Popular Post

Posted by : Cerita Farjannah Sabtu, 8 September 2012


Ibu Hamil: Sampai Bila Wajib Solat?

apakah status solat ke atas wanita hamil yang mengalami situasi seperti berikut:

1. Keguguran
2. Turun darah (bleeding)
3. Pecah air ketuban
4. Kontraksi rahim

Jawapan ringkas yang dapat disimpulkan ialah:

Keguguran:
Bagi wanita yang mengalami situasi ini, kewajipan solat ke atasnya luput dan tidak wajib digantikan solat tersebut. Ini kerana, darah yang keluar ketika gugur tersebut disamakan dengan darah wiladah (melahirkan anak).

Turun darah, pecah air ketuban dan kontraksi rahim:
Ketiga-tiga situasi ini merupakan antara tanda-tanda seseorang wanita itu sudah hampir bersalin. Walau bagaimanapun, kewajipan solat ke atas wanita yang mengalami ketiga-tiga situasi ini TIDAK LUPUT, bermakna solat wajib ditunaikan mengikut kemampuan.

Apa yang perlu dititik beratkan ialah, kebersihan sebelum menunaikan solat, di mana darah sebagai contoh, perlu dibersihkan terlebih dahulu. Darah yang keluar ini dianggap darah fasad, bukannya darah yang keluar ketika bersalin. Begitu juga dengan air ketuban.

Walau bagaimanapun, bagi kes wanita yang mengalami kontraksi rahim yang bersangatan, sehingga tidak mampu untuk menunaikan solat ketika waktunya, bolehlah digantikan solat yang terluput itu pada waktu lain, kerana ketidakmampuan ketika itu.

Solat itu tiang agama
Semoga, sedikit ilmu yang dikongsikan ini bermanfaat untuk semua. Ramai di kalangan kita yang mengambil ringan soal solat, sedangkan bagi orang yang hampir meninggal dunia sekalipun, masih belum luput kewajipan solat ke atasnya. Namun, Islam memberikan rukhsah (keringanan) untuk menunaikannya berdasarkan kemampuan, sebagai contoh; solat sambil berbaring dan sebagainya.


Leave a Reply

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -