Popular Post

Posted by : Cerita Farjannah Khamis, 13 September 2012



Air kosong adalah sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dengan mengamalkan minum air yang banyak setiap hari, anda dapat mengurangkan berat badan dengan mudah dan murah tanpa memerlukan bantuan 'supplement' atau pembedahan.


Petua turunkan berat badan dengan air kosong:


1)Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari dalam unit ml =

(40 X berat badan dalam kg)+ 500 ml


contoh pengiraan:

Berat badan Ali ialah 75kg.

(40 X 75)+ 500 = 3620 ml

Ali perlu minum air sekurang-kurangnya 3620 ml atau 3.62 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.


2) Minum tambahan air kosong sekali ganda dari air berperisa yang diminum.

contoh:

Ali minum segelas air teh tarik di kedai mamak. Jadi Ali perlu minum tambahan segelas air kosong untuk menyeimbangkan berat badan.

Sebenarnya tidak susah untuk minum air kosong yang banyak. Minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap. Contohnya minum segelas air setiap setengah jam. Untuk memudahkan sukatan, guna botol mineral kecil 500ml untuk sukatan. Jika anda perlu minum 3500 ml, anda perlu minum sebanyak sukatan 7 botol mineral kecil.

Berikut adalah kelebihan minum air kosong:

1) Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurang.

2) Buah pinggang dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak.

3) Mengatasi masalah sembelit dan buasir.

{ 1 comments... read them below or add one }

  1. info menarik ni,, selami ni tahu minum je air masak ni. huhuh kena kira setiap baru cun. hehehe

    BalasPadam

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -