Popular Post

Posted by : Unknown Ahad, 24 Jun 2012

Assalamualaikum kengkawan..hari nie cik jannah nak share sebuah cerita cinta yang amat pendek dan ringkas tetapi mengandungi pelbagai teladan n pengajaran.. tajuk dia "aku simpan cinta pudar itu" ..hope korang enjoy n dapat ambek pengajaran..


The story begin (^_^)....


Fazli dan Jenab sepasang kekasih yang telah bertahun-tahun bersama, pada suatu hari Jenab merasa bosan dengan hubungan cintanya bersama Fazli.Malah rasa cinta semakin menghilang. Dia terasa ingin sahaja menamatkan kisah cinta mereka namun hatinya tak sampai hati untuk melukakan hati Fazli, lelaki yang pernah dicintai suatu ketika dahulu. Disebabkan dia tak sampai hati untuk melukakan hati Fazli, jadi dia berusaha untuk mengembalikan perasaan cinta di hatinya untuk fazli. Hari-hari dia berjumpa Fazli dan meluangkan banyak masa dengan lelaki itu. Kenangan-kenangan lama mereka di imbau untuk dia merasakan kembali perasaan dulu. Lama-kelamaan cinta itu kembali hadir dan perasaan cintanya kembali berbunga. Bukan mudah untuk mekarkan kembali cinta yang telah layu tapi dia berusaha demi orang yang pernah dia sayangi. Hubungan mereka kembali seperti biasa, sehinggalah suatu hari Fazli mengajaknya bertemu untuk berbincang suatu hal yang penting. " Jenab, aku rasa hubungan kita setakat ini sahaja." Luah Fazli. " Kenapa?" jenab tersentap. " Sebab aku rasa aku ingin bersendirian." Jenab tersenyum dan matanya mula menitiskan air mata. " Kau dah bosan dengan aku?" " Ya" " Baik, tapi aku nak tanya sesuatu." " apa dia?" " Pernah ke kau cuba rawat perasaan cinta kau yang makin kilang tu? pernah tak kau berusaha untuk hilangkan bosan tu? pernah kau pikirkan perasaan aku bila buat keputusan ini?" " Er, tak. Kenapa?" " Sebab aku pernah rawat cinta aku yang makin menghilang pada kau, aku pernah hilangkan bosan aku bila bersama kau, aku pernah tanam semula perasaan aku pada kau. Aku pernah hilang perasaan cinta pada kau! tapi aku usaha kembalikan semuanya seperti dulu sebab aku pikirkan perasaan kau" fazli terkedu, dia tak pernah menyangka setiap perkataan yang diluahkan oleh Jenab. " Jenab, aku minta maaf." " Sudahlah, ini jadi pengajaran untuk aku." Kata Jenab lalu beredar dari situ dengan tangisan yang ditahan-tahan. Dua bulan kemudian. "Jenab." Panggil Fazli. " Kau nak apa?" " Boleh tak kita kembali seperti dulu, aku minta maaf sangat-sangat. Sekarang baru aku sedar yang tiada perempuan yang menyayangi aku seperti kau. Aku tahu kau marahkan aku, tapi tolong bagi aku peluang sekali lagi." Rayu Fazli. " Dah terlambat, Aku tak perlukan lelaki macam kau."

Leave a Reply

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -