Posted by : Unknown
Sabtu, 12 Mei 2012
HARI IBU ADALAH "HARAM" ya Allah baru tahu...SEBARKAN..
ibu
Kasih Ibu Tiada Hadnya
Terima satu e-mail tentang Hari Ibu tak boleh sambut. Aku pun tak
berani nak komen, sama seperti Hari Kekasih tak boleh sambut!!!
Jika anda ada membaca tentang entri aku tentang Hari Ibu atau Hari Kekasih pasti mengetahui pandangan aku.
Segala pelakuan kita semua tentang "niat" atau tujuan. Kalau kita nak
sambut hari Ibu kerana kita sayangkan ibu kita..apa salahnya. Itu
pendapat saya.
Walau apapun , sebagai pihak berkecuali tidak
ada salahnya jika kita mengetahui asal usul hari Ibu ini. Janganlah kita
buta mengikut semua perayaan tanpa tahu tujuan dan asalnya.
SILA BACA ARTIKEL DI BAWAH INI:
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga
orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan
mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka
namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat
setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan
Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian
akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama.
Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother
Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau
Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut
juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja
sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga
kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan
dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan
untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan
ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu
sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke
seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother
Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang
memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang
kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun
dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf
dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika
Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe.
Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The
Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu
patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah"
dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan
Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna
Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari
Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West
Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua
kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak
dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna
Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri,
golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara
meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada
tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan
wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara
rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti
raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian
besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan,
tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan
Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.