Popular Post

Posted by : Unknown Jumaat, 11 Mei 2012

Orang lelaki sebenarnya termasuk dalam kategori pelupa. Percayalah. Macam mana romantik ,ya ampun pun banyak benda yang lelaki yang tak pandai nak detailkan. Contohnya tarikh hari lahir, ulang tahun tunang atau kahwin, graduation day dan macam-macam lagi. Jadi kurangnya ingatan mereka ini tak akan membuatkan dia less perfect atau cacat sana sini. Ini fitrah seposen lelaki.

Alasan yang kuat, banyak sangat benda nak fikirkan. Ok..ok...kalau dah macam tu, lelaki kena tahu pulak benda apa yang perempuan selalu terlupa atau perempuan suka buat tanpa sedar tetapi tak sedar yang lelaki tak suka.

Lelaki paling tak suka dengan cara perempuan bawak kereta? Kadang kalau lampu hijau traffic light dari jauh lagi bila nampak driver perempuan bawak....nak start jer dah semacam lambat. Bila sampai kat giliran lelaki dah lampu merah. Panas hati. Perkataan suci dalam debu keluar satu-satu.

Keluar perkataan wajib: "Aah driver perempuan, memang macam ni. Lembab."

Satu lagi yang lelaki tak suka ialah bila si ayang ajak shopping barang perempuan. Memang tak nampak lelaki ni boring, sebab senyum empat puluh kali. Bukan senang dapat jalan pegang-pegang tangan. Masa ni aje ada peluang macam makan free hari terbuka hari raya semua kaum. Jadi ingat hati nak bersungut, nanti perang dunia kedua. Jadi senyum. Perempuan angkat letak handbag yang nak beli aje dekat lima puluh kali, belum lagi compare harga, testing galas-galas beg depan cermin lagi...pendek kata nak terbakar kaki berjalan tapi hati tak puas lagi.

Perempuan bab shopping memanglah buat lelaki jadi macam tak betul. Kalau dia senyum kelat tu, bawak-bawaklah bertenang dan duduk makan sembang-sembang. Satu lagi kalau shopping kompleks buat sales...fuhhh, macam dah habis baju kat rumah tak boleh pakai. Kalau boleh nak beli semua. Relax.... tenangkan diri.

Perempuan suka cakap berulang kali, mengingatkan berulang-ulang kali. Ini lelaki tak suka. Macam robot gila lelaki rasa. Tambahan kalau benda tu memang dia tahu kena buat tetapi diingatkan berkali-kali, aaa telinga dah merah. Keluarlah ayat cantik dalam hati, nak cakap kuat takut perempuan tak puas hati. Mesti terdetik ayat : 'Dia ingat aku ni pekak ke apa?' haha... so true. Ini memang kita kena ingat wahai perempuan.

Satu lagi lelaki ni suka bermanja dengan perempuan, selalu cakap pada kekasih hati ni ayat bunga sikit-sikit bagi meriah hati kekasih. Ayat bunga macam:

'I love you cupcakes, do you know that?' lelaki ucap baik dan lembut

'No you don't.' kekasih ni pulak balas, nak duga sikit-sikit.

Dah rasa kelat hati... ala terima ajelah kalau dia kata sayang, rindu tu. Sebutlah.. 'Really? Owh thank you sweet heart, I love you too..' kan sedap bunyi tu. Tak adalah nak kecik hati ke atau terkilan. Buat mudahkan semua...kan..kan..kan.

Lelaki ni taste dia pada baju, seluar dan kasut memang ada yang jenis cerewet dan detail semacam. Jadi wahai perempuan, kalau kekasih anda jenis yang particular gila bab-bab ni, janganlah hadiahkan tiga pekara ni kat dia. Mata kita nampak cantik, tapi pada dia tak. Tak pakai nanti takut ayang lari kelaut. Jadi pakai jugalah buat ambik hati. Tapi hati lelaki sendiri tah berapa kuat selawat pun, hanya Tuhan yang tahu. Biar dia beli sendiri. Hadiahkan benda lain... benda yang kita tak sakit hati kemudian hari.

Lelaki tu kita kena kenal pasti taste makan dia. Kalau dia tak suka pedas, kita masak cili api bagi berapi...tu awal-awal macam nak tempah kubur first class. Pedas dan tidak ini sebenarnya amat penting mengikut selera dia. Tanya dan tahu apa dia suka. Tapi janganlah jadi pelik wahai perempuan...katalah si lelaki ni suka makan kari contohnya, tak payahlah masak benda yang sama berpuluh kali. Pantang sebut suka, nak testing hebat sentiasa...isshhh. Seimbangkanlah selalu..

Leave a Reply

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -