Popular Post

Posted by : Cerita Farjannah Rabu, 18 Julai 2012

                                                               Assalamualaikum (^_*)...






        Siapa kata menjadi seorang perempuan itu mudah? banyak peraturan, adat resam, budi bahasa dan sopan santun yang perlu dijaga. mereka harus patuh dengan suasana dan peredaran zaman. pakaian juga haruslah bersesuai dengan tujuan dan keadaan majlis yang dihadiri.

            Sesungguhnya bukan mudah menjadi seorang perempuan, ye la, kitaorang kena tutup aurat, kena pakai tudung, kena ada sarung kaki sesuai dengan kehendak syariat. Tidak boleh tidak ya!, menjadi seorang perempuan harus menjaga penampilan diri agar lebih dihormati.

       Pada hakikatnya menjadi seorang perempuan bukan mudah. Biasanya perempuan ini suka pada kecantikan dan keindahan. mereka suka berpakaian kemas dan menarik. tak mengapa.. yang penting jangan berlebihan jerr.. Sesetengah wanita sanggup berbelanja besar untuk membeli pakain yang mahal dan berjenama.

      Pantang baginya nampak fesyen baru..hehe..apa lagi? mulalah nak menghabiskan duit samapai kekadang berhutang  dan ada juga yang sanggup ikat perut. lebih-lebih lagi jikalau kawan-kawan mereka memakai pakaian dari jenama itu, mereka ini tidak mahu ketinggalan.

        Kehidupan seorang perempuan memang mencabar. disepanjang penghidupan mereka terpaksa menanggung beban ataupun sakit pada setiap bulan .. lelaki tau dak sakit tue ape? hmm.. senang citer.. 'naik bendera jepun' ataupun datang bulan. ada yang terpakasa menanggung kemurungan kerana ketidakseimbangan hormon, ada pula yang tidak tahan dan terpaksa menjalani pembedahan untuk masalah perempuan tersebut.

      Tuhan memang dekat dengan perempuan. disebabkan susahnya nak jadi perempuan inilah turunnya hadis yang berbunyi:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan di bulan ramadan, menjaga kehormatan dan taat kepada perintah suaami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.

       Dan jika ditakdirkan seorang perempuan melahirkan zuriat 15 orang anak lelaki, ini bermakna kesemua syurga anak-anak itu berada di bawah telapak kaki seorang perempuan, iaitu ibu mereka. MasyaAllah... hebatnya perempuan!


         Apabila seorang perempuan jatuh cinta kepada seorang lelaki, mereka tidak pernah mengharapkan lelaki itu sempuna tetapi baginya lelaki it adalah segala-galanya dalam hatinya. andainya ada orang lain tahu kenapa perempuan itu mengalirkan air mata kerana lelaki, ini bukan bermakna dia lemah tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mecintai lelaki itu.

          Sekiranya lelaki tahu, bila seorang perempuan itu cemburu dan tidak percayakan anda, ini bukan bermnakna yang dia tidak menyanyangi lelaki itu tetapi dia terlalu sayangkan lelaki itu sehingga dia menganggap lelaki itu seperti anak kecil yang masih memerlukan perhatian.

        Andainya lelaki tahu bila perempuan itu marah, dia memang tidak mampu mengawal perasaannya, tetapi percayalah dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

      Lihatlah pasangan yang baru bercinta, jarang bergaduh, tetapi semakin sayang mereka kepada seseorang maka semakin banyak pula mereka bertingkah. apabila perempuan mahu lelaki itu berubah, bukan bermakna dia tidak mahu menerima lelaki itu seadannya tetapi dia mahu menjadikan lelaki itu lebih baik untuk dirinya dan juga untuk masa depannya nanti.

      Andai kata dia merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. bukan dia mahu dipujuk dengan wang dan hadiah tetapi cukup dengan perhatian sahaja. kekadang  dia menjadi degil tetapi bukan bermaksud degil.. dia hanya ingin melihat sejauh mana korang tahan dengan perangainya.

       Siapa kata menjadi perempuan itu senang? hati mereka cepat tersentuh, terlalu lembut dan sensitif. apabila dia berkata: "tolong tinggalkan aku!.. ini bereti dia mahu menenangkan fikirannya dengan bersendirian.. berikan dia masa untuk bersendiri, nescaya apabila fikirannya sudah tenang, dia akan pulih kepada sedia kala dan mendapatkan sesuatu kekuatan yang bar. mereka sukar untuk mengawal perasaan. kadang-kadang terlalu emosional. percayalah yang hati mereka ini sebenarnya lembut...

         Biarpun zahirnya perempuan itu nampak lemah tetapi sebenarnya mereka memepunyai kekuatan yang luar bisa yang dikatakan boleh menggoncang dunia.. cewahhh.. korang ada? tade kan..hehe.. mereka juga boleh membuatkan seorang lelaki itu menjadi lemah dan gila terhadap mereka.. oleh itu, saya sarankan kaum lelaki haruslah berhati-hati degan kaum wanita..kehkehkeh..

        Sememangnya Allah menciptakan perempaun dan lelaki itu zahirnya berbeza. tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan melengkapi  di antara satu dengan yang lain, insyaallah. perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Disebalik air matanya tersimpan seribu satu kekauatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu selamat dan selesa bersamanya.

      Jadi, hargailah kehadiran seorang wanita dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan semata-mata bahkan juga memiliki kelebihan dan kekuatan untuk menyokong dan membuatkan hidup Anda lebih sempurna.

 "Ingatlah, disebalik kejayaan seorang lelaki itu ada seorang perempuan dibelakangnya."
dialah yang menjadikan hidup kita lengkap, selain menjadi isteri dia jugalah ibu yang terbaik untuk mendidik anak-anak korang kelak.. mereka juga menjadikan rumahtangga terurus dan terjaga. mudah-mudahan dengan kehadirannya dapat menghidupkan kemantapan keluarga bahgia, insyaAllah.

                Semoga nukilan ini dapat mengingatkan kita, "hidup di dunia seperti menumpang kapal yang tahu kemana arah nak dituju bukan untuk kemana-mana tujuan yang sia-sia.. wassalam.. salam sayang untuk semua readers.

{ 6 comments... read them below or Comment }

  1. sngt bersyukur kerana diri ini dijadikan seorg wanita . mudah2an kita semua diberi kekuatan dlm menempuh dugaan :)

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. @eyjalukman btol kata awak.. camat berpuasa..

    BalasPadam
  4. bila baca entry nie,
    tetiba sy rasa bersyukur sbb diri ini dijadikan
    sbg seorg prmpuan..

    cik farjannah..
    terima kasih taw follow sy..
    suka tgk blog awk..
    cantik mcm org nya... :)

    BalasPadam
  5. Hargailah kehadiran seorang wanita dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan semata-mata bahkan juga memiliki kelebihan dan kekuatan untuk menyokong dan membuatkan hidup Anda lebih sempurna...

    BalasPadam

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -