Popular Post

Posted by : Cerita Farjannah Isnin, 10 September 2012


10 laluan syaitan

Renungilah pesanan seorang hamba soleh yang dipetik daripada buku "Apa ertinya saya menganut agama Islam "

hasil tulisan Fathi Yakan, yang membicarakan tentang 10 pintu yang patut dijaga dari gangguan syaitan laknatullah:

Beliau berkata: " kurenung dan kufikir, dari pintu manakah syaitan itu

memasuki hati manusia, tiba-tiba kudapati syaitan

memasukinya dari 10 pintu:


Pertama :

TAMAK DAN BURUK SANGKA

lantas aku mengahadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

Kedua :

CINTAKAN HIDUP DAN PANJANG ANGAN-ANGAN

lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.


Ketiga :

CINTAKAN NIKMAT

lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa ikmat itu akan

hilang dan meyakini balasan buruk.


Keempat :

KAGUM DENGAN DIRI SENDIRI

lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri nikmat pemberiaan Allah dan takutkan balasan seksa.


Kelima :

MEMANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA

lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.


Keenam :

HASAD DENGKI

lantas aku menghadapinya dengan sifat qana'ah ( puas hati dengan apa yang ada setelah berusaha) dan redha dengan pemberian Allah.


Ketujuh :

RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN MANUSIA

lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.


Kelapan :

BAKHIL

lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk akan binasa sedangkan yang ada di sisi Allahlah yang kekal selamanya.


Kesembilan :

TAKABBUR

lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu'.


Kesepuluh :

TAMAK

lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.


MUDAH-MUDAHAN KITA SENTIASA MENDAPAT PERLINDUNGAN DARI-NYA UNTUK MENANGKIS
SEGALA TIPU DAYA
MUSUH-MUSUH-NYA, INSYAALLAH................



{ 6 comments... read them below or Comment }

  1. info yang menarik dan sesuai semua peringkat umur :)

    #emmm, check sikit yang mana kena. emmm. kena muhasabah diri je dulu..masyaAllah

    BalasPadam
  2. info menarik.. hum banyaknya kalau nak ikutkan peragai lisa yg menjadi lalua syaitan =.=

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama la kita perbaiki diri..hehe

      Padam
  3. thanks for sharing . Harap dijauhkan daripada syaitan jahanam .

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2... inysAllah.. harap kita semua dijauhkan ya saudari..

      Padam

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -