Popular Post

Posted by : Cerita Farjannah Ahad, 17 Jun 2012

hai korg semua, mlm nie ada cerpen bez lagi yang korang leh layan..cerpen nie hasil nukilan salah seorang sahabat saya.. hehe..setelah d pujuk dia izinkan saya pamerkan hasil seni nyer..hehe..hope korg enjoy ya.. :) salam ceria selalu..


so sweet!
“Assalamualaikum!” 

Jijah masuk ke dalam bilik asrama setelah penat pulang dari kelas matematik kejuruteraan tadi, sungguh dia terasa nak berlari laju ke katil dan melompat terus tidur. Tapi ada sesuatu menarik perhatian dia iaitu salamnya tidak dijawab. Dia menjengah rakan sebiliknya Ain, ada di meja belajar tapi tengah kaku macam patung depan laptop! Kenapa pula dengan Ain ni? 

Perlahan-lahan dia menghampiri dan mencuit bahu ain, apa lagi reaksi yang boleh ditunjukkan oleh orang yang sedang mengelamun? Tentulah menjerit! Jijah hanya gelak sakan dan duduk di katilnya.

“ Apasal kau mengelamun ni? Aku bagi salam pun tak dengar” kata jijah dalam gelak yang masih ditahan-tahan.

“ Gila, kalau aku lemah jantung tadi, boleh mati tau tak!”

“ Kau tak jawab pun, kenapa kau mengelamun? Macam nak tembus laptop tu kau pandang.”

“Aku risaulah wei, kawan aku ajak aku pergi reunion sekolah rendah aku minggu depan.”

Ain memusingkan badannya menghadap jijah yang sudah terbaring di katil.

“ Apa yang kau risaukan? Pergi sajalah.. best tu jumpa kawan-kawan.”


“ Alah, kau tak pahamlah beb.. aku ada sejarah tak best masa sekolah dulu, seganlah aku nak jumpa dorang lagi.”

“ Apa sejarah kau tu, tak pernah cerita dengan aku pun.”

“ Ish, adalah! Dah lah, aku tetap tak nak pergi, baik aku tidur.”

Ain berbaring di katilnya, kedua tangannya diletakkan mengalas kepala. Belum rasa mengantuk lagi tapi berharap dapat tidur sekejap untuk lupakan kenangan yang tak pernah dia lupakan.
Kenangan! Ya, kenangan di zaman sekolah yang membuatkan dia tak ingin berjumpa dengan rakan-rakan sekolah rendahnya dahulu. Kenangan seboleh-boleh ingin dilupakan. 

***********************************

Sekolah rendah jaya -1996

Ain masuk ke dalam kelas yang penuh dengan kanak-kanak seusianya, 7 tahun. Hari ini dia hari pertama bersekolah, berjauhan dengan ibu bapa tersayang dan paling menggerunkannya ialah bersama-sama dengan sekumpulan orang yang asing baginya. 

Terasa macam mereka semua di dalam kelas tu adalah makhluk asing dan hanya dia sajalah manusia di situ. Dia akan dikurung bersama-sama makhluk asing yang bila-bila masa sahaja akan memakannya! Otaknya menterjemahkan apa yang dilihatnya ke dalam bentuk imiginasi yang direkanya sendiri. Hebat imiginasinya! Matanya dilarikan ke luar tingkap, mencari ayahnya tapi tiada. Mesti ayahnya telah pulang dan dia sendirian.

Dia ditempatkankan di satu meja berbentuk bulatan yang dikelilingi oleh 6 murid. Dia tak sedar sebenarnya semua murid disekelilingnya seperti dia. Ketakutan! Melainkan seorang budak lelaki di sebelahnya, budak itu kelihatan ceria! Tersengih-sengih sendirian dan melambai-lambai pada ibubapanya diluar.

Ain tak mengendahkan budak lelaki yang cerita itu, saat ini apa yang dipikirkannya hanyalah rumah dan botol susu! Ain memang manja,walaupun dia sudah berusia tujuh tahun, tapi dia tetap suka minum menggunakan botol susu. Minum susu,perkara wajib dia lakukan sebelum tidur.

“Oi, kenapa kau diam je? Takut ye. Hahahaha.”

Ain menoleh pada orang yang menegurnya tadi. Oh, budak yang terlebih ceria ni rupanya yang menegurnya. Tapi apa dia kisah, dia tak suka ke sekolah ini, dia dipaksa!

“ Sombonglah kau ni. Aku tak nak kawan dengan kau..wek!” budak lelaki tu menjelirkan lidah mengejek ain.

“Awak, cuba perkenalkan diri pada kawan-kawan” 

Cikgu kelas ain menunjuk ke arah budak lelaki di sebelah ain, nampaknya kelas telah dimulakan.

“ Nama saya Muhammad Fahie bin Fahmi. Umur saya 7tahun.” Budak lelaki itu pantas menjawab apabila ditanya, tiada langsung riak ketakutan di mukanya.

“ Awak yang disebelah Fahie, nama awak siapa?”

Ain memandang wanita yang sedang memandangnya itu. Mati dia perlu menjawab soalan dari guru kelas ini. Mahu atau tidak, dia perlu menjawabnya. Terasa lemah sungguh kakinya ingin berdiri. Mak, tolong selamatkan ain!
Ain mengigil, takut bila semua mata memandang ke arahnya. Dia kaku dan tak semena-mena dia terkencing! Basah kain sekolahnya dengan air kencing dan kemudian dia terdengar suara budak lelaki tadi.

“ Eee, dia kencing! Cikgu dia kencing dalam kelas!” kuat pekikan dari Fahie yang kemudiannya sakan mengetawakan dirinya. Ain jadi kaku dan dia menangis sekuat-kuatnya! Dia tak nak berada di sini! Dia nak balik!

***************************

Ain terjaga dari tidur dan terus duduk, peluh di dahi dilap dengan telapak tangan. Dia bermimpi buruk tadi, mungkin kerana terlalu pikirkan kisah silamnya.

“Macam mana aku boleh mimpi hal dulu? Damn! Ni mesti sebab aku banyak pikir ni.” Ain bermonolog sendiri.

Jam ditangan dipandang. Huh, baru sejam rupanya dia melelapkan mata tapi mimpinya tadi seakan lama. Sungguh dia termimpikan kenangan dia terkencing dalam kelas semasa darjah satu dulu, kejadian yang dia susah lupakan sampai sekarang. Dia pun tak tahu kenapa hanya kenangan itu bergitu kuat di ingatannya sedangkan hal-hal lain semasa di sekolah rendah, samar-samar saja di ingatannya. 
Masakan dia boleh lupa akan kejadian memalukan itu, sampai sekarang dia tetap ingat namun harapnya kawan-kawan lain telah lupakan hal itu. Terutama Fahie! Ya, fahie. Lelaki itu sudah banyak merosakkan zaman kanak-kanaknya di sekolah rendah dahulu. Sehingga ain darjah enam, fahie tetap tak henti-henti mengajuknya.

“ Cing!” Nama yang diberikan Fahie untuk mengejeknya! Cing, singkatan bagi perkataan kencing! Fahie suka memalukan dirinya di depan kawan-kawan lain, sengaja mengungkit-ungkit hal memalukan itu. Sungguh dia benci!

Inilah penyebab kenapa Ain tak ingin hadir majlis reunion pelajar sekolah rendahnya. Hanya kerana satu sebab, Fahie! Terngiang-ngiang lagi ditelinganya ejekan Fahie.

“Ain tak malu, kencing dalam seluar..ain tak malu~”

Walaupun Fahie selalu menyakat dan mengejek Ain, tetapi hakikat yang tiada siapa tahu ialah dalam diam ain sebenarnya ada menyimpan perasaan pada Fahie ketika mereka berusia 12 tahun. Dia sendiri tak tahu kenapa perasaan itu boleh ada sedangkan setiap hari dia di ejek-ejek oleh Fahie. Paling tak diduga ialah dia telah meluahkan perasaan pada lelaki itu, tapi luahannya ditolak oleh Fahie dengan cara yang paling memalukan sekali dihadapan semua rakan-rakan sekolahnya! 
Walaupun kini 10 tahun telah berlalu dan dia tahu perasaan dia pada Fahie dahulu hanyalah perasaan suka semata-mata tapi perbuatan Fahie padanya susah untuk dia lupakan. Dia tetap tekad tak ingin berjumpa fahie sampai bila-bila!
Tersedar jauh mengelamun, Ain segera bangun dan bersiap untuk mandi, malas rasanya dia mahu memikirkan tentang budak lelaki itu. Biarlah kisah Fahie dan dia menjadi kenangan pahit dalam hidupnya. Dia akan lupakan tentang perjumpaan semula rakan sekolah rendahnya.
Seusai mandi, telefon bimbit Ain bordering minta diangkat. Ain yang baru keluar dari bilik air sempat menjeling ke arah rakan sebiliknya jijah yang sedang membaca novel, leka sungguh teman sebiliknya itu sehingga bunyi telefon ain yang menbingit itu langsung tak di endahkan. Ain memandang nama yang tertera di skrin telefon nokia5230 miliknya, terpampang nama Mimi lalu pantas dia jawab panggilan tersebut.
“ Hello” Ain memulakan perbualan
“ Hello, kau ada dapat jemputan pergi reunion sekolah rendah kita?”
“ada, kenapa?”
“ kita pergi sama-sama ye, kau balik tak minggu ni?”
“ Er, aku rasa aku tak pergilah, aku ada hal minggu ni jadi tak dapat pergi.”
“ Ala, jomlah. Tangguhkan lah hal kau tu lain kali, kita kan dah lama tak jumpa kawan-kawan sekolah dulu.”
Ain mengeluh dalam hati, pujukan mimi, sahabat baiknya sejak sekolah rendah memang sukar ditolak tapi dia sungguh-sungguh tak ingin berjumpa dengan Fahie. Menghadiri perjumpaan semula itu bermakna dia berkemungkinan besar akan terjumpa dengan lelaki itu. Teringin juga dia melihat wajah rakan-rakan lain, pasti semuanya sudah berlainan kini tapi dia belum bersedia untuk bertentang mata dengan Fahie.
“ Em, tengoklah nanti macam mana ya. Tapi aku tak janji akan pergi.” 
Panggilan dimatikan, ain menuju ke meja belajar dan bersedia untuk ulangkaji pelajaran. Hanya tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum peperiksaan akhir pelajar ijazah sarjana muda untuk semester dua. Dia perlu fokus dan lupakan segala perkara yang tak penting dan hanya mengusutkan kepalanya saja.


**************************

Ain dan Jijah bersalaman tanda tiba masa mereka berpisah untuk semester ini dan pulang ke kampung masing-masing. Peperiksaan akhir telah pun berlalu semalam dan mereka terasa beban yang di pikul untuk semester ini solah-olah telah hilang. Kegembiraan dan kesedihan bercampur aduk dalam hati Ain tika sampai saat berpisah dengan rakan-rakan. Selepas dua bulan nanti dia akan kembali lagi kesini, asramanya ini.

Bilik asrama mereka telah siap dikemas, hanya menunggu keluarga masing-masing datang menjemput saja. Keluarga jijah sudah pun datang tadi jadi kini dia sendirian di dalam bilik sementara menunggu ayahnya datang. Disebabkan terlalu bosan menunggu, ain membuka laptopnya yang di beli sejak hari pertama dia menyambungkan pelajaran ke peringkat ijazah di Utom.

Broadband yang terletak di penjuru meja belajar dicapai dan disambungkan ke laptop. Apabila talian internet telah tersambung, ain membuka laman facebook dan blognya. Mula-mula diperiksa akaun facebooknya,melihat sekiranya ada perkembangan menarik rakan-rakan tapi ternyata tiada apa yang menarik lalu ditutup facebooknya dan fokus pada blognya pula.

Ain suka bercerita tapi dia lebih suka meluahkannya ke dalam blog yang tiada sesiapa tahu termasuk jijah, rakan sebiliknya. Laman blognya di jadikan tempat meluahkan perasaan dan berkongsi kisah dengan teman di alam maya. Dia jarang mengemaskini blognya kecuali bila ada perkara yang ingin dia luahkan, kebiasaannya blognya hanya dijadikan satu platform yang memudahkan dia meninggalkan pesanan pada blog-blog lain yang dilawati. Dia suka membaca blog orang lain, malah dia lebih banyak menghabiskan waktu membaca artikel orang lain berbanding di blognya sendiri.

Sedang Ain leka dengan blognya, pintu biliknya diketuk perlahan dan disertai dengan ucapan assalamualaikum dari luar. Selepas ucapan salam disahut, Ain bangun membuka pintu biliknya dan mempersilakan tetamu masuk.

“ kau balik pukul berapa?” Tanya kina, jiran sebelah biliknya.

“ aku tunggu ayah aku datang pukul 5 nanti.”

“ sekarang baru pukul 3, jom kita pergi minum kat bawah nak tak?” 

“ ok jugak, kau tunggu kejap,aku siap-siap dulu.”

Ain menutup laptopnya dan bersiap menuju ke kedai di tingkat bawah asramanya bersama-sama dengan Kina. Pelajar di Utom ini ditempatkan di pangsapuri yang mempunyai 3 bilik setiap rumah. Asrama lelaki pula terletak bersebelahan dengan asrama perempuan manakala kedai makan berada ditengah-tengah kedua-dua bangunan itu. 

Terdapat dua buah kedai makan disitu dan ia memang menjadi tempat tumpuan pelajar apabila tiba waktu makan. Ain dan Kina mendapatkan tempat di penjuru kedai. Kedai makan itu tetap sesak walaupun hari ini hari terakhir semester disini. Mata ain meliar memerhatikan suasana. 

“Patutlah ramai orang, budak-budak bercinta rupanya yang ramai.” Kata Kina memulakan bicara antara mereka

“ lepas ni agaknya dua bulan tak dapat jumpa, tu yang masing-masing duk lepas rindu tu.”

“ Ha, kau tak jumpa Haziq ke? Kan lepas ni dua bulan korang tak jumpa. Nanti rindu pulak kang.” Sakat kina

“ Haziq? Buat apa aku nak jumpa dia? Dia bukan pakwe aku pun..dia tu pakwe kau.” 

“aku pulak! dia tu suka kat kau dah lama dah, kau tu je yang jual mahal.Jangan mahal-mahal sangat beb, tak laku kang..” 

“ Ada ke cakap aku tak laku nanti, jahat kan mulut kau.” Pantas tangan Ain mencubit lengan kawannya itu.

“ Sakitlah! Aku gurau jelah. Kalau dah tak suka, tak apalah kan. Takkan nak paksa .”

Ain mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju sambil matanya terus meliar memandang sekeliling. Tiba-tiba matanya terpaku pada seseorang yang dia kenal dan sedang menuju kearah mereka.

“ Haa, tu pun Haziq. Baru sebut dah datang.” Kata kina sambil senyum pada Haziq

“ Kau ajak dia datang sini ke?” Ain pandang tetap ke mata kina, meminta jawapan.

“ Taklah, dah jodoh kau kuat,tu yang dia datang.”

Haziq datang kearah mereka dan meminta kebenaran untuk duduk. Kina mempersilakan manakala Ain hanya memberikan senyuman tanda kedatangan haziq disambut.

“ Korang balik pukul berapa ni?” Haziq bertanya pada mereka.

“ Kitorang balik petang sikit nanti, tu yang lepak-lepak dulu kat sini. Kau balik bila?”

“ Aku balik esok, malas nak terkejar-kejar.” Kata haziq sambil bangun menuju ke dapur kedai dan memesan air.

Haziq, lelaki itu kawan sekelas Ain dan mereka rapat sepanjang di pusat pengajian itu, tapi hubungan mereka semakin renggang apabila Haziq mula mengambil langkah seterusnya dalam hubungan mereka. Haziq inginkan hubungan lebih daripada seorang kawan dan Ain tak dapat menerimanya kerana hati masih belum terbuka untuk menerima cinta, mereka masih belajar dan bagi dia masih belum masanya.

Ain seboleh-boleh sebenarnya ingin mengelakkan diri daripada berhadapan dengan Haziq, kekok sungguh dia bila setiap kali mata lelaki itu memandangnya. Di dalam kelas juga dia berlagak seolah-olah tidak mengenali Haziq, dia belum bersedia sejak lelaki itu meluahkan perasaannya minggu lalu, kini lelaki itu berada di hadapannya, masakan dia dapat lari lagi!

Haziq yang duduk dihadapannya menundukkan kepala memandang telefon bimbit, barangkali dia sedang menghantar sms. Selang beberapa saat haziq berhenti memandang telefon bimbitnya, telefon Kina berbunyi tanda ada pesanan ringkas masuk. Bagai ada sesuatu yang mencuit hati kina, gadis itu tersenyum lalu memandangnya dengan senyuman seribu makna.

“ Ain, aku ada hal kejap. Kau duduk sini kejap ya dengan Haziq,nanti aku datang balik.” Kina bangun dari kerusinya dan bersedia untuk pergi.
Ain menarik tangan kina dan berbisik di telinga kawannya. “ Eh, kau nak pergi mana beb? kau nak tinggalkan aku dengan dia kat sini ke? Mati aku wei! Aku ikut kau ya”

Pertanyaan dari Ain hanya disambut dengan gelakan dari Kina, Haziq pula hanya membatu melihat dua manusia dihadapannya.

“ Chill beb. Aku pergi sekejap je, I will be back as soon as possible okay? Just wait here for a minute. Haziq ada tu, takkan nak tinggalkan dia kan.”
“ Okay, tapi jangan pergi lama sangat ya.” 

Kina berlalu meninggalkan Ain dan Haziq disitu. Suasana sunyi untuk beberapa minit, tak ada sesiapa yang memulakan perbualan. Ain mencuri pandang pada Haziq, lelaki itu sedang leka memandang jalan raya di sebelah kedai.
“ Ain” 

Haziq mula memecahkan kesunyian antara mereka.

“ Ya, ada apa?” jantung Ain terasa laju, dia bagaikan dapat mengagak apa yang akan lelaki itu katakana nanti.

“ Kenapa kau macam lari dari aku?” Haziq memandang tepat ke mata gadis didepannya.

“ Mana ada aku lari, aku sibuk je sekarang ni.”

“ Tipu lah! I hantar sms pada you, you tak reply. When I call you, you never answer it. Jadi apa maknanya kalau bukan lari dari I? 

Ceh, lelaki ini mula tukar nama panggilan antara mereka. Sebelum ini guna aku kau sahaja, tapi sekarang berubah jadi I dan you. Memang mengelikan bila rakan baik sendiri berubah begitu tapi dia tak salahkan Haziq, mungkin perasaannya mahukan perubahan itu. 
“ aku bukan saja nak lari, aku jadi kekok lah bila macam ni. Kau kawan aku, susah aku nak tukar perasaan tu beb.” Ain memandang gelas di tangan.

“ Kau tak boleh terima aku ke? sebab aku tak hensem ke? tak sesuai dengan kau?” Suara Haziq mula mengendur.

Ain tersentap dengan soalan itu, tak pernah sekalipun dia menilai penampilan lelaki itu sejak mereka mula berkawan. Teringat dia tatkala waktu mula-mula mereka berkawan rapat. Haziq seorang yang berbadan besar dan pendiam, tak ramai yang ingin mendekatinya. Kebanyakan wanita yang ingin berkawan dengan Haziq pasti ada menyimpan niat tersendiri, iaitu ingin mempergunakan sikap baik haziq memandangkan lelaki itu datang dari keluarga yang senang. Persahabatan antara mereka dimulakan dengan perasaan kasihan di hati Ain dan bukanlah kerana harta haziq.

“ Ain, kau dengar tak aku tanya ni? 

“ Ha, aku dengar. Haziq, kau tak ada apa-apa kekurangan pun. Cukup segalanya tapi mungkin aku bukanlah orangnya.” Ain menolak dengan cara baik,dia tak nak mengecilkan hati rakannya.

“ Hurm, kau tau tak kenapa aku boleh suka kat kau?”

Ain hanya diam, bersedia untuk mendengar. Memang itu yang dia tertanya-tanya selama ini. Apa yang dilakukan pada lelaki itu sehingga perasaan cinta boleh timbul.

“ Selama ni aku dah berkawan dengan ramai perempuan, tapi semua hanya keluar dengan aku bila nak pergi shopping, nak pergi makan sedap-sedap. Waktu tu dorang ingat kat aku. Tapi aku tak pernah kisah pun, aku layan baik member-member aku. Bila berkawan dengan kau, aku rasa lain. you are different dear. Seingat aku, aku tak pernah belanja kau apa-apa pun. Masa birthday aku, kau bagi aku hadiah mahal. Sejak tu aku rasa lain, aku tak pernah dapat hadiah daripada perempuan tau.” 

“ Jadi semua ni sebab hadiah tu? Beb, hadiah aku tu ikhlas sebab kau kawan aku. Bukan sebab aku nak ngorat kau.” Ain sudah gelisah, cuba menerangkan situasi sebenar.

“ Eh, bukan tu maksud aku. Aku tahu kau ikhlas, dan perasaan aku pada kau pun ikhlas. Kalau kau tak boleh terima aku sekarang pun tak apa. Sampai masa jodoh tu tiba, aku akan pinang kau ya.” 

“ ish, kau ni jauh sangat beranganlah.” Ain mula berasa tak senang dengan kata-kata Haziq.

“ mana ada aku berangan, tu harapanlah dear. Just wait and see okay, I will prove it. Insyaallah.”

Ain pandang Haziq yang sedang tersenyum gembira, sungguh-sungguh benar dia mengharap tapi pada masa yang sama aku lega. Perasaan kekok sudah hilang selepas aku dan dia bertentang mata dan berbincang hal ini. Selepas ini perkara ini takkan mengganggu lenanya lagi dan dia berserah pada Allah s.w.t. Andai jodohnya dengan Haziq, siapa dia untuk menolakkan.

*****************************************

Seminggu berlalu selepas cuti semester bermula, Ain mula bosan tinggal di rumah tanpa lakukan apa-apa aktiviti. Cuti pula masih berbaki sebulan lebih.

“ish, tak boleh jadi ni. Boleh mati kebosanan aku kalau melepak kat rumah je.” 

Ain menuju ke laptopnya dan mula mencari jawatan sementara yang boleh di pohon bagi memanfaatkan cutinya selama dua bulan ini. Pencarian kerja semakin mudah dengan adanya blog-blog yang menyediakan iklan jawatan kosong terkini. Benar kata orang, segalanya kini hanya di hujung jari.

Ain membuka laman blognya setelah siap memohon beberapa pekerjaan sementara yang dirasakan sesuai untuknya. Ain membaca tajuk artikel-artikel yang dihasilkan oleh rakan-rakannya hari ini, tiada apa yang menarik minatnya untuk membaca lebih dalam kecuali satu artikel yang bertajuk “ Aku suka blog ini”

Ya, tajuk sesuatu artikel memainkan peranan penting untuk menarik minat pembaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang disampaikan di dalam artikel tersebut dan tajuk ‘aku suka blog ini’ telah Berjaya menarik minat Ain untuk menyelongkarnya.
Setiap patah perkataan dibaca dengan tekun, perasaan ingin tahu blog siapa yang dimaksudkan oleh penulis itu begitu tinggi dihatinya.

“ Blog AkalHati?” Ain menolog sendiri sambil tangannya menekan link ke blog tersebut.

‘The more I see, the less I know for sure.’ Ayat ini diletakkan di atas blognya, mungkin untuk menggambarkan diri pemilik blog. 

“Hurm, macam menarik je..” 

Ain mula membaca artikel terkini blog tersebut, blog ini ringkas kerana hanya menggunakan dua warna sahaja sebagai tema blognya iaitu warna hitam dan putih. Selepas usai membaca artikel terkini dari blog itu, ain tersenyum, blog itu memang menarik.

Ain teruskan pembacaannya, dari satu artikel ke satu artikel di baca dan semakin lama dia jadi minat dengan blog AkalHati! Bahasa yang digunakan begitu santai dan terasa dekat dengan pembaca tapi kadang-kadang diselitkan dengan ayat-ayat yang puitis. Walaupun hanya menceritakan pendapatnya tentang kehidupan seharian dan ragam manusia tapi ianya mampu membuatkan kita berfikir dari sudut berlainan dan bersetuju dengan pandangannya.

Jarum jam sudah pun berganjak ke pukul 6 petang, dia perlu masak untuk makan malam nanti jadi Ainmouse dihalakan ke bentuk bintang kecik di penjuru browser dan ditekan, dia bookmark blog tersebut supaya mudah dia menyambung pembacaannya nanti. Dia bangun menuju ke dapur dengan senyuman di bibir, tak tahu kenapa tapi yang pasti dia gembira menemui blog itu hari ini.


************************************************** *

Hari ini seusai sarapan pagi, Ain bersiap sedia ingin keluar mencari kerja di kilang di taman perindustrian yang berdekatan dengan rumahnya. Semalam pihak kilang telah menghubungi dan memintanya datang ke kilang bagi ditemuduga untuk jawatan operator kilang.

Mengikut kelayakannya yang telah memiliki iaitu diploma kejuruteraan elektrik, dia layak untuk memohon jawatan lebih tinggi daripada operator kilang tapi bukan rezekinya, tiada kilang sekitar rumahnya yang menawarkan jawatan kosong mengikut tarafnya. Dia tak ingin membuang lebih banyak masa untuk mencari kerja, jadi dia terima sahaja peluang pekerjaan yang ada.

Dia berpakaian sederhana sahaja pagi itu, berseluar slack, blaus berwarna ungu dan tudung bawal berwarna putih. Wajahnya hanya disapu sedikit bedak dan sedikit gincu dibibir namun tetap dapat menyerlahkan memanisan raut wajahnya.

Ain keluar menghidupkan enjin kereta pemberian ayahnya, setelah enjin kereta panas dan bersedia untuk bergerak, Keretanya beransur menuju je kilang elektronik tempatnya berkerja. Setelah sampai ke tempat kerja, ain bergerak menuju ke meja pertanyaan di pejabat kilang itu untuk memulakan hari pertama dia berkerja. 

Setelah memberitahu tentang kedatangannya, Ain di bawa berjumpa supervisor kilang tersebut untuk di beri penerangan tentang kerja yang akan dilakukan nya nanti. Ramai warga asing berbanding rakyat Malaysia yang berkerja di situ. Ain di bawa ke satu meja panjang yang dipenuhi dengan pekerja-pekerja perempuan, lega rasanya dia apabila tidak ditempatkan bersama-sama dengan lelaki warga asing.

Ain ditugaskan untuk memateri litar yang telah siap disusun, kerjanya mudah tapi mudah juga menyebabkanya bosan sekiranya berkerja dalam jangka masa yang panjang. Ain duduk di tempat yang diarahkan oleh supervisornya tadi, dia memandang ke kiri dan ke kanan dan senyuman diberi kepada orang sekitarnya.

Pekerja disitu tak berbual semasa berkerja, pelik juga rasanya tapi Ain pendam pertanyaannya di dalam hati. Mungkin mereka tidak pandai berbahasa Malaysia atau memang peraturan di kilang ini. Ain terus berkerja sehinggalah tiba waktu rehat.

“ Jom pergi makan.” 

Wanita muda sebelah Ain mempelawa untuk pergi makan bersama. Seorang lagi perempuan yang badannya sedikit berisi juga senyum memandang menunggu jawapannya manakala pekerja-pekerja lain sudah berjalan keluar dari kilang tersebut.

“ Boleh juga, jom.” Ain senyum

“ Jom, kita pergi kantin. Nama saya Mira yang ni fifi.” Kata si gadis tinggi lampai itu sambil menunjuk kea rah kawannya yang tersenyum padanya tadi.

“ Oh, nama saya Ain.” 

Mereka mulai bergerak ke arah kantin dan mencari meja kosong. Ain memandang sekitar kawasan kantin dan tertumpu pada pekerja-pekerja asing yang sedang makan dengan berselera. Terdetik kekaguman dihatinya melihat mereka, sanggup berjauhan dengan keluarga hanya kerana ingin mencari rezeki yang halal bagi dikirim pada keluarga yang jauh di mata. Ain memandang sekitarnya sambil membuka bekalan makanan yang dibawa daripada rumah.

“ Kau bawak bekal ye ain, samalah macam kitorang. Malas nak berhimpit-himpit beli makanan dengan dorang tu.” Kata fifi yang kelihatannya mulai selesa dengan kehadiran Ain.

“ Ha’ah, memang saja bawak bekal, lagipun tak ada duit gaji lagikan nak beli makanan.” 

“ Ain, umur kau berapa?” Mira bertanya.

“ 22. Korang?”

“ Samalah! Patutlah aku rasa macam kita sebaya ke dari tadi.”

“ Hebat eh kau leh rasa.Mira, Kat sini ramai pekerja melayu tak? Aku tengok ramai indon je.” Ain melanjutkan pertanyaannya.

“ Tak ramai sangat, dalam suku pekerja sini melayu.” 

“ Lagi satu aku nak tanya, kenapa kat dalam tadi masa kerja semua orang diam je. Biasanyakan ada jugak lah sembang-sembang masa kerja.”

“ Memanglah boleh sembang, tapi tak boleh lebih-lebih nanti bos marah. Cerewet sikit dia tu, dia kata kalau bersembang, nanti kerja tak jalan. Selamber je dia marah operator kalau dia dengar suara. Sebab tu bila dia ada, kitorang malas nak cakap.Semua orang tak suka dia tu.”

Ain mengangguk tanda paham penerangan rakan baru nya itu.Dia tak perasan pula siapa yang dimaksudkan Mira tadi mungkin sebab dia leka berkerja. Sebentar lagi dia akan mencari siapa bosnya yang cerewet itu. Seorang ketua yang cerewet.

Tamat sudah waktu rehat, semua operator kembali melakukan kerja dan disusuli dengan perbualan kecil di antara pekerja tapi perbualan mereka lebih kepada berbisik-bisik. Sedang asyik dia melakukan kerja, ain dikejutkan dengan suara yang agak lantang dari bahagian hujung kiri mejanya. Seorang perempuan muda yang cantik rupa parasnya dan tinggi sedang memarahi seorang operator dari Indonesia.

“ Kenapa banyak salah ni? Kalau apa-apa jadi nanti aku yang kena marah nanti tau tak! Kalau lagi sekali kau litar banyak rosak macam ni, aku suruh bos pecat kau!” Agak tinggi nada suaranya, pekerja yang di marahi tadi hanya meminta maaf berulang kali tapi tidak diendahkan oleh wanita tersebut. Wanita itu beruniform warna pink, pasti jawatan wanita itu Qulity control inspector di kilang itu. 

“ Ain, itulah singa perempuan tu. Kawasan kita ni dia yang jaga, harap muka je cantik tapi perangai hampeh.” Kata fifi berbisik pada ain.

“ Dia QC je kan, kenapa nak marah pekerja macam tu. Kan boleh cakap elok-elok, Sepatutnya, dia kena check dulu mesin ni sama ada berfungsi dengan baik atau tak bila banyak yang rosak. Tak semestinya salah budak tu buat kerja, kemungkinan besar berpunca dari mesin tu. Takkan dia tak tahu benda ni boleh rosak sebab mesin? Patutnya dia kena terus panggil technician lah.” Ain meluahkan rasa tak puas hati dengan layanan orang atasannya tadi.

Mira dan fifi memandang tepat ke Arah ain dengan seribu tanda tanya.

“ Mana kau tau? Kau pernah jadi QC ke?” Mira bertanya.

“ Pengetahuan Am beb. lagipun dulu aku pernah kerja kat sini jadi operator.”

“Owh..” kata mereka berdua serentak.

Ain hanya tersenyum, dia faham keadaan kedua-dua kawan barunya itu, mereka berdua hanya mempunyai sijil spm dan terpaksa berkerja di kilang ini. Majoriti pekerja di sini tidak memiliki tahap pendidikan yang tinggi tapi itu tak bermakna orang-orang yang mempunyai pangkat tinggi seperti wanita tadi boleh memperlakukan mereka sebegitu. Walaupun mereka hanyalah operator kilang, tapi mereka tetap seorang manusia yang mempunyai perasaan dan perlu dihormati. Bukanlah boleh dihina dan dipijak-pijak sesuka hati.

TO BE CONTINUED. 



{ 2 comments... read them below or Comment }

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -