Popular Post

Posted by : Cerita Farjannah Khamis, 1 November 2012



Percayakah anda? dengan hanya menonton filem seram anda dapat membakar sejumlah kalori yang banyak?

kajian saintifik telah menunjukkan bahawa menonton filem seram dapat membantu anda untuk membakar kalori dalam badan. tetapi perkara ini bagus untuk masyarakat yang malas untuk bersenam tetapi ingin kurus.


sebuah kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari University of Westminster telah mendapati bahawa kadar nadi jantung kita akan meningkat hasil daripada menonton cerita seram yang akan membakar kira-kira jumlah kalori yang sama sekiranya anda berjalan kaki selama satu setengah jam.


Dr Richard Mackenzie dari University of Westminster telah menerangkan sains di sebalik penemuan tersebut:


oleh sebab nadi kita bergerak dengan pantas maka darah yang di pam ke seluruh badan akan berlaku dengan lebih pantas. manakala badan kita akan mengalami lebihan adrenalin.  Ia adalah pelepasan adrenalin yang cepat bertindak yang dihasilkan semasa kita tengah dalam ketakutan. lebihan adrenalin ini turut mengurangkan selera makan, meningkatkan kadar metabolik badan dan akhirnya dapat membakar kalori dengan tahap yang lebih tinggi.

purata bilangan kalori yang dibakar ketika menonton filem seram sekiranya filem ini mempunyai durasi selama 90 maka kalori yang dibakar adalah sebanyak 113, tetapi kajian mendapati bahawa sesetengah filem, terutamanya yang lebih seram seperti detik-detik menakutkan mengakibatkan pembakaran kalori yang amat tinggi. 

senarai di bawah menunjukkan senarai 9 filem seram yang dapat membakar kalori badan dengan banyak:


1)The Shining: 184 calories




2) Jaws: 161 calories


3) The Exorcist: 158 calories



4)Alien: 152 calories


5) Saw 3D: 133 calories


6) A Nightmare on Elm Street: 118 calories


7)Paranormal Activity 4: 111 calories




8)The Texas Chain Saw Massacre: 107 calories


 9) [Rec]: 101 calories
  

{ 4 comments... read them below or Comment }

  1. wahhhh. kena kumpul banyak banyak movie horror ney! haih :O

    BalasPadam
  2. patot la turun berat badan lepas tgk cite sinister

    BalasPadam
  3. patut la berat aku ssh nk naik., kena brenti tgok seram2 la cmni eik., huhuhu

    BalasPadam

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -