Popular Post

Posted by : Unknown Jumaat, 11 Mei 2012

1. Pastikan duit cukup untuk belanja teman wanita. 
2. Sudah mengetahui di mana tempat ber'dating'. 
3. Penampilan mesti kemas bergaya. 
4. Kunyah gula getah atau ambil makanan berperisa pudina untuk elak nafas berbau. 
5. Seutas jam tangan untuk melihat waktu. 
6. Kenalpasti jenis kenderaan. Tidak sesuai naik 'kapcai' ketika cuaca panas. 
7. Memakai wangian dan deadoran supaya Dia menyenangi 'bau' anda. 
8. Tepati waktu yang di janjikan. Jangan terlewat kerana sesungguhnya penantian itu suatu penyiksaan. 
9. Ucapkan kata-kata manis ketika menyambut ketibaannya. 
10. Jangan tergopoh-gapah dalam perbualan, dan jika ini kali pertama anda keluar bersama hindarkan berbicara mengenai 
kahwin. 
11. Elak berbual tentang politik,kisah silamnya, bekas teman lelakinya atau perkara yang Dia tidak suka. 
12. Jangan pula asyik bertanya perkara yang sama ketika berbual hingga timbul rasa 'boring'. 
13. Pimpin tangannya sekali sekala ketika berjalan bersamanya terutama ketika menyeberang jalan. 
14. Jika bertemu dengan rakan-rakan secara kebetulan, pastian tumpuan di berikan pada Dia. 
15. Tontonlah filem yang anda berdua sukai ketika berdating. 
16. Elakkan makan di tempat yang sesak dan Dia tidak sukai, dan pilih makanan kegemarannya. 
17. Yang penting jangan mengambil makanan yang memberi kesan terhadap pernafasan seperti petai. 
18. Ketika makan tunjukkan sifat yang sopan, jangan bersendawa kuat. Tutup mulut ketika sendawa dan sambung dengan alhamdulillah. 
19. Sentiasa memberikan senyuman dan berada dalam suasana yang ceria. 
20. Elakkan memandang wanita/gadis lain yang lalu lalang. Bukan apa, khuatir nanti hatinya terguris. 
21. Hiburkanlah hatinya dengan perkara yang menyenangkan. 
22. Renunglah matanya ketika berbual. Ini bermakna anda menghormatinya. 
23. Sebaik bertemu, ucapkan kata-kata manis atau pujian tentang pakaian atau dandanannya. 
24. Jangan sesekali berbual perkara yang buruk seperti mengumpat atau perkara lucah. Anda bukan budak-budak lagi. 
25. Jika keluar pada waktu malam pastikan si dia pulang awal. Anda berhak menentukan masa untuk pulang. untuk lebih 
selamat hantar hingga ke depan pintu rumah. 
26. Jika perlu hadiahkan satu benda yang bernilai sebagai tanda sayang dan pengalaman indah bersamanya. 
27. Sebelum berpisah, ucapkan terima kasih.

Leave a Reply

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -