- Back to Home »
- ~Panduan Penjagaan Reproduksi Wanita~
Posted by : Unknown
Jumaat, 11 Mei 2012
Cemburu dengan bentuk tubuh terutama bahagian pinggul selebriti Hollywood atau selebriti tanah air? Mahu kelihatan cantik dan seksi seperti mereka?
Lebih baik, jangan terlalu mementingkan bentuk tubuh yang seksi semata-mata. Paling penting bagi golongan wanita adalah menjaga bahagian reproduksi dengan baik lebih-lebih lagi dari aspek kesihatan.
Maksudnya, jaga otot dan tulang pinggul dengan baik untuk menjamin kesihatannya. Pinggul yang sihat membuatkan anda kelihatan lebih seksi.
Mahu tahu panduan menjaga kesihatan bahagian tubuh badan yang penting?
Ikuti tip dibawah:
Kebiasaan Memberi Kesan
Jika dilihat dari penampilan anda dari bahagian belakang badan, tulang pinggul di bahagian pinggul memberikan bentuk tubuh agar kelihatan lebih berlekuk.
Namun, jika diperhatikan lagi, tulang pinggul ini dibentuk oleh tiga tulang yang saling berhubungan dan ia sangat penting bagi menentukan kebolehan anda untuk melahirkan anak secara normal ataupun sebaliknya.
Menurut pakar, bahagian dalam tulang pinggul ini membentuk seperti ovul dan semakin ke bawah ia membentuk segi tiga. Di bahagian ini, terdapat banyak organ termasuklah organ reproduksi.
Inilah sebab dikatakan bahawa sangat penting untuk menjaga kekuatan tulang ini. Seperti yang kita sedia maklum, kekuatan tulang bakal berkurangan disebabkan pengaruh hormon, terutama apabila meniti ke alam menopause.
Ini kerana, hormone estrogen, selain dapat mempengaruhi kesihatan tulang, memberi pengaruh kepada jantung, kulit dan mata.
Tidak dinafikan, di usia muda kita kelihatan sihat tanpa sebarang risiko penyakit berkaitan tulang atau pinggul. Namun kebiasaan kita sedari muda ini akan memberi kesan ketika usia mencecah 40 ke atas.
Ini adalah kerana, wanita di ambang usia 40-an yang akan menempuh saat-saat menopause akan mengalami kekurangan estrogen. Biasanya, bahagian-bahagian di sekitar pinggul, tulang belakang dan lengan menjadi tumpuan diserang sakit.
Jadi, adalah penting menjaga kesihatan bermula dari usia yang muda.
Kalsium dan Makanan Seimbang
Pengambilan makanan juga penting untuk menguatkan tulang pinggul. Makanan seimbang seperti kandungan lemak, karbohidrat dan protein juga perlu dititikberatkan.
Janganlah anda langsung tidak mengambil lemak dalam makanan anda. Lemak juga diperlukan oleh tubuh, terutama sekali apabila anda aktif dan masih produktif lagi untuk membentuk hormone estrogen dan progesterone, yang boleh mempengaruhi kekuatan tulang.
Antara senarai zat yang disebutkan tadi, sudah tentunya pengambilan kalsium adalah yang paling penting dan perlu dititikberatkan.
Jika selama ini kita fikir hanya susu sahaja yang mengandungi kalsium dan boleh membantu menguatkan tulang, ternyata anda silap sebenarnya. Keperluan kalsium pada individu berbeza dan ia juga bergantung pada faktor usia dan aktiviti seharian anda.
Wanita di usia muda memerlukan lebih kalsium kerana cenderung lebih aktif bergerak dan lebih produktif.
Kalsium bukan sahaja datangnya daripada susu ataupun produk-produk susu seperti keju, tetapi boleh juga hadir di dalam makanan seperti daging.
Jika anda tidak gemarkan susu, boleh juga nikmati makanan lain yang mempunyai kalsium. Jadi, tidak ada alasan lagi untuk anda mengelak.
Elak Jatuh
Masa itu emas.
Tapi jangan salah sangka.
Jangankan kerana memegang prinsip itu, anda melakukan kerja terburu-buru, dan sentiasa cepat hinggakan anda tidak hiraukan soal keselamatan dan kesihatan diri.
Berjalan atau berlari terburu-buru boleh mengakibatkan kemalangan.
Ada juga yang lebih senang menunggang motosikal dengan tujuan mahu menjimatkan masa ke tempat kerja tanpa perlu menghadapi kesesakan lalu lintas.
Bawa diri anda sebaik-baiknya. Maksudnya, berhati-hati ketika berjalan, berlari, mahupun ketika menunggang motosikal. Kerosakan tulang terutama di bahagian tulang panggul, boleh berlaku jika anda terjatuh, ketika menunggang motosikal.
Fungsi tulang pinggul akan berubah dan bengkok hingga mneyebabkan bentuk ovalnya lari daripada bentuk asal.
Tentu nampak tidak cantik dan sedikit mencacatkan 'pemandangan' bukan?
Kemungkinan lain pula, tulang pinggul yang tidak sempurna tadi, boleh mempengaruhi situasi anda ketika mahu melahirkan anak. Kerana bentuk jalan lahirnya tidak sempurna dan bentuk panggulnya tidak bagus, bimbang nanti anda melahirkan anak dengan cara pembedahan (Caesarean) pula.
Bersenam
Imbas kembali kali terakhir anda bersenam atau olahraga.
Adakah seminggu, sebulan atau setahun yang lalu?
Wah, teruk sangatlah kalau sememangnya sudah setahun anda tidak berolahraga.
Sebaiknya, anda harus mula menyenaraikan latihan olahraga sekurang-kurangnya tiga kali seminggu di dalam rutin anda seharian.
Ini memastikan tulang anda tetap kuat walaupun anda semakin dimakan usia.
Olahraga yang paling penting sekali adalah latihan beban. Olahraga lain seperti jogging, jalan kaki, berjalan atau angkat berat yang boleh memberikan beban terhadap tulang belakang anda juga perlu dilakukan.
Jaga Otot Lain
Bukan sahaja tulang pinggul yang perlu diberi perhatian, tetapi otot pinggul juga perlu dijaga dengan baik.
Otot pinggul ini berfungsi sebagai landasan kepada organ reproduksi termasuk rahim dan ovari.
Rahim yang ada di dalam rongga perut seolah-olah 'melayang' tetapi ada tali penggantungnya di sebelah kanan dan kiri, juga dibahagian depan, belakang, atas dan bawah yang menempel di otot.
Jika otot ini kuat, ia bermaksud keadaan organ reproduksi berada di dalam posisinya yang terbaik.
Keadaan otot pinggul untuk wanita berusia 20 – 30 tahun biasanya berada di dalam keadaan yang baik. Justeru, sejak di usia muda lagi lah kita perlu melatih dan memeliharanya agar terus berada dalam keadaan yang sihat dan baik hingga ke tua.
Ku mengenalmu lewat JIWA,, bukan lewat MATA