- Back to Home »
- article agama »
- Jangan Tinggal daku!
Posted by : Unknown
Rabu, 11 Julai 2012
Assalamualaikum (^_*)...
Pertama: aku tidak mahu engkau dicampakkan kedalam api neraka yang marak selama 30 tahun, yang mana apabila ditukarkan ke angka tahun akhirat yakni menjadi 60 ribu tahun.
kedua: aku tidak mahu engkau mendapat dosa bagai membunuh seribu umat islam.
ketiga: aku tidak mahu dosamu dicatat sebagai telah meruntuhkan baitullah iaitu kaabah yang agung di masjidilharam.
keempat: aku tidak mahu dosamu ditambah yakni dosa yang sama bagai berzina dengan ibu kandung sendiri.
kelima: aku tidak mahu hidupmu di muka bumi ini hilang dari keredhaannya, tidak mendapat nikmat nya. oleh kerana itu janganlah engkau tinggalkan kelima-lima waktu yang telah aku sebutkan di atas.
sesungguhnya aku tidak sanggup melihat engkau tersiksa dengan hukuman yang maha berat itu. aku tidak akan pernah minta kemewahan, jauh sekali wang ringgitmu. yang aku pinta hanya sedikit waktu. bahkan hanya sekadar lima minit.
Ya! itulah masa yang aku pinta, agar engkau tidak meninggalkan aku... SOLAT LIMA WAKTU..
sabda rasulullah (s.a.w): "perkara pertama yang akan dinilai oleh Allah s.w.t di akhirat adalah solat. jika seseorang hamba itu baik solatnya, maka dia akan mendapat kejayaan. sebaliknya pula jika dia tidak menyempurnakannya, dia akan menerima kekecewaan dan kerugian" - hadis riwayat at-tabrani.