Popular Post

Posted by : Cerita Farjannah Ahad, 28 Oktober 2012

Bolehkah bergerak dalam Solat Jika keperluan ?




Mengenai pendapat yang mengatakan bahawa bergerak melebihi 3 kali dapat
membatalkan solat tidaklah benar kerana tidak ada dalil dan tidak ada hujah dari Al-
Qur’an dan As-Sunnah. Ianya cuma pendapat mazhab Syafie yang dibuat berdasar
kaedah ihtiyath (berhati-hati) walaubagaimana pun bergerak dalam solat secara sengaja
tanpa keperluan akan merosakkan solat dan menurut ulama’ dapat membatalkan solat.
Namun jika mempunyai keperluan maka tidak mengapa bergerak dalam solat walaupun
melebihi 3 kali dan tanpa perlu pun mengira berapa kalikah pergerakan itu berlaku
kerana jelas terdapat hujah dari sunnah dari riwayat Ummul Mukminin Aisyah ra
bahawa baginda nabi salallahualaihiwasalam sendiri bergerak dalam solat dengan
kerana berlaku keperluan seperti yang disebut.


كان رسول لله صلى لله علیھ وسلم یصلى في البیت والباب علیھ مغلق فجئت فاستفتحت فمشى
ففتح لي ثم رجع الى مصلاه ووصفت أن الباب فى القبلة


“ Sesungguhnya baginda rasulullah salallahualaihiwasalam sedang bersolat di rumah dan
pintu rumah terkunci dari dalam maka aku ketika itu baru pulang dan cuba
membukanya maka baginda pun berjalan dan membuka pintu untuk aku, kemudian
kembali kepada tempat solat baginda dan sesungguhnya pintu itu mengadap
kiblat” (Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no.598 dan Abu Daud no. 910 ).

{ 3 comments... read them below or Comment }

  1. owh ye ke?mcm tu rupanya,solat zohor td tertoleh ke kebelakang sbb tetiber ada dgr suara lelaki borak2,kat opis la ni...terkejut punya pasal...last2 buat solat sekali lagi....uhuhuuu..

    BalasPadam

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -