Popular Post

Posted by : Cerita Farjannah Jumaat, 17 Ogos 2012

ASsalamualaikum(^-*)...


setelah bertunang pada bulan april yang lalu, pasangan bratt pitt dan angelina jolie dilaporkan akana melangsungkan perkahwinan pada sabtu ini walaupun tidak berjaya mengatasi berita hangat pertunangan jennifer aniston dan justin theroux.

dipetik dari laporan sunday express, pasangan yang lebih dikenali sebagai Brangelina itu akan berkahwin di selatan perancis. terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa majlis akan dilangsungkan secara kecil-kecilan di rumah agam Chateau Miraval mereka yang bernilai GBP 35 juta (rm 171.2 juta)

menurut mickael latz, selaku datuk bandar kawasan tersebut, besar kemungkinan pasangan brangelina akan berkahwin sabtu ini ( 18/8/2012). menurut media brad pitt dikatakan lebih bersungguh-sungguh dan akan menggunakan segala masa terluang yang ada untuk memebuat persiapan perkahwinan mereka berbanding dengan angelina jolie.

buktinya, aktor yang berusia 48 tahun ini, sanggup memanggil sekumpulan pekerja binaan untuk membaiki rumah yang didiaminya bersama angelina jolie di selatan perancis pada ketika ini. Angelina langsung tidak kisah samada mereka akan berkahwin atau tidak, jadi brad pitt lah yang merasai tekanannya.

dia mahu rumah tersebut selesai diubahsuai sepenuhnya sebelum acara tersebut berlangsung, walaupun beberapa rakan yang rapat seeta ahli keluarga yang dijemput nanti tidak kisah dengan dekorasi majlis perkahwinan itu nanti. yang penting brad pitt, mahu ianya  nampak sempurna.

Leave a Reply

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -