Popular Post

Posted by : Unknown Khamis, 26 Julai 2012

Assalamualaikum (^_*)...




     penolong jurulatih Real madrid , Aitor Karanka kelihatan mencadangkan bahawa pemain tengah antarabangsa Brazil, Kaka, mungkin akan meninggalkan Real madrid ekoran ketiadaan beliau dalam skuad kendalian Jose Maurinho pada perlawanan persahabatan pramusim menentang oviedo.

      Real membelasah pasukan divisyen 3 itu dengan jaringan 5-1 selasa lepas walaupun maurinho menurunkan skuad ke-2 beliau.

        Beliau hanya menurunkan 3 pemain skuad utama, Alvaro moata, esteban dan penjaga gol adan. Tetapi Real bermula garang apabila lucas VazQuez membuka jaringan pada minit kesembilan sebelum Denis tchersyhev manambah gol pada minit ke-30 dan dua minit kemuadian, Esteven Grareno menjaringkan gol ketiga.

      Matar Diop martins merapatkan jarak kedudukan buat oviedo apabila menjaringkan gol pada minit ke enam selepas rehat tetapi Angel Di maria melengkapkan jaringan dengan dua gol pada minit ke-56 dan minit ke-74.

       Kaka yang sentiasa dikaitkan dengan perpindahan dari Real madrid sejak 12 bulan setelah bergelut membuktikan nilai 50 juta pound yang dibayar kepada AC milan untuk mendapatkan khidmatnya pada 2009.

     Pemain terbaik dunia pada tahun 2007 itu deselubungi kecederaan sejak tiba di Bernabue dan mendapati dirinya tidak berada dalam perhatian Maurinho yang lebih gemar menurunkan Mesut Oezil sebagai perancang utama.

      Laporan di sepanyol mendakwa kaka ada bertemu dengan Maurinho dan pengarah urusan kelab, jose angel sanchez, isnin lepas dan diberitahu bahawa beliau adalah pemain lebihan sebelum digugurkan dalam squad yang menentang oviedo.

    Dan ketika karanka tidak menjelaskan kedudukan sebenar semasa perlawanan persahabatan itu, beliau ada membayangkan bahawa perbincangan tentang kemungkinan perpindahan itu masih berjalan.

   "Kami membuat keputusan beliau seharusnya kekal di Real madrid  (berbanding bersama dengan squad oviedo). kaka dan kelab mencuba mencari satu penyelesaian yang baik untuk kedua-dua pihak," kata karanka. "ricardo adalah salah seorang pemain kami dan satu contoh profesionalisme" 



Leave a Reply

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -