Popular Post

Archive for Ogos 2012

13 TIPS PERKAHWINAN

By : Unknown



TIP PERKAHWINAN


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

cara wanita berpurdah makan dan minum

By : Unknown






Mudah je jika semua kerana Allah .. mcmnilah style para Niqabis makan .
p/s: Jarang2 order mee hailam.. sbb basah.order mknn yg kering2 je... :DAlhamdulillah.. kenyang juga. tahu x ? lebih mudah untuk hadapi dugaan 'makan berniqab" banding Istiqamah untuk Berniqab. ada je hasutan yg melemahkan utk terus Istiqamah.Apapun,Ikhlaskan hati.. hnya stu..


klau nk mkn bukak niqab sy x stuju,sma gak mcm x yah pkai,lelaki lalu npk juga,kbiasaannya rmai mreka yg b'niqab ble p tmpt mkn ambil posisi b'sbelahan dnding,selak tang mulut ja..atau mna2 pn blh asal kn pndai cranya. 


Tujuannya "Untuk menggapai Redha Allah"

Petua Hilangkan Bau Badan

By : Unknown




Bau badan yang tidak menyenangkan amat memalukan. Bagi mereka yang mengalami masalah ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini:



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Hampas Teh

Gosok hampas teh yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 15 minit dan kemudian mandi. Amalkan 3 kali seminggu.



- Petua Hilangkan Bau dengan Badan Hampas kelapa

Gosok hampas kelapa yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 45 minit dan kemudian bilas. Amalkan 3 kali seminggu.



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Beras

Ambil segenggam beras dan goreng tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan campurkan dengan sedikit air asam jawa. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas atau mandi.



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Tawas

Ambil seketul tawas dan gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.

atau

Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras dan gaul rata. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan semalaman. Kemudian bilas atau mandi. Amalkan setiap hari sehingga berpuas hati.



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Daun Sirih dan Daun Nanas Muda

Rebus sama banyak daun sirih dan daun nanas muda bersama dengan sedikit garam sehingga air rebusan menjadi separuh. Minum air rebusan ini setiap hari selama seminggu dan rasailah hasilnya.



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Timun Muda

Kupas kulit sebiji timun muda dan basuh bersih. Gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Serai Wangi, Daun Jambu, Daun Lengkuas dan Daun Pandan

Ambil secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan air sehingga terendam sepenuhnya. Rebus sehingga mendidih. Campurkan air rebusan dengan sebaldi air bersih. Jadikan air ini sebagai bilasan akhir ketika mandi. Amalkan tiga kali seminggu.



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Batang Pokok Kantan

Potong batang pokok kantan pendek-pendek dan tumbuk hingga lumat. Rebus hingga mendidih. Gunakan air rebusan sebagai air mandian. Bilas akhir mandian dengan air bersih biasa.

TIGA BELAS AURAT WANITA YANG PATUT DIJAGA

By : Unknown
muslimah solehah


Antara 13 batas aurat seseorang wanita  yang patut digaga adalah:- 

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti -

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. 
.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

petanda seseorang memiliki Saka

By : Unknown



SAKA dikaitkan dengan dengan mewarisi jin yang membOlehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib , seperti memiliki kecantikan , kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh ..Hukum mewarisi dan menggunakan saka ini adalah HARAM di sisi Islam . Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu pemilik saka ..Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin . Sama ada dibela , dibuat sahabat secara sedar atau tidak Oleh pemiliknya .. Gejala saka amat berbahaya dan mampu merOsakkan kehidupan seseOrang .. Maka , penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka ..Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya .. Contohnya daripada ibu atau bapa , kepada anak .. Daripada datuk atau nenek kepada salah seseOrang daripada cucunya , ataupun sesOrang dalam lingkungan keluarga .. 


Petanda seseOrang mempunyai saka : 

gejala waktu tidur
  • susah tidur malam
  • sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas atau takut
  • mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta tOlong tetapi tiada siapa mendengarnya
  • mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan
  • mimpi melihat binatang seperti kucing , anjing , unta , ular , serigala dan tikus .
  • bunyi gigi berlaga ketika tidur
  • ketawa , menangis , dan menjerit2 ketika tidur
  • mimpi jatuh dari tempat tinggi
  • mimpi berada di kawasan kOtor atau di tanah perkuburan
  • mimpi melihat budak kecil
  • merintih dan menangis ketika tidur


gejala waktu jaga

  • selalu pening kepada
  • lalai mengingati Tuhan
  • sering lesu dan malas
  • rasa sakit di salah satu anggOta badan
  • sakit di belakang terutamanya tulang belakang
  • lenguh sendi2 utama
  • mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati
  • mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian
  • jiwa sentiasa lemah dan tiada mOtivasi untuk meneruskan hidup
  • mudah marah dan panas baran
  • emOsional dan terlalu sensitif
  • terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur
  • sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu

*syaitan akan pastikan manusia yang mewarisi sesat ketika sampai ajal mereka .
pada mula ia kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya ,
tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia ...


Cara mudah mencari muka surat dalam al-Quran

By : Unknown
Assalamualaikum(^-^)...



Mari Kita Cuba....!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap hu...ruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tips yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?


Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:

10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182


Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:

23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442


Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...



slogan bola sepak paling popular

By : Unknown

Assalamualaikum(^-^)


Top 10 slogan bola sepak yang popular pada abad ini..
  1. Man United: Glory-Glory Man United (GGMU) 
  2. Chelsea = Keep The Blue Flag Flying High (KTBFFH)
  3. Arsenal = Victoria Corcordia Crescit (VCC) 
  4. Liverpool = You'll Never Walk Alone (YNWA) 
  5. Man City = City Till We Die (CTWD) 
  6. Real Madrid = Hala Madrid (HM) 
  7. Barcelona = Mes que Un Club (MQUC) 
  8. AC Milan = Forza Milan (FM) 
  9. Inter = Forza Inter (FI) 
  10. Juventus = Vioci Per Noi Magica Juve (VPNMJ) 
Tag : ,

Fakta tentang gelombang dan mengapa syaitan suka kepada senja

By : Unknown

Manusia mengeluarkan 4 gelombang tanpa gagal setiap hari iaitu beta, alpha,theta dan delta. Dianggarkan hampir 90% populasi dibumi berada dalam gelombang beta. Gelombang yang stress, buntu dan segala perkara negatif. Apabila azan, gelombang dunia akan menurun kepada gelombang theta supaya lebih tenang dan khusyuk. Ketika azan berkumandang menjelang maghrib, syaitan lari lintang pukang dan berlaku perlanggaran dengan manusia yang boleh mengakibatkan kerasukan

cara nak Hack masa di CC

By : Unknown
Assalamualaikum(^-*)...

       Hari ini jannah nak ajar satu toturial..hehe.. toturial yang bakal jannah tunjukkan ini adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang it dan untuk pembelajaran.. jannah takkan bertanggungjawab sekiranya benda yang tidak di ingini terjadi.. siapa yang selalu online dekat cc? satu jam korang bayat berapa ringgit? mahal tak? nak cara murah dan menjimatkan duit poket korang? ok! sekarang jannah nak tunjukkan bagaimana nak HACK masa di CC.. hehe.. kepada yang ebrminat bolelah follow cara di bawah ya..

1) open  notepad atau new text document (klik kanan deskop > new > text document)

2)taip CMD > save as > fileanda.bat > save dalam deskop 

3) open fileanda.bat (akan keluar nanti command prompt) 

4) pastu, korang taip cd\windows > tekan enter > taip regedit

5) selepas tu akan teluar regedit windows, ikut step dibawah nie:

HKEY_CURRENT USER > appevents > software > classes > microsoft >windows > current version > internet setting > policies > system

6) di sebelahnya, klik kanan pada disable task manager , scroll ke bawah untuk modified dan tukar kepada nilai 0

7) buka task manager dan tekan (Ctrl+Alt+Del) disable internet cafe's timer.

dah selesai!! pi CC skunk dan cuba ya.. kalau berjaya tepuk tangan sendiiri..kalau tak, cuba lagi.. buat benda ni ati2..karang terkantoi susah pulak!! hik hik..peace!!


 hasil tunuk ajar :abg azim 







Brad pitt dan Angelina Jolie kahwin sabtu ini.

By : Unknown
ASsalamualaikum(^-*)...


setelah bertunang pada bulan april yang lalu, pasangan bratt pitt dan angelina jolie dilaporkan akana melangsungkan perkahwinan pada sabtu ini walaupun tidak berjaya mengatasi berita hangat pertunangan jennifer aniston dan justin theroux.

dipetik dari laporan sunday express, pasangan yang lebih dikenali sebagai Brangelina itu akan berkahwin di selatan perancis. terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa majlis akan dilangsungkan secara kecil-kecilan di rumah agam Chateau Miraval mereka yang bernilai GBP 35 juta (rm 171.2 juta)

menurut mickael latz, selaku datuk bandar kawasan tersebut, besar kemungkinan pasangan brangelina akan berkahwin sabtu ini ( 18/8/2012). menurut media brad pitt dikatakan lebih bersungguh-sungguh dan akan menggunakan segala masa terluang yang ada untuk memebuat persiapan perkahwinan mereka berbanding dengan angelina jolie.

buktinya, aktor yang berusia 48 tahun ini, sanggup memanggil sekumpulan pekerja binaan untuk membaiki rumah yang didiaminya bersama angelina jolie di selatan perancis pada ketika ini. Angelina langsung tidak kisah samada mereka akan berkahwin atau tidak, jadi brad pitt lah yang merasai tekanannya.

dia mahu rumah tersebut selesai diubahsuai sepenuhnya sebelum acara tersebut berlangsung, walaupun beberapa rakan yang rapat seeta ahli keluarga yang dijemput nanti tidak kisah dengan dekorasi majlis perkahwinan itu nanti. yang penting brad pitt, mahu ianya  nampak sempurna.
Tag : ,

Cinta Laura Bantah video single baharu tiru Selena Gomez

By : Unknown
Assalamualaikum(^-*)...




Dalam album terbarunya yang bertajuk Hollywood Dreams, penyanyi dan pelakon terkenal dari Indonesia Cinta Laura mempertaruhkan lagu "tulatit" sebagai single pertamanya.

lagu yang ditulis oleh rayi ran ini sudah pun selesai melakukan penggambaran klip videonya.
namun, ada desas desus yang menyatakan bahawa konsep video tersebut agak mirip dengan video muzik Selena Gomez untuk lagu " A Year Without Rain". dalam satu rangka promo di jakarta baru baru ini, cinta laura membantah dakwaan itu.

"ramai yang mengatakan klip video saya ada persamaan dengan klip viseo Selena Gomez. tetapi saya tidak bersetuju," kata cinta laura sambil menambah walaupun setnya sama iaitu di gurun pasir, kedua-duanya banyak perbezaan.

"ia sama sekali berbeza. tidak bermakna jika set kedua-duanya sama  di padang pasir, secara automatik ia juga akan sama.
itu adalah gambaran yang tidak baik. nyata memang banyak aspek yang berbeza," kata cinta yang mula dikenali selepas mendapat peranan utama dalam sinetron "cinderella (apakah cinta hanyalah mimpi)"
Tag : ,

cara menghantar SMS percuma menggunakan facebook

By : Unknown
Assalamualaikum(^_*)...

hai..semua readers.. hari ni jannah nak tunjukkan kat kawan-kawan semua trick dalam facebook yang sangat awesome.. yang mungkin korang tak tau sebelum ini.. sebenarnya banyak aplikasi facebook yang boleh kita gunakan..kita je yang tataw trik dia.. salah satu nya adalah menghantar sms melalui facebook.... amacam? terkejut? baru tau? hehe..tak pe u ollz
 hebat bukan? sekarang kita boleh menghantar sms hanya dengan melalui facebook. korang boleh menghantar mesej ke serata dunia. mesej ini dihantar dengan segera dan hanya memerlukan beberapa saat sahaja untuk sampai ke destinasi yang dituju (SMS) . semua ini boleh dilakukan hanya dengan menggunakan facebook. hebat kan? nak tau caranya? senang saja.. ikut je arahan kat bawah nie..hehe.. selamat mencuba..

  • korang pilih la negara korang ya.. sebagai contoh kat dalam tu dia letak "singapore"
  • dah siap taip sms, korang letak la nombor telefon orang yang korang nak sms itu.
  • lepas tu, korang tekan "enter" untuk send sms korang tu.

NOTA KAKI.
  • awak hanya boleh menghantar 4 sms dalam sehari
  • panjang sms tidak lebih 100 huruf.
  • jangan taip benda yang bukan-bukan pulak dalam text sms tu.. korang tanggung la sendiri akibatnya nya kalau tulis benda yang bukan2.









sebab wanita diharamkan memakai legging

By : Unknown


Asal usul legging nie sebenarnya dari 14th century lagi dimana waktu tu lelaki yang memakainya.Tapi sekarang dah terbalik dan yang paling tak syok nya bila ramai di antara anda wanita di luar sana beragama Islam tetapi memakai SELUAR KETAT dan LEGGING di khalayak ramai dan menjadi tontonan lelaki-lelaki bukan suami.

Ramai wanita Islam menyangka "BOLEH ! APA SALAHNYA PAKAI LEGGING ", asalkan pakai baju labuh. Hakikatnya, wanita Islam tetap tidak boleh memakai seluar yang berkain nipis dan ketat (LEGGING). Seluar jeans ketat pun sudah dipersetujui HARAM oleh para alim agama, apatah lagi LEGGING yang sudah jelas-jelas mengikut bentuk betis, peha dan punggung mereka.


Sebab-sebab HARAM pakai legging adalah:


1. Berpakaian tetapi telanjang.


sabda Rasulullah s.a.w. : 

"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori) 

Kononnya sudah bertudung, memakai baju, kain dan seluar apabila keluar, tetapi masih ditafsirkan sebagai 'telanjang' ?. Kerana, baju, kain dan seluar yang dipakai wanita itu tidak benar-benar dan tidak sungguh-sungguh melindungi dan menutupi bahagian-bahagian aurat badannya.

a) Warna fabrik kain atau seluar sama warna dengan kulit.
b) Fabrik kain terlalu nipis.
c) Fabrik terlalu lembut dan apabila lembut ia menampakkan alur bentuk badan wanita itu.
d) Tidak longgar (ketat) maka ia mengikut potongan badan seperti betis, peha, punggung, alur vagina, bentuk buah dada dan pinggang.

Wanita-wanita ini berjalan ke sana ke mari hanya berpakaian secara fizikal, tetapi lelaki-lelaki yang memandang mereka dengan 'senang dan segera' dapat membogelkan mereka dengan pandangan mata.


2. VPL (Visible panty line)


Merujuk kepada wikipedia, VPL adalah "A visible panty line is the situation when the outline of a person's underwear is visible through the clothing. The underpants may be seen as a ridge or depression in the clothes, or as a result of the clothing material being sufficiently transparent." Senang cerita, seluar ketat dan legging boleh menampakkan bentuk bontot dan bayangan seluar dalam wanita dari pandangan luar.

Many cultures disapprove of the display of underwear, and a visible panty line is generally considered undesirable and embarrassing. Banyak budaya (terutama sekali Islam) menyatakan dengan tegas bahawa seluar ketat (LEGGING) ini menyakitkan mata lelaki (maksiat mata) dan menjatuhkan maruah wanita.

At the same time, a visible panty line is at times deliberately created for its erotic impact.
Oleh kerana Legging itu sangat ketat, ditambah pula dengan berkilat ia akan menyebabkan wanita yang memakai itu menonjolkan imej seksi dan erotik serta menimbulkan rasa stim ke atas lelaki-lelaki yang memandang.


3. Nampak bentuk bontot dan alur vagina.


Bukan lucah atau kasar, tetapi itulah kesannya memakai legging di tempat terbuka. Memang bodoh wanita Islam yang sudah tahu dirinya mempunyai betis yang mampat, peha yang gebu dan bontot yang agak besar TETAPI berani memakai legging ketat bersama baju kontot atau pendek di hadapan lelaki-lelaki bukan suami. 

Amat mudah para lelaki untuk meng X-ray apa yang terselindung di sebalik legging itu. Kemudian, bermain-mainlah idea-idea kotor dan fantasi cabul, rogol di dalam minda lelaki-lelaki itu.Fikiran lelaki tak sama dengan wanita,lelaki ada 1 nafsu dan 9 akal,wanita ada 9 nafsu dan 1 akal,most of the time apa yang difikirkan lelaki adalah wanita.


4. Mana boleh campur aduk pakaian tutup aurat dengan pakaian seksi.



Pakai tudung ? Bagus ! Itu menepati kehendak Islam. Tetapi kenapa anda (wanita) memakai bersama seluar ketat dan legging pula...?? Itu namanya mencampur adukkan yang HALAL dengan yang HARAM. Air dan minyak tidak boleh bercampur.

Tudung + Baju labuh dan longgar + Seluar longgar = HALAL
Tudung + Baju sendat dan kontot + Seluar ketat dan legging = HALAM...??
Tudung + Baju labuh + Legging = HALAM...??

Walaupun LEGGING dipakai bersama tudung dan baju paras lutut sekalipun, ia tetap tidak sesuai dari segi peraturan pemakaian Islam kerana bahagian betis wanita masih nampak 'ketat'. Maka ia juga menampakkan bentuk aurat wanita.

Sesetengah wanita menganggap pemakaian Islam ini kolot, tetapi sebenarnya tujuannya adalah untuk melindungi maruah wanita Islam dari pandangan seksual kotor si lelaki. Ini adalah kerana hampir keseluruhan bahagian tubuh wanita termasuklah kaki, betis, peha, punggung, kemaluan, dada, leher dan malah wajah wanita sangat mudah mencetuskan nafsu seksual lelaki. Seterusnya ini boleh mengundang imaginasi kotor dan persepsi jahat si lelaki terhadap wanita Islam itu.

Oleh itu, jika mahu menutup aurat dan berimej wanita sopan, biarlah bersungguh-sungguh. Baru mendapat pahala.


5. Legging Itu Pakaian Berunsur Fetish Seksual


Sexual fetishism, or erotic fetishism, is the sexual arousal a person receives from a physical object. Fetish seksual adalah rasa teruja dan terangsang nafsu seks apabila menyentuh atau melihat bahagian atau aksesori wanita yang tertentu contohnya LEGGING dan SPANDEX.

Jika dicari terma SPANDEX dan LEGGING di internet, banyak yang menghubungkaitkannya sebagai pakaian perangang nafsu seks lelaki. Dengan kata mudah, LEGGING sering dimanipulasikan di dalam gambar-gambar lucah wanita.

Secara agak kasar, pantyhose, tights, spandex dan legging adalah pakaian yang dikategorikan fetish yang mampu menyebabkan para lelaki merasa ghairah dan terkesima lagi teruja.Sebab honestly dari kajian mengatakan yang lelaki ni lebih suka kalau pasangan diorang pakai yang ketat-ketat dari berbogel terus,kalau berbogel,rasa macam,ala biasa nyer,tapi kalau di trigger dengan lingerie ke,bikini ke,apa-apa yang hampir menampakkan susuk tubuh wanita itu,secara automatic lelaki akan jadi lebih berminat dan bernafsu,lelaki memang pervert.Tq.

Bayangkanlah anda seorang wanita Islam ditambah pula sudah berkahwin, berjalan ke sana ke mari di tempat awam memakai legging ketat dan kemudian disaksikan dan direnung oleh mata lelaki-lelaki yang gila perempuan.Jangan kata lelaki yang gilakan perempuan,semua lelaki yang normal pasti akan tertarik untuk nak tengok.

Anda sengaja mencari nahas.

6. Pemujaan Kecantikan Wajah Dan Bentuk Badan Hanya Untuk SUAMI Sahaja.

Berhias untuk suami. Bermake-up cantik suami. Pakai baju tidur seksi untuksuami. Pakai mini skirt untuk suami. Pakai seluar ketat untuk suami di ranjang. Pakai legging ketat nampak bentuk peha dan bontot untuk suami. Pakai baju jarang untuk suami. Pakai seluar jeans ketat untuk menggoda nafsu seks suami. Semuanya khas dan istimewa untuk merangsang nafsu seks suami bukan lelaki-lelaki di tempat awam atau di tempat kerja.

Tetapi apa anda golongan wanita buat..???

p/s : Kalau aku boleh tahan dan tak pernah pakai seluar pendek atas paras lutut keluar dari rumah,why not u?my dearest perhiasan dunia = )

p/s/s: Kalau nak berlegging di rumah dengan suami,silakan,tak pakai apa pun takpa,pahala tu.

kredit: legingseksi 

Gambaran Hari Kiamat.

By : Unknown
Assalamualaikum(^-*)...


Rupa Kiamat - Bacalah, wahai sahabatku semua..kuatkan semangat untuk membacenye..KLIK SINI

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna. Gambaran Hari Kiamat ...

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali... Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.

Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. ✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : ① Sedekah/amal jariahnya. ② Doa anak²nya yang soleh. ③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

Cara delete\hapus account facebook secara kekal

By : Unknown
Assalamualaikum(^-*)...


hai kawan-kawan semua.. okay, memandangkan ramai dah yang bertanya dekat jannah bagaimana cara untuk menghapuskan ACCOUNT facebbok secara kekal? hah!! nak tau ka? jannah boleh tolong ajarkan..hehe.. kali nie kita ajar awak cara padam facebook secara KEKAL ok.. apa? kekal!! bermaksud korang dah tak boleh aksess facebook korang lagi dah.. ye la.. ramai dah yang mengadu.. susah nak belajar dan nak fokus sebab chat or layan facebook.. so, cara terbaik ialah dgn padam facebook untuk selamanya..hik hik..

okay, sekarang ni ramai pengguna laman sosial facebook yang terkeliru dan bingung diantara MEMADAM dan deactive facebook account. tetrapi, pada hakikatnya, memadan dan deactive kan fb tu tak sama.. deactive fb ini bersifat sementara dan  awak boleh membuka facebook awak semula pada bila-bila amsa sahaja.. berbeza dengan memadam\delete fb yang bersifat kekal.


dah tak sabar dah nak tau caranya,? okay, jannah ajar awak semua sekarang ya. cam biasa.. ikut saja langkah-langkah yang janah ajarkan di bawah nie..

1) " log in" facebook korang.
2)  pastu, korang KLIK INI
3) pastu korang ikut jee macam gambar yang jannah tunjuk kat bawah ni ya..


4)  selepas itu, awak klik pada "hapus akaun saya" 

5) klik "ok". dah selesai pun.. 


NOTA KAKI.
* jikalau anda benar-benar ingin memadam account facebook awak, jangan buka facebook ini dalam masa 14 hari!!
* jika anda ingin membatalkan proses ini anda boleh log in facebook korang dalam masa tidak kurang 14 hari untuk membatalkannya.
* account facebook anda akan benar-benar terhapus dalam masa 14 hari.

selamat mencuba kawan-kawan, kalau ada sebarang pernyataan, kekeliruan dan sebagainya bolehlah tanya dengan jannah sendiri melalui shoutbox jannah atau tanya jannah di sini.. kalau menjadi ucap alhamdulilah ...hehe (4 muslim)









Cara Install font dalam komputer

By : Unknown
Assalamualaikum(^-*)...

hai saudara dan saudari yang kacak dan cantik.. hehe.. apa khabar? u ollz sihat tak? okay...  hari ni jannah nak tunjukkan cara install  "font" yang korang download ke dalam komputer.. cara dia simple jee kan.. maybe ramai yang dah tau..api tak apalah.. jannah nak share kepada kawan-kawan yang masih blur atau tak tau lagsung.. di samping itu, kalau nak download ribuan font yang menarik  dan kreatif korang bole layari laman web ini dan KLIK SINI

okay, berbalik cara topik, senang je cara nak install font nie.. korang follow je ya apa arahan di bawah ni ya.. 

1) lepas download font tu, korang klik "open" di folder font itu.



2) double klik di "teacher_sez" atau korang punya font folder tu..
3) Kemudian select file font tersebut,dan copy ( Crtl+C ). 
     (note: kalau tiada button copy boleh tekan Ctrl+C)


4)selepas itu, korang pergi ke "my computer"
5) korang double klik pada "windows 7 (C:)"
6) pastu korang cari sebuah folder yang bernama "Windows" dan double klik pada itu.


7) ok .. selepas itu korang double klik dekat folder yang namanya "fonts"


8)Pastekan font tersebut dalam folder tu. Mungkin akan ada beberapa notification, awak klik saja ok ..

9) font korang akan di install. (anggaran masa: 1 sec)


10) kalau nak make sure proses install font ini menjadi korang boleh check sendiri.. korang tgk macam gambar di bawah nie ok..kalau folder yang korang paste tu ada..maka awak berjaya la install font tu kedalam komputer..


okay..dah selesai pun kita install font ke dalam komputer atau laptop.. semua font yang telah di install ini boleh digunakan untuk semua aplikasi software yang ada dalam komputer tu. Tak kiralah photoshop, illustrator, power point mahupun microsoft word.. hehe.. kalau ada sebarang pertanyaan, atau tak pahan dgn procedure yang jannah ajar nie..boleh tanya sendiri dgn jannah.. boleh tanya jannah di SINI.. selamat mencuba..

cara melajukan Broadband yang telah sampai kuota limit (celcom, Digi, Maxis)

By : Unknown
asssalamualaikum(^-*)..

broadband
broadband


          hai..selamat tengah hari semua readers.. hari ini jannah nak share satu tips.. maybe berguna pada kawan-kawan semua yang menggunakan Broadband untuk online dan sebagainya.. pakai BB nie siyok.. tapi kekadang bila dah sampai kuota limit..fuuuhhh.. agak memnyakitkan hati juga la dibuatnya... hah! nak tau macamana tips nak melajukan broadband yang telah sampai limit dia?? simple jeer pun..korang ikut je arahan di bawah nie ya.. jangan risau, kaedah ini adalah selamat. hehe..


1) click "start"

2) taip benda nie " gpedit.msc" (atau gpedit, dua-dua bole)

3) kalau "file not found", mungkin windows yang awak guna adalah home premium or basic or starter..ini hanya menjadi untuk windows 7 professional and ultimate jer.. tapi korang jangan risau, korang download Benda ini.. selepas download bolehlah ikut procedure yang setreusnya cam biasa

broadband

3)korang klik [Administrative Templates]

4) korang klik [Network]

broadband

5)click (Select by Single Click) [QoS Packet Scheduler]

6) Double-click [Limit Reservable Bandwidth] (ada di Side Panel belah kanan)

broadband

6)ubah [Bandwidth limit %] dari 0 kepada 100 %.

7) pastu korang klik "OK"

broadband

8) ok.. procedure awal da selesai.. sekarang korang pegi "restard" korang punya komputer.

9) dah restard? sekarang korang bolelah check kelajuan Broadband korang.. korang pasti akan gembira punya. KLIK SINI


SELAMAT MENCUBA, KALAU MENJADI ALHAMDULILAH. KALAU TAK MENJADI CUBA LAGI ATAU TANYA JE SAMA SAYA.




- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -