- Back to Home »
- article cinta , fakta , tips dan nasihat »
- Bagaimana Memperoleh Kepercayaan Pasangan?
Posted by : Unknown
Rabu, 13 Jun 2012
Kepercayaan dan kejujuran merupakan nadi utama dalam sesebuah ikatan. Tanpanya, kasih sayang yang terjalin tidak mungkin berkekalan sehingga ke akhir hayat. Namun begitu, bukan mudah untuk membina kepercayaan dalam sebuah hubungan.
Justeru tidak hairanlah masih ada pasangan yang belum saling percaya meskipun sudah lama mengenali di antara satu sama lain. Apatah lagi bagi mereka yang baru berkenalan, perasaan sangsi sentiasa merajai hati masing-masing.
Sebenarnya, ada cara mudah yang boleh dipraktikkan dalam membina kepercayaan antara pasangan. Mungkin ia bukanlah perkara yang terlintas di fikiran anda tetapi realitinya cara tersebut amat diperlukan bagi memastikan perhubungan yang terjalin tidak terlerai di tengah jalan.
Untuk wanita yang masih lagi buntu memikirkan cara, langkah-langkah di bawah boleh dipraktikkan untuk memperbaiki hubungan, khususnya untuk mempertingkatkan tahap kepercayaan dalam diri masing-masing.
1. Anda perlu menjadi individu yang boleh diramal kerana percintaan atau ikatan perkahwinan sebenarnya tidak memerlukan sesuatu yang 'thrill' untuk membuatkan ia bernyawa. Namun, itu bukan bermakna anda tidak boleh melakukan kejutan buat pasangan sekali-sekala tetapi pastikan ia dilakukan dengan tenang dan konsisten. Ini kerana sikap yang sentiasa konsisten banyak membantu dalam membina sebuah kepercayaan.
2. Seterusnya anda perlu mempercayai kebolehan dan kecekapan pasangan anda. Dalam apa jua perkara atau situasi anda perlu mempercayai kemampuan si dia, dalam memahami apa yang terjadi di sekeliling anda. Tidak perlu terlalu melulu atau bergantung sepenuhnya kepada pasangan tetapi cukup sekadar dalam beberapa hal dan situasi kerana perasaan itu akan membolehkan anda melangkah setapak ke hadapan dalam usaha membina kepercayaan dalam ikatan kalian.
3. Berlaku jujurlah dalam apa sahaja situasi kerana rahsia yang terpendam hanya akan membinasakan hubungan yang terjalin antara anda dan pasangan. Percayalah, dengan bersikap jujur anda bukan hanya akan memperoleh kepercayaan daripada pasangan sebaliknya anda juga akan lebih dihargai.
4. Cubalah untuk bersikap matang dalam menjalinkan hubungan. Sikap matang dalam menangani sebarang masalah terutama tidak cemburu membabi buta akan membuatkan si dia lebih menghormati anda. Sikap tersebut juga menunjukkan bahawa anda mempunyai kepercayaan terhadap dirinya. Ini secara tidak langsung akan membuatkan si dia turut menaruh kepercayaan terhadap diri anda.
5. Jangan melakukan sesuatu yang boleh meragut kepercayaan pasangan terhadap anda. Sekali anda melakukan kesalahan, dia pasti akan menaruh syak wasangka seandainya berlaku sesuatu di masa akan datang. Walaupun lelaki mungkin akan melupakan apa yang berlaku dengan mudah berbanding wanita namun tidak mustahil, si dia akan mengingatinya apabila perkara yang sama berulang lagi.
6. Bahasa tubuh turut memainkan peranan penting dalam membina kepercayaan di antara pasangan. Oleh itu, pastikan bahasa tubuh yang disampaikan bersesuaian dengan tutur kata yang dilontarkan memandangkan bahasa tubuh lebih mudah tersemat dalam ingatan berbanding kata-kata yang diucapkan. Namun begitu, nada suara juga perlu dititikberatkan kerana ia mewakili perasaan dan emosi anda. Dan jika anda berjaya melakukannya dengan sempurna, si dia akan turut belajar mempercayai kata-kata anda.
kepercayaan teras kekuatan sesuatu hubungan dalam percintaan