Popular Post

Posted by : Cerita Farjannah Isnin, 18 Jun 2012


Assalamualaikum korang semua, hari nie cik jannah nak buat satu entry yang bertajuk kerana kami seorang wanita.. jannah jumpa ayat nie kat FTC .. hope korang enjoy.. Tata guys~



cantikk nya bila wanita berpurdah kan..cik jannah pun nak jugak!
kerana kami seorang wanita
kami ingin dihormati selayaknya
kami ingin dihargai sebaiknya
kami ingin disayangi selembutnya
kami ingin dikasihi seadanya

kerana kami seorang wanita
kami punya harga diri walaupun kami lemah
kami punya kekuatan walaupun dalam kerapuhan jiwa
kami punya perasaan walaupun sering terluka
kami punya kesabaran walaupun kami tercalar
kami punya kasih walaupun sering melara jiwa

kerana kami seorang wanita
kami sering di perlekehkan
kami sering di sakiti
kami sering di lukai 
kami sering di lupakan
kami sering di abaikan

tapi satu perkara adam sering di lupakan
kerana wanitalah binasanya adam
kerana wanitalah dunia bergolak
kerana wanitalah indahnya kehidupan
kerana wanita jugalah ilham tercipta
kerana wanitalah

kerana kami seorang wanita
kami di anugerahkan dengan kelembutan bukan kekasaran
kami di anugerahkan dengan kesabaran walaupun di himpit kehidupan
kami di anugerahkan dengan penuh kasih sayang walaupun sering di khianati

hanya...
kerana kami seorang wanita...
inginkan kejujuran bukan kepalsuan
inginkan kebahagian bukannya penderitaan
ingin dihormati bukan dikasari
ingin di sayangi bukan di lukai..

SEKIAN.

Leave a Reply

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -