- Back to Home »
- article agama »
- Antara Manusia, Malaikat Dan Syaitan
Posted by : Unknown
Jumaat, 27 Julai 2012
Assalamualaikum(^-*)...
Antara Manusia, Malaikat Dan Syaitan
Manusia: Eh, dah subuh dah?
Malaikat: Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan: Alahhhhhh, kejaplah. Ngantuk ini.. Awal lagi nie..Manusia: Nak makan, laparlah..
Malaikat: Wahai anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan: Ahh, tak payahlah...! Dah lapar ni !! Emmm, sedapnyaa!!
Manusia: Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat: Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan: Ehh, panaslah! Takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia: Alamak, dah lewat!
Malaikat: Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan: Ahhh! Awal lagi? Emmm.. Aaaahh? Suruh si fulan,
punchkanlah?
Manusia: Azan sudah kedengaran...
Malaikat: Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan..
Syaitan: Baru pukul berapa.. Rilex lah, awal lagi ni..
Manusia: Eh, eh... tak boleh tengok ini! Berdosa...!
Malaikat: Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganm. Sesungguhnya
Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui!
Syaitan: Perggghh...!! Best tu... Rugi wooo kalau tak tengok nie..
Manusia: Saudaraku sedang melakukan dosa..
Malaikat: Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan: Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang.. Lantaklahh!!
Manusia: Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain.
Malaikat: Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan: Sendiri fikirlah! Semua dah besar.. Buat apa susahkan diri..?
Pandai² lah?
Manusia: Aku telah berdosa..
Malaikat: Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu.. Sesungguhnya Allah
Maha Pengampun..
Syaitan: Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat...!
Lagipun muda hanya sekali.. Rugila!! (kalau sempatla..)
Manusia: Kalau pergi, mesti seronok!
Malaika: Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang
dimurkai Allah! Berpalinglah dari jalan itu...
Syaitan: Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh!!
Manusia: Uuhhh, letihnya harini.. Tak solat lagi nih!
Malaikat: Wahai anak Adam, taatilah Allah dan Rasul-NYA, kebahagiaan
di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan: Hey anak Adam, ikutilah aku! Kebahagiaan di dunia (sahaja)
dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda: Patutkah aku biarkan artikel ini untuk pengetahuan aku
seorang..?
2. Malaikat: Ingatkanlah pada kawan² yang anda kenal..
(majukan artikel ini)
3. Syaitan: Tak payahlah sebuk²..!! Biarkan...