Popular Post

Posted by : Unknown Sabtu, 3 November 2012



KUALA LUMPUR, 2 NOV 2012: Boleh dikatakan ketika ini, ada ahli sukan tempatan yang lebih popular daripada selebriti kita.Malah, mereka juga mendapat habuan, penajaan dan pengiktirafan yang bermacam-macam selepas berjaya bertungkus-lumus menaikkan nama negara.

Antaranya ialah Datuk Lee Chong Wei. Malah, perkahwinannya yang bakal dilangsungkan pada 9 dan 10 November ini juga turut menarik perhatian Lord Taylor's. Terkenal dengan kemahiran dan berkepakaran tinggi dalam penghasilan sut buat lelaki, Lord's Taylor telah mengambil peluang untuk menaja pemain nombor satu dunia dengan menghasilkan 5 persalinan sut yang bernilai RM 25,000 .

Sepertimana yang dilaporkan Harian Metro hari ini, jaguh badminton negara ini baru sahaja melalui proses fitting ke atas semua sut-sut tersebut. Proses fitting tersebut telah dilakukan di butik Lord's Tailor yang terletak di Kompleks Membeli Belah Bangsar semalam. Lord's Tailor menyuarakan hasrat untuk menaja persalinan hari bahagia Chong Wei selepas jaguh tersebut memuji dan selesa menyarungkan sut hasilan butik itu.
Dalam pada itu, Master Cutter untuk label ini, Robert Loh memberitahu, setiap persalinan sut buat Chong Wei akan menggunakan fabrik mewah berkualiti tinggi yang berlabel Dormeuil.

Selain daripada itu, Lord's Tailor turut menghasilkan vest dan Tong Chong yang diperbuat daripada sutera China daripada Shanghai. Kesemua ini perlu disiapkan dalam masa lapan hari dengan khidmat lima orang tukang jahit.
Jaguh badminton negara ini telah memilih Wong Mew Choo, yang juga jaguh badminton wanita negara sebagai pasangan hidupnya. Mereka telah dikhabarkan sudah bercinta hampir 11 tahun dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk mereka berumahtangga. sumber

{ 1 comments... read them below or add one }

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -