Popular Post

Posted by : Unknown Khamis, 24 Mei 2012

Kebahagian dalam rumah tangga takkan datang begitu saja. Perlu ada usaha untuk meraihnya. Usaha itu juga tidak boleh dilakukan sebelah pihak sahaja, suami dan isteri perlu sama-sama melakukannya. Berikut adalah 20 petua yang boleh dipraktikkan oleh pasangan suami isteri dalam mengekalkan kebahagian rumah tangga mereka.

1. Jaga perasaan pasangan. 
Jangan melakukan sesuatu yang diketahui menyakitkan hati pasangan.

2. Beri Perhatian. 

Jadilah pendengar yang baik namun sekiranya anda sedang sibuk minta pasangan menunda ceritanya sehingga masa yang sesuai. Itu lebih baik dari anda mendengar acuh tak acuh.

3. Berkongsi kegembiraan. 
Lewati waktu-waktu sedih, sukar atau bahagia bersama-sama dengan pasangan.

4. Menjaga sopan santun.
Jangan lupa mengucapkan kata terima kasih, tolong dan maaf. Ungkapan ini akan membuatkan pasangan rasa dihargai.

5. Senangkan hati pasangan. 
Selalu berikan senyuman manis kepada pasangan agar dia senang dan berasa bahagia menjalani harinya.

6. Saling menghargai privasi.
Setiap individu berkehendakkan masa untuk bersendirian jadi hormatilah privasi pasangan. Selain itu jagalagh rahsia pasangan, jangan sesekali bercerita tentangnya kepada rakan-rakan.

7. Elakkan pernah mengucapkan kata-kata ini "Dulu lagi saya dah cakap.."
Kalimah ini akan menekankan kesalahan pasangan hingga membuatkan pasangan berasa rendah diri.

8. Penyelesaian masalah. 
Cari jalan terbaik bagi anda berdua bila berhadapan denagn masalah. Ketepikan ego ketika menanganinya.

9. Pertahankan bara cinta.
 
Selalu terbuka dn saling meluahkan perasaan adalah cara paling baik agar hubungan selalu mesra.

10. Jangan suka membanding-bandingkan.
Trimalah pasangan seadanya kerana anda yang memilihnya.

11. Ungkapkan dengan kata-kata. 
Jangan berharap pasangan boleh membaca fikiran anda. Nyatakan keinginan atau perasaan anada dengan kata-kata.

12. Awas bila mengkritik. 
Jaga kata-kata andabila membuat kritikan jangan sampai menghiris hati pasangan.

13. Perhatikan masalah pertama muncul dalam rumah tangga. 
Dua tahun pertama adalah masa yang penting bagi sesebuah perkahwinan. Belajarlah bekerjasama dan membinasakan diri dengan kehidupan rumah tangga.

14. Meminimukan konflik kewangan.
Sekiranya boleh usahakan untuk membuka akaun simpanan masing-masing dan juga satu akaun bersama. Bahagikan perbelanjaan rumah tangga dengan saksama agar tidak menimbulkan rasa tidak puas hati.

15. Atur waktu khusus untuk menyelesaikan konflik dan masalah.
 
Pastikan waktu itu anda dan pasangan berfikiran tenang dan tidak lagi beremosi.

16. Saling memaafkan. 
Pasangan anda juga manusia yang tidak lari daripada melakukan kesalahan. Jadi maafkan kesalahan yang dilakukan agar tidak mencemari hubungan terlalu lama.

17. Jangan menoleh kebelakang. 

Cuba menerima dan melupakan masa lalu pasangan terutama sekali yang negatif.

18. Jangan biarkan konflik atau masalah berlarutan. 

Segera cari jalan penyelesaian agar tidak menjejaskan hubungan.

19. Tetap bertanggungjawab walaupun anda dan pasangan didalam konflik.
Mengabaikan apa yang menjadi kewajipan terutaman di saat "genting" boleh mengaibatkan keadaan semakin keruh.

20. Cari bantuan pihak ketiga.
Jika rumah tangga terjebak dalam konflik yang serius dan anda tidak lagi dapat menanganinya jangan ragu mencari bantuan pihak ketiga saa ada penasihat rumah tangga profesional atau teman anda yang anda percayai.

Leave a Reply

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -