Popular Post

Archive for Julai 2012

PURDAH BUKAN HALANGAN ,PELATIH PLKN PAKAI PURDAH

By : Cerita Farjannah

:PURDAH BUKAN HALANGAN::

PELATIH PLKN PAKAI PURDAH

NST/BH/METRO KUANTAN/11/9/2006/KNE320B/KNB061C/KNM644C/..MESRA...Farzanah dikemuruni rakan-rakan pelatih PLKN Kem Semarak, Tanjung Gosong, Pekan. semalam. Gambar - ILHAM NUSA. NSTP

Tinggalkan link korang di sini

By : Cerita Farjannah

TINGGALKAN LINK DI SINI.



Assalamualaikum dan salam sejahtera~

Mohon jasa baik pengunjung untuk tinggalkan link di sini, senang untuk jannah jejak balik ke blog korang ~
 ^_^

Tag : ,

berita terkini dari burma

By : Cerita Farjannah
Berita Terkini dari Burma;

1) 52 ribu umat islam disembelih dlm mase hanye 6 minggu
2) 22 buah masjid dibakar, sebahagiannyer dibakar bersama dgn jemaah ketika menunaikan solat
3) 60 buah kampung islam di bakar...
4) wanita dirogol sampai mati
5) jenazah umat islam tidak dibenarkan di ambil,di tanam..mereke akan humban dlm laut atau dibiarkan hingga di baham anjing2
6) kedai2 mkn tidak dibenarkan menjual mknn pd umat islam
7) sesiapa yg betulkn kembali masjid yg dibakar td akn dihumban dlm penjara

SERUAN JIHAD TELAH DIPANGGIL WAHAI SAUDARA SEISLAMKU...JGN ANDA ALPA DAN LEKA LG WAHAI UMAT ISLAMMMMM....MARI BERJIHAD...JIHAD ITU TUNTUTAN WAJIB BG UMAT ISLAM SEKALIPUN UTK ORG YG BUTA MATANYA....!!!!!!

Sehubungan dgn itu..bg sesiapa yg berdekatan shah alam dan yg hampir dgnnya...kami perlukan BERAS,MINYAK DAN GULA untuk kami hantar pd sedara islam kita di sana...WAHAI UMAT ISLAMMMMM...BESOK tolong hantar ke SURAU AR-RAHMAH SEKSYEN 8 SHAH ALAM krn ada lori yg akan bawak bekalan mknn ini ke pulau pinang...di pulau pinang brg akn dipindahkn ke atas kapal..kapal akn bertolak ker Myanmar...stakat nih..Hanya ni shj jln yg mampu kiter lakukan DEMI MENYAHUT TUNTUTAN JIHAD KITER...INFAQ KAN HARTA ANDA PADA JLN JIHAD FISABILILLAH...KERANA GANJARANNYA 700 KALI GANDA...tlg war-war kan..mudahan kita dpt antar byk beras,gule dan minyak utk sedare islam kiter disana...amin ya ALLAH.







Ciuman Jarak jauh, kemudahan Teknologi Terkini.

By : Cerita Farjannah
Assalamualaikum(^-*)...



benda nie kissenger nama dia.. gadget terbaru untuk bercium di alam maya.. alahai dunia..maju sgt eh!


       Kelmarin, tersiar satu berita yang menyatakan sekarang ini sudah terdapat satu cara untuk dua orang yang bercinta untuk bercium dan berkucup walaupin mereka terpisah jauh!

        Ini menyebabkan saya erpegun dan memikirkan betapa jauhnya  masa berubah sejak zaman saya masih berusia muda di tahun 70-an dan awal 80 an dulu. waktu itu amat susah untuk menjalinkan hunungan antara satu sama lain kerana teknologi komunikasi hanya terhad kepada telefon rumah dan penulisan surat sahaja,

        Sewaktu di sekolah menengah, yang mempunyai hungungan intim dari kawan biasa berkiriman surat dengan curi-curi, selalunya dengan alasan meminjamkan buku  sedangkan di dalam buku itu terdapat surat yang berbedak dan dibubuh minyak wangi! telefon jarang sekali digunakan rentetan hampir semua rumah tidak memiliki telofon pada ketika itu. hampir semua telofon adalah kemudahan pejabat  dan hanya orang-orang yang berada saja yang mempunyai telefon di rumah. dan saya tidak pernah termimpi suatu hari nanti akan wujud telefon awam.

       Bayangkan jika anda berada di kuala lumpur dan mahu menghubungi keluarga anda yang duduk di sabah, cara yang peling cepat ialah dengan menghantar telegram. dan jika perlu juga bercakap di telefon, terpaksalah pergi berbaris di pejabat telekom di kuala lumpur  untuk membuat "trunk call" tertapi ini akan memerlukan anda menaiki kenderaan awam, mengisi borang, berbaris hingga berjam-jam jika ramai pelanggan yang mahukan perkhidmatan yang sama. dan "trunk Call' hanya boleh dibuat jika yang mahu di telefon itu mempunyai telefon, dan harganya bukanlah murah seperti sekarang.


       Sekarang lebih 40 tahun kemudian, peningkatan kemudahan teknologi  sudah mencapai tahap yang begitu hebat sehinggakan kita sukar untuk mengikuti perkembangannya. kita membeli sebuah telefon bimbit yang paling canggih dan tidak lama selepas itu, sewaktu kita masih sibuk belajar cara menggunakannya, versi telefon yang baru dan lebih canggih dikeluarkan lagi. kita lihat tv, sedang ditingkatkan kecanggihannya, melintasi keupayaan menayangkan filem 3D  dan HD.  ramai yang tidak sedar bahawa tidak lama lagi TV akan beruapaya menanyangkan siaran dalam bentuk hologram . hologtam ialah gambar yang nampak sebijik dari semua penjuru, dan ini suatu hari nanti akan membolehkan kita menonton perlawanan bola sepak yang berlaku di atas meja yang bertukar menjadi padang bola dan bukan di kaca TV!!

             Laman sesawang itechwiz.com melaporkan terdapat tanda-tanda yang kuat bahawa Apple sedang membangunkan iPhone dan iPad holografik yang boleh memancarkan skrinnya menjadi gambar 3D interaktif yang terapung di udara! dan pengguna boleh berinteraksi dengannya melalui gerakan jari dan tangan.

          Namun dengan pengenalan kemudahan bercium dan berkucup secara online, semua perkembangan teknologi ini telah sampai dipersimpangan dimana kita terpaksa memikirkan  nilai moral dan etika pergaulan. alat yang memudahkan perkhidmatan ini dipanggil "KISSENGER" (kata hubung dari kiss dan messenger) pasangan hanya perlu menyambungkan messenger masing-masing, melengkapkan hubungan talian dan mula mencium messenger masing-masing sambil menatap wajah satu sama lain di laptop.

            
          Bagaimanapun gadget ini belum dipasarkan kerana beberapa isu, termasuk persoalan etika, belum diselesaikan, selain dari aspek-aspek teknikal. penciptanya HOOMAN SAMANI berkata, 'bercium adalah sesuatu yang amat intim maka untuk memasarkan satu produk di pasaran yang mempunyai kaitan dengan isu sensitif ini kita perlu mengadakan kajian dan penyiastan yang betul dari sudut pandangan sosial, sudut pandangan budaya."


            Apa pun kita boleh pasti suatu hari nanti, akan ada gadget yang lebih canggih yang akan membolehkan hubungan fizakal, termasuk hubungan seks, dari jarak jauh. mungkin juga akan ada perkhidmatan yang memungkinkan para remaja bercium  dengan orang berwajah seperti elvis presly atau tom cruise. isunya di sini ialah persoalan moral dan bukanlah ini akan menghancurkan sistem sosial, menamatkan tata susila tradisional, dan melonjakkan masyarakat ke tahap kebebasan  yang akan menghancurkan nilai-nilai budaya yang selama ini kita pegang sebagai suatu yang amat berharga bagi survival kemanusiaan.

15 SEBAB ALLAH TURUNKAN BALA

By : Cerita Farjannah





15 SEBAB ALLAH TURUNKAN BALA

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana?
Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
❝Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1.Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2.Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3.Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4.Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5.Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6.Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7.Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9.Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10.Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11.Apabila arak menjadi minuman biasa.

12.Apabila lelaki memakai sutera.

13.Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14.Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15.Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.❞

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.


*Majukan atau Tandakan peringatan ini kepada rakan atau orang yang anda tidak akan lupai. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah mula melupakan kawan-kawan anda.
Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

buatmu bidadari Islam

By : Cerita Farjannah
Assalamualaikum(^-*)...



khas untukmu wahai bidadari islam...:)

wanita yang disayangi
adalah pencinta Tuhannya...
yang mengalir cinta,takut,dan harap...
yang mengusai perjalanan penghidupannya..
dari waktu ke waktu...
dari hari ke hari..
sehingga perjalanan di antara..
jasad dan nyawanya berakhir..

wanita yang dirindui...
adalah wanita yang dimata dan wajahnya..
terpancar sinar nur Ilahi..
lidahnya basah dengan zikrullah..
di sudut hati kecilnya..
sentiasa membesarkan Allah..

wanita yang dicintai..
yang menutup auratnya..
dari pandangan mata ajnabi..
kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya..
di sanjung tinggi..
penduduk langit dan bumi..

wanita yang diimpikan..
adalah yang mendekatkan..
hatinya yang telah jauh..
kepada Ar-rahman,Ar-rahim..
di saat orang lain dilamar kebendaan..

wanita yang dikasihi..
yang bersyukur dengan apa yang ada..
yang bersabar pada yang tiada..
cinta pada hidup yang sederhana..
yang tidak bermata benda..

wanita yang disukai..
menjadi dian pada dirinya..
menjadi pelita untuk putera-puterinya..
yang bakal dilahirkan..
untuk menyambung perjuangannya di belakang hari..


Kekurangan bukan alasan untuk tergendalanya ketaatan.

By : Cerita Farjannah
Kekurangan bukan alasan untuk tergendalanya ketaatan.

Semoga gambar ini mampu memotivasi kita untuk lebih mensyukuri setiap anugerah yang telah Allah berikan. Termasuk mengingatkan kita akan keseriusan dalam ketaatan menuju Yang Maha Menggenggam Jiwa.




Antara Manusia, Malaikat Dan Syaitan

By : Cerita Farjannah
Assalamualaikum(^-*)...


  Antara Manusia, Malaikat Dan Syaitan 


Manusia: Eh, dah subuh dah?
Malaikat: Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan: Alahhhhhh, kejaplah. Ngantuk ini.. Awal lagi nie..

Manusia: Nak makan, laparlah..
Malaikat: Wahai anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan: Ahh, tak payahlah...! Dah lapar ni !! Emmm, sedapnyaa!!

Manusia: Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat: Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan: Ehh, panaslah! Takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia: Alamak, dah lewat!
Malaikat: Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan: Ahhh! Awal lagi? Emmm.. Aaaahh? Suruh si fulan,
punchkanlah?

Manusia: Azan sudah kedengaran...
Malaikat: Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan..
Syaitan: Baru pukul berapa.. Rilex lah, awal lagi ni..

Manusia: Eh, eh... tak boleh tengok ini! Berdosa...!
Malaikat: Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganm. Sesungguhnya
Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui!
Syaitan: Perggghh...!! Best tu... Rugi wooo kalau tak tengok nie..

Manusia: Saudaraku sedang melakukan dosa..
Malaikat: Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan: Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang.. Lantaklahh!!

Manusia: Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain.
Malaikat: Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan: Sendiri fikirlah! Semua dah besar.. Buat apa susahkan diri..?
Pandai² lah?

Manusia: Aku telah berdosa..
Malaikat: Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu.. Sesungguhnya Allah
Maha Pengampun..
Syaitan: Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat...!
Lagipun muda hanya sekali.. Rugila!! (kalau sempatla..)

Manusia: Kalau pergi, mesti seronok!
Malaika: Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang
dimurkai Allah! Berpalinglah dari jalan itu...
Syaitan: Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh!!

Manusia: Uuhhh, letihnya harini.. Tak solat lagi nih!
Malaikat: Wahai anak Adam, taatilah Allah dan Rasul-NYA, kebahagiaan
di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan: Hey anak Adam, ikutilah aku! Kebahagiaan di dunia (sahaja)
dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda: Patutkah aku biarkan artikel ini untuk pengetahuan aku
seorang..?
2. Malaikat: Ingatkanlah pada kawan² yang anda kenal..
(majukan artikel ini)
3. Syaitan: Tak payahlah sebuk²..!! Biarkan...



Cintaku yang Sederhana

By : Cerita Farjannah
Assalamualaikum(^-*)...

• Cintaku yang sederhana •



Ketika engkau bertanya, mengapa aku memilihmu?
Aku menjawab ..., Kerana agamamu..
Ketika engkau bertanya, cukupkah hanya itu?
...aku menjawab .., ada lagikah yang lebih utama dari itu?

Mungkin alasanku terlalu sederhana ...
Namun ku yakin engkau kan tahu, betapa mahal harganya
Bahawa hal itu adalah sebuah kebenaran..
Bahawa alasan itu adalah sebuah kejujuran..
Bahawa sederhana itu adalah sebuah perjuangan..

Aku memilihmu tuk menjadi yang halal bagiku
Bukan sekadar pilih atau mengikut trend masa kini
Bukan untuk jadi kekasih atau lebih dari teman
Bukan untuk menemaniku jalan-jalan atau makan-makan

Engkau mungkin kecewa ...,
Engkau mungkin bertanya...,
Mengapa aku tak pernah katakan "cinta"?
Mengapa aku tak pernah bilang "sayang"?
Mengapa kita tak pernah berpegangan tangan?
Atau sekadar bertukar pandang ...?

Bagiku ...,
Wanita sangatlah suci
Bukan barang dagangan yang layak dipegang, kemudian dibeli
Bukan barang contoh untuk dirasa, kemudian menawar harga..
Wanita sangatlah mulia..Wanita lebih dari itu... :')

Kaka Bakal tinggalkan Real madrid?

By : Cerita Farjannah
Assalamualaikum (^_*)...




     penolong jurulatih Real madrid , Aitor Karanka kelihatan mencadangkan bahawa pemain tengah antarabangsa Brazil, Kaka, mungkin akan meninggalkan Real madrid ekoran ketiadaan beliau dalam skuad kendalian Jose Maurinho pada perlawanan persahabatan pramusim menentang oviedo.

      Real membelasah pasukan divisyen 3 itu dengan jaringan 5-1 selasa lepas walaupun maurinho menurunkan skuad ke-2 beliau.

        Beliau hanya menurunkan 3 pemain skuad utama, Alvaro moata, esteban dan penjaga gol adan. Tetapi Real bermula garang apabila lucas VazQuez membuka jaringan pada minit kesembilan sebelum Denis tchersyhev manambah gol pada minit ke-30 dan dua minit kemuadian, Esteven Grareno menjaringkan gol ketiga.

      Matar Diop martins merapatkan jarak kedudukan buat oviedo apabila menjaringkan gol pada minit ke enam selepas rehat tetapi Angel Di maria melengkapkan jaringan dengan dua gol pada minit ke-56 dan minit ke-74.

       Kaka yang sentiasa dikaitkan dengan perpindahan dari Real madrid sejak 12 bulan setelah bergelut membuktikan nilai 50 juta pound yang dibayar kepada AC milan untuk mendapatkan khidmatnya pada 2009.

     Pemain terbaik dunia pada tahun 2007 itu deselubungi kecederaan sejak tiba di Bernabue dan mendapati dirinya tidak berada dalam perhatian Maurinho yang lebih gemar menurunkan Mesut Oezil sebagai perancang utama.

      Laporan di sepanyol mendakwa kaka ada bertemu dengan Maurinho dan pengarah urusan kelab, jose angel sanchez, isnin lepas dan diberitahu bahawa beliau adalah pemain lebihan sebelum digugurkan dalam squad yang menentang oviedo.

    Dan ketika karanka tidak menjelaskan kedudukan sebenar semasa perlawanan persahabatan itu, beliau ada membayangkan bahawa perbincangan tentang kemungkinan perpindahan itu masih berjalan.

   "Kami membuat keputusan beliau seharusnya kekal di Real madrid  (berbanding bersama dengan squad oviedo). kaka dan kelab mencuba mencari satu penyelesaian yang baik untuk kedua-dua pihak," kata karanka. "ricardo adalah salah seorang pemain kami dan satu contoh profesionalisme" 



Tag : ,

Jadual imsak dan berbuka puasa di negeri sabah

By : Cerita Farjannah

Assalamualaikum(^_*)...

JADUAL IMSAK DAN BERBUKA PUASA BAGI NEGERI SABAH.





saya mengucapkan selamat myambut bulan ramadan al mubarak. untuk nampak jadual dengan lebih jelas bolehlah korang klik, atau download ye.. selamat berpuasa.. jgn ponteng taw~  nak tau jadual berbuka dan imsak bagi seluruh negeri di Malaysia yang lain bolelah klik Klik Sini

** Sumber: Pengurusan Fatwa, Jakim

Entry bergambar| bez Moment in life

By : Cerita Farjannah



Assalamualaikum(^_^)...

alhamdulilah, dah selesai berbuka puasa.. kenyang eh, berbuka dengan buah kurma, bubur kacang dan tutt.. amat menyelerakan. syukur ke hadhat ilahi, akhirnya!!! selesai juga puasa jannah di hari yang pertama ini~ fuuhh.. byk gk dugaannya..heehe.. 

hmmm.. tyme puasa tadi kan, teringat pula bez moment eva waktu jadi bez student..hehe.. first  tyme la katakan.. ye la jann nie bukan pelajar pilihan pown.. huhu.. btol kata mama dan papa, kalo kita rajin study, mesti bole jadi bez student..ngeh3..

mama dan papa always cakap camni ngan jannah, sayang, pelajaran itu adalah platform dan kunci untuk keluarkan kita sekeluarga dari kepompong kemiskinan!! oh yeah!!! kata2 nie terus membara di salam sanubari ku~ btol2.. insyaAllah ma, pa.. jannah pasti akan buat yang terbaik untuk ubah status keluarga kita menjadi yang lebih baik!! itu janji jannah *over sua nie..haha*

erk, nak tak tgk sekitar majlis tu? hehe.. walaupun gambar lama..tapi jann masih simpan..ye la..
kenangan la katakan..haha.. ok.. jom kita tgk!


diantara event paling bermakna dalam hidup..hehe~


di bilik persalinan ~ hehe.. aq yg kat depan tue.. yg kat belakang tu namanya dia syawalina~ alahai.. tembam tak pipi? tembam dari dulu,kini, dan mungkinlah berlanjutan ke masa hadapan? hehe..kesiannla pkwe aq..hehe..


hehe.. gambar dari tepi pun jadilah~ aq tak jumpa gambar dari depan..hilang da kot..hehe.. 


erk erk erk.. cepat arrange!! kita nak ambek gambar nie.. 


alorr... photograper dia dia shoot dari siring  tepi la plak.. kan dah tak nampak muka kita cun lawa nie.. haha!! benci3~ 

hahax!! masih kosong kerusi de depan tue~ maklum la kami ari tu semangat sgt nak ambek anugerah~  orang paling awal datang tue!! tepuk tgn untuk kami sikit..heheh.. 



acah baca buku lagi arrr.. kamilah geng NERDY sedunia..tak pe nerd, asal suksess! ye dak?? haha happy nya tyme nie..hehe...


Tag : ,

missing you.

By : Cerita Farjannah
Assalamualaikum (^_*)...



Tell my why do things have to change when they were perfect from the start...?

Why do we have to lose everything that we have always been holding onto, after everything that we've been through together..?

I kept thinking that this loneliness, this sadness, this.. emptiness would be gone if I kept you by my side. But now, I realize that even though something is near you.. they feel.. distant. Was it because I was forcing them to continue staying by my side? Was it because.. because you don't feel the way I wanted you too. Was it because.. was it because I was too selfish to realize what you truly felt? Was it because.. I was always focusing on my feelings, that I didn't even have the time to consider what YOU felt? Or was it because.. you saw right through me..?

I thought that this love was our destiny. I thought that you would always stay by my side because.. I felt something connect between us when we first met.. All I ever wanted for us to be happy, but I guess things wasn't like the way it was before..

I just wanted to say.. that even after all we've been through, you thought me something special. Even though our love didn't last, I truly realized how it felt like to have a true love... The last thing I ever received from you was your last smile... and the first and last letter you gave to me..

"Dear Scarlett,
I am sitting in my room, writing this letter. Although, I'm not the type to write, I'd rather say it here rather that in your face because.. I'd rather not see that tears on your face. You might already know what I'm about to say, but.. please forgive me. I couldn't give you everything you wanted, and I feel pathetic that I couldn't.. In the times we've spent there were times when you truly smiled, and times when I saw those fake smiles.. To tell you the truth, I hated myself every time you had to force yourself.. I just wanted to tell you that you didn't have to force yourself.. It didn't matter to me whoever you were, but I guess.. I just didn't want to see you this way.."

I stopped and tears came out of my eyes. I wasn't forcing myself.. maybe telling myself to do so, was like that.. but those times, I wasn't mad or sad.. I was overjoyed because I've always wanted this moment to come.. I wanted to treasure you forever.. But now you're gone..

" We've been together for so long.. but, we both know our relationship changed after all those years. We changed.. and in you heart, I think you realized it too. Maybe the time together, got us to realize that we needed some time apart. You might think that this will be a couple of weeks and a couple of months.. but.. I don't know. Every time we fought, I hated myself for it. Somehow, even though we loved each other, we lost that magical bond that kept us together. I know that sounds like an excuse, but please forgive me when I say that I didn't mean to fall in love with someone else." 

I stopped for a moment. Repeating that sentence in my head. "Please forgive me when I say that I didn't mean to fall in love with someone else." Although this letter was never unopened.. and even though that was a year ago, it still hurt.

" I'll understand if you never want to talk to me again, just as I'll understand if you tell me that you hate me. Part of me hates me, too. Even though you may not want to hear it, I want you to know that you'll always hold a special part in my heart. You're the perfect girl, you're kind and gentle, but more than that.. you're the first girl I ever truly loved. And no matter what the future brings, you always will be, and I know that yours and my life is better for it.

I'm sorry


p\s: The hardest part of being broken is moving on with your life though you're miserable inside. the excruciating pain will be a torture for each and every passing day. it's hard to live like your normal self again, because all you could think about is the pain of losing someone you dearly love....and most painful? is...losing him because of somebody else. no soothing words could compensate the pains......every waking moment without him is a constant reminder that he's no longer yours...

Pakai Cincin ikut sunnah nabi.

By : Cerita Farjannah


Assalamualaikum (^_*)...





Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Bukan Mudah Menjadi Seorang Perempuan.

By : Cerita Farjannah
                                                               Assalamualaikum (^_*)...





        Siapa kata menjadi seorang perempuan itu mudah? banyak peraturan, adat resam, budi bahasa dan sopan santun yang perlu dijaga. mereka harus patuh dengan suasana dan peredaran zaman. pakaian juga haruslah bersesuai dengan tujuan dan keadaan majlis yang dihadiri.

            Sesungguhnya bukan mudah menjadi seorang perempuan, ye la, kitaorang kena tutup aurat, kena pakai tudung, kena ada sarung kaki sesuai dengan kehendak syariat. Tidak boleh tidak ya!, menjadi seorang perempuan harus menjaga penampilan diri agar lebih dihormati.

       Pada hakikatnya menjadi seorang perempuan bukan mudah. Biasanya perempuan ini suka pada kecantikan dan keindahan. mereka suka berpakaian kemas dan menarik. tak mengapa.. yang penting jangan berlebihan jerr.. Sesetengah wanita sanggup berbelanja besar untuk membeli pakain yang mahal dan berjenama.

      Pantang baginya nampak fesyen baru..hehe..apa lagi? mulalah nak menghabiskan duit samapai kekadang berhutang  dan ada juga yang sanggup ikat perut. lebih-lebih lagi jikalau kawan-kawan mereka memakai pakaian dari jenama itu, mereka ini tidak mahu ketinggalan.

        Kehidupan seorang perempuan memang mencabar. disepanjang penghidupan mereka terpaksa menanggung beban ataupun sakit pada setiap bulan .. lelaki tau dak sakit tue ape? hmm.. senang citer.. 'naik bendera jepun' ataupun datang bulan. ada yang terpakasa menanggung kemurungan kerana ketidakseimbangan hormon, ada pula yang tidak tahan dan terpaksa menjalani pembedahan untuk masalah perempuan tersebut.

      Tuhan memang dekat dengan perempuan. disebabkan susahnya nak jadi perempuan inilah turunnya hadis yang berbunyi:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan di bulan ramadan, menjaga kehormatan dan taat kepada perintah suaami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.

       Dan jika ditakdirkan seorang perempuan melahirkan zuriat 15 orang anak lelaki, ini bermakna kesemua syurga anak-anak itu berada di bawah telapak kaki seorang perempuan, iaitu ibu mereka. MasyaAllah... hebatnya perempuan!


         Apabila seorang perempuan jatuh cinta kepada seorang lelaki, mereka tidak pernah mengharapkan lelaki itu sempuna tetapi baginya lelaki it adalah segala-galanya dalam hatinya. andainya ada orang lain tahu kenapa perempuan itu mengalirkan air mata kerana lelaki, ini bukan bermakna dia lemah tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mecintai lelaki itu.

          Sekiranya lelaki tahu, bila seorang perempuan itu cemburu dan tidak percayakan anda, ini bukan bermnakna yang dia tidak menyanyangi lelaki itu tetapi dia terlalu sayangkan lelaki itu sehingga dia menganggap lelaki itu seperti anak kecil yang masih memerlukan perhatian.

        Andainya lelaki tahu bila perempuan itu marah, dia memang tidak mampu mengawal perasaannya, tetapi percayalah dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

      Lihatlah pasangan yang baru bercinta, jarang bergaduh, tetapi semakin sayang mereka kepada seseorang maka semakin banyak pula mereka bertingkah. apabila perempuan mahu lelaki itu berubah, bukan bermakna dia tidak mahu menerima lelaki itu seadannya tetapi dia mahu menjadikan lelaki itu lebih baik untuk dirinya dan juga untuk masa depannya nanti.

      Andai kata dia merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. bukan dia mahu dipujuk dengan wang dan hadiah tetapi cukup dengan perhatian sahaja. kekadang  dia menjadi degil tetapi bukan bermaksud degil.. dia hanya ingin melihat sejauh mana korang tahan dengan perangainya.

       Siapa kata menjadi perempuan itu senang? hati mereka cepat tersentuh, terlalu lembut dan sensitif. apabila dia berkata: "tolong tinggalkan aku!.. ini bereti dia mahu menenangkan fikirannya dengan bersendirian.. berikan dia masa untuk bersendiri, nescaya apabila fikirannya sudah tenang, dia akan pulih kepada sedia kala dan mendapatkan sesuatu kekuatan yang bar. mereka sukar untuk mengawal perasaan. kadang-kadang terlalu emosional. percayalah yang hati mereka ini sebenarnya lembut...

         Biarpun zahirnya perempuan itu nampak lemah tetapi sebenarnya mereka memepunyai kekuatan yang luar bisa yang dikatakan boleh menggoncang dunia.. cewahhh.. korang ada? tade kan..hehe.. mereka juga boleh membuatkan seorang lelaki itu menjadi lemah dan gila terhadap mereka.. oleh itu, saya sarankan kaum lelaki haruslah berhati-hati degan kaum wanita..kehkehkeh..

        Sememangnya Allah menciptakan perempaun dan lelaki itu zahirnya berbeza. tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan melengkapi  di antara satu dengan yang lain, insyaallah. perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Disebalik air matanya tersimpan seribu satu kekauatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu selamat dan selesa bersamanya.

      Jadi, hargailah kehadiran seorang wanita dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan semata-mata bahkan juga memiliki kelebihan dan kekuatan untuk menyokong dan membuatkan hidup Anda lebih sempurna.

 "Ingatlah, disebalik kejayaan seorang lelaki itu ada seorang perempuan dibelakangnya."
dialah yang menjadikan hidup kita lengkap, selain menjadi isteri dia jugalah ibu yang terbaik untuk mendidik anak-anak korang kelak.. mereka juga menjadikan rumahtangga terurus dan terjaga. mudah-mudahan dengan kehadirannya dapat menghidupkan kemantapan keluarga bahgia, insyaAllah.

                Semoga nukilan ini dapat mengingatkan kita, "hidup di dunia seperti menumpang kapal yang tahu kemana arah nak dituju bukan untuk kemana-mana tujuan yang sia-sia.. wassalam.. salam sayang untuk semua readers.

Saya Bukan Benci Lelaki.

By : Cerita Farjannah
 Assalamualaikum (^_*)...



if they can put one man on moon.. why can't they put them all there. -chocolates water.

         Hahaha.. bila saya terbaca ayat ni, saya ketawa sendiri. andai ditempatkan semua lelaki di bulan.. aman kot dunia ini. saudara dan saudari, saya bukan membenci lelaki tetapi saya bencikan lelaki yang tidak betanggungjawab. apabila dihadapan saya lelaki buat perangai yang tidak senonoh, saya marah dan kutuk mereka. bila saya berbuat demikian, mereka ingat saya sombong dan benci lelaki. 

         Saya benci lelaki yang pandai putar belit fakta dan situasi. jangan putar belit kepada isteri dan anak kami sendiri. tuhan laknat!. banyak sekali lelaki yang saya kenali sebenarnya tidak bertanggungjawab khasnya kepada keluarga sendiri. kadang-kadang saya saya terfikir, bagaimana saya dapat membantu wanita agar tidak ditindas oleh suami sendiri? saya amat sedih apabila terbaca di dalam akhbar mahupun mendengar cerita sang suami yang bukan sahaja mengabaikan tanggungjawab kepada isteri dan anak sendiri, juga ibu bapa di bawah jagaan mereka, tetapi ada yang menzalimi mereka.  ada segelintir suami yang sanggup memukul isteri sendiri. ada juga yang simbah asid pada isteri, masya Allah!.
lebih parah lagi, ada juga suami yang mengurung isteri di dalam bilik dan seminggu tidak diberi makan? apakah jenis lelaki yang begini??

         Saya umpamakan mereka ini sebagai binatang (oppss, minta maaf penggunaan kata yang kesat) sebab biasanya binatang sahaja yang tidak berperikemanusiaan. baru-baru ini, saya mendapat tahu seorang isteri dikurung oleh suaminya. apa alasan sang suami mengurung isteri dan dibiarnya isterinya kelaparan? ada lelaki yang menjawab, kata mereka " sebab isteri sudah pandai menjawab".. Hey, masakan isteri kamu tidak menjawab jikalau kamu berkata yang tidak benar? sang suami asyik menipu isteri. semenjak mereka hidup lebih mewah daripada sebelum ini, sang suami bukan sahaja pandai bermain kayu tiga, tetapi pandai sepak dan terajang.. amboii kau ingat isteri kau tu bola sepak ke hah! 


         Apabila si suami mula menggelapkan duit syarikar dan diketahui oleh isteri bahawa suami bukan melabur untuk mengembangkan syarikat mereka, sebalik melabur kepada seorang wanita cina, ya Allah dia tidak dapat lagi menahan marah dan mula bersuara. tetapi soalanya salahkah wanita itu bersuarauntuk bertanya kemana disalurkan wang syarikat yang diambil tanpa pengetahuannya? pendekkan cerita kerana menyoalkan perkara itu, dia disepak dan kemuadiannya ditolak ke dalam bilik, dikunci dan dibiarkan berhari-hari di situ. sehingga akhirnya dia didapati longlai hampir tidak bernyawa dan dibawa ke hospital. 

           Walaupun ada kes tetapi kemudiannya ditutup kerana kononnya isteri memaafkan suami (mak aii! bodohnya kata saya tatkala mendengar cerita itu..) peliknya ramai dikalangan wanita tidak mahu melaporkan kepada pihak polis apabila perkara sebegini berlaku. mengapa? kerana sayang sangant dengan sang suami?? tetapi, wahai wanita.. buka la fikiran korang.. kalau dia sayang dia tak mungkin akan mendera sebegitu. atau takut suami? 

           Jikalau takut inilah waktunya anda melaporkan kepada pihak polis kerana apaibila dia kembali mengasari anda, polis ada bukti. walau kaum wanita, saya mahu ingatkan korang sekali lagi. andai suami mengasari dengan memukul malah menghina sekalipun,  anada boleh membuat laporan polis supaya memudahkan urusan yang seterusnya, sama ada nanti anda dicederakan lagi atau diceraikan misalnya, maka senang nanti pihak mahkamah syariah menguruskan hal ehwal tuntutan penceraian dan nafkah.. faham dak?

         Sungguh malang nasib wanita yang diperbodohkan lelaki. lelaki yang tidak tau menghargai jasa wanita, biasanya tidak akan pergi jauh. mereka yang lupa masa susauh bersama kemuadian bersenang-senang dengan orang lain, alamat hidup pun tidak berpanjangan senang.  percayalah... saya ada kenal seorang lelaki yang ada masa dia susas isterinya yang menanggung segalanya. masa susah sang isteri itulah yang terus membanting tulang empat keratnya untuk memajukan sebidang tanah, sehinggalah sebidang tanah itu menjadi puluhan hektar dan bertambah lagi harta apabila pokok-pokok yang ditaman berbuah dan menjadi.. alhamdulilah...

           Di mana isteri yang turut sama membanting tulang? isteri ditinggalkan dikampung  dan dia bermewah-mewah melayani perempuan-perempuanyang hanya inginkan dutinya semata-mata. tetapi orang begini tidak akan lama mendongak langit.. akhirnya terjunam juga. duit pun habis, sudah tua dan harta benda lain dirampas bank sebab tidak mampu melunaskan hutang. yang tinggal hanyalah pondok buruk di kampung yang didiami isteri.. itupun mujur tidak bercerai? isteri tua dicari kembali. tetapi sekali lagi saya hendak ingatkan, kalau kita sudah dihenyak, dikasari, dihamun,dipikul,diterajang mengapa kita terimanya kembali?? 

           Ramai perempuan yang masih ada sifat belas kasihan  dan menerima kembali serta masih mahu menjaga lelaki yang uzur lagi tua itu. saya tidak mahu menyoal atau perlu mencari jawapan mengapa mereka berbuat demikian, cuma saya mahu menambah, kalau boleh tutup sejarah hitam itu. buka pintu baru kepada apa jua yang lebih baik dan bermanfaat. jikalau ada jodoh, cari suami  baru (masih masih ingin la..) 

           Namun andai dihati tidak terbuka untuk bersuami lagi, banyak hal lain yang boleh dilakukan untuk membahagiahkan diri.  jingan biarkan diri terusan dicucuk atau diperhambakan oleh lelaki dayus dan tak guna..kui3..

         Bulan ini khas untuk lelaki, jadi kepada semua lelaki sekalian alam.. tuhan telah meletakkan taraf lelaki itu tinggi di atas. sebegitu mulia dirimu di sisi Allah yang mahu kuasa, maka kerana itu seharusnya anda menjaga martabat itu. jangan jadikan diri sampah masyarakat. 

     Jadilah lelaki yang berpekerti mulia. anda ketua keluarga, maka pegang amanmah itu. anda adalah tiang kepada keluarga oelh yang demikian biar mereka berpaut kepada anda. dan supaya pautan itu kuat,  agar hormat berpanjangan sampai ke liang lahat, berikan dan lakukan yang terbaik. jangan abaikan tanggunjawab, didikla dan bentuklah keluarga menju jalan yang diredhai oleh Allah. sebagai contoh, anda sebagai idola, sebagai perangsang kepada anak dan cucu cicit  bagi meneruskan tauladan baik itu kepada generasi seterusnya.. wasalam.


Panduan Memberi Nama Anak

By : Cerita Farjannah
 Assalamualaikum (^_*)...



hehe.. petang nie nak buat entry lain sikit.. meskipun jann masih bujang.. gatal pula tangan nie nak wat entry pasal panduan memberi nama anak.. . sebenarnya jann jelos.. ye la.. nama anak2 remaja sekunk ni bukan main.. bunyi cam ala-ala artis popular gitu.. hehe.. nak contoh? nak nak nak? ehe.. contohnya.. cristiano ronando... hehe.. nak tumpang pemes ke bedah oiu? ok .. bak to topik kita erk.. jann nak bagi tipss simple dalam memilih nama anak korang tue ye.. harap korang enjoy.. tata..


1) NAMA YANG SENANG DI SEBUT.
 seeloknya nama anak kita tue biarlah boleh di sebut oleh semua orang. janganlah bubuh nama pelik bin heran macam contohnya sechti ahisiyah, konon moden la tue.. kui3.. pakai siti aisyah je kan nampak ayu.. takdelah tergeliat nak menyebutnya.

2) NAMA YANG TERLALU PANJANG.
huhh~ ini amat tidak digalakkan.. dah la panjang..siap ada alias lagi.. contohnya, PUTERI NOR SUCI SUTERA SELEMBUT BAYU MEGA TIMUR NAN BERPUPUT @ ... memang melampau leteww.. kesian bakal laki anak kita nanti.. alamatnya tersalah nama ketika di ijabkabul..

3) NAMA YANG PELIK DAN LAIN DARI YANG LAIN.
jangan main taruk-taruk aje ya.. pastikan mempunyai maksud yang baik.. macam nama kita.. nur farjannah.. baik kan maksud dia.. eheh.. sebagai contoh., EUMEMIDAE... nama ala-ala jepun n korea gitu... nama tue memang sweet..tapi korang tau dak maksud dia?  itu sebenarnya adalah nama serangga yang kita panggil sebagai menatang angkut-angkut tue.. kahkahakah~ *over gelak pulak*

4) TARUK NAMA OMPUTIH.
melainkan korang berbini or berlaki mat saleh. kalau ndak juga berpatut-patutlah sikit. jangan la mengada bubuh nama roma polanski tapi kalau michel telo dipertimbangkan.. hehe

5)NAMA KREATIF
mengambil nama sempena tempat perkali kali korang bertemu laki bini. dan jatuh cinta melalui cinta pandang pertama. Ahmad putrajaya dan Nur Midvalleymall amatlah tidak digalak~

6)NAMA AKRONIM
ini memang masalah berat. konon aku combi yang korang pendekkan dari anakku comel dan bestari.. mesti letih anak korang nanti nak explain maksed nama dorang kat kawan2 nya..hehe


Top 7 lagu sedih dan putus cinta.

By : Cerita Farjannah
  
  Assalamualaikum (^_*)...

hai, selamat sejahtera kepada semua readers.. hmm.. hari ni didetik dan waktu nie..tergerak hati pulak nak buat carta 7 lagu sedih dan putus cinta.. AMARAN, carta lagu-lagu sedih nie tiada kena mengena dengan hidup dan mati jann.. just, memang hobby jannah untuk layan lagu2 sedih nie.. ye la.. ambek mood dan nak jugak ingin rasa di kecewakan.. (palis-palis bha...) ok.. tanpa mengelahkan masa.. jomm kita lihat top 7 lagu sedih pilihan jann.. mesti korang tak sabar kan..hehe.. 

tettt..sebelum tue..jom kita dengar luahan hati kawan-kawan kita di FB tentang perubahan relationship.. ye la.. ada yg maried, seperate.. janda.. n macam2 lagi bha kan.. 

Komen orang bila baca status ni mengikut relationship dalam FACEBOOK..

"Seronoknya..!! Akhirnya aku berjaya menawan hati si dia!!! ♥ "
Komen bagi orang yang berstatus:
SINGLE: Untunglaa...aku ni sape lah yang nak...
IN RELATIONSHIP: Macam kau sorang je..aku pon ade couple jugak..tak kecoh pon?
ENGAGED: Dah lama dah tawan hati dia..dah bertunang dah pon!
MARRIED: Biasalah tu..awal-awal bercinta..baru dapat, hepi la kau..cuba dah ada anak?? Habes ke bini je semuanya!!
IT'S COMPLICAtED: Mula-mula je tu, da bosan..bergaduh je..lama-lama putus jugak..!
IN OPEN RELATIONSHIP: Ape kebendanyalah nak setia-setia, bagi taw orang yang kau dah menawan hati dia?? Muda lagi lah nak setia pada yang satu..bosan!
WIDOWED: Tak percaya cinta!! Tak percaya cinta..!!
SEPARATED: Puihhh!! Menyampah tengok status camnihh!! Sakit hati aku je..
DIVORCED: Dengan bekas aku la tuhh!! Puihh!!

Hahaha...hanya suka-suka.. ♥ ♥ ♥
IT'S COMPLICAtED: Mula-mula je tu, da bosan..bergaduh je..lama-lama putus jugak..!
IN OPEN RELATIONSHIP: Ape kebendanyalah nak setia-setia, bagi taw orang yang kau dah menawan hati dia?? Muda lagi lah nak setia pada yang satu..bosan!
WIDOWED: Tak percaya cinta!! Tak percaya cinta..!!
SEPARATED: Puihhh!! Menyampah tengok status camnihh!! Sakit hati aku je..
DIVORCED: Dengan bekas aku la tuhh!! Puihh!!
Hahaha...hanya suka-suka.. ♥ ♥ ♥

NOMBOR 7


Tajuk lagu: Putus Terpaksa

Penyanyi: Ziana Zain

Lirik pilihanSia-sia belaka aku Berkorban kasih ku padamu Sekiranya kau Masih tak ubah pendirian Yang       hanya menjanjikan Pemergian ngeri Yang tak memberi erti .


NOMBOR 6


Tajuk: Lepaskanmu kerana terpaksa

Penyanyi: Ukays.

Lirik pilihan: Menyesalnya aku menyintai dirimu Kini ku sengsara akibat perbuatanmu itu Kini kau bahgia hidup disampingnya Mudahnya aku kau lupakan Betapa sakitnya pedihnya Kau kata kau cinta dia Mengapa diriku akhirnya Menjadi mangsa dalam percintaan Oh pilunya Terpaksalah aku sendiri Mengundurkan diri demi Keluargamu mengharapkan Agar ku berlalu pergi Untuk sidia pilihan hatimu.


NOMBOR 5


Tajuk: Bukan Aku Yang Kau Cinta.

Penyanyi: Poppy mercury

Lirik Pilihan: jangan bujuk aku lagi usah datang lagi ku anggap semua sudahpun berlalu pergi  tidak aku menyesali keputusan ini cukuplah sampai di sini tidakkah dulu kau yang berkata diriku bukan yang kau cinta.


NOMBOR 4


Tajuk: Dan Bila Esok.

Penyanyi: Sofaz

Lirik Pilihan: Di saat ku ingin dekat denganmu Kau semakin jauh meninggalkanku
Dan kau diam tanpa kata Saatku ucap semua rasa..



NOMBOR 3


Tajuk: keranamu kekasih

Penyanyi: illa Sabry

Lirik PilihanBila kuimbas lagi Terusik peristiwa dulu yang mengguris hati Terkulai-kulai diri bila cinta didustai
                             Oleh insan yang pertama aku sayangi




NOMBOR 2

Tajuk: Pasrah

Penyanyi: Erra Fazira

Lirik PilihanIngin ku melangkah Membawa diri  Kerna cinta  Yang dikhianati  Luka rasa untuk       
menghadapi  Pengorbanan tidak dihargai  Kini aku... Pasrah Dengan segalanya



NOMBOR 1


Tajuk: takkan Pisah

Penyanyi: Eren

Lirik Pilihan:  Takkan ada yang pisahkan kita Sekali pun kau telah tiada Akan ku pastikan Ku kan memeluk menciummu di surga


Bagaimana dengan carta di atas? Melayan perasaan tak? Hehe.. Okelah, jika lagu-lagu ini ada persamaan dengan kisah peribadi anda, jann tidak berniat untuk menyinggung perasaan anda. Ini hanyalah hiburan semata-mata. Senyum selalu dan tata.. have a nice day~ :) jgn bersedih bagi yang lagi putus cinta..sesungguhnya jodoh dan pertemuan itu di tangan Allah.











Tag : ,

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -