Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan
SAFEE SIMPATI NASIB MUSLIM AHMAD DAN ASHA'RI DAN SARAN TUBUH PERSATUAN PEMAIN PROFESSIONAL.
By : Unknown![]() |
| dari kiri muslim ahmad, asha'ri, peter butler |
beliau yang kini bermain untuk Pelita jaya FC, indonesia berkata bola sepak negara sedang mengalami transformasi dan pemain turut mengalami tempiasnya di mana keadaan itu memerlukan satu pihak yang professional serta aktif untuk melindungi para pemain.
"situasi yang dialami dua orang pemain terengganu iaitu Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi (asha'ri) sebagai contoh, betapa perlunya persatuan pemain bola sepak professional di negara ini ditubuhkan. dengan adanya persatuan tersebut, masalah yang dihadapi oleh pemain dapat ditangani dengan sewajarnya.
"saya amat bersimpati dengan keadaan yang dialami oleh kedua-dua rakan saya itu, hingga diaibkan sampai sebegitu rupa" katanya pada majlis sambutan hari raya SYM (sanyang motor) bersama safee sali di kilang terbabait di alma.
![]() |
| salee sali, penyerang kebangsaan Malaysia |
bekas pemain selangor, sarawak dan Kuala Lumpur itu mengulas mengenai nasib dua tonggak terengganu tersebut yang didakwa jurulatih mereka peter butler bahawa mereka membawa wanita ke bilik hotel di Alor Seter pada nawal pagi hari perlawanan kumpulan B Piala Malaysia Terengganu menentang Kedah, selasa lalu.
kedua-duanya telah menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah yang dilemparkan kepada mereka serta bercadang mengambil tindakan undung-undung, dalam satu sumber memberitahu bahawa "saya sanggup bersara daripada dituduh bawa perempuan masuk bilik"
KATA PEMAIN PERTAHANAN TERENGGANU MUSLIM AHMAD.
Safee yang juga duta SYM berkata pemain bola sepak negara ini amat memerlukan satu pihak yang dapat bertindak melindungi mereka seperti yang dilakukan oleh pemain di Indonesia.
katanya persatuan pemain bola sepak di republik itu begitu aktif dalam menjaga dan memeberi panduan kepada pemain mereka. "bermacam hal dalam melindungi pemain dilakukan oleh persatuan mereka hingga ke soal gaji turut diutarakan, hingga ada yang merujukkanya ke persatuan bola sepak antarabangsa (FIFA)" katanya
sementara itu, safee berkata fenomena pihak industri semakin banyak memilih pemain bola sebagai iklan produk mereka juga memerlukan satu anjakan paradigma daripada pemain itu sendiri. katanya pemain bola sepak atau atlet harus lebih berpengetahuan supaya tidak mudah diperdaya dan diambil kesempatan terhadap populariti yang dipergunakan ke atas mereka.
" mereka (pemain bola sepak dan atlet) perlu ebih peka dan memahami prosedur sebelum bersetuju atau menandatangani sebarang kontrak syarikat yang ada" katanya. berliau berkat amereka juga seharusnya bertindak secara professional dengan melantik mana-mana pihak yang lebih berpengetahuan untuk menguruskan karier mereka kerana pendapatan tidak hanya datang dari arena sukan semata-mata .
slogan bola sepak paling popular
By : Unknown
Assalamualaikum(^-^)
Top 10 slogan bola sepak yang popular pada abad ini..
- Man United: Glory-Glory Man United (GGMU)
- Chelsea = Keep The Blue Flag Flying High (KTBFFH)
- Arsenal = Victoria Corcordia Crescit (VCC)
- Liverpool = You'll Never Walk Alone (YNWA)
- Man City = City Till We Die (CTWD)
- Real Madrid = Hala Madrid (HM)
- Barcelona = Mes que Un Club (MQUC)
- AC Milan = Forza Milan (FM)
- Inter = Forza Inter (FI)
- Juventus = Vioci Per Noi Magica Juve (VPNMJ)
Tag :
sukan,
Kaka Bakal tinggalkan Real madrid?
By : Unknown
Assalamualaikum (^_*)...
penolong jurulatih Real madrid , Aitor Karanka kelihatan mencadangkan bahawa pemain tengah antarabangsa Brazil, Kaka, mungkin akan meninggalkan Real madrid ekoran ketiadaan beliau dalam skuad kendalian Jose Maurinho pada perlawanan persahabatan pramusim menentang oviedo.
Real membelasah pasukan divisyen 3 itu dengan jaringan 5-1 selasa lepas walaupun maurinho menurunkan skuad ke-2 beliau.
Beliau hanya menurunkan 3 pemain skuad utama, Alvaro moata, esteban dan penjaga gol adan. Tetapi Real bermula garang apabila lucas VazQuez membuka jaringan pada minit kesembilan sebelum Denis tchersyhev manambah gol pada minit ke-30 dan dua minit kemuadian, Esteven Grareno menjaringkan gol ketiga.
Matar Diop martins merapatkan jarak kedudukan buat oviedo apabila menjaringkan gol pada minit ke enam selepas rehat tetapi Angel Di maria melengkapkan jaringan dengan dua gol pada minit ke-56 dan minit ke-74.
Kaka yang sentiasa dikaitkan dengan perpindahan dari Real madrid sejak 12 bulan setelah bergelut membuktikan nilai 50 juta pound yang dibayar kepada AC milan untuk mendapatkan khidmatnya pada 2009.
Pemain terbaik dunia pada tahun 2007 itu deselubungi kecederaan sejak tiba di Bernabue dan mendapati dirinya tidak berada dalam perhatian Maurinho yang lebih gemar menurunkan Mesut Oezil sebagai perancang utama.
Laporan di sepanyol mendakwa kaka ada bertemu dengan Maurinho dan pengarah urusan kelab, jose angel sanchez, isnin lepas dan diberitahu bahawa beliau adalah pemain lebihan sebelum digugurkan dalam squad yang menentang oviedo.
Dan ketika karanka tidak menjelaskan kedudukan sebenar semasa perlawanan persahabatan itu, beliau ada membayangkan bahawa perbincangan tentang kemungkinan perpindahan itu masih berjalan.
"Kami membuat keputusan beliau seharusnya kekal di Real madrid (berbanding bersama dengan squad oviedo). kaka dan kelab mencuba mencari satu penyelesaian yang baik untuk kedua-dua pihak," kata karanka. "ricardo adalah salah seorang pemain kami dan satu contoh profesionalisme"
Tag :
sukan,

.jpg)

