Popular Post

Memaparkan catatan dengan label tips dan nasihat. Papar semua catatan

Tips Sebelum dan ketika Menduduki SPM

By : Unknown


kepada calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM. saya ada beberapa tips yang hendak dikongsikan yang mungkin berguna untuk korang sebelum menduduki peperiksaan sijil pelajaran malaysia. (SPM).

1)Jaga kertas masa exam. Jangan bagi peluang orang tiru. Korang pun jgn tiru. Tak berkat nanti.

2)Bila Hati taktenang, macam-2 perkara yg tak diingini boleh jadi. Jadi,perbanyakkanlah Solat-2 Sunat,Mengaji,Berselawat. InsyaAllah.

3)Fahami, jk rasa takut, mk optimislh. Jk rasa optimis, mk cetuskn rasa takut. Rasa takut itu pnting.  Ia adlh khusyu' dn hrp padaNya.

4)Solat jangan tinggal .Perbanyakkan solat sunat .Perbanyakkan doa .selawat dan zikir .

5)Sebelum ujian, ingat, lakukan kerana Allah dan juga kerana harapan keluarga, jangan lakukan sekadar untuk cukup makan sahaja."

6)bila bingung , istighfar dan selawat byk2. habis jawab, baca doa kesyukuran.elak bincang dgn kwn lepas exam.ready utk subjek brikut

7)masuk dewan dgn bismillah,senyum,beri salam . langkah kaki kanan. baca doa terang hati termasuk surah al-insyira

8)elak bincang di luar dewan. elak panik. doa ramai2.

9)solat hajat sblm solat subuh. sarapan utk tenaga. pakai perfume utk rangsang otak.

10)bangun pagi , senyum , berdoa utk cemerlang

11)tidur awal mengiring ke kanan . baca 3 qul , ayat kursi , hembus tangan dan sapu seluruh badan

12)jangan study lepas asar, kebarangkalian utk gila 8/10. Lepas asar waktu riadah. Take a time for jogging and rilex

13)Pastikan sarapan agar ada bertenaga

14)kalau nak senang masuk apa yang kita baca, membaca pada pukul 3.00-5.00 pagi sebab pada waktu itu otak kita dalam keadaan yg segar.

15)Bangun awal, prepare yourself up. Be ready, mentally, physically, roniah

16)Jangan tengok atau menonton bahan media yg 18sx

17)Minta maaf dengan semua orang yang pernah awak buat salah secara ikhlas, takut-takut effect dalam dewan peperiksaan nanti.

18)Jangan study sampai lewat pagi sebaliknya tidur awal dan bangun awal pagi. Study selepas selesai bertahajud

19)Jangan tinggalkan tempat kosong begitu saja tapi isikan dengan jawapan hentam sajalaa manatahu kot-kot betul.

20)sebelum masuk dewan peperiksaan , baca "Rabbi yassir wala tu'assir , Rabbi tammir bil khair"

21)jangan padam jawapan yang pertama sekiranya anda tidak yakin dengna jawapan kedua. sebab, kekadang jawapan pertama tu adalah betul.


"To all SPM candidates, you don't need luck to pass. If you think some dumb wish is going to help you pass, you already fail."



Petua Berjaya Mendidik Anak

By : Unknown


ada lima petua dalam mendidik anak. antaranya ialah:

  1. ibu dan bapa menjadi teladan dalam ibadah dan amal soleh serta kemualian akhlak.
  2. menanamkan sikap kebiasaan-kebiasaan yang baik sejak awal, seperti disiplin diri dan waktu, kejujuran, kebersihan, dan sebagainya.
  3. ibu bapa selalu belajar mengenai Al-quran dan sunnah dan siap menjadi guru untuk mengajar anak-anaknya secara serius.juga tentang ilmu yang berkaitan dengan tauhid, ibadah terutamanya solat lima waktu dan berakhlak mulia dalam kehidupan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Luqman Al-hakim dalam mendidik anaknya.
  4. memberi hadiah dan pujian kerana prestasi yang memberangsangkan dan memberi denda sekiranya anak kita membuat kesalahan mahupun nakal.
  5. doa ibu bapa seperti yang kita sedia maklum adalah sangat mustajab, terutamanya doa di penghujung malam.
"Allahumma, ya Allah, jadikanlah anak dan cucu-cucuku serta keterunan kami sebagai generasi yang soleh dan solehah dan selamat di dunia dan akhirat. amin."

Lima Perkara Yang Disukai Perempuan Tapi Dibenci Lelaki

By : Unknown



Perempuan dan lelaki memiliki perbedaan yang cukup ketara, baik dari sifat, tahap emosional sampai kehobi. Bahkan, ada beberapa kegiatan yang tidak disukai lelaki, tapi wanita amat minat melakukannya. Agar dapat mengerti bila satu waktu teman lelaki menolak ajakan anda.

Perempuan dan lelaki memiliki banyak perbedaan dari pelbagai segi.

1. Menonton Drama Romantis Bersiri


Kebanyakan lelaki kurang minat menonton drama bersiri bertema romantis. Mereka umumnya menganggap kalau cerita cerita drama tidak natural dan terkesan dibuat buat. Akan tetapi, kebanyakan perempuan amat suka mengikutinya. Jangan hairan bila lelaki tidak selasa apabila lama di depan tv saat anda sedang menonton drama bersiri tempatan atau drama Korea.

2. Membaca Novel Romantis

Perempuan mempunyai sifat kelembutan yang lebih besar dibanding lelaki sehingga dia minat membaca novel romantis atau mendengarkan lagu-lagu cinta. Namun kebanyakan lelaki lebih suka membaca buku yang penuh aksi dan pertarungan. Menurut lelaki, novel romantis cukup membosankan. Hal ini boleh menyebabkan pertengkaran antara anda dan pasangan kalau tidak saling mengerti satu sama lain. Oleh sebab itu, jangan marah ketika teman lelaki terlihat kurang tumpuan mendengarkan ketika anda membahas tentang novel percintaan.

3. Bergosip

Sebenarnya perempuan dan lelaki suka membicarakan hal orang lain ketika sedang berkumpul dengan teman-teman. Namun, lelaki tidak suka kebiasaan wanita yang suka membicarakan orang lain tanpa tahu kepastiannya. Padahal, menggosipkan orang lain menjadi sesuatu yang cukup mengasyikkan bagi sebagian besar perempuan.

4. Ambil Berat Penampilan

Sebagian besar lelaki tidak terlalu mengutamakan penampilan. Pakai kemeja, seluar panjang dan mungkin jam tangan sebagai aksesori, dia pun sudah siap untuk pergi. Sedangkan bagi perempuan, penampilan adalah segalanya kerana senang dipuji sehingga mereka menghabiskan waktu cukup lama untuk bersiap siap saat akan pergi keluar. 

5. Bermain Bersama Anak Kecil

Perempuan memiliki naluri keibuan sehingga mudah bagi mereka mendekatkan diri dengan anak kecil. Sedangkan lelaki umumnya kurang minat bergaul dengan anak-anak. Lelaki kurang suka bermain, memanjakan anak, kerana mereka tidak ingin memperlihatkan sifat kelembutannya. Kecuali anak itu adalah darah dagingnya sendiri.

Punca Rambut Rosak

By : Unknown


Memiliki rambut hitam, lebat serta mengurai lembut apabila di tiup angin… fuhh…
Tapi apa perasaan anda bila rambut anda mudah gugur.. kekeringan.. terpecah dihujung.. rambut rosak dan terputus-putus menampakkan tidak terurus.. amat mengelisahkan bukan??
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan rambut rosak? Bagaimana pula cara mengatasi rambut rosak ini?

Kini pelbagai produk penjagaan rambut berada di pasaran tapi AWAS jangan tersalah pilih.. Pilihlah jenama yang anda benar-benar yakin dan sesuai bagi rambut anda dan yang paling sesuai bagi masalah rambut yang anda hadapi.. Rambut dikatakan tidak sihat dan memerlukan rawatan segera apabila kutikel dibahagian rambut sedang mengalami kerosakan, patah dan putus menyebabkan rambut anda nampak kusam, tidak bercahaya dan rapuh. Apa yang menyebabkan rambut rosak?
PUNCA RAMBUT ROSAK
  • Proses bleaching, perwarnaan kekal atau semi kekal, pengerintingan atau

    Kesan kimia
    perlurusan. Proses ini menyebabkan kerosakan pada kutikel rambut membawa kepada kerosakan ikatan protein pada rambut dan menjadikan strukturnya menjadi lemah selain itu kelumumur juga mudah muncul.
  • Kapanasan Suhu daripada pengering rambut, pengerinting dan pelurus rambut yang mengunakan suhu terlalu tinggi dan kerap menyebabkan kerosakan kutikel rambut serta menghilangkan kelembapan rambut.
  • Cuaca juga menjadi faktor kepada rambut rosak, ini kerana sinaran ultraviolet boleh

    Kesan pelurusan yang salah
    menghilangkan protein rambut lantas merosakkan kutikel rambut. Terutama bagi rambut yang telah melalui proses kimia seperti bleaching, pewarnaan, pengerintingan atau perlurusan.
  • Menyikat Rambut Terlalu kuat dan kerap boleh menyebabkan kecederaan pada kulit kepala lantas membawa kepada keguguran rambut dan kelumumur.
  • Megikat rambut terlalu kuat menyebabkan tekanan kepada pangkal rambut dan kulit kepala. Selain itu elakkanlah dari mengikat rambut menggunakan gelang getah kerana ia menyebabkan

    Akibat getah pengikat
    rambut terputus.
  • Mencuci rambut tidak sempurna setelah selesai berenang juga membawa kerosakan rambut apabila masih ada garam dan klorin melekat pada rambut lantas membawa kepada rambut rosak.
  • Terlalu Kerap mencuci rambut atau terlalu kurang mencuci rambut jika terlalu kerap mencuci rambut hinga setiap kali anda mandi perlu mencuci rambut ini akan menyebabkan kehilangan lembapan rambut dan rambut menjadi kering. Namun begitu jika anda sangat kurang mencuci rambut juga akan membawa kepada rambut rosak. Jika rambut jarang di cuci, rambut akan menjadi berminyak menyebabkan rambut senang gugur, selain itu kelumumur juga akan muncul menyebabkan gatal kulit kepala dan membawa kesan yang lebih teruk. 

CARA MENGATASI RAMBUT ROSAK
  • Cucilah rambut sekurangnya 2 hari sekali. Gunakan syampu yang sesuai dengan masalah rambut anda.
  • Gunakan perapi yang mengandungi protein dan humectants untuk rambut berminyak sebaiknya elakkan perapi megena kulit kepala.
  • Amalkan perawatan khusus seperti memakai hair mask sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk memperbaiki kadaan rambut.
  • Meniniskan serum silikon khusus untuk melembutkan kutikel di samping menjadikan rambut bercahaya.
ELAKKAN….
  • Penggunaan pengering rambut atau pelurus rambut yang terlalu panas
  • Melakukan pelurusan atau pengerintingan rambut sendiri dirumah. Sebaiknya lakukan di salun-salun profesional jika tidak mungkin anda akan mengalami kerosakan rambut. Teknik perlurusan rambut yang salah juga boleh menyebabkan rambut anda patah dan luruh. Pilihlah salun yang terbaik untuk rambut anda kadang kala mereka ini bukan yang benar-benar profesional dan tahu pasal rambut jadi berhati-hati memilih salun.
  • Menaiki motorsikal dengan rambut terurai, sebaiknya lindungilah rambut anda dari asap2 kenderaan dan sinaran matahari yang terik itu.
  • Mengeringkan rambut mengunakan tuala hingga rambut tergeser antara satu sama lain boleh menyebabkan rambut terputus. Sebaiknya usaplah rambut anda dengan lembut.
  • Bersyampu tanpa perapi.
  • Menggunakan sikat yang telalu halus terutama bagi yang berambut panjang sebaiknya gunakanlah sikat yang jarang.

rahsia perubatan menggunakan air ludah

By : Unknown




Menurut orang tua-tua Melayu dahulu, terdapat beberapa petua tentang penggunaan ludah sebagai ubat. Dikatakan, sekiranya bayi yang baru lahir panas suhu badannya, si ibu atau ayah disuruh menjilat ubun-ubun bayi, telapak tangan kedua tangan dan telapak tangan kedua kaki. Menjilat harus dimulai dengan anggota yang kiri dahulu. Panas tubuh bayi itu akan serta merta beransur turun.


Petua menggunakan ludah untuk mengubat luka kecil juga sering disyorkan oleh orang tua-tua. Sekiranya jari terluka atau terhiris, kita disuruh cepat-cepat masukkan ke dalam mulut. Dikatakan darah akan berhenti mengalir dan luka cepat sembuh. Sekiranya bahagian lain yang luka, ambil sedikit air ludah sendiri dengan satu jari. Selepas itu, baca selawat sebanyak 7 kali. Selepas membaca selawat, sapu di bahagian yang luka. Nescaya cepat sembuh.

Sekiranya seorang kanak-kanak masih lambat bercakap walau sudah berusia 3 tahun ke atas, petuanya mudah. Lidah kanak-kanak itu perlu ditarik keluar lalu dikerik dengan cincin. Menurut orang tua-tua, supaya ludahnya keluar sempurna, tidak bertakung di dalam mulut lantas dapat menggalakkan kanak-kanak itu segera bercakap.


Kajian Saintifik tentang Ludah

Menurut satu kajian saintifik Belanda, zat dalam air ludah dapat menyembuhkan luka. Saintis mendapati bahawa protein kecil di dalam air ludah yang sebelum ini dipercayai hanya dapat membunuh bakteria, berguna juga untuk menyembuhkan luka.

Sebab itulah, luka pada gusi yang baru dicabut giginya cepat pulih berbanding dengan luka di bahagian anggota tubuh yang lain. Saintis juga menjangka, air ludah boleh menjadi ubat kepada penderita penyakit kencing manis yang buruk kakinya atau mereka yang mengalami kelecuran atau kebakaran pada kulit.

Khasiat dan Kelebihan Madu Lebah

By : Unknown



A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH

1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.

2. Memulihkan sel-sel urat besar.

3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.

4. Merangsang tenaga batin.



B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.

2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.

3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.

4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.


1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.

b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.

c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.

d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.


2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:

a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.

b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:


a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.

b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):

Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
6. UNTUK SEMUA:

a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.

b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.

c) Memulihkan penyakit berpanjangan.

d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.

e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.

f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.

g) Memulihkan batuk dan lelah.

h) Menghindarkan badan letih dan lesu.

i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.

j) Baik untuk perempuan bersalin.

k) Membantu/menerangkan pemandangan.


7. IBU MENGANDUNG

1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung

dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.

2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,

kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.


8. ANAK DALAM KANDUNGAN

1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam

madu dapat membunuh kuman-kuman.

2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan

menguatkan janin.

3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh

kuasa dalam madu asli.

4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.

5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR

1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat

mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa

bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.

2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding

perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.

3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.

4. Mengelak dari kembung perut bayi.


10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta

mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.

2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.



CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.

2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.

3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.

4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)

5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.

6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.

7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.

8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.

9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

“MIRACLE ANTIBI0TIK”



SAPULAH MADU HUTAN ASLI JIKA ANDA

a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera

dan luka terlindung dari kuman.

b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan

lain-lain.

c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.

d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.


MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN

a) Makan bersama roti / biskut.

b) Bahan membuat kuih / kek.

c) Goreng atau panggang ayam.



Perhatian:
Jangan disimpan dalam peti sejuk.
elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
jauhkan dari litar elektrik.
kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.

 Firman Allah SWT

وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنْ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنْ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ (النحل: 68).

ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (النحل: 69). 


(16:68)
Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah:

"Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia",

(16:69)
kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).

Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. 


Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.
 

Petua turunkan Berat Badan Dengan Air

By : Unknown


Air kosong adalah sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dengan mengamalkan minum air yang banyak setiap hari, anda dapat mengurangkan berat badan dengan mudah dan murah tanpa memerlukan bantuan 'supplement' atau pembedahan.


Petua turunkan berat badan dengan air kosong:


1)Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari dalam unit ml =

(40 X berat badan dalam kg)+ 500 ml


contoh pengiraan:

Berat badan Ali ialah 75kg.

(40 X 75)+ 500 = 3620 ml

Ali perlu minum air sekurang-kurangnya 3620 ml atau 3.62 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.


2) Minum tambahan air kosong sekali ganda dari air berperisa yang diminum.

contoh:

Ali minum segelas air teh tarik di kedai mamak. Jadi Ali perlu minum tambahan segelas air kosong untuk menyeimbangkan berat badan.

Sebenarnya tidak susah untuk minum air kosong yang banyak. Minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap. Contohnya minum segelas air setiap setengah jam. Untuk memudahkan sukatan, guna botol mineral kecil 500ml untuk sukatan. Jika anda perlu minum 3500 ml, anda perlu minum sebanyak sukatan 7 botol mineral kecil.

Berikut adalah kelebihan minum air kosong:

1) Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurang.

2) Buah pinggang dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak.

3) Mengatasi masalah sembelit dan buasir.

Petua Hilangkan Bau Badan

By : Unknown




Bau badan yang tidak menyenangkan amat memalukan. Bagi mereka yang mengalami masalah ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini:



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Hampas Teh

Gosok hampas teh yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 15 minit dan kemudian mandi. Amalkan 3 kali seminggu.



- Petua Hilangkan Bau dengan Badan Hampas kelapa

Gosok hampas kelapa yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 45 minit dan kemudian bilas. Amalkan 3 kali seminggu.



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Beras

Ambil segenggam beras dan goreng tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan campurkan dengan sedikit air asam jawa. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas atau mandi.



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Tawas

Ambil seketul tawas dan gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.

atau

Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras dan gaul rata. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan semalaman. Kemudian bilas atau mandi. Amalkan setiap hari sehingga berpuas hati.



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Daun Sirih dan Daun Nanas Muda

Rebus sama banyak daun sirih dan daun nanas muda bersama dengan sedikit garam sehingga air rebusan menjadi separuh. Minum air rebusan ini setiap hari selama seminggu dan rasailah hasilnya.



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Timun Muda

Kupas kulit sebiji timun muda dan basuh bersih. Gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Serai Wangi, Daun Jambu, Daun Lengkuas dan Daun Pandan

Ambil secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan air sehingga terendam sepenuhnya. Rebus sehingga mendidih. Campurkan air rebusan dengan sebaldi air bersih. Jadikan air ini sebagai bilasan akhir ketika mandi. Amalkan tiga kali seminggu.



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Batang Pokok Kantan

Potong batang pokok kantan pendek-pendek dan tumbuk hingga lumat. Rebus hingga mendidih. Gunakan air rebusan sebagai air mandian. Bilas akhir mandian dengan air bersih biasa.

Panduan Memberi Nama Anak

By : Unknown
 Assalamualaikum (^_*)...



hehe.. petang nie nak buat entry lain sikit.. meskipun jann masih bujang.. gatal pula tangan nie nak wat entry pasal panduan memberi nama anak.. . sebenarnya jann jelos.. ye la.. nama anak2 remaja sekunk ni bukan main.. bunyi cam ala-ala artis popular gitu.. hehe.. nak contoh? nak nak nak? ehe.. contohnya.. cristiano ronando... hehe.. nak tumpang pemes ke bedah oiu? ok .. bak to topik kita erk.. jann nak bagi tipss simple dalam memilih nama anak korang tue ye.. harap korang enjoy.. tata..


1) NAMA YANG SENANG DI SEBUT.
 seeloknya nama anak kita tue biarlah boleh di sebut oleh semua orang. janganlah bubuh nama pelik bin heran macam contohnya sechti ahisiyah, konon moden la tue.. kui3.. pakai siti aisyah je kan nampak ayu.. takdelah tergeliat nak menyebutnya.

2) NAMA YANG TERLALU PANJANG.
huhh~ ini amat tidak digalakkan.. dah la panjang..siap ada alias lagi.. contohnya, PUTERI NOR SUCI SUTERA SELEMBUT BAYU MEGA TIMUR NAN BERPUPUT @ ... memang melampau leteww.. kesian bakal laki anak kita nanti.. alamatnya tersalah nama ketika di ijabkabul..

3) NAMA YANG PELIK DAN LAIN DARI YANG LAIN.
jangan main taruk-taruk aje ya.. pastikan mempunyai maksud yang baik.. macam nama kita.. nur farjannah.. baik kan maksud dia.. eheh.. sebagai contoh., EUMEMIDAE... nama ala-ala jepun n korea gitu... nama tue memang sweet..tapi korang tau dak maksud dia?  itu sebenarnya adalah nama serangga yang kita panggil sebagai menatang angkut-angkut tue.. kahkahakah~ *over gelak pulak*

4) TARUK NAMA OMPUTIH.
melainkan korang berbini or berlaki mat saleh. kalau ndak juga berpatut-patutlah sikit. jangan la mengada bubuh nama roma polanski tapi kalau michel telo dipertimbangkan.. hehe

5)NAMA KREATIF
mengambil nama sempena tempat perkali kali korang bertemu laki bini. dan jatuh cinta melalui cinta pandang pertama. Ahmad putrajaya dan Nur Midvalleymall amatlah tidak digalak~

6)NAMA AKRONIM
ini memang masalah berat. konon aku combi yang korang pendekkan dari anakku comel dan bestari.. mesti letih anak korang nanti nak explain maksed nama dorang kat kawan2 nya..hehe


Cara mengawal emosi ketika marah

By : Unknown
  Assalamualaikum (^_*)



Cara-cara meredam atau mengendalikan kemarahan: 

1. Membaca Ta'awwudz. Rasulullah bersabda Ada kalimat kalau diucapkan nescaya akan hilang kemarahan seseorang, yaitu A'uudzu billah mina-syaithaani-r-rajiim Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk (H.R. Bukhari Muslim).

2. Berwudhu. Rasulullah bersabda Kemarahan itu itu dari syaitan, sedangkan syaitan tercipta dari api, api hanya dapat padam dengan air, maka kalau kalian marah berwudlulah (H.R. Abud Dawud).

 3. Duduk. Dalam sebuah hadist dikatakanKalau kalian marah maka duduklah, kalau tidak hilang juga maka bertiduranlah (H.R. Abu Dawud).

4. Diam. Dalam sebuah hadist dikatakan Ajarilah (orang lain), mudahkanlah, jangan mempersulit masalah, kalau kalian marah maka diamlah (H.R. Ahmad).

5. Bersujud, ertinya solat sunat  dua rakaat. Dalam sebuah hadist dikatakan Ketahuilah, sesungguhnya marah itu bara api dalam hati manusia. Tidaklah engkau melihat merahnya kedua matanya dan tegangnya urat darah di lehernya? Maka barangsiapa yang mendapatkan hal itu, maka hendaklah ia menempelkan pipinya dengan tanah (sujud). (H.R. Tirmidzi)

Ayat Cintaku

By : Unknown


Assalamualaikum..tak jawab dosa...kalo jawab sayang korunk..hehe.. korang mesti nakkan ayat madah cinta yang power kan..supaya mkwe dan pakwe korang cair.. hehe.. jannah nak bagi korang ayat2 tue eh..heehe.. byk nie.. kalo nak boleh share sangat dialu-alukan...bak kata orang..sharing is caring..hehe..have a nice day ya.. :) salam sayunk!




Madah Romantis

Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.

Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!

Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.

Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.

Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.

Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana.

Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.

Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi.

Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.

Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu ?

Dan benarlah kata orang itu cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya.



Koleksi Madah Cinta

Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.

Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.

Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….

Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.


Madah-madah Cinta

HANYA ada satu pelita yang dapat kita pegang dan akan sentiasa menyala biarpun ketika malam yang gelap dan tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri. Ia adalah cinta kepada semua yang bernyawa.

JATUH CINTA pada seseorang insan yang masih dalam proses berdukacita atas kehilangan orang tersayang, tidak pernah menjadi sesuatu yang mudah kepada yang terkena tempiasnya.

APABILA pintu hati sudah terbuka, tidak perlu suasana romantis disimbah cahaya lilin atau berlutut sambil merenung jauh ke dalam mata untuk menyatakan rasa yang terpendam. Segala-galanya akan datang sendiri dan difahami daripada hati luhur untuk menerima lamaran daripada sang kekasih.

CINTA, MENYINTAI ATAU DICINTAI itu adalah lumrah sifat kejadian manusia. Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri. Pilihan adalah terpulang kepada kita, jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan.

CINTA itu adalah segugus kepercayaan yang abadi. Dan cinta sejati itu bererti melepaskan orang yang disayangi terbang bebas ke dunianya. Kalau betul kau milikku pasti engkau akan kembali menghangatkan cinta kita.

SEKIRANYA kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.Jangan kamu ambil kesempatan dan janganlah melukakan.

CINTA merupakan suatu perasaan yang agung. Jika cinta tiada lagi, bererti salah satu nikmat Tuhan telah dicabut dari hati, tandanya salah satu nilai kemanusiaan dalam diri anda mulai terhakis. Ia memerlukan pengorbanan yang besar sambil bermodalkan keikhlasan serta kejujuran yang tinggi.

ORANG yang tiada perasaan cinta adalah manusia yang hilang motivasi dalamannya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan yang amat dicintai. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan. Cinta murni sentiasa mampu pemandunya, pemiliknya melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta boleh membuatkan manusia bangun membina kehidupan yang terbaik.

ALANGKAH bodohnya manusia yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan di hari muka. Jika cinta dijelmakan dalam diri, ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang ibarat memberikan segunung emas kepadanya. Tatkala dijelmakan dalam rumahtangga, jawapannya adalah kerukunan dan kesefahaman yang berpanjangan. Cinta yang murni adalah pemangkin untuk kehidupan yang penuh kebahagiaan. Sebagaimana ia bermula di hati, cinta seharusnya berkekalan hingga hujung nyawa.

CINTA yang benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya bertambah matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika yang sebaliknya berlaku, ia menjadi tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang anda cari-cari.

Madah Cinta Pilihan
Jika ada sepuluh orang yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah pasti salah seorang daripada mereka adalah aku. Jika hanya seorang saja yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah tentulah orang itu adalah aku. Dan jika tiada sesiapa lagi yang mahu mengambil berat terhadapmu lagi, maka itu bermakna aku sudah tiada lagi di dunia ini.

Cinta adalah api. Namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangat atau menghangus hati kita.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah hingga cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.

Melafazkan cinta dan janji setia itu mudah. Mengotakan cinta dan janji setia itu susah. Cinta dan janji setia yang hancur buat insan parah.

Masa depan yang cerah selalu bergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang. Tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Yang pertama belum tentu yang terbaik, yang terbaik biasanya yang terakhir. Tetapi yang sukar dilupakan adalah yang pertama, sedangkan yang terakhir masih menjadi tanda-tanya.

Mencintai juga bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat kesalahan, melainkan bagaimana kamu memaafkan, bukanlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti, bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasa, bukanlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu bertahan.


Kata-Kata Cinta
Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah.

Batas-Batas dalam Berhias

By : Unknown

            ASSALAMUALAIKUM!!
          PEACE YAW!!



Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Allah ...mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.”
Riwayat Ibnu Mas’ud


Huraian

i) Maksud mengubah ciptaan Allah s.w.t. ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah S.W.T yang telah sempurna secara pandangan umum dan adat atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan.

ii) Mencabut bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah S.W.T. yang sempurna dan membuat atau melukis bulu kening yang baharu selepas itu agar menepati cita rasa sendiri supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam.

iii) Jika perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan ia tumbuh berselerak dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah S.W.T. Lagipun jika yang dicabut itu hanyalah yang berselerak dan bukan termasuk bulu yang dipanggil kening serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya. Ini dilakukan atas dasar menjaga kekemasan diri bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan Allah S.W.T kerana Allah S.W.T itu cantik dan sukakan kecantikan.

iv) Hanya rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya sahaja yang diharuskan seperti memasang gigi palsu di tempat gigi yang rongak (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain), mengatur susunan gigi yang tidak tersusun (tapi bukan mengasah atau mengikir), memakai ubat supaya rambut tumbuh di tempat yang botak (bukan memakai rambut palsu), memakai ubat untuk membuang jeragat pada kulit (bukan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit), memakai inai, syampu atau gel pada rambut atau janggut supaya lebih segar dan terurus (bukan mewarnakannya dengan cat atau spray) dan sebagainya sebagai perbezaan antara merawat/menjaga keaslian ciptaan Allah S.W.T dengan mengubah ciptaan-Nya di mana merawat/menjaga itu adalah HARUS manakala mengubahnya adalah HARAM.

v) Diri manusia dan segala makhluk di alam ini adalah hak mutlak Allah S.W.T, Oleh itu kita hendaklah mematuhi segala hukum dan kehendak agama dengan baik. Janganlah tertipu dan terpengaruh dengan tabiat orang yang suka menurut hawa nafsunya disebabkan sikap tidak bersyukur dan tidak berpuas hati dengan ciptaan dan anugerah Allah di mana sikap ini sebenarnya merupakan sikap yang diwarisi daripada syaitan.



simbol-simbol comel

By : Unknown
assalamualaikum u all.. hari nie cik jannah nak bagi korang simbol2 yang comel2 belaka..hehe





Æ æ ❖

{。^◕‿◕^。} (◕^^◕) ✖✗✘♒

♬✄ ✂✆✉✦✧♱ ♰♂♀☿❤❥ ❦❧

™®©♡♦ ♢♔♕♚♛★ ☆✮ ✯☄☾☽

☼☀☁☂☃☻ ☺☹ ☮۞۩ εїз☎☏¢

☚☛☜☝☞☟✍

✌☢☣☠☮☯ ♠♤♣♧♥ ♨๑❀✿ ψ☪☭

♪ ♩♫℘ℑ ℜℵ♏ηα ʊϟღツ回 ₪™ ©®¿¡½⅓

⅔¼¾⅛⅜⅝⅞℅

№⇨❝❞ ◠◡╭╮╯╰ ★☆⊙¤㊣

★☆♀◆◇↑↓→ ←↘↙♀ ♂┇┅﹉﹊

﹍﹎╭╮╰╯ *^_^* ^*^ ^-^

^_^ ^︵^∵∴‖ ︱︳︴﹏

﹋﹌♂♀ ♥♡☜☞☎ ☏⊙◎☺☻ ►◄

▧▨ ♨◐◑↔↕ ▪▫☼♦▀ ▄█▌▐ ░▒▬♦◊

◦☼♠♣▣ ▤▥▦▩ ぃ◘◙◈♫ ♬♪♩♭♪ の☆→あ £❤

。◕‿◕。✎✟ஐ ≈๑۩ ۩.. ..۩۩๑ ๑۩۞۩๑ ✲

❈➹ ~.~◕ ‿-。☀☂☁ 【】┱┲❣ ✚✪✣ ✤✥

✦❉ ❥❦❧❃ ❂❁❀✄☪ ☣☢☠☭♈

✓✔✕ ✖㊚㊛ *.:。 ✿*゚‘゚・ ⊙¤㊣★☆

♀◆◇回□〓

→←↘↙ ♀♂┇┅﹉ ﹊﹍﹎ ╭╮╰╯ *^_^*

^*^ ^-^ ^_^ ^︵^∵ ∴‖ ︱︳ ︴﹏﹋﹌

♂♀♥♡☜ ☞☎☏⊙ ◎☺☻

►◄ ▧▨♨◐◑ ↔↕ ▪▫ ☼♦

▌▐░▒▬ ♦◊◦☼ ♠♣▣▤▥ ▦▩ぃ◘◙ ◈

♫♬♪ ♩♭♪の☆ →あ£❤。 ◕‿◕。 ✎✟ஐ≈

๑۩۩.. ..۩۩๑๑۩۞ ۩

๑✲❈ ➹ ~.~◕‿-。 ☀☂☁【】

┱┲❣✚ ✪✣✤✥ ✦❉❥❦

❧❃❂❁❀ ✄☪☣☢☠ ☭♈ ✓

✔✕✖㊚ ㊛ *.:。✿*゚ ‘゚・ ◊♥▫■๑»«¶

ஐ©† εïз♪ღ♣ ♠•± °•ิ.•ஐஇ *×○▫

♂•♀◊©¤ ▲↔™®☎ε їз♨ ☏

☆★ ▽△▲ ∵∴∷ #♂♀♥♠♣

♧♤♧ ♡♬♪ ♭♫♪ﻬஐღ ↔↕↘••● ¤╬﹌

▽☜♥☞ ♬✞♥♕☯☭☠☃ ─ ━

▰ ▱◆ ◇ ◈ ◉ ◊ ○ ◌ ◍ ◎ ● ◐ ◑ ◒ ◓ ◔

◕ ◖ ◗ ◘ ◙ ◚ ◛ ◜ ◝ ◞ ◟ ◠ ◡ ◢ ◣

◤ ◥ ◦ ◧ ◨ ◩ ◪ ◫ ◬ ◭ ◮ ◯ ◰ ◱ ◲ ◳ ◴ ◵ ◶ ◷

◸ ◹ ◺ ◻ ◼ ◽ ◾ ◿ ☀ ☁ ☂ ☃ ☄ ★ ☆ ☇ ☈

☊ ☋ ☌ ☍ ☎ ☏ ☐ ☑ ☒ ☓ ☔ ☕ ☖ ☗ ☘ ☙

☟ ☠ ☡ ☢ ☣ ☤ ☥ ☦ ☧ ☨ ☩ ☪ ☫ ☬ ☭ ☮ ☯

☰ ☱ ☲ ☳ ☴ ☵ ☶ ☷ ☸ ☹ ☺ ☻ ☼ ☽ ☾

☿ ♀ ♁ ♂ ♃ ♄ ♅ ♇ ♔ ♕ ♖ ♗

♘ ♙ ♚ ♛ ♜ ♝ ♞ ♟ ♠ ♡ ♢ ♣

♤ ♥ ♦ ♧ ♨ ♰ ♱ ´ ῾ ‖ ‗ ‘ ’ ‚ ‛ “ ” „ ‟ † ‡ • ‣

․ ‥ … ‧ 
 
 ‪ ‫ ‬ ‭ ‮   ‰ ‱ ′ ″ ‴ ‵ ‶ ‷ ‸ ‹ ›

※ ‼ ‽ ‾ ‿ ⁀ ⁁ ⁂ ⁃ ⁄ ⁅ ⁆ ⁊ ⁋ ⁌ ⁍ ⁎ ⁏ ⁐ ⁑ ⁒ ⁓ ⁔

∕ ∖ ∗ ∘ ∙ √ ∛ ∜ ∝ ∞ ∟ ∠ ∡ ∢ ∣ ∤ ∥ ∦ ∧ ∨ ∩ ∪

∴ ∵ ∶ ∷ ∸ ∹ ∺ ∻ ∼ ∽ ∾ ∿ ≀ ≁ ≪ ≫

≬ ≭ ≮ ≯ ≰ ≱ ≲ ≳ ≴ ≵ ≶ ≷ ≸ ≹ ≺ ≻ ≼ ≽ ≾ ≿ ⊀

⊁ ⊂ ⊃ ⊄ ⊅ ⊆ ⊇ ⊈ ⊉ ⊊ ⊋ ⊌ ⊍ ⊎ ⊏ ⊐ ⊑ ⊒ ⊓ ⊔ ⊕ ⊖ ⊗ ⊘ ⊙

⊚ ⊛ ⊜ ⊝ ⊞ ⊟ ⊠ ⊡ ⊬ ⊭ ⊮ ⊯ ⊰ ⊱ ⊲ ⊳ ⊴ ⊵ ⊶ ⊷ ⊸ ⊹ ⊺ ⊻

⊼ ⊽ ⊾ ⊿ ⋀ ⋁ ⋂ ⋃ ⋄ ⋅ ⋆ ⋇

⋈ ⋉ ⋊ ⋋ ⋌ ⋍ ⋎ ⋏ ⋐ ⋑ ⋒ ⋓ ⋔ ⋕

⋖ ⋗ ⋘ ⋙ ⋚ ⋛ ⋜ ⋝ ⋞ ⋟ ⋠ ⋡ ⋢ ⋣ ⋤ ⋥ ⋦ ⋧ ⋨ ⋩ ⋪ ⋫ ⋬

◿ ☀ ☁ ☂ ☃ ☄ ★ ☆ ☇

☊ ☋ ☌ ☍ ☎ ☏ ☐ ☑ ☒ ☓ ☔ ☕ ☖ ☗

☘ ☙ ☟ ☠ ☡ ☢ ☣ ☤ ☥ ☦ ☧ ☨ ☩ ☪ ☫ ☬

☭ ☮ ☯ ☰ ☱ ☲ ☳ ☴ ☵ ☶ ☷ ☸ ☹ ☺ ☻ ☼

☽ ☾ ☿ ♀ ♁ ♂ ♃ ♄ ♅ ♇

♎ ♏ ♐ ♑ ♒ ♓ ♔ ♕ ♖ ♗ ♘ ♙

♚ ♛ ♜ ♝ ♞ ♟ ♠ ♡ ♢ ♣ ♤ ♥ ♦ ♧ ♨ ♰ ♱ ☫







- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -