Popular Post

Posted by : Unknown Sabtu, 15 September 2012



1. Upload Kad Kahwin di Facebook
Apakah yang bodoh? Perbuatan “Photo Tagging”. Biasanya tag sehingga 30 orang. Baki 800 kawan kenapa tidak tag? Tidakkah anda patut risau, mereka akan merajuk dan kecik hati?

Facebook ada application khas untuk event. Letaklah segala maklumat tentang perkahwinan anda. Selepas itu, sila invite semua kawan-kawan.

Sila jadi pandai. Link: http://www.facebook.com/?sk=events dan silalah “Create Event.”
P/S: Aku sebenarnya tak berapa suka orang jemput pakai event ni. Lebih afdal jemput pakai kad atau jumpa face to face atau telefon.


2. Papan Tanda Arah Majlis

Sudahlah font bersaiz kecil, ditambah pula dengan 8 jenis kerawang pelbagai bentuk. Sukarlah orang ramai ingin membaca maklumat yang diperlukan iaitu:
Nama pengantin
Anak panah

Wahai mat dan minah, DUA perkara tersebut sahaja yang sepatutnya diletakkan di papan tanda arah majlis. Jangan lupa untuk guna font bersaiz BESAR. Paling kurang saiz 100. Saiz kertas pula kalau boleh pakai saiz A3. Baru jelas kalau orang tengok.

2.1 Penampalan Papan Tanda Arah Majlis

Perkara ini ada diajar semasa sekolah rendah: JANGAN MEROSAKKAN HARTA BENDA AWAM.


Bakal pengantin atau tukang tampal yang bengap akan menampal papan tanda arah majlis di traffic light, signboard arah, tiang elektrik, tiang telefon. Paling bangang ialah penampalan papan tanda arah majlis di signboard “Aduan Kerosakan.” Kalau traffic light rosak, bagaimana aku hendak lihat nombor telefon kontraktor/majlis bandaraya untuk membuat aduan? Menyusahkan orang betul.

Sila pacak tiang sendiri atau ikat. Jangan tampal pakai gam. Selepas selesai majlis, sila buang dengan kadar segera.

3. Bunting atau Banner
Perkara pertama sebelum korang berfikir untuk letak bunting atau banner ialah pastikan pengantin perempuan adalah cun, lawa dan sebagainya. Tahap kecantikan minima ialah 6/10.

Jika tahap kecantikan 5.9 dan ke bawah, sila simpan gambar anda dalam album di rumah. Jangan buat malu penduduk kampung.

Pengantin lelaki tidak kisah. Sebab 96% rakyat Malaysia bukan gay. Statistik tersebut aku baru dapat dari ilmu Hakikat Insan dari kerajaan langit.

Perkara kedua, background color haruslah cerah dan font berwarna gelap. Atau sebaliknya.



4. Peta majlis kahwin

80% kad kahwin yang aku terima, peta tunjuk arah majlis adalah buruk, terlalu simple dan misleading. Sukar untuk mencari rumah/lokasi majlis perkahwinan.

Sekiranya anda ingin membuat peta majlis kahwin yang bagus, sila rujuk Google Maps. Jangan perasan pandai nak melukis sendiri. Ketahuilah anda bukan satelit angkasa.



5. Nombor Telefon
Kadang-kadang dalam kad jemputan ada tulis banyak jenis nombor seperti nombor tuan rumah, nombor pengantin, mak, mak mentua, bapa, sepupu, etc. Tetapi pada hari perkahwinan, satu haramjadah tidak berfungsi/tidak berjawab kalau ada orang membuat panggilan.

Lain kali letak sahaja nombor 999.

6. Duit
Duit amat penting walaupun anda sudah pun membayar mas kahwin, wang hantaran, bayar katering, bayar upah pesilat silat pulut dan sebagainya. Tapi ramai bakal pengantin yang perasan lega, dia ingat semua dah settle padahal bala boleh datang bila-bila masa sahaja.

Pernah satu kes kawan aku ni nak berkahwin dengan orang Negeri Sembilan. Sekali pihak perempuan "mengepau" RM100 sebab diaorang ada ikut adat apa ntah. Bayangkan rombongan pihak lelaki dah datang berjemaah, dah serah cincin, kalau ikutkan semua dah settle, tapi kena pau lagi. So, kawan aku yang nak kawin tadi, tiba-tiba dia plak pau kawan-kawan aku yang lain. Tak ke hampeh namanya. Baik aku je yang kawen kalau aku yang tolong bayarkan.

Kesimpulannya, sediakan wang yang banyak kerana ia amat berguna jika berlaku sebarang kecemasan.


7. Air Basuh Tangan
Aku rasa perkara ni ramai yang tak amik port tapi perkara ni dah biasa aku kena. Jadah apa tiap kali aku nak basuh tangan tapi air dah habis, pastu air sirap aku jadi mangsa. Jadah apa.

Aku mohon satu AJK khas ditubuhkan bagi memantau bab basuh tangan ni. Mereka perlu peka, takde kerja aku nak basuh tangan pakai air sirap.




Kredit: Zam Decade











{ 12 comments... read them below or Comment }

  1. jemput kat facebook aku pun tak suka.. kalau create event pun, org lain bleh invite org lain lg yg tak kenal.. elok la jemput face to face or call je.. pastu ckp kat dorang "jemput la kwn2 lain dtg skali or family" :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebaiknya macam tu la.. :) lagi afdal..

      Padam
    2. tapikan dia ada 3 option - invite only, friend of friend & public..pastu kalau invite only tu kita boleh untick guest can invute people..

      mungkin benda ni tidak begitu "afdal" org kata, tapi dari segi penjimatan sememangnya berbaloi.kita juga dapat mengurangkan penggunaan kertas.

      biar mati anak, jangan mati adat - pepatah ni dah xbleh pakai, korang sangup anak korang mati sebab adat ke?

      Padam
  2. bahaya jemput kat fb nie sbb kita jemput skali org y kita tak kenal...nt sesah lau jd ap2 wktu mjlis tuu..kan ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. btol tapi x dinafikan aq juga yg bergaya.. nak tunjuk2 kat org.. pastu jemput guna fb..

      Padam
  3. lebih baik jemput secara personal melalui kad tak pun cakap mulut.. :")
    *:")

    BalasPadam
    Balasan
    1. btul tu.. itukan adat kita.. tak sopan invite camnie..hehe

      Padam
  4. Mentang2 lah dunia sekarang makin maju, anta kad kawin pun nak maju. Aen kurang gemar orang yang invite pakai fb ni. adat semakin down, ntah apa-apa.

    BalasPadam
  5. Terus terang ckp... saya kalau org invite thru FB saya mmg confirm x pegi... sebab saya rasa mereka ajak2 ayam...

    BalasPadam
  6. macam bagus je yg tulis ni.. suka2 panggil org bangang. mak bapak, pakcik, sepupu ko xkan x pernah buat kot? bangang

    BalasPadam

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -