Popular Post

Posted by : Unknown Ahad, 2 September 2012

dari kiri muslim ahmad, asha'ri, peter butler

penyerang kebangsaaan Malaysia, Safee Mohd Sali atau lebih dikenali sebagai safee sali menyarankan agar sebuah persatuan pemain bola sepak professional diwujudkan bagi membantu menjaga kebajikan dan memastikan hak pemain dapat dibela sekiranya mereka menghadapi masalah.

beliau yang kini bermain untuk Pelita jaya FC, indonesia berkata bola sepak negara sedang mengalami transformasi dan pemain turut mengalami tempiasnya di mana keadaan itu memerlukan satu pihak yang professional serta aktif untuk melindungi para pemain.

"situasi yang dialami dua orang pemain terengganu iaitu Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi (asha'ri) sebagai contoh, betapa perlunya persatuan pemain bola sepak professional di negara ini ditubuhkan. dengan adanya persatuan tersebut, masalah yang dihadapi oleh pemain dapat ditangani dengan sewajarnya.

"saya amat bersimpati dengan keadaan yang dialami oleh kedua-dua rakan saya itu, hingga diaibkan sampai sebegitu rupa" katanya pada majlis sambutan hari raya SYM (sanyang motor) bersama safee sali di kilang terbabait di alma.

salee sali, penyerang kebangsaan Malaysia
bekas pemain selangor, sarawak dan Kuala Lumpur itu mengulas mengenai nasib dua tonggak terengganu tersebut yang didakwa jurulatih mereka peter butler bahawa mereka membawa wanita ke bilik hotel di Alor Seter pada nawal pagi hari perlawanan kumpulan B Piala Malaysia Terengganu menentang Kedah, selasa lalu.

kedua-duanya telah menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah yang dilemparkan kepada mereka serta bercadang mengambil tindakan undung-undung, dalam satu sumber memberitahu bahawa "saya sanggup bersara daripada dituduh bawa perempuan masuk bilik"
KATA PEMAIN PERTAHANAN TERENGGANU MUSLIM AHMAD. 

Safee yang juga duta SYM berkata pemain bola sepak negara ini amat memerlukan satu pihak yang dapat bertindak melindungi mereka seperti yang dilakukan oleh pemain di Indonesia.

katanya persatuan pemain bola sepak di republik itu begitu aktif dalam menjaga dan memeberi panduan kepada pemain mereka. "bermacam hal dalam melindungi pemain dilakukan oleh persatuan mereka hingga ke soal gaji turut diutarakan, hingga ada yang merujukkanya ke persatuan bola sepak antarabangsa (FIFA)" katanya


sementara itu, safee berkata fenomena pihak industri semakin banyak memilih pemain bola sebagai  iklan produk mereka juga memerlukan satu anjakan paradigma daripada pemain itu sendiri. katanya pemain bola sepak atau atlet harus lebih berpengetahuan supaya tidak mudah diperdaya  dan diambil kesempatan terhadap populariti yang dipergunakan ke atas mereka.

" mereka (pemain bola sepak dan atlet) perlu ebih peka dan memahami prosedur sebelum bersetuju atau menandatangani  sebarang kontrak syarikat yang ada" katanya. berliau berkat amereka juga seharusnya bertindak secara professional dengan melantik mana-mana pihak yang lebih berpengetahuan untuk menguruskan karier mereka kerana pendapatan tidak hanya datang dari arena sukan semata-mata .



Leave a Reply

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -