OMG! Rumah Aneh Dan Termahal Di Dunia
By : Unknownomg!!! rumah paling mahal di dunia ini dimiliki oleh seorang jutawan bernama Mukesh Abbani dari India. rumah ini terletak di mumbai, india dan didiami oleh 3 orang anaknya. 2 000 000 000 kos yang diperlukan untuk membina pencakar langit A.K.A rumah ini
![]() |
| price tag: 2 000 000 000 |
Tag :
informasi terkini,
Pulau yang di Penuhi Patung menyeramkan
By : Unknown
jika anda berada dan melancong ke mexico saya sarankan agar anda mengunjungi selatan bandar mexico, kerana anda akan menemui sebuah pulau dengan latar yang amat menyedihkan malah menggerunkan. pulau tersebut dikenali sebagai isla de las muneces.
pulau tersebut didiami oleh beberapa ribu penduduk, tapi pulau ini adalah rumah kepada ratusan patung-patung yang menakutkan. patung-patung tersebut digantung di atas pokok dengan kepala yang tercabut, mata yang tertanggal dan sebagainya. untuk lebih jelas perhatikan gambar di bawah ini dengan jelas..
pulau tersebut didiami oleh beberapa ribu penduduk, tapi pulau ini adalah rumah kepada ratusan patung-patung yang menakutkan. patung-patung tersebut digantung di atas pokok dengan kepala yang tercabut, mata yang tertanggal dan sebagainya. untuk lebih jelas perhatikan gambar di bawah ini dengan jelas..
![]() |
Tag :
informasi terkini,
9 CARA MANDI PALING ANEH DIDUNIA
By : Unknownberikut merupakan 9 cara mandi paling aneh didunia.
1) curry bath
gambar menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki menikmati kari air panas sambil mandi, mandi seperti ini dikatakan dapat menjaga kulit kita.
2) Petroleum bath
saya anggapkan bahawa ini adalah cara mandi yang paling extreme. jangan biarkan ada percikan api ketika anda mandi atau anda akan terbakar!. gambar lelaki dalam foto adalah lelaki azerbaijan. dikatakan dengan mandi seperti ini dapat efektif dalam mengelak daripada dijangkiti penyakit kulit dan arthritics.
3) Red Wine Bath
foto diambil di jepun. anda boleh menikmati wine anggur (bagi non muslim) sekali ketika mandi.. itupun sekiranya anada tidak jijik.
gambar diambil di kyushu, jepun. mereka menimbuskan seluruh tubuh mereka untuk menikmati mandian ini. mandi seperti ini dikatakan dapat mengeluarkan penuh.. ini macam ala-ala sauna.
kejadian dirakamkan di jepun.orang boleh menikmati bir ketika mandi.. (bagi non muslim)
6)Black Mud Bath
lumpur hitam inii terkenal sebagai mask untuk wajah.. untuk mandian? yukss
7) Milk Bath
ini sangat sesuai bagi yang sangat menjaga kulit mereka.
sambil menikmati chocolate sambil mandi.. tak sampai hati pulak nak mandi.. baik makan je coklat tu.. hikhik
9)tomato bath
macam arghhh~ makanan tu beb!!
special thanks to:KLIK SINI
Tag :
informasi terkini,
70 DOSA BESAR YANG KITA ANGGAP RINGAN
By : Unknown
70 dosa besar yang kita anggap ringan- hari ini kami akan berkongsi ilmu tentang 70 doas yang kita selalu anggap ringan, semoga entry ini akan memeberikan kesarakan dan berguna pada kita semua insyaAllah.
1) syirik iaitu menyekutukan allah
2) membunuh
3) Sihir
4) meninggalkan solat sama ada sengaja ataupun tidak.
5) tidak mengeluarkan zakat
6) Derhaka kepada orang tua
7) makan hasil riba
8) memakan harta anak yatim
9) ingkar kepada suruhan para nabi dan rasul
10) tidak berpuasa pada bulan ramadan (tidak uzur dan sakit)
11) melarikan diri daripada medan perang
12) menjadi pemimpin yang kejam, tidak adil dan tidak amanah dan tidak menjalankan tugas dengan telus
13) berzina
14) meminum arak walaupun tidak sampai memabukkan
15) bersifat angkuh,riak,sombong
16) memberi kesaksian yang palsu
17) melakukan hubungan sejenis (gay, homoseksual)
18) menuduh wanita baik melakukan zina
19) berbuat zalim dengan merampas harta orang yang ditindas
20) mengambil harta zakat secara tidak telus
21) mencuri
22) merompak
23) bersumbah dusta
24) suka berbohong tanpa menyesalinya
25) bunuh diri
26) menjadi hakim yang jahat dan tidak adil
27) memebiarkan isteri melakukan maksiat dan perbuat keji
28) perempuan yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai perempuan
29) memakan bangkai dan daging babi
30)Al-muhallil ( orang berkahwin yang bukan untuk membina rumahtangga tetapi untuk diceraikan kembali setelah melakukan hubungan kelamin untuk membolehkannya bernikah kembali dengan suami pertamanya yang telah menceraikannya dengan talak 3)
31) mengugut
32) tidak membersihkan diri ketika selesai membuang air kecil dan besar
33) riak
34) perbuatan khianat
35) tidak beramal dengan ilmu yangdimiliki
36) menafikan qada dan qadar
37) mengungkit kebaikan yang pernah dilakukan kepada orang lain
38) melaknat
39) mendengar perbuatan rahsia orang lain
40) mempercayai dukun dan pawang
41) khianat kepada para pemimpin yang baik
42) isteri yang melangar perintah suami (yang tidak bertentangan dengan syariat agama ialam)
43) melukis makhluk hidup pada pakaian dan dinding rumah ( bergambar dengan menggunakan kamera boleh sebab ianya tidak menandingi kebesaran Allah, wallualam.)
44) menghina nasab keturunan
45) menghasut
46) meratapi diri (ketika ujian datang menimpa)
47) mengkafirkan orang lain
48) memutuskan hubungan silalaturrahim
49) perbuatan yang melampaui batas (membuat kehancuran)
50) memusuhi para kekasih Allah
51) menghina nabi, rasul dan wali Allah
52) mencederakan orang muslim dan mencaci mereka (dengan sengaja untuk mencari pasal)
53) memakai pakaian sutera dan emas bagi lelaki
54) menyembelih selain daripada niat untuk beribadat kepada Allah
55) hamba yang melarikan diri
56) menyiasat kaum muslimin dan menyabarkan aib mereka
57) meninggalkan solat jumaat untuk bersolat bersendirian
58) memebuat maksiat dan kemungkaran di tanah haram
59) berjudi
60) mencap wajah haiwan ternakan dengan besi yang panas
61) melupakan kebaikan orang lain yang telah diterimanya
62) putus asa kepada Allah
63) tidak takut kepada pembalasan Allah
64) menipu dan menutar timbangan ketika urusan berjual beli
65) minum dengan menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak
66) orang yang menafikan nasabnya daripada ayahnya
67) orang yang mangajak kepada kesasatan dan menganjurkan cara hidup yang bercanggah dengan islam
68) wanita yang menyambung rambutnya atau mengubah sesuatu dalam diri semata-mata untuk kecantikan
69) thiyarah
70) tidak mengamalkan sunah-sunah rasulullah dalam kehidupan seharian
Tag :
article agama,
informasi terkini,
SIMPLE WAY TO RUN BLACKBERRY APPS ON PC
By : UnknownToday i'm gonna show you how to run blackberry apps right on your computer. just follow this simple few step.
STEP 1
download BLACKBERRY simulator HERE
STEP 2
Install it on your computer
STEP 3
click launch\run and probably it will ask you to allow exception in firewall, then click Allow, and the figured below with come up..
STEP 4
when it boot up, it will look like the original blackberry, and now go to App world and download anything you want
STEP 5
We are done!! have a nice day. Feel free to ask me question if you got any problem.
STEP 1
download BLACKBERRY simulator HERE
STEP 2
Install it on your computer
STEP 3
click launch\run and probably it will ask you to allow exception in firewall, then click Allow, and the figured below with come up..
STEP 4
when it boot up, it will look like the original blackberry, and now go to App world and download anything you want
STEP 5
We are done!! have a nice day. Feel free to ask me question if you got any problem.
Tag :
informasi terkini,
jenis-jenis perempuan yang suka single
By : Unknown
Perempuan yang berstatus single sering menjadi rebutan para lelaki, di tambah pula dengan paras rupa yang ayu dan bentuk badan yang menggiurkan, sapa yang tak nak kan? Tapi, bila korang nak 'ayat' je, perempuan tu kata, dia tak nak kapel-kapel ni, jadi single lagi syiokk..Apa perasaan korang time tu? Marah? Kecewa?..Haa, nanti dulu..Korang jangan terus nak marah je, ada sebab kenapa diorang nak stay single-mingle..Kalau nak tahu, meh baca kat bawah ni..
- Satu penelitian telah pun dilakukan oleh Michelle Cove, seorang penulis dengan mewawancarai lebih daripada 100 perempuan. Beliau cuba untuk menentukan apa yang menjadi keinginan dan impian para perempuan tersebut. Setelah selesai wawancara tersebut, beliau pun menyimpulkan keinginan dan impian para perempuan tersebut dalam 12 kategori iaitu:
1. Pencari Teman Hidup.
Perempuan jenis ini percaya bahawa setiap orang memiliki belaian jiwa dan ia akan melakukan apa saja untuk bertemu jejaka pilihannya. Sayangnya, kadang-kadang mereka terlalu fokus untuk mencari jejaka yang tepat sehingga menyebabkan para jejaka lain terpaksa menunggu untuknya.
2. Bangkit Semula.
Mereka yang baru saja mengakhiri hubungan yang menyakitkan akan melakukan apa saja yang boleh dilakukan untuk bangkit dari hubungan terdahulu dan menjadi lebih baik. Mereka tidak menyesali apa yang terjadi dan berusaha mengambil hikmah dari semua peristiwa yang terjadi.
3. Tak Peduli.
Perempuan seperti ini lebih suka membiarkan hidupnya berlalu begitu saja. Dia lebih suka hidup sendiri daripada memburu lelaki dengan berbagai cara. Bila akhirnya dia bertemu jodoh, hal itu hanya akan terjadi secara kebetulan.
4. Menunggu
Mereka percaya dengan kisah-kisah dongeng, di mana para perempuan menunggu untuk "diselamatkan" oleh seorang putera. Perempuan macam ini yakin dimana pada suatu saat akan ada lelaki yang mampu mengambilnya dan mereka memilih menunggu kehadiran jejaka tersebut.
5. Bebanan Kahwin
Seumur hidupnya, dia memuaskan keinginan dirinya untuk meraih kepuasan, sama ada dalam karier, pergaulan, mahupun pencapaian lainnya. Ketika akhirnya mereka berasa sudah sampai waktunya mencari calon suami, mereka akan menghentikan sahaja segala aktiviti yang menjadi keutamaannya.
6. Bebas
Perempuan pada kategori ini selalu khuatir disebabkan mereka harus memilih antara hidup sendiri dan berkomitmen. Biasanya, mereka akan memilih hidup sendiri, tetapi bebas menentukan arah hidupnya.
7. Ingin berkahwin
Perempuan ini biasanya akan berkhayal tentang suatu pernikahan setelah seumur hidupnya tidak memikirkan konsep pernikahan. Hal ini biasanya didorong oleh suatu peristiwa besar yang membuka fikirannya bahawa sesuatu yang diyakininya ternyata tidak tepat.
8. Pembelot
Perempuan yang tak lagi ingin hidup dengan cara yang sama yang dijalani komunitinya meskipun dulunya dia juga mengamalkan gaya hidup tersebut. Dia ingin menemui cara yang sesuai dengan pilihan hatinya meskipun itu bererti dia harus meninggalkan kawan-kawannya.
9. Ingin Perbezaan.
Perempuan yang ingin berkahwin, tetapi juga merasakan kekuatan untuk menjalani suatu pernikahan yang tidak konvensional. Perbezaann itu biasanya bermula sejak penentuan konsep pernikahannya.
10. Menjadi ibu
Perempuan jenis ini selalu berfikir, suatu ketika nanti dia pasti akan menjadi seorang ibu. Namun, dia berharap tidak ada orang lain yang mendesaknya agar segera merealisasikan harapannya itu. Bahkan, kadang-kadang dia sebenarnya akan berasa tidak patut berkahwin untuk mempunyai anak.
11. Lambat dan mantap
Perempuan jenis ini, mungkin juga seperti kebanyakan perempuan lainnya, berharap berkahwin pada waktu yang tepat. Sementara itu, dia akan berusaha sekuat tenaganya untuk tidak menghiraukan segala desakan atau tekanan dari kawan-kawan atau keluarganya untuk segera berkahwin.
12. Perintis
Perempuan jenis ini berasa kehidupan pernikahan tidak sesuai untuknya. Maka, dia akan cuba mencari cara baru untuk mendapatkan kebahagiaan.
p/s: Setiap orang pasti memiliki kategori yang tersendiri kerana secara logiknya, kisah hidup setiap orang sgt berbeza =D
credit Forum tentang cinta
Tag :
article cinta,
informasi terkini,
20 Fakta Menarik Tentang lelaki
By : Unknown1.Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).
2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).
3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan bererti Anda tidak pernah ada di hatinya).
4.Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).
5.. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).
6. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).
7. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).
8. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).
9.Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.
10. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).
11. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).
12. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.
13. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.
14.Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).
15. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).
16. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).
17. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).
18.Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).
19. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).
20.Lelaki sangat menyayangi ibunya.
credit: FTC
Tag :
article cinta,
informasi terkini,
Rahsia Solat Lima Waktu
By : Unknown![]() |
Ali bin Abi Talib r.a. berkata,
"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.
' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'
Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'
1) "Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.
2) Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
3) Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang
bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
4)Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.
5) Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.
' Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'
Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'
Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'
Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
a) Dibebaskan daripada api neraka.
b) Dibebaskan dari nifaq.
"Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata,
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw).
Tag :
article agama,
informasi terkini,
suara wanita aurat atau bukan? [hukum]
By : Unknownmenurut ulama mazhaf syafi'i suara perempuan bukan aurat. dalam hasyiah al bujairami disebutkan "suara perempuan bukanlah aurat menurut pendapat yang lebih sahih.akan tetapi haram mendengarkan suara kepada lelaki bukan mahram apabila dikhuatiri terjadinya fitnah.
suara yang boleh menyebabkan fitnah itu apabila dilunakkan dan dibuat-buat manja apabila berada bersama dengan orang bukan maram. oleh sebab itu para ulama mengajar
" apabila seorang tetamu mengetuk pintu, seorang perempuan hendaknya tidak menjawab dengan suara yang lembut"malah ia sepatutnya mengasarkan suaranya misalnya dengan meletak tapak tangannya di mulut atau sebagainya. demikian penerangan dalam kitab i'anat al-talibin.
walau bagaimanapun, harus bagi seorang perempuan bercakap secara normal menggunakan suaranya yang biasa. Allah berfirman mafhumnya,
"wahai isteri-isteri nabi kamu semua bukanlah seperti mana perempuan lain kalau kamu tetap bertakwa.oleh sebab itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut dan manja [semasa bercakap dengan lelaki asing] kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya dan sebaliknya, berkatalah dengan kata-kata yang baik[sesuai dan sopan]." (surah al-ahzab: ayat 32)
menurut ibn Kathir, walaupun secara zahirnya perintah Allah dalam ayat ini ditujukan kepada para isteri nabi, namun tuntutannya meliputi semua wanita beriman. seorang muslimah mestilah berbeza daripada wanita bukan islam dalam aspek cara bertuturnya.
wanita islam yang bertakwa itu penuh dengan adab apabila bercakap. kata-katanya pula tidak menyakitkan dan tidak pula menyinggung orang lain dan berlebihan apabila bercakap.
ibn zaid pula berkata " seorang muslimah menggunakan nada lembut apabila bercakap dengan suaminya dan berbeza pula apabila bukan bercakap dengan suaminya."
Tag :
article agama,
informasi terkini,
































