Popular Post

Posted by : Cerita Farjannah Ahad, 15 Julai 2012

 Assalamualaikum (^_*)...



if they can put one man on moon.. why can't they put them all there. -chocolates water.

         Hahaha.. bila saya terbaca ayat ni, saya ketawa sendiri. andai ditempatkan semua lelaki di bulan.. aman kot dunia ini. saudara dan saudari, saya bukan membenci lelaki tetapi saya bencikan lelaki yang tidak betanggungjawab. apabila dihadapan saya lelaki buat perangai yang tidak senonoh, saya marah dan kutuk mereka. bila saya berbuat demikian, mereka ingat saya sombong dan benci lelaki. 

         Saya benci lelaki yang pandai putar belit fakta dan situasi. jangan putar belit kepada isteri dan anak kami sendiri. tuhan laknat!. banyak sekali lelaki yang saya kenali sebenarnya tidak bertanggungjawab khasnya kepada keluarga sendiri. kadang-kadang saya saya terfikir, bagaimana saya dapat membantu wanita agar tidak ditindas oleh suami sendiri? saya amat sedih apabila terbaca di dalam akhbar mahupun mendengar cerita sang suami yang bukan sahaja mengabaikan tanggungjawab kepada isteri dan anak sendiri, juga ibu bapa di bawah jagaan mereka, tetapi ada yang menzalimi mereka.  ada segelintir suami yang sanggup memukul isteri sendiri. ada juga yang simbah asid pada isteri, masya Allah!.
lebih parah lagi, ada juga suami yang mengurung isteri di dalam bilik dan seminggu tidak diberi makan? apakah jenis lelaki yang begini??

         Saya umpamakan mereka ini sebagai binatang (oppss, minta maaf penggunaan kata yang kesat) sebab biasanya binatang sahaja yang tidak berperikemanusiaan. baru-baru ini, saya mendapat tahu seorang isteri dikurung oleh suaminya. apa alasan sang suami mengurung isteri dan dibiarnya isterinya kelaparan? ada lelaki yang menjawab, kata mereka " sebab isteri sudah pandai menjawab".. Hey, masakan isteri kamu tidak menjawab jikalau kamu berkata yang tidak benar? sang suami asyik menipu isteri. semenjak mereka hidup lebih mewah daripada sebelum ini, sang suami bukan sahaja pandai bermain kayu tiga, tetapi pandai sepak dan terajang.. amboii kau ingat isteri kau tu bola sepak ke hah! 


         Apabila si suami mula menggelapkan duit syarikar dan diketahui oleh isteri bahawa suami bukan melabur untuk mengembangkan syarikat mereka, sebalik melabur kepada seorang wanita cina, ya Allah dia tidak dapat lagi menahan marah dan mula bersuara. tetapi soalanya salahkah wanita itu bersuarauntuk bertanya kemana disalurkan wang syarikat yang diambil tanpa pengetahuannya? pendekkan cerita kerana menyoalkan perkara itu, dia disepak dan kemuadiannya ditolak ke dalam bilik, dikunci dan dibiarkan berhari-hari di situ. sehingga akhirnya dia didapati longlai hampir tidak bernyawa dan dibawa ke hospital. 

           Walaupun ada kes tetapi kemudiannya ditutup kerana kononnya isteri memaafkan suami (mak aii! bodohnya kata saya tatkala mendengar cerita itu..) peliknya ramai dikalangan wanita tidak mahu melaporkan kepada pihak polis apabila perkara sebegini berlaku. mengapa? kerana sayang sangant dengan sang suami?? tetapi, wahai wanita.. buka la fikiran korang.. kalau dia sayang dia tak mungkin akan mendera sebegitu. atau takut suami? 

           Jikalau takut inilah waktunya anda melaporkan kepada pihak polis kerana apaibila dia kembali mengasari anda, polis ada bukti. walau kaum wanita, saya mahu ingatkan korang sekali lagi. andai suami mengasari dengan memukul malah menghina sekalipun,  anada boleh membuat laporan polis supaya memudahkan urusan yang seterusnya, sama ada nanti anda dicederakan lagi atau diceraikan misalnya, maka senang nanti pihak mahkamah syariah menguruskan hal ehwal tuntutan penceraian dan nafkah.. faham dak?

         Sungguh malang nasib wanita yang diperbodohkan lelaki. lelaki yang tidak tau menghargai jasa wanita, biasanya tidak akan pergi jauh. mereka yang lupa masa susauh bersama kemuadian bersenang-senang dengan orang lain, alamat hidup pun tidak berpanjangan senang.  percayalah... saya ada kenal seorang lelaki yang ada masa dia susas isterinya yang menanggung segalanya. masa susah sang isteri itulah yang terus membanting tulang empat keratnya untuk memajukan sebidang tanah, sehinggalah sebidang tanah itu menjadi puluhan hektar dan bertambah lagi harta apabila pokok-pokok yang ditaman berbuah dan menjadi.. alhamdulilah...

           Di mana isteri yang turut sama membanting tulang? isteri ditinggalkan dikampung  dan dia bermewah-mewah melayani perempuan-perempuanyang hanya inginkan dutinya semata-mata. tetapi orang begini tidak akan lama mendongak langit.. akhirnya terjunam juga. duit pun habis, sudah tua dan harta benda lain dirampas bank sebab tidak mampu melunaskan hutang. yang tinggal hanyalah pondok buruk di kampung yang didiami isteri.. itupun mujur tidak bercerai? isteri tua dicari kembali. tetapi sekali lagi saya hendak ingatkan, kalau kita sudah dihenyak, dikasari, dihamun,dipikul,diterajang mengapa kita terimanya kembali?? 

           Ramai perempuan yang masih ada sifat belas kasihan  dan menerima kembali serta masih mahu menjaga lelaki yang uzur lagi tua itu. saya tidak mahu menyoal atau perlu mencari jawapan mengapa mereka berbuat demikian, cuma saya mahu menambah, kalau boleh tutup sejarah hitam itu. buka pintu baru kepada apa jua yang lebih baik dan bermanfaat. jikalau ada jodoh, cari suami  baru (masih masih ingin la..) 

           Namun andai dihati tidak terbuka untuk bersuami lagi, banyak hal lain yang boleh dilakukan untuk membahagiahkan diri.  jingan biarkan diri terusan dicucuk atau diperhambakan oleh lelaki dayus dan tak guna..kui3..

         Bulan ini khas untuk lelaki, jadi kepada semua lelaki sekalian alam.. tuhan telah meletakkan taraf lelaki itu tinggi di atas. sebegitu mulia dirimu di sisi Allah yang mahu kuasa, maka kerana itu seharusnya anda menjaga martabat itu. jangan jadikan diri sampah masyarakat. 

     Jadilah lelaki yang berpekerti mulia. anda ketua keluarga, maka pegang amanmah itu. anda adalah tiang kepada keluarga oelh yang demikian biar mereka berpaut kepada anda. dan supaya pautan itu kuat,  agar hormat berpanjangan sampai ke liang lahat, berikan dan lakukan yang terbaik. jangan abaikan tanggunjawab, didikla dan bentuklah keluarga menju jalan yang diredhai oleh Allah. sebagai contoh, anda sebagai idola, sebagai perangsang kepada anak dan cucu cicit  bagi meneruskan tauladan baik itu kepada generasi seterusnya.. wasalam.


Leave a Reply

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -