Popular Post

Posted by : Cerita Farjannah Jumaat, 29 Jun 2012






        Golongan remaja merupakan penduduk yang paling ramai di negara dewasa ini. Oleh itu, golongan remaja yang masih muda perlu memainkan peranan yang sewajarnya untuk membangunkan negara. Jadi, golongan remaja merupakan golongan yang secara tidak langsung menjadi tulang belakang yang akan menentukan hala tuju  negara ini pada masa akan datang. Seperti kata pepatah, Pemuda harapan bangsa, pemudi  tiang negara." mereka memainkan peranan penting dengan menjadi tenga pekerja dalam pelbagai sektor awam dan swasta di negara kita. 
        
         kita sedia maklum bahawa banyak peranan yang boleh dimainkan oleh para belia di negara kita. Para remaja boleh menjadi tenaga kerja yang penting di negara kita bagi memenuhi peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor perkilangan, pertanian, perkhidmatan dan sebagainya. Selain itu, mereka juga harus menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran. Hal ini sudah tentu dapat meningkatkan kemajuan dan pembangunan negara dengan lebih pesat. kemahiran dan pengetahuan mereka merupakan salah satu aset yang sangat bernilai yang tidak boleh dijual beli walaupun dengan wang.

         Tanpa kita sedari, remaja pada era ini sebenarnya dipertaruhkan harapan sebagai bakal pemimpin negara pada masa akan datang. Hal ini kerana mereka memiliki banyak idea baharu dan mempunyai wawasan yang jelas. Selain itu, remaja hendaklah menjadi seorang warganegara yang berguna untuk bangsa, agama dan masyarakat. jika perkara ini benar-benar menjadi kenyataan, pasti remaja dan belia di negara kita akan menjadi salah satu penyumbang terbesar dan menjadi nadi utama dalam mengecap kegemilangan negara.

       Golongan remaja ialah generasi yang memiliki idealisme tersendiri yang boleh dibangunkan dengan cara yang betul. Mereka ada pandangan yang unik dan tersendiri serta memiliki  cita-cita yang unggul untuk kejayaan pribadi mahupun negara.Dengan erti kata lain, mereka turut memiliki tenaga dan semangat yang kuat untuk berjaya can mencipta kegimilangan. Hal ini kerana, golongan ini memang terkenal dengan semangat dan cita-cita tinggi serta mempunyai azam untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. 

        para remaja juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran, ketahanan diri dan dan memiliki daya saing yang tinggi. jika mereka menghayati sepenuhnya budaya ilmu ini , sudah pasti mereka akan menjadi anggota masyarakat yang memiliki pemikiran yang terbuka amnya. Dengan cara itu, pemupupan perpaduan kaum juga menjadi mudah dan tiada unsur atau fahaman perkauman yang sempit dalam sanubari mereka. seterusnya, hal ini merupakan ciri yang sihat untuk menjadikan negara kita sebagai model dalam segenap aspek perkara , tamsilannya dalam bidang perhubungan etnik atau kaum.

       para remaja dan belia seharusnya  mampu memikul tanggungjawab untuk membangunkan negara Malaysia. Mereka ini menjadi sandaran dan harapan negara untuk muncul sebagai sebuah negara contoh yang cemerlangm gemilang dan terbilang di seantero dunia. tidak dinafikan bahawa golongan remaja ini menjadi ejen penting untuk mengubah masyarakat, iaitu belia diibaratkan seperti "benih yang baik kalau jatuh ke pulau menjadi pulau ". Tanpa mereka negara kita tidak akan membangun dengan pesat selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan  Malaysia sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi menjelang 2020. Oleh itu, berilah sokongan dan bimbimglah mereka  bagi merealisasikan hasrat murni iaitu memajukan dan mengulangi kegemilangan yang pernah kita kecapi sewaktu zaman pemerintahan kesultanan melayu melayu dahulu.





Leave a Reply

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -