Popular Post

Posted by : Cerita Farjannah Ahad, 29 Julai 2012

Assalamualaikum(^-*)...



benda nie kissenger nama dia.. gadget terbaru untuk bercium di alam maya.. alahai dunia..maju sgt eh!


       Kelmarin, tersiar satu berita yang menyatakan sekarang ini sudah terdapat satu cara untuk dua orang yang bercinta untuk bercium dan berkucup walaupin mereka terpisah jauh!

        Ini menyebabkan saya erpegun dan memikirkan betapa jauhnya  masa berubah sejak zaman saya masih berusia muda di tahun 70-an dan awal 80 an dulu. waktu itu amat susah untuk menjalinkan hunungan antara satu sama lain kerana teknologi komunikasi hanya terhad kepada telefon rumah dan penulisan surat sahaja,

        Sewaktu di sekolah menengah, yang mempunyai hungungan intim dari kawan biasa berkiriman surat dengan curi-curi, selalunya dengan alasan meminjamkan buku  sedangkan di dalam buku itu terdapat surat yang berbedak dan dibubuh minyak wangi! telefon jarang sekali digunakan rentetan hampir semua rumah tidak memiliki telofon pada ketika itu. hampir semua telofon adalah kemudahan pejabat  dan hanya orang-orang yang berada saja yang mempunyai telefon di rumah. dan saya tidak pernah termimpi suatu hari nanti akan wujud telefon awam.

       Bayangkan jika anda berada di kuala lumpur dan mahu menghubungi keluarga anda yang duduk di sabah, cara yang peling cepat ialah dengan menghantar telegram. dan jika perlu juga bercakap di telefon, terpaksalah pergi berbaris di pejabat telekom di kuala lumpur  untuk membuat "trunk call" tertapi ini akan memerlukan anda menaiki kenderaan awam, mengisi borang, berbaris hingga berjam-jam jika ramai pelanggan yang mahukan perkhidmatan yang sama. dan "trunk Call' hanya boleh dibuat jika yang mahu di telefon itu mempunyai telefon, dan harganya bukanlah murah seperti sekarang.


       Sekarang lebih 40 tahun kemudian, peningkatan kemudahan teknologi  sudah mencapai tahap yang begitu hebat sehinggakan kita sukar untuk mengikuti perkembangannya. kita membeli sebuah telefon bimbit yang paling canggih dan tidak lama selepas itu, sewaktu kita masih sibuk belajar cara menggunakannya, versi telefon yang baru dan lebih canggih dikeluarkan lagi. kita lihat tv, sedang ditingkatkan kecanggihannya, melintasi keupayaan menayangkan filem 3D  dan HD.  ramai yang tidak sedar bahawa tidak lama lagi TV akan beruapaya menanyangkan siaran dalam bentuk hologram . hologtam ialah gambar yang nampak sebijik dari semua penjuru, dan ini suatu hari nanti akan membolehkan kita menonton perlawanan bola sepak yang berlaku di atas meja yang bertukar menjadi padang bola dan bukan di kaca TV!!

             Laman sesawang itechwiz.com melaporkan terdapat tanda-tanda yang kuat bahawa Apple sedang membangunkan iPhone dan iPad holografik yang boleh memancarkan skrinnya menjadi gambar 3D interaktif yang terapung di udara! dan pengguna boleh berinteraksi dengannya melalui gerakan jari dan tangan.

          Namun dengan pengenalan kemudahan bercium dan berkucup secara online, semua perkembangan teknologi ini telah sampai dipersimpangan dimana kita terpaksa memikirkan  nilai moral dan etika pergaulan. alat yang memudahkan perkhidmatan ini dipanggil "KISSENGER" (kata hubung dari kiss dan messenger) pasangan hanya perlu menyambungkan messenger masing-masing, melengkapkan hubungan talian dan mula mencium messenger masing-masing sambil menatap wajah satu sama lain di laptop.

            
          Bagaimanapun gadget ini belum dipasarkan kerana beberapa isu, termasuk persoalan etika, belum diselesaikan, selain dari aspek-aspek teknikal. penciptanya HOOMAN SAMANI berkata, 'bercium adalah sesuatu yang amat intim maka untuk memasarkan satu produk di pasaran yang mempunyai kaitan dengan isu sensitif ini kita perlu mengadakan kajian dan penyiastan yang betul dari sudut pandangan sosial, sudut pandangan budaya."


            Apa pun kita boleh pasti suatu hari nanti, akan ada gadget yang lebih canggih yang akan membolehkan hubungan fizakal, termasuk hubungan seks, dari jarak jauh. mungkin juga akan ada perkhidmatan yang memungkinkan para remaja bercium  dengan orang berwajah seperti elvis presly atau tom cruise. isunya di sini ialah persoalan moral dan bukanlah ini akan menghancurkan sistem sosial, menamatkan tata susila tradisional, dan melonjakkan masyarakat ke tahap kebebasan  yang akan menghancurkan nilai-nilai budaya yang selama ini kita pegang sebagai suatu yang amat berharga bagi survival kemanusiaan.

{ 2 comments... read them below or Comment }

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -