Popular Post

Posted by : Unknown Isnin, 25 Jun 2012

Assalamualaikum kawan2 semua.. sejuk kan malam nie..jom layann sajak nak? cik jannah nak share sebuah sajak yang bertajuk "Bahaya Cinta Dunia" hasil karya abuuya ashaari .. 



Bahaya cinta dunia


Cinta dunialah membuatkan manusia cintakan diri
Cintakan diri membawa manusia hidup nafsi-nafsi
Cintakan dunialah membawa pecahnya sanak saudara
Apatah lagi sekadar kenalan dan kawan-kawan biasa
Cintakan dunia hilang kasih sayang sesama manusia
Cinta dunialah yang membunuh kasih sayang
dan memecahkan perpaduan keluarga dan bangsa
Akhirnya timbul perpecahan dan perseteruan di kalangan manusia
Pergaduhan pun berlaku, perkelahian terjadi  peperangan berlaku
Cintakan dunia ibarat racun membunuh kasih sayang
Cinta dunia adalah musuh manusia sejagat
Tapi manusia tidak sedar dan tidak faham
Sungguh kejam cinta dunia itu
Ia mengharu-birukan kehidupan manusia
Ia merenggangkan persaudaraan, memecah-belahkan bangsa dan saudara..

credit to:Abuuya ashaari

Leave a Reply

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -