Popular Post

Memaparkan catatan dengan label article agama. Papar semua catatan

tafsiran di sebalik mimpi siri 2

By : Unknown
tafsiran di sebalik mimpi siri 2


1) Apa pula ertinya jikalau anda bermimpi gigi anda tanggal atau anda mengdakan kenduri?
Jawapan: akan ada keluarga anda yang akan sakit tenat dan meninggal dunia


2) apa pula tafsirannya jikalau anda bermimpi baha rumah anda kebakaran?
Jawapan: alamatnya akan tiba kekayaan yang akan datang berlarut larut.


3)jikalau anda bermimpi kereta mayat lalu dihadapan anda?
Jawapan: alamatnya semua yang nd usahakan akan membuahkan hasil

4) maksud jikalau anda duduk di jambatan?
Jawpan:alamatnya anda akan menerima rezeki

5) bermimpi jikalau anda sedang duduk di dalam dua atapun trtidu di dalam gua?
Jawapan: anda akan menerima suatu peluang baru yang kelak membahagiahkan hidup anda selama lamanya

6)maksud jikalau anda bermimpi naik motor?
Jawpan: alamat semua yang dcita citakn akan menjadi kenyataan

7) bermimpi bahawa anda menjadi pengantin baru?
Jawapan: alamat akan mendapat duit ataupun kesusahan

8) Jikalau and bermimpi  orang sakit menzarahi rumah anda?
Jawpan: alamat akan mendapat sakit ataupun halangan

9)jika anda bermimpi mendapat pelajarn ataupun teladan daripada orang sakit yang menzirahi anda?
Bermaksud anda akan lepas dari penderitaan dan kesusahaan

10) jikalau anda bermimpi anda mencuci muka?
Jawapan: alamat akan dihindar daripda kesusahan yang telah dihadapinya selama ini.

11) jikalau anda bermimpi duduk atau menghampiri penjara.
Jawapan: akan bebas daripada kesusahan yang mmbelenggu hidupnya selama ini.


12) bermimpi memukul isteri anda
Jawapan: akan brlaku kehancuran dalam rumahangga yang anda bina selama ini.


13) Maksud jikalau anda makan sambil berlari?
Jwpan: rezeki yang besar akan mendatangi anda


14) maksud jikalau anda bermimpi dikejar oleh orng yang jahat?
Jawapan:alamatnya akan mendapat rezeki dan jika anda peniaga, maka segala barangan perniagaan akan laris trjual.


15) bermimpi berassa anda tidur di tanah?
Jawapan: alamatnya hatinya akan susah dipengaruhi oleh orang lain.


16)bermimpi bahawa darahnya keluar daripada jarinya?
Jawapan:alamat akan mendapat wang dan harta


17)bermimpi merasa kepalanya bertanduk dua?
Jawapan:akan naik pangkat dan naik gaji


18) bermimpi merasa kepalanya brtanduk Satu
Jawapaan:akan mendapat celaka


19)bermimpi melihat matahari dan bulan bertemu?
Jawapan: insyaallah anda akan mendapat anak dan soleh dan solehah


20)bermimpi melihat tanah atau gunung runtuh
Jwapan: akan mendapat kesusahan yang mesti dicri jalan keluarnya secepat mungkin bagi mengelakkan sesuatu yang buruk daripada terjad.


21) bermimpi anda membongkar kubur orang mati
Jawapan: akan beruntung dalam Sesutu perkara


22: bermimpi melihat langit terbelah
Jawapan: akan menghadapi kematiaan orang tua anda


23)bermimpi anda bergaduh dengan saudara atau adik beradik sendiri
Jawapan:segala yang anda usahakan insyaAllah akan membuahkan hasil


24)bermimpi melihat orang perempuan membawa isau
Jawapa: ada akan menimang cahaya mata


25) bermimpi mencuc muka di sinki
Jawapan: akan segera dipinang dan bertemu jodoh


26) bermimpi rumah anda begitu terang
Jawpan: akan menghadai kesukaran


27)tembok rumah roboh
Jwapan:apa yang telah dikerjakan akan menerima kerugian yang amat besar


28)bermimpi anda si tipu oleh kawan baik
Jawapan: suatu perkhabaran yang baik.


29) bermimpikan keasih hati
Jawpan:alamat kasih diantara anda akan berkekalan


30) jika anda brmimpi dikalungi dengan kalungan bunga?
Jawapan: nda akan lebih maju dari hari hari yang terdahulunya



Golongan Manusia Yang Mendapat Doa Para Malaikat

By : Unknown


Golongan manusia yang mendapat doa dari para malaikat

5 Golongan manusia yang akan mendapat doa para malaikat 

rasulullah menjelaskan tentang malaikat dalam sebuah hadis:

Aku boleh melihat apa yang kamu tidak dapat lihat. Aku juga boleh mendengar apa yang kamu tidak dapat dengar. Langit mengeluarkan suara yang kuat dan ia patut melakukan sedemikian. tidak apa tempat seluam empat jari pun dilangit kecuali dipenuhi dengan para malaikat yang sedang sujud. jika kamu mengetahui perkara ini, nescaya kamu akan kurang ketawa dan banyak menangis
malaikat sentiasa taat menunaikan perintah Allah. merujuk kepada ayat 7 dan 8 dalam surrah Ghafir, diceritakan bahawa para malaikat yang memikul arasy yang berada disekelilingnya sentiasa bertasbih dan memuji Allah dan memohon keampunan bagi orang-orang yang beriman.

mereka berdoa: "wahai tuhan kamu, rahmatmu dan ilmu mu meliputi segala-galanya. berilah keampun kepada orang-orang yang bertaubat serta mengikut jalan mu. peliharalah mereka daripada azab api neraka, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga  "adn yang telah engkau janjikan. dan masukkanlah mereka bersama dengan orang yang layak di kalangan ibu bapa, isteri-isteri serta keturunan mereka. sesunggunya, engkau jua yang maha berkuasa lagi maha bijaksana.

antara golongan yang mendapat doa para malaikat ialah:

1) orang yang bersedekah di awal hari.
- setiap pagi dua malaikat akan turun. malaikat yang perkama berdoa : "ya Allah, gantikanlah harta orang yang bersedekah" dan malaikau yang satu lagi berdoa "ya Allah, hancurkanlah harta orang yang kedekut"
                                                                                                                           (hadis riwayat muslim)

2) Orang yang menanti-nanti waktu solat.
- seseorang yang duduk menanti waktu solat, selama mana dia tidak berhadas, maka malaikat terus mendoakannya: "ya Allah, ampunkan dosanya, Ya Allah, rahmatilah dia."
                                                                                                                              (riwayat al-bukhari)

3) Orang yang mendoakan saudaranya tanpa dia ketahui.
- "doa seorang muslim kepada saudaranya dalam keadaaan dia tidak mengetahui adalah mustajab."
- "setiap kali dia mendoakan kebaikan saudaranya, malaikat disisinya akan berkata: "amin, semoga Allah memperkenankan doamu, dan semoga engkau mendapat juga kebaikan seperti yang engkau pinta untuk saudaramu."
                                                                                                                                (Riwayat Muslim)        

4) Orang yang berwuduk sebelum tidur.
- " sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat disisinya akan berdoa; "ya allah, ampunilah hambamu si polan ini, kerana dia tidur dalam keadaan suci."
                                                                                                                             (Riwayat Ibn Hibban)

5)Orang Yang Menziarahi Orang Sakit
- "mana-mana muslim yang menziarahi saudaranya yang sakit, maka allah mengutus 70 ribu malaikat mendoakan nya daripada siang hingga ke senja, dan daripada awal malam sehingga ke subuh"
                                                                                                                         (Riwayat Ibn Hibban)

sumber: majalah al-ustaz edisi 12

Hukum: Sekiranya Sumpah Tidak Akan Bernikah Selamanya

By : Unknown

x nak nikah? rugi~


sumpah tidak akan berkahwin termasuk sumpah yang dimakhruhkan. perkhahwinan adalah satu sunnah daripada nabi muhammad. sesiapa yang tidak menyukai sunnah baginda, maka mereka bukan sebahagian daripada umat baginda.

janganlah hanya kerana kesalahan seorang lelaki kita membenci semua lelaki dan mengharamkan perkara yang dihalalkan.namun begitu, sumpah yang dilakukan tetap sah apabila memenuhi rukun dan syaratnya.

Jesteru, saudara wajib membayar kafarah apabila melanggar atau hendak menarik balik kalimat sumpah tersebut.


sumber: majalah al-ustaz edisi 12

Berprasangka Buruk Yang Dibolehkan Dalam Islam

By : Unknown
prasangka buruk yang dibenarkan dalam islam
tidak dinafikan ada beberapa jenis sangka buruk yang diperlukan demi keselamatan diri. ia dinamakan sebagai berhati-hati atau "hazar".

contoh yang paling mudah, seorang pemandu kereta dikehendaki "berprasangka buruk" apabila melihat sebuah teksi dan bas di hadapan mereka. ia mesti bersiap kemungkinan kenderaan itu berhenti mengejut kerena ingin mengambil atau menurunkan pemumpang. ini jelas sangka buruk yang tidak berdosa.

demikian juga dalam proses majikan ingin mengambil kakitangan baru. biasanya pihak majikan akan membuat tinjauan rambang dan menghubungi beberapa orang bagi mendapatkan informasi berguna berkaitan calon.

saya masih ingin, saya pernah menerima resume sewaktu bertugas di institusi kewangan dulu. resume calon ini sungguh menarik.

namun mengikut prosedur, saya perllu menghubungi seseorang yang diyakini mengenali si calon sebelum memanggilnya untuk di interview. akhirnya kami tidak jadi memanggilnya untuk interview kerana rupanya calon tersebut mempunyai masalah mental. kami dapatkan komen beberapa orang lagi bagi memastikan maklumat yang diberi benar serta tidak berniat jahat .


sumber: majalah al-ustaz edisi 12

70 DOSA BESAR YANG KITA ANGGAP RINGAN

By : Unknown
70 dosa besar yang kita anggap ringan-  hari ini kami akan berkongsi ilmu tentang 70 doas yang kita selalu anggap ringan, semoga entry ini akan memeberikan kesarakan dan berguna pada kita semua insyaAllah.




1) syirik iaitu menyekutukan allah
2) membunuh
3) Sihir
4) meninggalkan solat sama ada sengaja ataupun tidak.
5) tidak mengeluarkan zakat
6) Derhaka kepada orang tua
7) makan hasil riba
8) memakan harta anak yatim
9) ingkar kepada suruhan para nabi dan rasul
10) tidak berpuasa pada bulan ramadan (tidak uzur dan sakit)
11) melarikan diri daripada medan perang
12) menjadi pemimpin yang kejam, tidak adil dan tidak amanah dan tidak menjalankan tugas dengan telus
13) berzina
14) meminum arak walaupun tidak sampai memabukkan
15) bersifat angkuh,riak,sombong
16) memberi kesaksian yang palsu
17) melakukan hubungan sejenis (gay, homoseksual)
18) menuduh wanita baik melakukan zina
19) berbuat zalim dengan merampas harta orang yang ditindas
20) mengambil harta zakat secara tidak telus
21) mencuri
22) merompak
23)  bersumbah dusta
24) suka berbohong tanpa menyesalinya
25) bunuh diri
26) menjadi hakim yang jahat dan tidak adil
27) memebiarkan isteri melakukan maksiat dan perbuat keji
28) perempuan yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai perempuan
29) memakan bangkai dan daging babi
30)Al-muhallil ( orang berkahwin yang bukan untuk membina rumahtangga tetapi untuk diceraikan kembali setelah melakukan hubungan kelamin untuk membolehkannya bernikah kembali dengan suami pertamanya yang telah menceraikannya dengan talak 3)
31) mengugut
32) tidak membersihkan diri ketika selesai membuang air kecil dan besar
33) riak
34) perbuatan khianat
35) tidak beramal dengan ilmu yangdimiliki
36) menafikan qada dan qadar
37) mengungkit kebaikan yang pernah dilakukan kepada orang lain
38) melaknat
39) mendengar perbuatan rahsia orang lain
40) mempercayai dukun dan pawang
41) khianat kepada para pemimpin yang baik
42) isteri yang melangar perintah suami (yang tidak bertentangan dengan syariat agama ialam)
43) melukis makhluk hidup pada pakaian dan dinding rumah ( bergambar dengan menggunakan kamera boleh sebab ianya tidak menandingi kebesaran Allah, wallualam.)
44) menghina nasab keturunan
45) menghasut
46) meratapi diri (ketika ujian datang menimpa)
47) mengkafirkan orang lain
48) memutuskan hubungan silalaturrahim
49) perbuatan yang melampaui batas (membuat kehancuran)
50) memusuhi para kekasih Allah
51) menghina nabi, rasul dan wali Allah
52) mencederakan orang muslim dan mencaci mereka (dengan sengaja untuk mencari pasal)
53) memakai pakaian sutera dan emas bagi lelaki
54)  menyembelih selain daripada niat untuk beribadat kepada Allah
55) hamba yang melarikan diri
56) menyiasat kaum muslimin dan menyabarkan aib mereka
57) meninggalkan solat jumaat untuk bersolat bersendirian
58) memebuat maksiat dan kemungkaran di tanah haram
59) berjudi
60) mencap wajah haiwan ternakan dengan besi yang panas
61) melupakan kebaikan orang lain yang telah diterimanya
62) putus asa kepada Allah
63)  tidak takut kepada pembalasan Allah
64) menipu dan menutar timbangan ketika urusan berjual beli
65) minum dengan menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak
66) orang yang menafikan nasabnya daripada ayahnya
67) orang yang mangajak kepada kesasatan dan menganjurkan cara hidup yang bercanggah dengan islam
68) wanita yang menyambung rambutnya atau mengubah sesuatu dalam diri semata-mata untuk kecantikan
69) thiyarah
70) tidak mengamalkan sunah-sunah rasulullah dalam kehidupan seharian


    Rahsia Solat Lima Waktu

    By : Unknown

    solat


    Ali bin Abi Talib r.a. berkata,

    "Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.

    ' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'
    Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

    1) "Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.

    2) Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.

    3) Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang 
        bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti   Allah akan mengkabulkan permintaannya.

    4)Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.

    5) Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'

    Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.


    Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.

    ' Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan.
    Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
    Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

    Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.
    Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'


    Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'
    Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
                         a) Dibebaskan daripada api neraka.
                         b) Dibebaskan dari nifaq.

    "Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata,
    'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw).

    suara wanita aurat atau bukan? [hukum]

    By : Unknown

    muslimah




    menurut ulama mazhaf syafi'i suara perempuan bukan aurat. dalam hasyiah al bujairami disebutkan "suara perempuan bukanlah aurat menurut pendapat yang lebih sahih.akan tetapi haram mendengarkan suara kepada lelaki bukan mahram apabila dikhuatiri terjadinya fitnah.

    suara yang boleh menyebabkan fitnah itu apabila dilunakkan dan dibuat-buat manja apabila berada bersama dengan orang bukan maram. oleh sebab itu para ulama mengajar 

    " apabila seorang tetamu mengetuk pintu, seorang perempuan hendaknya tidak menjawab dengan suara yang lembut"
    malah ia sepatutnya mengasarkan suaranya misalnya dengan meletak tapak tangannya di mulut atau sebagainya. demikian penerangan dalam kitab i'anat al-talibin.

    walau bagaimanapun, harus bagi seorang perempuan bercakap secara normal menggunakan suaranya yang biasa. Allah berfirman mafhumnya,

    "wahai isteri-isteri nabi kamu semua bukanlah seperti mana perempuan lain kalau kamu tetap bertakwa.oleh sebab itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut dan manja [semasa bercakap dengan lelaki asing]  kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya dan sebaliknya, berkatalah dengan kata-kata yang baik[sesuai dan sopan]." (surah al-ahzab: ayat 32)

    menurut ibn Kathir, walaupun secara zahirnya perintah Allah dalam ayat ini ditujukan kepada para isteri nabi, namun tuntutannya meliputi semua wanita beriman. seorang muslimah mestilah berbeza daripada wanita bukan islam dalam aspek cara bertuturnya.

    wanita islam yang bertakwa itu penuh dengan adab apabila bercakap. kata-katanya pula tidak menyakitkan dan tidak pula menyinggung orang lain dan berlebihan apabila bercakap. 

    ibn zaid pula berkata " seorang muslimah menggunakan nada lembut apabila bercakap dengan suaminya dan berbeza pula apabila bukan bercakap dengan suaminya."
     

    Cara nabi Muhammad s.a.w makan

    By : Unknown
    we love nabi muhammad s.a.w


    dalam sebuah hadis riwayat muslim menyebut bahawa rasulullah dan keluarganya pernah selama sebulan atau dua bulan hanya makan kurma dan air. meskipun hidangan yang baginda makan sangat sikit dan sederhana, namun baginda tidak pernah lupa mensyukuri nikmat allah.

    begitu juga baginda tidak lupa untuk berterima kasih kepada orang yang menghidangkannya serta tidak mencela apabila ada hal yang kurang baginda berkenan. ini kerana meskipun orang yang memasakknya telah mencuba sebaik mungkin , kekurangan itu pasti ada. oleh sebab itu, rasulullah tidak pernah mencela makanan dan orang yang memasaknya.

    baginda juga tidak akan menolak makanan yang disajikan dan tidak memimta-minta makanan yang tidak tersaji. baginda nabi umat ini. perhatian baginda tidaklah tertumpu kepada masalah perut dan makanan sahaja. jika disajikan roti dan daging, baginda akan memakannya, jika dihidangkan dengan buah-buahan, baginda akan memakannya, jika dihidangkan kurna atau roti sahaja, baginda pun memakannya.

    apabila dihidangkan dua jenis makanan, baginda tidak berkata: " aku tidak mahu menyantap dua jenis makanan!' baginda tidak pernah menolak makanan yang lazat dan manis.

    Tempat dan waktu dianjurkan berselawat

    By : Unknown
    i love rasulullah
    I Extremely love rasullulah



    1) Sesudah laungan azan

    2) Ketika hendak masuk dan ketika keluar masjid

    3) Dalam solat jenazah

    4) Dalam takbir-takbir hari raya

    5) Sewaktu membaca tahiyat akhir dalam solat

    6) Pada awal dan akhir bacaan doa

    7) Pada malam dan siang hari jumaat

    8) Dalam khutbah dan semasa bacaan qunut

    9) Ketika oraqng menyebut nama rasulullah s.a.w

    10) Tiap pagi dan petang, ketika mengadakan majlis ceramah, ketika susah sakit dan lain- lain.




    Rasulullah bersabda yang bermaksud:


    "sesiapa membaca selawat sepuluh kali pada pagi hari dan sepuluh kali pada waktu petang, maka ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat.” [hadis riwayat al-tabrani daripada abu darda r.a]









    keuntungan menutup aurat kepada perempuan

    By : Unknown
    muslimah sejati
    Keuntungan menutup aurat 
    Selain perintah menutup aurat, ayat al-ahzab: 59 turut menyatakan hikmah mengapa didatangkan hukum, iaitu untuk memelihara maruah wanita dan menjadi perisai menyelamatkan mereka daripada gangguan manusia. Sebabnyaialah dengan berpakaian menutup aurat dengan sempurna wanita akan memperoleh 3 keuntungan iaitu:
    1) Sebagai penghormatan kepada mereka kerana dikenal sebagai wanita yang mulia dan baik-baik. Jesturu kerana itu mereka tidak diganggu oleh manusia yang fasik.
    2) Kecantikan dan keindahan tubuh mereka akan terlindung daripada mencetuskan keinginan jahat dalam hati orang yang berpenyakit hatinya, ini sekaligus dapat menghindari perbuatan jahat daripada berlaku dan menimpa ke atas diri mereka.
    3) Dengan menutup tubuh mereka, wanita akan merdapat kekuatan dalaman untuk menahan diri sendiri daripada melakukan perbuatan dosa dan maksiat.

    SEKSAAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT.

    By : Unknown
    SEKSAAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT.


    manusia di neraka


    Orang yang meninggalkan solat akan diseksa dengan 15 seksaan, 6 daripada akan diterima didunia, 3 daripadanya ketika nyawa berada di perghujung dan tiga lagi ketika dia berada di dalam kubur dan tiga terakhir akan diterima di hari pembalasan kelak (hari akhirat)

    6 seksaan di dunia
    1) Usianya tiada keberkatan
    2) Dihilangkan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya
    3) Tiada pahala setiap amalan yang dikerjakannya
    4) Doanya akan menjadi sia-sia kerana tidak dimakbulkan oleh Allah 
    5) Semua makhluk di dunia akan membencikannya. 
    6) Tidak menerima bahagian dariapda doa untuk orang-orang soleh.

    3 seksaan ketika nyawa di penghujung
    1) Matinya adalah dalam kehinaan
    2) Matinya adalah dalam keadaan yang terlalu lapar
    3) Matinya adalah dalam keadaan yang tersangat dahaga

    3 seksaan ketika berada di dalam kubur
    1) Kuburnya akan disempitkan
    2) Dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yang dinyalakan
    3) Ular yang dinamakan shajkul akrak akan menyiksa si mayat sehingga ke hari kiamat

    3 seksaan di hari akhirat
    1) Malaikat akan menyeret nya dalam keadaan hina masuk ke neraka
    2) Mendapat kemurkaan Allah yang yang amat hina
    3) Allah s.w.t akan menghisabnya dengan berat yang terus dihumban ke dalam api neraka.

    Oleh itu, kita hendaklah menjaga solat dan agama kita melebihi kita menjaga nyawa dan maruah kita sendiri. Wallualam. Selamat beramal.





    5 perkara tersembunyi tentang solat

    By : Unknown
    muslim solat



     5 PERKARA TERSEMBUNYI TENTANG SOLAT 

    1) SOLAT SUBUH --> WAJAH YG CANTIK..
    2) SOLAT ZOHOR --> DUIT YG BANYAK..
    3) SOLAT ASAR --> KESIHATAN YG BAIK..
    4) SOLAT MAGRIB --> ANAK-II YG CERDIK &
    BERJAYA..
    5) SOLAT ISYAK --> TIDUR YG NYENYAK
    TANPA GANGGUAN..

    SABDA NABI MUHAMMAD S.A.W :

    --> BARANGSIAPA YG MENINGGALKAN
    SOLAT SUBUH TIADALAH PADANYA NUR DI
    WAJAHNYA..

    --> BARANGSIAPA MENINGGALKAN SOLAT
    ZOHOR TIADALAH PADANYA REZEKI YG
    BERKAT..

    --> BARANGSIAPA YG MENINGGALKAN
    SOLAT ASAR TIADALAH PADANYA KEKUATAN
    BADAN..

    --> BARANGSIAPA MENINGGALKAN SOLAT
    MAGRIB TIADALAH PADANYA ANAK-II YG
    BERMANFAAT..

    --> BARANGSIAPA YG MENINGGALKAN
    SOLAT ISYAK TIADALAH PADANYA TIDUR YG
    NYENYAK..

    JENIS-JENIS SAKA YANG BERBAHAYA

    By : Unknown

    saka harimau
    saka harimau


    Dalam masyarakat Melayu saka  ada berbagai jenis yang bersandarkan kepada jenis ilmu dan amalan  salah yang melibatkan jin dan syaitan. Ianya pula berkait rapat atau bergantung pula kepada jenis-jenis jin atau syaitan yang digunakan tersebut. Secara mudahnya, jenis saka ini dikenal dari dua sudut iaitu dari sudut ilmu dan amalan yang digunakan dan sudut kedua ialah jenis-jenis jin dan syaitan yang digunakan.


    A.      SAKA DARI SUDUT ILMU DAN AMALAN YANG DIGUNAKAN

    i.                  Saka silat
    ii.                 Saka kebal
    iii.                Saka penggerun
    iv.                Saka penunduk
    v.                 Saka syarat tubuh
    vi.                Saka seri muka
    vii.              Saka kuat nafsu
    viii.             Saka pagar rumah
    ix.                Saka kuat kerja
    x.                 Saka kasih sayang
    xi.                Saka sedap masakan
    xii.              Saka sedap suara
    xiii.             Saka pukau
    xiv.             Saka halimunan
    xv.              Saka kaya
    xvi.             Saka pelaris dan sebagainya.


    B. SAKA DARI SUDUT JENIS-JENIS JIN DAN SYATAN YANG DIGUNAKAN

    i.                   Saka harimau 
    ii.                  Saka buaya 
    iii.                 Saka hantu raya 
    iv.                 Saka pelesit
    v.                   Saka khadam ayat 
    vi.                 Saka bunian 
    vii.                Saka ular 
    viii.               Saka bajang 
    ix.                 Saka jembalang 
    x.                  Saka hantu pocong 
    xi.                 Saka polong dan sebagainya


    KREDIT:AS-SYIFA

    KETAHUILAH BETAPA BAHAYANYA FITNAH SANG DAJJAL

    By : Unknown




    Bila sebut fitnah dajjal, ramai orang memperlekehkan. walaupun nabi dh kata :


    “Sejak penciptaan Adam sehinggalah terjadinya kiamat tidak ada perkara lain yang lebih besar dari Dajjal.” (Hadis riwayat Muslim)


    Di dalam riwayat yang lain, Abdullah Ibn Umar ra berkata rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda : “Aku sungguh-sungguh berwasiat agar kamu semua berhati-hati terhadapnya. Tidak ada seorang nabi pun yang tidak memperingatkan kaumnya tentang bahaya Dajjal namun aku akan memberitahu kalian tentang sesuatu yang tidak pernah diberitahu oleh seorang nabi pun sebelumku kepada kaumnya iaitu bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya dan Allah itu tidaklah buta sebelah mata. (Hadis riwayat Bukhari)


    Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)


    Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)


    Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)


    Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)


    Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

    Janji Allah kepada mereka yang berkahwin

    By : Unknown
    berkahwin dalam islam



    Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

    Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

    1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

    Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

    2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

    Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

    Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

    Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

    3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

    Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

    4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

    5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

    Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

    Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

    Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,

    Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

    Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

    Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

    “Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

    Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

    Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

    6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

    Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

    7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

    Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

    8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

    Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

    9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

    10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

    Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

    kredit: forum tentang cinta

    Hukum Ibu Tumpang Dalam Agama Islam

    By : Unknown
    HUKUM IBU TUMPANG DALAM AGAMA ISLAM




    Hukum pengambilan ibu tumpang dengan tujuan untuk mendapatkan anak adalah haram. Maka urusan pesenyawaan tersebut adalah batil dan tidak boleh diambil.

    Begitu juga hukum menjadi ibu tumpang adalah haram. Ini ialah pendapat yang dikeluarkan oleh badan fiqah Islam antarabangsa atas hujah ia akan terdedah kepada percampuran nasab dan perbalahan antara pemilik ovum dan wanita yang diupah mengandung itu.

     dengan kepesatan sains dan teknologi pelbagai kaedah lain yang boleh diambil bagi berusaha mendapatkan zuriat dengan cara yang sah menurut kaedah islam tanpa perlu menggunakan khidmat ibu tumpang. perbanyakkanlah berdoa kepada Allah semoga dimuruhkan rezeki untuk mendapatkan cahaya mata yang merupakan penyeri dalam sesebuah pasangan mahupun keluarga.

    20 TIPS TANGANI KETAGIHAN SEKS MELAMPAU (cara Islam)

    By : Unknown


    Sudah menjadi lumrah bahawa setiap proses penyembuhan sama ada yang berbentuk fizikal atau spiritual mempunayai pantang larang yang mesti dipatuhi. Berikut ialah cadangan beberapa kaedah untuk mengawal nafsu syahwat.

    1) Fikirkan tentang matlamat hidup dan sibukkan diri untuk mencapainya.

    2) Pasakkan keyakinan AlLah maha melihat apa yang sedang kita lakukan

    3) Sedarkan diri bahawa malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan perkara yang kita lakukan

    4) Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik serta soleh.

    5) Putuskan hubungan “songsang” dan “gelap” sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet mahupun fizikal, melalui laman chat, e-mel, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di depan computer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri daripada berseorangan. Jika berbual mesra dan makan tengah hari bersama rakan sekerja yang berlainan jantina itu puncanya, maka elakkan diri, begitulah seterusnya.

    6) Putuskan hubungan adik, kakak, dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pengundang maksiat.

    7) Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat. Setiap orang tahu dan sedar jenis tindakan yang boleh mendorong syahwat masing-masing kerana ia mungkin tidak sama dengan orang lain.

    8) Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat sasaran baru seperti menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu sasaran lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa sasaran dalam kehidupan, keinganana syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.

    9) Sertai kumpulan yang bersifat keagamaan yang boleh membawa ingatan kepada allah. Namun awas dan elakkan diri daripada kumpulan songsang dan ajaran sesat.

    10) Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah. Dengannya anda akan mendapat rakan dan sahabat yang baik. Selain itu waktu kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibentung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit.

    11) Kalau anda sedang bekerja atau belajar, sasarkan diri untuk cemerlang dalam semua matapelajaran atau kerjaya anda. Dengan itu anda akan lebih sibuk dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan sekaligus ingatan kepada syahwat akan mula menurun dan ruangnya disempitkan

    12) Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar sebab memikirkan kematian

    13) Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu. Adakah anda suka untuk menerima kematian dalam situasi itu?

    14) Kalau anda sedang bersyahwat dengan wanita sekalipun secara maya seperti internet dan tv , segeralah gambarkan kehodohannya agar syahwat menurun. Contohnya bayangkan wanita itu mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor ada AIDS dan banyak lagi.

    15) Kalau computer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, maka mainkan alunan zikir , dan bacaan Al-quran setiap kali menghadap computer. insyaAllah, rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak pun sedikit.

    16) Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan. Satu jurus langkah kea rah maksiat ialah kunci syaitan untuk menjerumuskan manusia ke dalam lembah maksiat yang lebih besar

    17) Menjaga pemakanan dengan memastikan makanan itu halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada nafsu syahwat yang liar.

    18) Memastikan harta yang diperoleh itu daripada sumber yang halal

    19) Amalkan untuk berpuasa sunat, berzikir secara disiplin setiap kali selepas solat dan berdoa sebanyak mungkin semasa sujud dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

    20) Segera beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam lembah maksiat yang besar. Firman Allah, mafhumnya “Dan segeralah kamu kepada keampunan daripada tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang bertakwa. “ (surah ali imran:133)

    by: majalah al-ustaz

    Asal Usul Pemisahan Politik Daripada Agama

    By : Unknown




    “Memisahkan agama dan politik dipanggil sekular. Perkataan sekular berasal dari perkataan Latin iaitu saeculum yang bemaksud kata waktu( a time word). Ia boleh diartikan sebagai satu zaman yang sangat panjang. Di dalam satu zaman yang sangat panjang ini, sekularisasi di dalam politik bermaksud tidak ada seorangpun yang boleh memerintah dengan ‘autoriti hak tuhan’.



    Kepercayaan kepercayaan ini mulai disemai bermula tahun 1804 hingga 1872 oleh guru Karl Marx yang bernama Ludwig Feurbach. Kemudian timbul pula para teologi kematian tuhan seperti Karl Barth (1886-1968), Dietrich Bonhoeffer (1906-1945), Paul van Buren, Thomas Altizer, Gabriel Vahanian, William Hamilton, Woolwich, Werner dan Lotte Pelz. Bagi mereka ini semua, ‘tuhan telah mati’ atau ‘agama adalah ketidakpercayaan’(religion as unbelief). Mereka menyeru orang orang kristian dengan satu pendekatan baru iaitu, ‘kristian tanpa agama’(a religionsless Christianity) dan menganggap ‘kematian tuhan’ adalah satu budaya.



    Mereka mula memutarbelit kata kata. Kata mereka kristian tanpa agama bukan bermaksud menjadi atheis, mereka masih percaya wujudnya tuhan tetapi agama hanyalah satu falsafah yang paling tinggi. Agama hanya untuk manusia, bukan manusia untuk agama. Tuhan hanya untuk manusia bukan manusia untuk tuhan. Jadi peranan tuhan hanyalah kepercayaan semata mata dan digantikan dengan peranan manusia semata mata di dunia ini. Bagi mereka jika gereja memerintah negara akan berlaku kepincangan yang sangat dahsyat. Mereka percaya akan berlaku konflik dan banyak sekatan akan muncul jika para paderi dikaitkan dalam pemerintahan.



    Lantaran itu pihak barat mula memisahkan para paderi dan gereja dari kehidupan bernegara. Jadi ‘solution’nya adalah sekularisme. Mereka mula meminggirkan kehidupan agama mereka dari tampuk politik. Maka mereka bebas perbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka.

    Malang sekali fahaman fahaman ini mula diadaptasi oleh sarjana sarjana Islam. Mohamad Arkoun misalnya menganggap, sekularisme dalam pentadibran negara akan membebaskan manusia dari kekangan ideologi. Senada dengannya adalah Nasr Hamid Abu Zayd. Malah ramai sarjana sarjana Islam mula tertarik dengan fahaman memisahkan agama dan politik, bertitik tolak dari fahaman mereka berdua.



    Malah mereka mengganggap syariah adalah produk manusia semata mata. Bahkan mereka mengganggap alquran itu sendiri adalah pentafsiran semata mata. Al quran adalah satu tafsiran akal manusia terhadap wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhamad s.a.w. Mereka merendahkan nilai al quran seolah olah ianya satu karangan dan tafsiran terhadap wahyu. Fahaman fahaman ini mula dikembangkan oleh barat, menyusup masuk ke institusi pengajian pengajian agama. Terutama di negara Turki, pakistan dan di negara negara arab sendiri.



    Kemudian bila negara negara barat mula menyerang dan memerintah negara Islam, mereka mula memisahkan agama dari pentadbiran. Alim ulama bebas mengajar agama asalkan mereka tidak menyeru untuk menentang penjajah(malah mereka diberi jawatan dan dilantik untuk mengurus dan mengendalikan hal ehwal orang Islam). Maka mulalah wujudnya dua mahkamah iaitu mahkamah syariah dan mahkamah sivil.



    Bertitik tolak dari ini maka rakyat(khususnya rakyat tanah melayu) mula merasakan bahawa tidak ada perbezaanpun siapa yang memerintah, kerana mereka masih bebas beragama. Mereka masih bebas melakukan amal ibadat sekalipun nilai nilai maruah pemerintahan telah dicabul oleh penjajah. Doktrin doktrin pemikiran barat mula disemai secara halus oleh para penjajah. Maka wujudlah sekolah sekolah moden yang menyaingi sekolah sekolah pondok. Pilihan terhadap nilai nilai agama dialternatifkan dengan keperluan ilmu moden seperti kedoktoran, jurutera dan sebagainya. Dengan tingkatan gaji yang jauh berbeza, antara kelulusan agama dan lulusan moden dengan sendirinya telah merendahkan nilai agama itu sendiri dikalangan masyarakat. Malah hingga ke hari inipun kerajaan kita masih memandang remeh terhadap gaji lulusan agama berbanding jurutera. Sekolah sekolah agama rakyat berjaya dipinggirkan dan diatasi dengan sekolah sekolah moden kerajaan. Sekolah agama, lulusan agama, berfikiran agama, mula dipandang kuno oleh orang Islam sendiri. Berpegang teguh kepada agama Islam akan dipandang seolah olah berpandangan sempit dan konservatif.

    Ulama dalam institusi kerajaan Malaysia berjaya dikecilkan peranannya. Mereka hanya dinilai sebagai pembaca doa dan digunakan untuk keperluan kematian semata mata. Ulama masih diperlukan dalam setengah adat istiadat rasmi negara, supaya ianya digambarkan seolah olah ulama masih lagi tidak dilupakan. Maka ternyata agenda penjajah ini telah berjaya dan masih diteruskan oleh pemerintah sekarang, sama seperti semasa penjajahan dahulu.

    Islam telah berjaya dipolitikkan maka wujudlah ‘Islam politik’. Sementara ‘politik Islam’cuba dihapuskan. Bila ‘Islam politik’ muncul maka akan wujudlah kepentingan duniawi di dalam satu satu tindakan. Maka wujudlah pembinaan masjid semata mata untuk menarik perhatian rakyat yang beragama Islam, tetapi bukan atas niat untuk mengembangkan agama Islam dengan sebenar benarnya. Juga wujudlah pemimpin pemimpin Islam yang minum arak, berjudi, berzina,rasuah dan berbagai penyelewengan.

    Agenda mengislamkan politik sangatlah digeruni oleh pemerintah. Menyeru rakyat kembali kepada Islam akan menyebabkan BN akan kehilangan sokongan. Islam mengharamkan judi, zina, minum arak, rasuah dan segala macam kemungkaran. Jadi mengislamkan politik bermaksud berpolitik untuk membebaskan negara dari arak, judi, zina, rasuah dan membebaskan negara dari segala bentuk kepincangan. Jadi ini tentu sahaja akan merugikan pemerintah BN yang terkenal dengan segala macam kebejatan.

    Mereka(BN yang mewarisi pemerintahan British) ingin memisahkan antara masjid dan politik. Melangkah tangga ke masjid hanya untuk bersembahyang, politik harus ditinggalkan di luar pagar masjid. Seolah olah tuhan hanya berada di dalam masjid. Jika diluar masjid kita bebas perbuat apa sahaja, samada dari sudut poltik, ekonomi dan segalanya, adalah terpisah sama sekali dari tuntutan agama. Mereka malah lupa bahawa Nabi Muhamad s.a.w adalah pemerintah tertinggi Madinah. Mereka juga lupa para sahabat semuanya adalah perdana menteri, hingga terkenal dengan jolokan ‘khalifah ar rasyidin’.



    Mereka cuba mengangkat perjuangan terhadap bangsa melebihi perjuangan berlandaskan agama. Padahal mereka lupa peristiwa ini pernah berlaku di zaman Rasullullah. Dalam hadis riwayat Muslim Rasullullah pernah berpesan:

    “barangsiapa berperang di bawah bendera kesesatan, ia marah kerana kebangsaan(asobiyyah), atau membela kebangsaan, kemudian ia mati, maka matinya adalah jahilliah”

    Marilah kita ingat pesan Rasullullah yang terakhir ketika Haji Wada’:

    Kalian semua adalah anak Adam, sedangkan Adam itu diciptakan dari tanah. Tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab atas bangsa bukan Arab, tidak ada kelebihan bagi bangsa kulit putih atas bangsa kulit hitam, dan tidak ada kelebihan bangsa berkulit hitam atas bangsa kulit putih, melainkan dengan taqwa

    Kepada mereka mereka yang kuat perjuangkan kebangsaan dan melayu, tanyalah diri kamu ,fahaman siapakah yang kamu bawa? Kepada yang hendak memisahkan politik dan agama, sedarkah kamu bahawa kamu dan karl max adalah satu guru?

    Kepada para ulama, marilah kita merenung kata kata Muaz Ar Razi’

    ”wahai orang orang yang berilmu dan para alim ulama,istana-istana kalian(indah) laksana istana kaisar, rumah-rumah kalian (besar dan selesa)laksana rumah kisra, kendaraan-kendaraan kalian (kenderaan mewah)laksana kendaraan Qarun, gelas-gelas kalian laksana gelas Fir’aun, jamuan-jamuan kalian laksana jamuan jahiliah dan mazhab-mazhab kalian laksana mazhab setaniyah. Lalu dimanakah risalah Muhammad?”

    Di manakah tugas kamu dalam mewarisi tugas yang ditinggalkan oleh Rasullullah s.a.w?

    -sumber facebook-

    - Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -