- Back to Home »
- pakai cincin ikut SUNNAH NABI S.A.W
Posted by : Unknown
Jumaat, 11 Mei 2012
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.
♥ Jika cinta adalah kerinduan, maka jadikanlah rindu ini dalam zikir padaMu ya Allah.
♥ Jika cinta adalah air mata, maka jadikan ia air mata taubat kepadaMu ya Allah.♥ Jika cinta ini adalah ketulusan, maka jadikanlah hati ini untuk selalu tulus dalam menerima semua takdirMu.
"Ya Allah..Jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikan orang yang beriman mencintaiku"
[Riwayat muslim]