Popular Post

Posted by : Unknown Jumaat, 5 April 2013


muslimah




menurut ulama mazhaf syafi'i suara perempuan bukan aurat. dalam hasyiah al bujairami disebutkan "suara perempuan bukanlah aurat menurut pendapat yang lebih sahih.akan tetapi haram mendengarkan suara kepada lelaki bukan mahram apabila dikhuatiri terjadinya fitnah.

suara yang boleh menyebabkan fitnah itu apabila dilunakkan dan dibuat-buat manja apabila berada bersama dengan orang bukan maram. oleh sebab itu para ulama mengajar 

" apabila seorang tetamu mengetuk pintu, seorang perempuan hendaknya tidak menjawab dengan suara yang lembut"
malah ia sepatutnya mengasarkan suaranya misalnya dengan meletak tapak tangannya di mulut atau sebagainya. demikian penerangan dalam kitab i'anat al-talibin.

walau bagaimanapun, harus bagi seorang perempuan bercakap secara normal menggunakan suaranya yang biasa. Allah berfirman mafhumnya,

"wahai isteri-isteri nabi kamu semua bukanlah seperti mana perempuan lain kalau kamu tetap bertakwa.oleh sebab itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut dan manja [semasa bercakap dengan lelaki asing]  kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya dan sebaliknya, berkatalah dengan kata-kata yang baik[sesuai dan sopan]." (surah al-ahzab: ayat 32)

menurut ibn Kathir, walaupun secara zahirnya perintah Allah dalam ayat ini ditujukan kepada para isteri nabi, namun tuntutannya meliputi semua wanita beriman. seorang muslimah mestilah berbeza daripada wanita bukan islam dalam aspek cara bertuturnya.

wanita islam yang bertakwa itu penuh dengan adab apabila bercakap. kata-katanya pula tidak menyakitkan dan tidak pula menyinggung orang lain dan berlebihan apabila bercakap. 

ibn zaid pula berkata " seorang muslimah menggunakan nada lembut apabila bercakap dengan suaminya dan berbeza pula apabila bukan bercakap dengan suaminya."
 

{ 2 comments... read them below or Comment }

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -