tidak mahu lebih dari itu. Malah, dia sendiri tidak mahu gadis-gadis tersebut jatuh hati kepadanya. Ini termasuklah Yana.
Tetapi Yana lain. Yana tidak seperti gadis-gadis lain yang dia kenal. Dia mula merindui Yana. Merindui senyumannya, belaiannnya, rajuknya. RIndukan ketawanya. Bila Yana ketawa, dia benar-benar ketawa dan Iskandar rasa benar-benar dihargai.
Iskandar tahu dia bersalah terhadap Yana. Tetapi kerinduan hatinya melebihi keegoannya. Telefonnya segera di angkat. Dia mula menaip dan menghantar kepada Yana.
“Selamat pagi Yana.”
Selang beberapa saat. Telefon Iskandar bergetar lagi. Iskandar menekan butang read.
“Abanggggggggggggggggggggggggggggg”.... Iskandar tersenyum.

“Abang pergi mana selama nie?” Tanya Yana sebaik sahaja kereta Iskandar meluncur laju.
“oo. Lepas abang keluar hospital hari tu abang terus ke oversea. Ada business kat sana”
“Tipu. Abang tipu Yana lagi ek”
“laaa.. tak tipu la. Buat per abang nak tipu.”
“Apa abang ingat Yana nie budak-budak ke. Takkan kat sana tak de telefon, Email?”
Iskandar tersenyum.
“Ingatkan abang dah kawin tak gitau” Getus Yana.
“Abang tak kawin la. Abang tak leh kawin.”
“Nape lak? Abang gay?” gelak Yana. Iskandar tersenyum
“ Abang tak nak nanti perempuan tu jadi ... balu” yana segera memandang wajah Iskandar.
“maksud abang?” 


November
Iskandar segera di gegaskan dihospital. Beberapa doktor sedang cuba untuk melakukan bantuan pernafasan. Iskandar tidak bernafas...


Iskandar meamndang jauh ke luar jendela. Kali ini Yana ada di sisinya. Yana terus terdiam apabila Iskandar menyuruhnya pulang. Ibubapa Iskandar memandang luar bilik tersebut memberikan ruang bagi anak mereka bersama dengan Yana.
Iskandar telah lama merahsiakan perkara ini. Tiba-tiba dalam keheningan suasana bilik tersebut Iskandar bersuara.

“Yana tau apa yang peliknya?” Tanya Iskandar sambil masih memandang keluar ke arah langit yang terbentang dari tingkat 8 hospital swasta tersebut. Yana memegang tangan Iskandar.
“Bila ibu bapa kita terpaksa mengebumikan anaknya dan bukan sebaliknya.” Yana menangis dan memegang erat tangan Iskandar.
“Kenapa Yana masih di sini? Kenapa Yana tak biarkan abang pergi? Yana tak perlu lihat abang macam nie?” Yana memandang terus ke mata Iskandar yang sayu.
“Abang... Yana hidup bersama abang bukan sekadar untuk waktu gembira. Yana juga hendak bersama abang sewaktu abang susah.” Ucap Yana.
“Tapi bukan macam nie. Abang tidak mampu malah untuk ketawa lagi. Masa abang akan tiba bila-bila sahaja. Yana cari lah orang lain.”
“Yana tak nak orang lain bang. Yana nak abang. Yana nak jadi isteri abang. Jaga abang sampai bila-bila.”
“Abang akan mati tidak lama lagi Yana. Yana faham tak maksud benda nie?”
“Yana faham bang. Yana faham sangat-sangat. Hari-hari yana berjumpa dengan orang yang nazak, sakit, mati... tapi bagi Yana, mereka mungkin mati, tetapi hakikatnya mereka terus hidup di dalam ingatan orang yang mereka sayang. Benarkan Yana sayang abang.” Tanpa disedari air mata Yana berguguran.
“Terimalah Yana jadi isteri abang...” 





April
Iskandar terbaring di atas katil tanpa mampu menggerakkan bibirnya. Tangan dan kakinya semakin kurus. Di hujung katil, Yana mengelap perlahan kaki Iskandar dengan kain basah. Iskandar mengmat kamitkan sesuatu.
“Abang... Abang nak air?” Yana terus mencapai air dan straw yang ada lantas memegang kepala Iskandar perlahan dengan penuh cermat dan kasih sayang. Tangannya menolak perlahan. Dia seolah-olah mahu membisikkan sesuatu. Yana mendekatkan telinganya
“Abang...”
“Sa....Is...is...”
“ye bang... yana tak berapa jelas”
“Isteri ... ab... bang?”
“Ye bang. Yana Isteri abang. Kita kawin empat bulan lepas. Abang tak ingat?”
Iskandar memandang Yana sayu. Dia hanya mampu menitiskan air mata...

June
Setiap yang datang pasti pergi. Setiap yang bermula pasti berakhir. Setiap yang hidup pasti mati...

Iskandar menghembuskan nafas terakhirnya dalam keadaan dia berada di sisi orang yang dia sayangi dan menyayangi dirinya. Yana menitiskan air mata dan menangis. Tetapi sekurang-kurangnya dia tahu bahawa cintanya pada Abang adalah cinta abadi...
Kadang cinta tidak bermakna kita akan bersama selama-lamanya di dunia. Sekurang-kurangnya, kita tahu di akhirat, Insya-Allah kita akan akan tetap menjadi sepasang suami isteri selama-lamanya. Apa yang penting adalah pengorbanan, kasih, cinta yang kita sedari dari hati sanubari kita...
“Abang... i love you...”

Tamat.


{ 2 comments... read them below or Comment }

  1. i like it.. so sad la sis.. gud job... keep it up la~ :)

    BalasPadam

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -