Popular Post

Posted by : Cerita Farjannah Sabtu, 23 Jun 2012

Assalamualaikum n selamat sejahtera n salam 1 malaysia..(over nya).. kay la..ptg nie..cik jannah nak share sebuah cerpen tulisan sahabat cik jannah..iaitu cik mawar..atau lebih suka digelar wawa... tajuk cerpen nya adalah "TERNYATA KU PERLUKAN CINTA".. korang hayati la yer kisah cinta nie..hehe..
salam ceria-ceria selalu..






BAB 1 Kedengaran alunan azan di masjid berdekatan. Gembira sungguh hari ini kerana insan yang dirindui akan pulang dari luar negara atas urusan syarikat. Huraiyah Hannani sibuk bersiap, sebentar lagi bakal mertuanya akan datang untuk bersama-sama menjemput tunangnya di airport. “Nak pakai baju apa ek?” Aku mengeluarkan semua koleksi baju lalu diletakkan di atas katil. “Nak pakai baju warna coklat or purple?ermm…” “Nanny dari tadi aku tengok kau ni kejap pakai baju tu kejap pakai baju ni, kalah model tau!! hahaha”. ‘sesuka hati jek panggil aku ‘nanny’. Minah ni memang kejap-kejap panggil aku Nani kejap-kejap ‘nanny’. Sabar je la….’ Bisik hati Huraiyah Hannani. Izzati memerli Huraiyah Hannani sambil mengekek gelakkannya. Memang tidak dinafikan sahabatnya itu cantik persis model. Walaupun tidak setinggi model di luar sana kerana Huraiyah Hannani gadis kecil molek yang hanya mempunyai ketinggian 150cm tapi dia memiliki seraut wajah yang bersih dari sebarang jerawat serta cukup manis dan ayu. Berkulit cerah pula tu. “Kau ni Ati, tak kan tak tau hari ni kan sayang aku, Izzul balik dari Dubai…aku rindu sangat-sangat kat dia tauk? dia kata dia ada hadiah special untuk aku…ni excited ni..tak moh jealous ok..” aku tergelak. “apa-apa je lah…malas aku nak layan kau, lebih baik aku tengok tv…” Izzati berlenggang kangkung menuruni tangga sambil makan chipsmore yang tidak lekang dari tangannya. Akhirnya Huraiyah Hannani memilih baju berwarna coklat dan dipadankan dengan seluar slack hitam dan selendang berwarna cream.Wajahnya dialasi dengan bedak tipis dan sedikit lip gloss supaya bibirnya tidak kering. Selendang dililit kemas dan disematkan dengan Brooch pemberian Izzul semasa hari pertunangan mereka. Pin!!pin!! Kedengaran bunyi hon kereta diluar. Kelihatan Dato’ Yusof bersama Datin Yuslina di dalam kereta. Di tempat duduk belakang kelihatan Zarina, satu-satunya anak perempuan tunggal mereka. Dato’ Yusof dan Datin Yuslina dikurniakan dua orang anak iaitu Izzul Zuhairi dan Zarina Alina. Anaknya Izzul sudah ditunangkan dengan Huraiyah Hannani bulan lepas. Jika tiada aral melintang pada bulan hadapan mereka akan disatukan pada tarikh 7 november. Huraiyah Hannani dilahirkan, pada 7 haribulan 10 manakala Izzul Zuhairi dilahirkan pada 7 haribulan 12 maka 7 haribulan adalah hari yang bermakna bagi mereka. Zarina Alina pula masih menyambung pelajarannya di luar negara dan kini sedang bercuti. “yuhuuu princess, your ‘future’ parent dah smpai nak jemput tuan puteri….tak lambat ke ni? bukan ke Izzul sampai pukul 8.00 pg? sekarang dah pukul 9.15 pagi chek…” jerit Izzati. “Ok tuan puteri dah siap ni, tah la mama kata pergi lewat sikit. Dayang tak nak ikut sekali?” “Tak mengapa lah Tuan Puteriku sayang, dayang sibuk ni jap gi nk gi date…” “Beta mahu berangkat dulu ya…dayang minggu ni beta balik rumah bonda beta ya! dadaaaaa dayangku sayang” Setibanya disana Huraiyah Hannani singgah di sebuah kedai coklat yang berhampiran dan membeli sekotak coklat yang bekasnya berbentuk hati untuk dihadiahkan kepada seseorang yang amat bermakna dalam hidupnya iaitu Izzul Zuhairi. “ni saje kak?”tanya seorang perempuan muda yang menjaga kaunter pembayaran. “ya ni saje…bungkus dengan pembalut hadiah ye…”jawab aku. Sedang aku leka membayar dan aku dikejutkan dengan satu suara yang kuat dan suara itu seperti suara mama iaitu Datin Yuslina. Aku terus bergegas ke situ.. “mama?” , jerit aku. Kelihatan mama meraung-raung seperti orang histeria. Ramai yang berkerumun di situ. Ada juga diantara mereka yang menangis. Lalu Huraiyah Hannani bertanya kepada Zarina, adik Izzul. “ina kenapa ni? Kenapa semua menangis? ape yang dah jadi?”, “Kak…abang izzul kak…abang izzul…”, Zarina menangis teresak-esak “Kenapa dengan abang Izzul, Ina? kenapa?”, Huraiyah Hannani agak cemas sambil menggoncang-goncangkan bahu Zarina. “Abang, kak….abang….abang dah tinggal kan kita kak…dia dah pergi...pergi buat selama-lamanya…” Lalu Zarina Alina memeluk Huraiyah Hannani dan menangis teresak-esak dibahunya. “apa Ina ckp ni? Ina bergurau dengan akak ye?” soalan itu diajukan adalah untuk menyedapkan hatinya saja. Huraiyah Hannani rasa seolah-olah jantungnya gugur ke bumi saat Zarina Alina mengatakan Izzul telah pergi. “Betul kak…Ina tak tipu…Abang Izzul dah meninggal kerana nahas kapal terbang…” kata Zarina sambil memegang erat bahu Huraiyah Hannani. “Astarfirullahhalazim! Ya Allah!...” Huraiyah Hannani seolah olah tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh Zarina. Air mata yang bertakung pecah lalu membasahi wajah Huraiyah Hannani, dia merasakan seolah-olah kakinya tidak berpijak di bumi lagi. “Innalillahiwainnailaihirojiun……….” , hanya itu yang terlafaz di bibirnya. Dia solah-olah buntu dan sukar untuk menerima semua ini.Tiba-tiba dia lari meninggalkan mereka, membawa hatinya yang lara. Dato’ Yusof, Datin Yuslina dan Zarina agak terkejut dgn tindakan drastiknya. “Abang kenapa abang tinggalkn Nani bang…kenapa? kenapa?” Sedang Huraiyah Hannani berlari, dengan tidak semena-menanya dia terlanggar seorang pemuda sehingga semua barangnya terjatuh. Aduh! ‘hish perempuan ni tak nampak ke!’ngomel Amir Ikmal di dalam hatinya. Amir Ikmal terkejut apabila terpandang gadis di hadapannya. ‘Aik? nangis pulak…nak kata aku marah tak de..’ngomel Amir Ikmal dalam hati. “cik…cik kenapa?” tanya Amir Ikmal ramah. Tetapi Huraiyah Hannani tetap membisu. Dengan tidak semena-mena Huraiyah Hannani berlalu terus pergi tanpa mengucap apa-apa…Amir Ikmal agak bingung melihat gadis itu terus pergi. “cik!!cik!!cik...!!” jerit Amir Ikmal…. “Kau ni kenapa Mir? terpekik-pekik…” tanya Hakim sahabat karibnya. “Ni ha…handphone dia terjatuh masa dia lari tadi..” “Handphone siapa ni?” soal Hakim “Tadi masa aku tolak troli, tiba-tiba je de sorang perempuan mana tah langgar aku. Aku tengok dia nangis tadi, ada problem kot...pas tu dia terus blah je…” “Dah la jom balik kau pun penatkan baru balik dari oversea…” “Ala releks la…jom gi minum dulu…”jawab Amir Ikmal “Aku ok je…tapi kau belanja la..macam biasa…hehe” Hakim tersengih. Selalunya kalau mereka keluar makan atau minum Amir Ikmal yang slalu belanja. Apa lagi naik lemak la. “Ok..jom! rezeki jangan ditolak” sambung Hakim lagi.

hehe..syok x hasil karya kawan cik jannah nie..kalo syok..teruskan memebaca di bab yg kedua yer~

BAB 2 Huraiyah Hannani merenung cawan yang berisi air capuccino di hadapannya. “C-A-P-U-C-C-I-N-O….” Sememangnya air ini mengandungi makna yang tersirat di dalam hidup insan yang bernama Huraiyah Hannani dan Izzul Zuhairi. Ia mengingatkan Huraiyah Hannani dengan kejadian 2 tahun dulu………semasa di CoffeHouse… “oops….I’m so sorry miss…saya tak sengaja.” kata seorang pemuda yang telah menumpahkan air capuccino ke baju Huraiyah Hannani. “Tak..tak..salah saya yang jalan tak tengok depan…habis baju awak pun kotor” kata Huraiyah Hannani sambil mengeluarkan sapu tangan lalu mengelap baju pemuda yang sudah kotor dan basah itu. Pemuda itu hanya memandang Huraiyah Hannani sambil tersenyum, geli hatinya melihat gadis jelita dihadapannya sedang kelam kabut mengelap bajunya. “Sudahlah, tak mengapa…kita sama-sama salah, baju pun sama-sama kotor… apa kata kita order air baru dan minum sama-sama nak?” Huraiyah Hannani tidak mahu mengecilkan hati pemuda tersebut lalu mengangguk. Mereka duduk di salah satu meja kosong yang terletak di hujung CoffeHouse itu. “ermm….saya Izzul Zuhairi…just call me Izzul…” kata pemuda itu sambil melemparkan senyuman manis kepada Huraiyah Hannani setelah lama mereka menyepi. ‘Alah sweetnya mamat ni bila senyum, suara dia pun aduhai….cair aku macam ni kalau duduk lama kat sini..’ Huraiyah Hannani bermonolog. “emm…and you..?” kata Izzul sambil melayang-layangkan tangannya apabila mendapati gadis dihadapannya diam seribu bahasa sambil merenungnya. “sa…sa..saya… Hu..Hurai..yah Han..Hanna..ni ….u can call me Nani…” balas Huraiyah Hannani tergagap-gagap lalu menyisip air bagi menyembunyi perasaan malunya. ‘ish apa kena aku nih! Gagap la pulak wat malu je…Nani cover sikit…kau jangan nak buat drma lawak pulak kat sini’ Izzul memandang gadis di hadapannya yang mukanya sudah kemerahan. ‘Ish mamat nih jangan la tenung-tenung aku cam tuh! segan la…Eh..!da pkul berapa ni? ha! dah pkul 3! aduh mati aku abah suruh datang kat Marriot Hotel pukul 3 sebab client dari Arab Saudi datang. Kacau daun betul la….aku baru nak kenal-kenal dengan mamat hensem nih. Haih, melepas la aku!’ Huraiyah Hannani bermonolog lagi. “Ermm...Izzul saya ada hal ni…so I got to go..” kata Huraiyah Hannani sambil melihat jamnya. Mereka bertukar nombor telefon masing-masing lalu Huraiyah Hannani pergi. Izzul Zuhairi hanya memandang dari jauh pemergian Huraiyah Hannani yang tergesa-gesa. “Kak Nani…?” sapa Zarina dan secara tak langsung mematikan lamunan Huraiyah Hannani tentang kenangan lalu yang terindah dalam hidupnya. “Ya…Ina..?” “Mama dengan papa dah nak balik, nak uruskan pengkebumian arwah abang… tadi Ina call akak tapi tak ada orang angkat.” Dato’ Yusof dan Datin Yuslina lebih senang jika aku memanggil mereka mama dan papa. “Bateri abis kot….” balas Huraiyah Hannani acuh tak acuh. “Jom la balik kak…mama dengan papa dah tunggu tuh.” “Ina balik dulu ye, akak perlukan masa untuk bersendirian…” “Ok la kalau macam tu…sabar ye kak…mungkin ada hikmah disebalik kematian abang Izzul…” Zarina sudah mula menitiskan air mata. “Ina akak redha dgn pemergian abang Izzul…sudah ketentuan Allah. Ina pun jangan la menangis macam ni nanti akak pun nangis jugak.” “Baiklah kak….Ina balik dulu ye kak…akak hati-hati balik ye.” “Ye lah. Ina pun hati-hati ye…jaga mama..kirim salam kat mama dan papa” kata Huraiyah Hannani. Zarina mengangguk lalu pergi. “Kita nak duduk mana Mir?” soal Hakim kepada Amir Ikmal. “Ermm…tuh kat depan perempuan yang pakai selendang cream tu” balas Amir Ikmal Mereka mengambil tempat dan mengorder minuman. “Dah selesai hal kau kat Dubai tu?” soal Hakim. “Dah…aku dah settlekan dengan Izzul. Esok aku ada meeting dengan Uncle Yusof dengan Izzul sebab ni syarikat perkongsian antara papa aku dengan papa Izzul, so kami sebagai anak yang menguruskan bapa kitorang memantau je.” “Ha! cakap pasal Izzul kenapa korang tak balik sama? Bukan ke korang pergi sana sama-sama?” “Tiket flight aku hilang, tercicir agaknya. Masa aku beli tiket baru, flight kitorang tak sama. Flight Izzul awal dari aku tu pasal kitorang berpecah.Tapi yang aku pelik dia tak call aku pun dah sampai ke belum patutnya dia sampai 3 jam awal dari aku.” “Excited jumpa tunang la tu…” kata Hakim sambil ketawa. “Kau pernah jumpa tunang Izzul?” soal Amir Ikmal “Tak pernah pulak…kenapa?” “Tak ada la…masa kat Dubai dulu dia selalu cerita dengan aku pasal tunang dia. Baik orangnya, cantik, pemalu pulak tu…” “Hahahaha..” Hakim ketawa apabila Amir menyebut ‘pemalu pulak tu’. “Tapi ada satu hal yang aku pelik, semalam sebelum kami pergi airport masa selepas solat maghrib die cakap sesuatu kat aku. Memori semalam singgah di mindanya. “Mir…”sapa Izzul. “ya…Zul?”jawab Amir Ikmal sambil melipat sejadah. “Kalau apa-apa jadi kat aku, atau kalau dah sampai masanya aku pulang menemui Ilahi, kau tengok-tengokkan mama dengan papa aku. Aku harap sangat tunang aku akan jumpa orang sebaik kau Mir, kalau kau jadi suami Nani lagi aku suka sebab aku tahu kau mampu menjaga ,membahagiakan dia dan yang paling penting kau mampu membimbing dia. Aku percaya dengan kau Mir kau lah sahabat baik aku dunia akhirat.” “Zul apa kau cakap ni? Tak ada apa yang akan jadi kat kau. Esok kita akan sampai Malaysia kau akan jumpa family dan tunang kau. Dah jangan merapu lagi.” Perkara inilah yang membuat hati Amir Ikmal gelisah dengan sikap sahabat baiknya itu. Agak lama Amir Ikmal dan Hakim diam seribu bahasa. “Eh! cuba kau tengok perempuan kat belakang kau tu…” kata Amir Ikmal sambil menunjuk ke arah seorang gadis yang sedang duduk di meja belakang Hakim. “Kenapa?”soal Hakim. “Aku rasa macam pernah nampak la perempuan ni….” jawab Amir Ikmal. “Hakim kau tunggu aku kat kereta, kejap lagi aku menyusul.” Hakim mengangguk dan terus berlalu. Huraiyah Hannani mengeluarkan dompetnya untuk membayar minuman. Secara tidak langsung dia terpandang sepasang pasangan yang tersenyum bahagia di dalam gambar yang disimpan rapi dalam dompetnya. Pasangan itu adalah dia bersama dengan Izzul. “Abang……” Huraiyah Hannani menangis dengan sepenuh hati. Air mata yang cuba ditahan mengalir dengan deras membasahi wajah putih mulusnya sekali lagi. Huraiyah Hannani mengeluarkan gambar dari dompetnya lalu membawa gambar itu ke dadanya. “Abang..Nani rindukan abang...rindukan gelak tawa abang, senyuman abang, usikan abang….semuanya Nani rindukan…kenapa terlalu cepat abang pergi? kenapa abang pergi semasa perasaan sayang dan cinta ini yang terlalu mendalam kepada abang?” Huraiyah Hannani menarik nafas sedalam yang mungkin supaya dia lebih tenang. ‘Huraiyah Hannani kau seorang yang kuat! kau mesti tabah menghadapi ujian ini, kau mesti redha dan terima qada’ dan qadar yang telah ditentukan sejak azali lagi. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi ’ Huraiyah Hannani bermonolog sambil memejamkan matanya.

AKAN BERSAMBUNG...

{ 1 comments... read them below or add one }

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -