Popular Post

Posted by : Unknown Ahad, 17 Jun 2012


cerpen: cinta itu dusta

Bibir mugilnya mengeluh lagi.Terasa bosan memikirkan masalah yang dihadapinya.Perasaannya bercampur-baur.Kebingungan dan kekesalan menguasai dirinya sekarang.Hatinya merintih pilu.Air matanya menitis buat kesekian kalinya.Pantas diseka.Dihempaskan tubuhnya ke atas tilam empuk yang tidak terasa nikmatnya. 
“Qis,Encik Fariz datang”ujar Mak Senah,pembantu rumah berusia 48 tahun itu.

“Dia ada di bawah ke?”

“Ye Qis.Dia tengah tunggu Qis tu”Mak Senah senyum.Dibalas senyuman itu.

“Oh,terima kasih Mak Senah.Tolong buatkan air ya”Kakinya mengatur langkah perlahan menuruni anak tangga ke tingkat bawah.Bibirnya mengeluh lagi.Mak Senah hanya memerhatikan majikannya yang baru berusia 25 tahun itu sebelum kakinya turut melangkah,membuntuti majikannya.

“Asslamualaikum Riz”sapanya lembut.

“Waalaikumussalam”jawab Fariz.Ditatap wajah gadis pujaannya itu,Balqis Batrisya.Sayangnya,dia sudah jadi milik orang.Dan dia sendiri,telahpun bergelar suami kepada seorang isteri.

“Qis macam mana?Sihat?”bibirnya menguntum senyum.

“Alhamdulillah.Qis sentiasa sihat.Fariz?”

“Oh I’m always fine”Fariz sengih.Balqis hanya ketawa kecil.Geli hati dengan lelaki yang dua tahun lebih tua daripadanya.

“So,Where’s Hussein?”soal Fariz sambil menghirup the yang baru dihantar oleh Mak Senah.Matanya tak lepas memandang wajah Balqis.Matanya sembam.Kenapa?

“Outstation”bibinya mengukir senyuman pahit.Siapa tahu,suaminya itu sudah dua hari tidak pulang ke rumah.Langsung tiada khabar berita.Jiwanya sengsara.Fariz mengangguk.Otaknya ligat berfikir perkara yang sesuai dibualkan.

“Oh ya.Mana Ikmal?”soal Fariz.Cuba mengelakkan sepi bertandang.

“Tidur kat atas.Penat agaknya.Tengah hari tadi nenek dan atuk dia datang.Riuh rumah ni”Balqis ketawa kecil.

“Nenek dan atuk?Parents Qis ke?”

“Eh tak lah.Parents Hussein.Dia orang singgah je tadi.Katanya rindu cucu”

‘Ah,dia orang memang bahagia’hati kecil Fariz berbisik lagi.

“Ikmal dah 10 bulan kan?”soal Fariz.Balqis mengangguk.Bagai tak percaya bahawa anaknya sudah berusia 10 bulan.Usia perkahwinannya dengan Hussein sudahpun menginjak 21 bulan,hampir dua tahun.

“Jue mana Riz?”teringat pula pada sahabat baiknya itu.

“Oh,dia sekarang ni busy dengan butik dia”Jawab Fariz.

‘Dia dah beberapa hari tak balik sebenarnya Qis.I’m searching for her’Fariz menangis dalam hati.

“Asyik dengan butik je.Tak terfikir anak?”Balqis mengusik.

“She’s not ready yet Qis”

“Is she?I thought it was you”Balqis terus mengusik.

“Eh no.I’m always ready.She said we’re still young to have a baby”Fariz ketawa kecil.

“What?”

“Yes.That’s the truth”

“She’s weird”Balqis ketawa terkenang sikap Julia Airina yang memang sering berselisih pendapat dengan orang lain.Fariz menyambut ketawa Balqis,mengiyakan.Sepi bertandang.Fariz menjeling ke arah jam tangan Rolexnya.

“Actually,I singgah je ni.Ingat nak jumpa Hussein tapi dia tak ada pulak”

“Hussein?For?”

“Just nak cakap pasal business je.Maklumlah,dia berjaya.Nak ikut jejak langkah jugak”

“Eh,Riz pun apa kurangnya”Balqis tersenyum.Fariz ketawa kecil.

“Ke arah itu”Farzi ketawa disambut oleh Balqis.

“Okaylah Qis.I gotta go.Nanti Hussein balik kirim salam kat dia ye.Pesan dekat Ikmal jangan nakal-nakal.Nanti Uncle Riz belanja Baskin Robbin”Fariz sudah bangun diikuti oleh Balqis yang sudah ketawa.

“Belanja ibunya juga ya”Fariz mengangguk lalu ketawa kecil.

“Okay lah Balqis.Saya balik dulu.Assalamualaikum”

“Waalaikummusslam.Baik-baik drive”Fariz mengangguk lalu menghadiahkan Balqis sebuah senyuman manis.Balqis hanya menghantar Fariz dengan anak matanya.


Balqis mencapai telefon bimbitnya sebaik sahaja selesai melipat telekung.Pantas didail nombor Hussein. ‘Nombor yang anda dail tiada di dalam perkhidmatan’

“What?”soal Balqis terkejut.Pantas air matanya gugur,tak mampu diseka lagi.Ikmal terbayang di dalam fikirannya.Bagaimana kehidupannya?Ke mana bapanya menghilang?

‘Tenang Balqis.Tenang.Ini cuma ujian.Ianya akan berakhir tak lama.Tempuhi segalanya dengan sabar.Ingat Allah.Istighfar banyak-banyak.Dia cuma mahu menduga kesabaran kita.Istighfar’Balqis menenangkan diri.

“Qis”kedengaran suara Mak Senah dari luar.Pantas tangannya memulas tombol pintu.

“Ya.Ada apa Mak Senah?”Balqis cuba melontarkan senyuman namun kelihatan tawar.

“Ikmal meragam.Mak Senah tak tahu dah macam mana nak pujuk dia”Mak Senah melemparkan riak wajah kesal.Hussein kembali terbayang di depan mata.Di mana lelaki itu.Kian sebak dadanya.

“Tak apa Mak Senah.Biar Qis pujuk dia.Bila dia bangun?Qis tak sedar pun”Balqis bertutur penuh sopan.Tenang mendengarnya.

“Kira-kira setengah jam lepas.Qis tengah baca al-Quran tak nak la kacau”ujar Mak Senah.

“Mak Senah dah solat Maghrib?”soal Balqis.

“Belum lagi Qis.Ingat nak tunggu Mal tu diam dulu tadi.Tapi Qis dah nak pergi pujuk dia,Mak Senah pergi solat dulu ye”ujar Mak Senah.Balqis mengangguk.

“Balqis..”Mak Senah memanggil perlahan.Pantas wajah Balqis ditatap.

“Ye”sahut Balqis lembut.

“Mak Senah tak berniat nak hambakan Qis.Tak jalankan tanggungjawab Mak Senah.Mak Senah harap Qis tak terasa hati bila Mak Senah beritahu Qis yang Mak Senah dah tak tahu macamana nak pujuk Mal.Jujur,Mak Senah tak tahu nak buat macam mana lagi”Mak Senah melontarkan kata-kata,penuh berhati-hati,risau kian mengguris perasaan majikannya.

“Eh tak adalah Mak Senah.Jangan fikir macam tu.Mal tu memang macam tu.Kadang-kadang meragam terlebih.Mak Senah jangan risau.Qis langsung tak terasa dengan Mak Senah.Tanggungjawab Mak Senah dengan Allah lagi penting daripada tanggungjawb Mak Senah dengan Qis.Qis tak nak sebab Qis Mak Senah terlepas menunaikan kewajipan solat.Mak Senah jangan risau,Qis tak pernah terasa dengan Mak Senah.Qis dah anggap Mak Senah ni macam keluarga sendiri”Balqis melontarkan senyuman manis.Pantas orang tua itu dipeluknya.Mak Senah terharu.

“Terima kasih Qis”

“Qis tak buat apa-apa untuk Mak Senah”Balqis meleraikan pelukan.Mak Senah mengangguk lantas kakinya melangkah ke bilik.Balqis terus menuju ke arah Ikmal.Ditatapnya wajah bayi comel itu.Tangisannya berhenti sebaik sahaja Balqis mendukungnya lantas dicium pipi gebu si comel itu.

“Mal,ibu rindu papa.Kenapa dia tak balik-balik lagi?”pantas air matanya diseka.Ikmal hanya memerhatikan ibunya,tanpa kata.

“Mal jangan tinggal ibu nanti tau.Mal jaga ibu ye”sempat Balqis memberi pesan.

‘Mengertikah dia?Ah’Balqis mengeluh.Dicapainya alat kawalan jauh televisyen.Tiada siaran yang menarik minatnya saat ini.Terus dibuka siaran kartun,mungkin Ikmal menyukainya.Jelas rancangan Mr.Bean sedang ditayangkan.Bibirnya tidak mampu bergerak.Kotak ketawanya lumpuh buat seketika.Bayangan Hussein kian menjelma,kian jelas di mindanya.

“Abang nak ke mana ni?”soal Balqis apabila melihat Hussein sedang bersiap-siap di hadapan cermin.

“Tak ada kena-mengena dengan awak la”kasar suaranya.Balqis tersentak.

“Bila abang nak balik?”soal Balqis lagi.Hussein membisu.Balqis bingung.Lama mereka membisu.

“Abang,nanti dekat sana jangan lupa telefon ye.Takut Ikmal rindu abang,meragam pulak nanti”Balqis bersuara memecah kesunyian.Hussein terus membisu.Dicapainya briefcase yang diletakkan di atas katil.Baru sahaja dia ingin membuka langkah,tangannya ditarik lembut oleh Balqis.

“Nak sarapan dulu ke abang?”soal Balqis lembut.Hussein merentap tangannya.Pantas ditenung Balqis dengan renungan tajam.Balqis terkedu.

“Yang kau sibuk sangat ni kenapa?Hah?!Kau jangan nak menyibuk dalam hal aku boleh tak?Aku nak pergi mana suka hati aku la.Tak kacau minyak kereta kau!Aku nak balik bila tak ada kena-mengena dengan kau!Ikmal tu meragam,kisah apa aku?Pandai-pandai la kau jaga dia!”Balqis terkesima.Tak pernah Hussein mengherdiknya begitu.

“Abang!Abang tu suami Qis.Qis layak tahu abang nak ke mana,bila abang balik.Ikmal tu anak abang jugak.Tak ada dia tanpa abang!Dia tu tanggungjawab abang bukan Qis seorang bang!”air mata Balqis sudahpun gugur.Dikawal suaranya agar tidak menengking.Hussein mengeluh.Kakinya terus melangkah,meninggalkan Balqis teresak-esak.

“Qis!Qis!Kenapa ni?”soal Mak Senah.Balqis tersentak.Pantas air matanya diseka dengan hujung jari.Ditatapnya wajah tua Mak Senah.Didakapnya tubuh tua itu.Balqis menangis semahu-mahunya di bahu Mak Senah.

“Qis,mengucap Qis.Ingat Allah banyak-banyak.Cakap dekat Mak Senah apa yang jadi ni”Mak Senah memujuk lembut.

“Qis rindu abang Sein Mak Senah.Qis tak tahu mana dia pergi.Qis risau”Balqis mengadu.Esaknya makin kedengaran.

“Sabar Qis.Nanti balik la dia.Mak Senah yakin,Sein tu bertanggungjawab orangnya.Dia sayang Qis,sayang Ikmal tu.Dia mesti tahu tanggungjawab dia.Mak Senah yakin dengan dia.Qis pun kena yakin dengan suami Qis sendiri.Yakin pada Allah.Anggap ini ujian.Banyakkan istighfar,solat ya nak”pesan Mak Senah.Balqis kian tenang.Tubuh Mak Senah tersu didakap.Tenang hatinya.Lama dirinya merindui belaian kasih seorang ibu setelah kematian ibu kandung pada usia baru mencecah tujuh tahun.

“Terima kasih Mak Senah”Blaqis melontarkan senyuman.Dibalas dengan anggukan oleh Mak Senah.

“Mak Senah pergi dulu ye.Nak kemas dapur”,Balqis mengangguk.Ikmal sudahpun dibuai mimpi.Bila?Entah.

‘Pulanglah abang…’hatinya merintih pilu.

“Baru jumpa jalan balik rumah?”tegas suara Fariz.Jam dinding direnungnya.Sudah pukul 2.30 pagi.Matanya juga agak sukar untuk dibuka.Namun,demi isterinya,digagahkan juga.

“Apa kena awak ni?Saya baru balik ni,penat tau tak?Bukannya nak sambut,membebel pulak”keluh Julia sedikit meninggi.

“Oh!Awak nak saya sambut awak la ni?Boleh!Sayang,sayang dari mana ni sayang?Penat?Nak sayang urutkan?Macam tu ke awak nak?Hah?!Layak ke?”

“Saya tak minta macam tu la!”

“Habis?!”

“Apa maksud awak ‘layak ke?’”soal Julia sinis.

“Pergi tanpa khabar berita!Tiba-tiba balik!Layak saya sambut awak?”

“Awak ni kenapa?Dah dekat dua tahun kita kahwin,tak faham-faham lagi ke kerja saya?Saya sibuk dengan butik la!”

“Awak tak ada pun kat butik”Fariz mula bersuara.Julia mengeluh.

“Memang la!”Julia protes.

“Okey,okey.Awak berbincang pasal butik awak,butik antarabangsa dan benda-benda lain yang langsung saya tak faham dengan datin-datin,puan-puan sri tu kan?”Fariz bersuara,agak mengejek.

“Ha!Tahu pun!”Julia mula berang.

“Tapi kan..Saya cari awak dekat hotel tak ada pun”Fariz bersuara lembut tetapi sinis.Hatinya meragui cinta isterinya itu.Penat dia mencari buah hatinya itu.

“Kami buat dekat hotel lain.Sekali-sekala tukar tempat pulak.Kalau menghadap tempat yang sama,bosan!

“Oh!Kenapa tak beritahu saya?”

“Ingat awak tahu”Julia selamba.

“Oh!Awak ingat saya tahu.Tapi kan awak,macam mana saya nak tahu awak buat kat tempat lain kalau awak tak beritahu saya tempat itu.Call tidak,text tidak.Tinggal note pun tak.Macam mana la saya nak tahu?”sinis suara dan senyuman Fariz.Julia tersentak.Dia kehilangan kata-kata.Lontaran kata tanpa berfikir terlebih dahulu telah memerangkap dirinya.Julia membisu.Mukanya pucat.Diikutkan hati,mulut Fariz sudah ditumbuknya.

“Sengaja saya tak beritahu awak.Saya tak nak awak risau.Tempat tu jauh,terpencil sikit.”Julia mula sebak.Matanya berkaca.Fariz tergamam.

“Jue,jangan nangis.Saya betul-betul minta maaf Jue.Saya tak sangka awak”

“Tak apa Riz.Saya tak marah,tak kisah pun.Saya tahu salah saya.Kalau saya jadi awak pun saya marah”Julia sudah teresak.Lantas Fariz menarik Julia ke dakapannya.Lama mereka berkeadaan begitu.Penyesalan menghimpit perasaan Fariz.

“Jue,maafkan saya”Fariz sekadar berbisik.

“Awak tak salah”Jue meleraikan pelukan lalu melangkah ke tingkat atas.Fariz mengeluh kecil.Terasa dirinya bodoh kerana bersalah sangka dengan Julia.Tidak sangka hati Julia begitu sensitif.

Fariz menghirup kopi sambil membaca surat khabar.Nasi lemak yang dipesan langsung tidak dijamahnya.Tiada selera.

“Assalamualaikum Riz”sapa Balqis.

“Eh,Qis.Waalaikummussalam.Duduklah”jemput Fariz.

“Thanks”Balqis mengukir senyum.Fariz hanya memerhati Balqis.Balqis hanya besederhana dalam berfesyen.Slack hitam,blaus biru muda dilengkapi dengan tudung biru sedondon warna blausnya dan sekadar mekap nipis sudah menyerlahkan kejelitaan.Balqis lebih cantik bertudung.Semenjak berkahwin,itulah personalitinya.Berbeza dengan Julia,masih dirinya,langsung tidak berubah.Fariz mengeluh perlahan.

“Hussein dah balik.Tapi Qis belum beritahu dia yang Riz nak jumpa.Dia balik lewat semalam.Tak sempat nak bagitau”

“Oh tak apa la Qis.Nanti I call dia.Dia sampai rumah pukul berapa semalam?”soal Fariz lalu menghirup kopinya.Surat khabar sudah lama diletakkan di tepi.

“Dalam pukul 2.30 pagi”ujar Balqis,tersenyum tawar.

‘2.30 pagi??????’Fariz tersentak.Bibirnya cuba mengukir senyum namun mindanya mula menyangkal sesuatu.

‘Ah..Tak mungkin’Fariz berbisik,cuba menenangkan diri.

Fariz sedang menghadap komputer ribanya.Banyak perkara harus diselesaikan.Fikirannya berceramuk.Dia perlukan ketenangan.Rasa bersalah menguasai diri.Dia terus meminta diri untuk ke pejabat,meninggalkan Balqis sendiri.Bagai terhenti degup jantungnya setelah mendengar jawapan Balqis tadi.

“Kisah lama.Tak mungkin berulang”Fariz terus menenangkan diri.Kisah cinta itu terus bermain di mindanya.

“Kau cakap je la kau suka dekat dia.Habis cerita”Fariz bersuara,sedikit keras.Hussein meraup wajahnya.

“Aku takut kena reject beb!”ujar Hussein risau.

“Mana kau nak?Tengok dia dengan mamat lain atau kena reject?”

“Dua-dua aku tak nak”

“Ish kau ni.Susah betul la.Cuba kau fikir,kalau dia dengan mamat,susah dah kau nak tackle.Kalau kau kena reject pun,at least dia tau yang kau suka dia.Mana la tau dia pun suka kau,tapi dia tunggu kau confess dulu.Fikir la beb!”

“Tolong aku?”

“Tolong apa?Tolong beritahu dia?”soal Fariz.

“Yup!Boleh tak?”

“Jangan kata apa kalau dia sangkut dengan aku nanti”

“Kau ni!”

“Sein!Jadi jantan la!Yang kau penakut sangat ni kenapa?Setakat perempuan seorang tu pun kau nak mintak tolong aku!Apa benda kau ni?”

“Fine!Aku akan beritahu dia.Tapi bukan sekarang”

“So?”

“One day”Hussein terus berlalu meninggalkan Fariz setelah dua perkataan itu dilontarkan.Fariz menggeleng.Bingung.Kakinya turut melangkah meninggalkan kantin.Jam tangan direnung.Lima minit lagi loceng tanda rehat berakhir akan berbunyi.

“Qis..”

“Eh,Riz.Ada apa?”

“Tak ada apa-apa.Nak ke mana ni?”

“Nak ke kelas.Dari library tadi”Balqis mengukir senyum.

“Oh.Tomorrow lower form ada test kan?”soal Fariz.Balqis sekadar mengangguk.

“Subjek apa esok?”

“Geografi dan Matematik”

“Good luck”ucap Fariz.Balqis mengangguk.

“Upper form next week kan?”giliran Balqis menyoal.Fariz mengangguk laju.

“Good luck jugak.Qis pergi dulu ye”Balqis meminta diri.Fariz mengangguk.Julia sedang menanti Balqis tidak jauh dari situ.Fariz sekadar melambai.Julia tersenyum.

“Hebatlah kau.Boleh borak-borak dengan si Fariz tu.Jealousnya aku”

“Jealous apanya?Bukan cakap apa pun.Tegur-menegur amalan mulia”Balqis sengih.

“I’m still jealous.You should have known I am crazy of him”

“Jue,why don’t you just tell him”

“Qis,I’m a girl okay!I’m not the one who should start it.I want him to confess”

“Just wait”

“Ya..I’m waiting Qis”Julia mengukir senyuman menggoda.

“Waiting for our test,tomorrow”

“Stop saying that Qis.I’m trying not think about the test now,please?”

“Okay.Keep thinking about Fariz”

“I’m doing it”Julia ketawa kecil.Balqis hanya menggeleng.Namun,jauh di sudut hatinya,dia cukup cemburu dengan Julia.Julia pintar dalam akademik.Aktif dalam kokurikulum.Dia bukanlah seorang ulat buku.Balqis sendiri tidak tahu bagaimana cara Julia belajar.Buku memang tidak pernah ditangannya tetapi keputusannya sentiasa cemerlang.

“Waiting for our test,tomorrow”

“Stop saying that Qis.I’m trying think about the test now,please?”

“Okay.Keep thinking about Fariz”

“I’m doing it”Julia ketawa kecil.Balqis hanya menggeleng.Namun,jauh di sudut hatinya,dia cukup cemburu dengan Julia.Julia pintar dalam akademik.Aktif dalam kokurikulum.Dia bukanlah seorang ulat buku.Balqis sendiri tidak tahu bagaimana cara Julia belajar.Buku memang tidak pernah ditangannya tetapi keputusannya sentiasa cemerlang.

“Qis,good luck for tomorrow”

“Thanks.You too”

“Don’t mention it”

“Kau dari mana tadi Jue?Tiba-tiba dah terpacak tunggu aku”

“Ish,tanya pulak.Koperasi la”

“Hmm..Okay”Balqis menjawab acuh tak acuh.

“Kau kenapa ni?Marah aku ke?”

“Tak lah.Tak ada apa-apa lah”

“Petang ni kau mesti lepak kat library kan?Tahu sangat dah aku..Hmm,bagus la kau.Rajin.Aku,tak mampu la nak jadi serajin kau.Tapi,kau tetap ikon aku bab study”Julia sengih.

“Ceh!Ikon yang tak berjaya.Tak pernahnya kau join aku pergi library.Petang ni nak?”

“Ala kau ni.Tak nak la aku.Malas.”

“Okay then.Kau stay kat kelas je la?”

“Tengok la”Julia sambung sengih.Balqis menunjukkan riak muka menyampah.

“Sein..”panggil Fariz.

“Sorry..”Hussein mengangkat tangan tanda mengalah.

“Try to focus.Chemical is not an easy subject.Pay attention.Lupakan perasaan kau sekejap waktu belajar ni”

“Macam mana aku nak fokus kalau someone yang aku suka melintas depan mata aku?”

“Yang kau tengok dia kenapa?Buku pun depan mata.Tak melintas,statik je,tengoklah.Dia melintas,lepas tu duduk jauh-jauh.Kau pulak yang sengih-sengih kat sini.Dah la.Next week exam.Study”Fariz mula bersuara.Perlahan namun keras.

“Okay.Kau ajar aku bab tiga”

“No hal”Fariz dan Hussein mula menyelak buku masing-masing.Julia cuba dilupakan buat seketika.Sukar.Sesekali matanya menjeling ke arah Julia yang sedang leka menyelak novel.

‘Tak study ke esok exam?’Hussein berbisik.

“So Sein,kau dapat apa yang aku cerita tadi?”soal Fariz.Hussein tersentak.Pantas mengangguk.Fariz mengeluh.

“Sein,sekarang aku rasa elok kita tukar tempat” Fariz mengeluh perlahan.Muncul perasaan kesal kerana mengajak Hussein ke perpustakaan pada kelas persediaan petang itu.

“Kenapa?”

“Kau tak akan fokus selagi kita duduk berhadapan dengan Jue”

“Riz..”Hussein mengeluh.

“Ikut cakap aku.Nak failed lagi ke next exam?”Fariz seakan mengugut.Hussein menggeleng.Kedau-duanya bangun.Hussein mengeluh.

“Let’s continue tajuk tadi”ujar Fariz.

“Err beb..Start daripada awal boleh?Aku tak fokus tadi”Hussein garu kepala.Fariz mengeluh lantas mengangguk.

“Qis”Julia melambai ke arah Balqis yang duduk di tempat duduk yang paling hujung.Balqis mengerutkan dahi.Julia sengih.Hobi agaknya.Pantas dia menuju ke arah Balqis yang masih dengan dahi warga emas.

“Woi!Cukup-cukuplah.Berkerut sejuta dah dahi tu”

“Is this a surprise?”

“What?”

“You are in the library now!”

“Yes!My icon asked me to join her.What a wonderful icon ever.Succesful”Julia menepuk tangan perlahan.Balqis ketawa kecil.Julia tetap sengih.

“Well,kau study apa?”soal Julia sebaik sahaja duduk di hadapan Balqis.

“Pendidikan Islam”

“Ouh..I see”

“Geografi?Sejarah?Dah habis study?”

“Dah.Kau study apa ni?”

“Hehe..Aku..Aku baca novel je”Julia menutup muka menggunakan novel yang dipegangnya.Balqis ketawa perlahan.

“Qis..I didn’t mean to disturb you but I just wanna ask..”

“What?”

“Kau tak rimas ke dengan jadual sekolah ni?”

“What do you mean?Jadual anjal?”

“No..Kita bukannya sekolah asrama pun..Sekolah menengah biasa je but petang ada prep.Tension la aku”

“Biasa la..Aku dulu primary pun ada prep petang macam ni.Cikgu kata nak latih kalau masuk sekolah asrama.

“Oh..Bagus la kalau dah biasa.Aku tak..”

“Aik!Dah dua tahun kat sini pun kau tak boleh nak biasakan diri lagi?”

“Boleh tu boleh but rimas sikit.Okay,sambung your study okay..I pun nak sambung reading”Julia kembali menyelak helaian novel.

Jantung Fariz bagaikan berhenti berdegup sebaik sahaja pintu biliknya diketuk.

“Masuk”katanya perlahan.Suhana,seorang pekerja berusia 24 tahun yang dalam diam menyimpan perasaan suka terhadap Fariz.

“Ada apa Su?”soal Fariz acuh tak acuh.Ingatannya pada masa silam hilang entah ke mana.

“Isteri Encik Fariz ada kat luar.Nak jumpa encik”Suhana mengawal nada suaranya.Entah mengapa,dia benci melihat Julia datang je pejabat.Baginya,Julia menipiskan peluangnya untuk mendapatkan Fariz.

“Well,let her in”arah Fariz.Suhana mengangguk.Tiga minit kemudian,Julia yang mengenakan blaus ungu dan denim melangkah masuk.Rambutnya yang ikal paras bahu dibiar lepas.

“I nak ke rumah Qis petang ni.Long time no see her.Rindu pulak”Julia bersuara agak serius.

“Okay.I benarkan.Pukul berapa you nak pergi sana?”

“You tak nak ikut ke?”

“I thought that you wanna go there alone.Okay then,I ikut”

“Kita pergi lepas you settle buat kerja you”

“Okay.I pun dah nak habis dah ni.You nak tunggu kat sini ke?”

“It’s okay.I nak pergi butik.Ada stok baru sampai.Nanti you dah habis kerja,just call me”

“Okay,you ready je la.Nanti I ambil you”Fariz melemparkan senyuman.Julia membalas senyuman Fariz lantas mengangguk.Fariz hanya memerhatikan Julia yang meninggalkan pejabatnya tanpa sepatah kata.

“Qis..”ucap Julia sebaik sahaja suara Balqis kedengaran di hujung talian.

“Jue?”

“Ye la..Aku la ni.Siapa lagi kan?”

“Aku rindu kat kau!”Balqis mengawal suaranya yang mahu menjerit kegembiraan.Julia ketawa kecil.

“Sama la.Eh,petang ni aku dengan Fariz dan pergi rumah kau.Boleh?”

“Really??You are invited everytime babe..Bila?”

“Tunggu Fariz habis kerja.Tak lama lagi kot..Ready je la okay..Masak sedap-sedap.Nak pergi makan ni”

“Okay!Kau nak makan apa?Nanti aku masakkan”Balqis bersuara.

“Kau ni,aku main-main je.Jangan la ambil serius.Kami dah makan tadi.Takkan la nak pergi makan rumah kau pulak kot”

“Tak salah kan?”

“Memang la tak salah Puan Balqis oii..Hish,penatla aku dengan kau ni.Eh,kitaorang nak pergi ni,tak kacau kauorang anak beranak ke hah?Mana la tau,nak pergi jalan-jalan ke..Kalau nak pergi mana-mana,kami pergi lain kali je”

“Eh,taklah.Datang la..Kitaorang plan nak stay kat rumah je..Kalau kau dengan Fariz nak datang lagi best,boleh borak-borak..Lama dah tak spend masa 
sekali”Balqis ketawa kecil disambut oleh Julia.

“Okay la Qis.Aku ada kerja nak buat ni.Kita jumpa nanti okay?Nanti bila-bila kita pergi shopping okay?”Julia ketawa kecil.

“Best jugak.Tapi,aku ni,kau faham je la..Aku dah ada anak.So,susah la sikit.Kau never mind lah”Balqis bersuara seolah-olah merajuk.

“Saja la aku nak kau ada anak dulu.Nanti kalau aku ada anak,kau boleh ajar aku bab-bab menjaga dan mengasuh ni.Kau kan ikon aku”Julia ketawa besar.

“Kau ni memang la.Ada ja nak menyakat aku”Balqis pula ketawa.

“Hobi!Okay Qis,I really need to go..Nanti kita jumpa..Aku nak check stok baru sampai”Julia memutuskan talian.Stok baru di butik harus disemak segera.Baru selangkah kakinya mencecah pintu hadapan butik,tiba-tiba telefon bimbitnya bordering.

“Jue,I’ve finished my work..Tunggu depan butik okay”ucap Fariz di hujung panggilan.Julia seakan mahu menjerit.

“Okay.I memang kat depan butik dah ni”Julia cepat-cepat memutuskan talian.

“Dalia,bagitahu Kak Sirna,I ada hal la hari ni.Pasal stok tu,nanti I settlekan okay.Kalau dia boleh settlekan,suruh je dia buat”arah Julia.Dalia cuma mengangguk.Pekerja baru itu memang pendiam.Jawapannya cuma dua,angguk mahupun geleng.Penat Julia dibuatnya.
Kereta Fariz berhenti betul-betuldi hadapan butik.Kedatangan mereka pada petang memang disambut baik oleh Balqis dan Hussein.Hampir jam 8 malam,baru mereka melangkah pulang.Masing-masing kepenatan.Mujurlah mereka solat Maghrib berjemaah di rumah Balqis.Sebaik sahaja sampai,Julia terus melelapkan mata.Hampir pukul 4 pagi,baru dia terjaga.Sedar bahawa solat Isyak belum ditunaikan,dengan pantas dia gagahkan diri bangun ke bilir air,mengambil wuduk dan menunaikan kewajipannya.
Selesai berdoa,baru Julia sedar akan ketiadaan Fariz.Nama suaminya dipanggil perlahan sebaik sahaja telekungnya selesai dilipat.

“Mana laki aku ni?Hilang ke?”Julia bermonolog.

“GOOOOOOOLLLLLLLL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! !”kedengaran laungan itu,memecahkan kesunyian malam.Julia menggeleng.Kakinya pantas menuruni anak tangga.

“Riz..”panggil Julia.

“Oh!Hai sayang!Want to join me?”soal Fariz.Julia menjeling ke arah kaca televisyen.

“Malaslah..I nak sambung tidur..Tak suka tengok bola”

“Okay..Sweet dreams”Fariz ketawa kecil.

“GOOOOOOOOOLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!!!!!!!!!!!”Fariz sekali lagi melaung.

“I hate real madrid,baby!!”Julia berkata selamba sebelum beredar.

“real madrid is the second thing I love after you Jue!!!!!!”Fariz ketawa besar.Julia hanya membuat riak muka menyampah.

THE END

{ 1 comments... read them below or add one }

  1. Hey there! I understand this is kind of off-topic however I had to ask.
    Does managing a well-established blog like yours take a lot of work?
    I'm brand new to writing a blog but I do write in my diary daily. I'd like to start a blog so I will be able to
    share my personal experience and thoughts online. Please let me know if you
    have any kind of ideas or tips for brand new aspiring blog owners.
    Thankyou!

    Also visit my blog post: garcinia cambogia

    BalasPadam

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -