Popular Post

Posted by : Unknown Isnin, 27 Ogos 2012




SAKA dikaitkan dengan dengan mewarisi jin yang membOlehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib , seperti memiliki kecantikan , kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh ..Hukum mewarisi dan menggunakan saka ini adalah HARAM di sisi Islam . Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu pemilik saka ..Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin . Sama ada dibela , dibuat sahabat secara sedar atau tidak Oleh pemiliknya .. Gejala saka amat berbahaya dan mampu merOsakkan kehidupan seseOrang .. Maka , penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka ..Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya .. Contohnya daripada ibu atau bapa , kepada anak .. Daripada datuk atau nenek kepada salah seseOrang daripada cucunya , ataupun sesOrang dalam lingkungan keluarga .. 


Petanda seseOrang mempunyai saka : 

gejala waktu tidur
  • susah tidur malam
  • sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas atau takut
  • mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta tOlong tetapi tiada siapa mendengarnya
  • mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan
  • mimpi melihat binatang seperti kucing , anjing , unta , ular , serigala dan tikus .
  • bunyi gigi berlaga ketika tidur
  • ketawa , menangis , dan menjerit2 ketika tidur
  • mimpi jatuh dari tempat tinggi
  • mimpi berada di kawasan kOtor atau di tanah perkuburan
  • mimpi melihat budak kecil
  • merintih dan menangis ketika tidur


gejala waktu jaga

  • selalu pening kepada
  • lalai mengingati Tuhan
  • sering lesu dan malas
  • rasa sakit di salah satu anggOta badan
  • sakit di belakang terutamanya tulang belakang
  • lenguh sendi2 utama
  • mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati
  • mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian
  • jiwa sentiasa lemah dan tiada mOtivasi untuk meneruskan hidup
  • mudah marah dan panas baran
  • emOsional dan terlalu sensitif
  • terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur
  • sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu

*syaitan akan pastikan manusia yang mewarisi sesat ketika sampai ajal mereka .
pada mula ia kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya ,
tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia ...


{ 18 comments... read them below or Comment }

  1. Balasan
    1. hehe.. memang menakutkan..tapi kita kena tau jugak.. jadikan nie sebagai ilmu pengatahuan.. dan iktibar .. :)

      Padam
  2. thanks... info yg baik...... yg bunyi gigi berlaga ketika tidur, em,............

    BalasPadam
  3. jannah , baru tahu . tiba2 rasa mcm ada jak org tdekat yg gni . btw , thanks sayang info ne :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ada..ajak la dia gi berubat ya nadz.. heee.. :) sama2

      Padam
  4. huhuhu...etceli sejarah famili ayu ade pnh bela mnde ni...

    tp Alhamdulillah, skang dah buang....xde da...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah kalau dah buang..hehe.. benda tu menyusahkan hidup jerr kalau bela.. da la agama tak memebenarkan..hehe..

      Padam
    2. mcm mana nak membuang saka.. kalau boleh berkongsi disini

      Padam
    3. kena dapatkan bantuan orang yang mahir dan mengikut cara islam..insyaAllah, kalau diberi kesempatan saya akan membuat article mengenainya.. assalam.

      Padam
  5. senang ke membuangnya? ada yang kata kalau tak kena caranya, dia boleh datang balik. wallahu'alam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalamualaikum. setahu saya cara membuangnya tak la susah mana.. tapi sekali pernah kena macam ni..ia boleh datang lagi sebab dah ada tempat dia boleh masuk.. wallahualam.. kena selalu bentengkan diri dgn ayat al-quran supaya diri kita selamat dari sebarang bentuk gangguan dan kejahatan.. insyaAllah

      Padam

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -