Archive for Jun 2012
tulisan warna warni untuk Fb & ikon bergambar di chat fb
By : Unknown
Ingin membuat tulisan warna warni atau meletakkan ikon bergambar di dalam chat facebook?. Kini anda dengan mudah boleh membuatnya hanya dengan menyalin kod-kod yang sudah tersedia di bawah untuk ditampal pada facebook chat...
Dibawah ini adalah kod huruf/alphabet :
[[244961858909298]] = A
[[344113652270150]] = B
[[344991278847613]] = C
[[164461493653696]] = D
[[196752423751220]] = E
[[301630573215430]] = F
[[251496118250464]] = G
[[266394220086654]] = H
[[164866556948132]] = I
[[180599335371968]] = J
[[209067005843651]] = K
[[238594039545396]] = L
[[147702285338528]] = M
[[309221402452022]] = N
[[180901405340714]] = O
[[246506925416551]] = P
[[333343613344059]] = Q
[[123128367803569]] = R
[[316143388416019]] = S
[[334073456605673]] = T
[[199626093460643]] = U
[[224202614323263]] = V
[[336032459740792]] = W
[[205228226232732]] = X
[[142420399202282]] = Y
[[157919817645224]] = Z
[[344113652270150]] = B
[[344991278847613]] = C
[[164461493653696]] = D
[[196752423751220]] = E
[[301630573215430]] = F
[[251496118250464]] = G
[[266394220086654]] = H
[[164866556948132]] = I
[[180599335371968]] = J
[[209067005843651]] = K
[[238594039545396]] = L
[[147702285338528]] = M
[[309221402452022]] = N
[[180901405340714]] = O
[[246506925416551]] = P
[[333343613344059]] = Q
[[123128367803569]] = R
[[316143388416019]] = S
[[334073456605673]] = T
[[199626093460643]] = U
[[224202614323263]] = V
[[336032459740792]] = W
[[205228226232732]] = X
[[142420399202282]] = Y
[[157919817645224]] = Z
Dibawah ini adalah kod ikon :
[[243344945733611]] = Repost
[[mahochat]] = Maho
[[203443053077888]] = I Love Kaskus
[[205827876172490]] = Bingung
[[261018420628968]] = Thumbs
[[328740787138287]] = Nope
[[296027833771776]] = Capede
[[311851138846391]] = Alay
[[guengakak]] = Ngakak
[[171108522930776]] = trollface
[[foreveralonecomics]] = forever alone.
[[MegustaMeMe]] = Me Gusta.
[[149333368464171]] = Yao.
[[145768898802324]] = FUUUUUU.
[[168456309878025]] = LoL.
[[FapFapFapFap.B]] = Fap Fap Fap Fap.
[[106043532814443]] = Y U NO.
[[214457085240151]] = Nothing to do here.
[[129627277060203]] = Poker Face.
[[160723207280093]] = Are you f*cking kidding me?
[[ChallengeAceptado]] = Challenge Accepted
[[mahochat]] = Maho
[[203443053077888]] = I Love Kaskus
[[205827876172490]] = Bingung
[[261018420628968]] = Thumbs
[[328740787138287]] = Nope
[[296027833771776]] = Capede
[[311851138846391]] = Alay
[[guengakak]] = Ngakak
[[171108522930776]] = trollface
[[foreveralonecomics]] = forever alone.
[[MegustaMeMe]] = Me Gusta.
[[149333368464171]] = Yao.
[[145768898802324]] = FUUUUUU.
[[168456309878025]] = LoL.
[[FapFapFapFap.B]] = Fap Fap Fap Fap.
[[106043532814443]] = Y U NO.
[[214457085240151]] = Nothing to do here.
[[129627277060203]] = Poker Face.
[[160723207280093]] = Are you f*cking kidding me?
[[ChallengeAceptado]] = Challenge Accepted
Dibawah ini adalah kod bergambar :
[[252346194801306]] = RUMAH
[[266313623412267]] = PINGWIN LINUX
[[191560730921873]] = LOGO GOOGLE CHROME
[[182809565135565]] = LOGO GOOGLE ++
[[242070735843795]] = LOGO SNAPTU
[[266910496686186]] = LOGO WINDOWS
[[258958334142268]] = LOGO ANDROID
[[google]] = LOGO GOOGLE
[[rhanasaputra]] = SAYA SENDIRI
[[266313623412267]] = PINGWIN LINUX
[[191560730921873]] = LOGO GOOGLE CHROME
[[182809565135565]] = LOGO GOOGLE ++
[[242070735843795]] = LOGO SNAPTU
[[266910496686186]] = LOGO WINDOWS
[[258958334142268]] = LOGO ANDROID
[[google]] = LOGO GOOGLE
[[rhanasaputra]] = SAYA SENDIRI
Dibawah ini adalah kod ikon yang lain :
[[249199828481201]] – Konata Izumi
[[250128751720149]] – Domo Kun
[[223328504409723]] – Gintoki Sakata
[[236147243124900]] – Pokeball
[[326134990738733]] – Pikachu
[[155393057897143]] – Doraemon
[[224502284290679]] – Nobita
[[144685078974802]] – Mojacko
[[334954663181745]] – Spongebob
[[196431117116365]] – Shin chan
[[148935948523684]] – Pedo Bear
[[269153023141273]] – Poring
[[yahoo]]
[[google]]
[[facebook]]
[[kaskus]]
[[amazon]]
[[youtube]]
[[googlechrome]]
[[opera]]
[[internetexplorer]]
[[flock]]
[[microsoft]]
[[microsoftword]]
[[microsoftexcel]]
[[microsoftpowerpoint]]
[[megaxus]]
[[grandchase]]
[[indovision]]
[[history]]
[[sony]]
[[nokia]]
[[telkomsel]]
[[windows]]
[[transformer]]
[[itones]]
[[photosop]]
[[142318662481784]] = Victorbook
[[250128751720149]] – Domo Kun
[[223328504409723]] – Gintoki Sakata
[[236147243124900]] – Pokeball
[[326134990738733]] – Pikachu
[[155393057897143]] – Doraemon
[[224502284290679]] – Nobita
[[144685078974802]] – Mojacko
[[334954663181745]] – Spongebob
[[196431117116365]] – Shin chan
[[148935948523684]] – Pedo Bear
[[269153023141273]] – Poring
[[yahoo]]
[[google]]
[[facebook]]
[[kaskus]]
[[amazon]]
[[youtube]]
[[googlechrome]]
[[opera]]
[[internetexplorer]]
[[flock]]
[[microsoft]]
[[microsoftword]]
[[microsoftexcel]]
[[microsoftpowerpoint]]
[[megaxus]]
[[grandchase]]
[[indovision]]
[[history]]
[[sony]]
[[nokia]]
[[telkomsel]]
[[windows]]
[[transformer]]
[[itones]]
[[photosop]]
[[142318662481784]] = Victorbook
[[466515073232938127]] = cerita farjannah
I LOVE YOU :
[[164866556948132]] [[238594039545396]] [[180901405340714]] [[224202614323263]] [[196752423751220]] [[142420399202282]] [[180901405340714]] [[199626093460643]]
hah! menjadi kan..hehe.. jannah da try korang bila lagi?... selamat mencuba.. |
Tag :
facebook trick,
network trick,
Tentang waktu
By : Unknownbila farjannah membebel....hoho |
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsaia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
Tag :
article agama,
Sahabat
By : Unknowndoodle by azie |
Sahabat..
Aku disini menunggu Kau bersuara,
Bukan Bicara MaaF,
BuKan meminta Kau mengakui KesilaPan,
TidaK juga mengHaraP keadiLan,
Aku menanti ‘KeJUJUran’..
MendaMba ‘KeiKhLasan’ seorang teman..
Aku tidak pernah Buruk SangKa..Benar!
Aku tidak Pernah Merasa kau tidak JUJUR..Benar!
Aku tidak Pernah meragui keiKhlasan Persahabatan yang Kau hulurKan..Benar!
Kerana Kau ‘ada’ di hatiKu sebagai SahaBat kerana ALLaH..
Kau ‘ada’ di hatiKu kerana kasih SaYang ALLaH..
Betapa Luas KasIh ALLaH,
SeHingga denGan KasiH Agung itu Kita ‘bersahabat’..
tiBa-TiBa..
seketIka terhidu ketidakJUJURan ..
DiPanaH ‘PenkhianaTan’..
‘KeJang’ HatiKu..
‘Meraung’ jiwaKu..
‘BerdaRaH’ SanubariKu..
‘Menangis’ seluruh BatinKu..
taPi ‘Zahir’ TeTaP menguntum senYuman..
Aku beNar-BeNar diUji deNgan hebat..
Namun,
Harus saja kau Tahu wahai sahabat,
Jiwa ini SeLalu dipuJuk Tuhan,
‘Marah’Ku hanya ‘Sesaat’,
‘Kecewa’Ku hanya ‘SedeTiK’,
‘LuKa’ YanG Kau caLit tidak sempat aku merasa Sakit..
‘DuKa’ Yang kau PaLit hanya sediKiT..
Tidak berkesemPataN untukKu merasa periT..
Kerana ‘Redha’Ku pada Ketentuan itu,
Maka ALLaH ‘HadiaH’Kan aKu Sesuatu Yang LeBiH Baik,
Yang TidaK pernah Aku HarapKan..
Yang tidaK pernah aku terMimPiKan..
~PuJI ALLaH SeBanYak-banYakNya~
saHaBaT..
Aku TeLaH memaaFKan..
AKu TeLah MeluPaKan..
Kau MasIh teManKu..
Kau MasiH saHabaT yang Aku KaguMi..
KeraNa aku tidaK berhak menghakiMi..
Aku tiDak berhaK mengadILi..
SedanGKan ALLaH Lebih Tahu tenTang ‘KejaHiLan’Ku terhadaPmu..
Dia Tahu ‘Rahsia KebeNaran’..
Biar ALLaH Yang ‘MenGhituNg’ niLai ‘KeikHlasan’
Biar ALLaH Yang ‘MengHituNg’ NiLai ‘KeJUJURan’..
Dan Kita..
AyuH BicaRa TenTang ‘PerJuangaN’..
‘Bersatu’ Hati menJuLang Agama..
‘BerIriNgan’ LangKah Fi SaBiLiLLaH..
Aku Tahu Kita Satu ‘TuJuan’,
Satu ‘MatLamat’..
‘Visi’ dan ‘Misi’ yang SeRuPa..
JiHad Demi ALLaH,
JiHad DeMi keCinTaan Yang MaHa AgunG..
Biar Hati ‘DitoReh’ KeraNa JiHad..
Biar hati ‘DiLUka’ memperTahaN agama..
Tapi..
Jangan hati ‘mati’ KeRana DiLuKai saHabat..
JanGan Hati ‘reBah’ berteLaGah Sesama saudara Seperjuangan..
Maka..
Aku ‘denDangkan’ iRama keMaaFan..
Aku ‘bisiKKan’ KaliMah-KaliMah IndaHnya SiLaturraHim kerana RaBB..
tiaDa deNdam..Tiada KebenCian
MoGa 'Jiwa'Mu diSeLimuti KeteNaNgan..
BersaTu kita teguh,
berceraI ‘Agama RoBoh’..!!
Kita ‘PeJuaNG’
JaNgan BiaRKan diri ‘KeCunDang’..
Biar Hati ‘DitoReh’ KeraNa JiHad.. Biar hati ‘DiLUka’ memperTahaN agama.. Tapi.. Jangan hati ‘mati’ KeRana DiLuKai saHabat.. JanGan Hati ‘reBah’ berteLaGah Sesama saudara Seperjuangan..
cik farjannah |
Tag :
article agama,
Tanpa wanita dunia ini terasa sempit & tidak seronok untuk didiami.
By : UnknownDAN.SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA YG SOLEHAH
^_^ jom layann lagu nie.. siyokk taw..
Tag :
article agama,
Pengertian "SALAM" .Baru ku tahu pengertiannya...kawan2,baca k...
By : UnknownMaka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89) السلاما=keamanan.....
baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.Jawab salam yang betul ialah ;“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;“WAALAI KUM SALAM”Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata“Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer”Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.
Sekian, semoga ada manfaatnya.
Wahai orang-orang yang beriman!
Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya,
sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya).
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata:
“Kami dengar”, padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya).
Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah,
ialah orang-orang yang pekak lagi bisu,
yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya)
(Al-Anfal:20-22).http://www.alquran-melayu.com/?s=al+anfal
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya;
sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.(Al-Israa:36)
TUDUNG LABUH vs TUDUNG BIASA
By : Unknown
Hari pertama bergelar Muslimah:
"Aliya, kamu tak perlu tergesa-gesa pakai tudung. Ambil masa, jangan ikut desakan orang," tiba-tiba seorang pensyarah saya memberi nasihat setelah berita saya baru memeluk Islam sampai kepada pengetahuannya.
Saya terdiam. Aduh, konfus konfus.. mengapa dia berkata begitu? Bukankah pemakaian tudung wajib untuk semua wanita Islam? Cuma kerana saya masih baru, saya tidak boleh terus dipaksa, hanya boleh dinasihati. Saya angguk sahaja kepadanya sambil mengiakan; kerana dia pensyarah lelaki, tetapi dalam hati terfikir juga - adakah isterinya memakai tudung?
Ustazah-ustazah yang mendampingi saya dahulu juga tidak pernah menasihati atau menerangkan kepada saya akan keperluan memakai tudung. Mungkin kerana menganggap saya masih baru bergelar Muslimah. Terkejut mereka apabila saya muncul di hadapan mereka memakai tudung dua minggu kemudiannya [alhamdulillah, mengikut pengakuan mereka, beberapa orang mualaf sebelum saya juga mengambil keputusan memakai tudung tanpa campurtangan pihak universiti]. Alhamdulillah, kami sedar tanggungjawab kami sebagai Muslimah walaupun berat mulut ustazah untuk menasihati.
Baru-baru ini
"Akak tak nak cubakah tudung 60 inci?"
"Tak mahulah, nanti nampak macam ustazah jer," katanya.
Saya tersenyum."Tak baikkah digelar ustazah?"
"Rasa diri tak layak la Aliya. Orang yang pakai tudung labuh[besar] orang yang kuat agama. Kita yang biasa-biasa ni, cukuplah tudung biasa."
Orang biasa-biasa hanya perlu bertudung biasa? Mengapakah mereka fobia dengan tudung besar labuh itu? Ada tag tertentukah yang ditujukan kepada Muslimah bertudung besar labuh?
Tudung biasa, tudung 45-50 inci. Lipat jadi tiga segi untuk menutup kepala. Tapi masalahnya, untuk menutup aurat [rambut]dengan sempurna, perlu pastikan tudung itu menutup bahagian dada di samping rambut di kepala. Kalau pakai tudung bawal berwarna cerah atau tudung kain chiffon, akan timbul masalah. Kadang-kadang bila dipakai, dada ditutup tetapi bentuk leher samar-samar kelihatan. Kadang-kadang bila dipakai, ada bahagian dada yang masih terdedah. Kalau nak kelihatan kemas dan menutup aurat kepala dengan sempurna, kadang-kadang perlu melipat berulang kali supaya tudung itu cukup labuh tetapi masih menutup bahagian leher dengan elok. Dahulu saya pakai juga anak tudung yang menutupi bahagian leher sebelum memakai tudung biasa supaya tidak bentuk leher tidak kelihatan tetapi kini, dalam cuaca yang semakin panas, tak sanggup la, berpeluh di bahagian leher, berwap! Sebab itu kini jarang memakai tudung yang berwarna cerah, kerana mahu elakkan memakai tudung 2 lapis.
Kelebihan tudung bersaiz 60 inci adalah ia lebih mudah dipakai, walaupun lebih susah untuk diseterika.
Tak kira bagaimana kita lilit di atas kepala, ia masih akan jatuh elok menutupi bahagian dada, dan turut menutupi bahagian pinggang si pemakai dari dilihat orang di belakang [tak nampak sangat kita ini berbadan ala kerengga atau ala bola]. Satu kelebihan lagi, apabila memakai tudung labuh begini, diri lebih berhati-hati dalam penampilan - tak sesuai la bertudung labuh tetapi memakai t-shirt lengan pendek, tidak sesuailah bermekap tebal ala opera cina bila bertudung labuh, kerana imej Muslimah bertudung labuh bukan begitu!Cuma masalahnya, bukan mudah hendak mendapatkan tudung bersaiz 60 inci di kedai-kedai. [mujur ada butik online sekarang, boleh tempah].
Ada orang berkata, Muslimah yang bertudung besar dan labuh, orangnya yang lebih alim dan berwatakan lebih serius. Ada pula yang berpendapat, hanya tudung labuh yang paling sesuai untuk Muslimah. Bagi saya pula, tak kiralah tudung apa jenis pun, asalkan ia dapat menutup aurat [rambut, leher, dada] dengan sempurna. Malah sekiranya pandai melilit selendang tebal menutup aurat di kepala dan dada, itu sudah memadai! Bukannya Islam nyatakan mesti pakai tudung labuh bidang 60 inci baru jadi Muslimah sejati, huhuhu. Tolong jangan fikir sebegitu! Muslimah yang bertudung biasa bidang 45 inci juga sudah sempurna menutup aurat sekiranya tudung itu tidak jarang dan dapat menutupi dadanya, serta dia memakai pakaian yang labuh, stokin tangan serta stokin kaki.
"You tak macam [Muslimah yang saya kenal] yang lain, you boleh lawak dengan kami, sporting, tak kedekut ilmu, tak sangka I. I dulu fikir you sombong dan fanatik agama, sorry ahhh," komen seorang wanita Cina kepada seorang Muslimah bertudung besar dan labuh.
NonMuslim banyak berkawan dengan mereka yang bertudung biasa atau tidak bertudung langsung, tetapi takut mendekati Muslimah bertudung besar, kerana menganggap mereka estrimis agama. Tengok cara pemakaian Muslimah yang menutup aurat, dengan stokin tangan dan kaki serta tudung labuh, mereka takut. Bukan takut dibunuh, tetapi takut tak bertempat; takut akan sentiasa disebut-sebutkan Islam di hadapan mereka dan disuruh masuk Islam. Padahal bukan semua Muslimah bertudung besar labuh berwatak serius. Kebaikannya pula, NonMuslim anggap Muslimah bertudung besar kuat beragama, dan kalau ada persoalan tentang agama Islam, akan lebih suka merujuk kepada golongan ini [bermakna bersedialah selalu untuk menjadi jurucakap Islam]. Cuma satu sahaja - Muslimah juga perlu bersikap peramah dengan nonMuslim lain. Janganlah asyik bergaul dengan cliqueanda sahaja. [saya dapati Muslimah bertudung besar jarang berkawan dengan wanita nonMuslim, mengapa?].
Cuma saya harap, Muslimah yang melabuhkan tudung sehingga menutupi dada [tak kiralah bidang 45 inci atau 60 inci], tolong jagalah imej anda sebagai wanita Islam. Ketahuilah bahawa tugas menyebarkan dakwah Islamiyah juga berlaku tanpa kita sedari, iaitu apabila masyarakat sekeliling menilai Islam melalui tingkahlaku dan percakapan kita yang bertudung, lebih-lebih lagi Muslimah bertudung labuh 60 inci. Ada suara sumbang yang memerli dengan menyatakan bahawa di sebalik tudung litup Muslimah, bahasa yang digunakannya bukan main kasar lagi, lebih mengumpat daripada memuji, tingkahlaku lebih teruk daripada yang tidak bertudung [alasan mereka untuk tidak bertudung]Hal itu saya tidak mengiakan mahupun menafikan; kerana tiada sesiapapun yang tidak melakukan kesalahan. Cuma kita yang bertudung perlu sentiasa cermin diri sendiri, jaga penampilan dan perwatakan kita. Jangan kita pula turut terbabit dalam 'skandal' sebegitu dan merosakkan nama baik Islam.
Saya pula bukan bertudung besar labuh sepenuh masa, bergantung kepada keadaan. Ada masanya saya bertudung biasa, ada ketikanya saya melilit selendang di atas tudung ekin, dan bila mengejar waktu, saya capai sahaja tudung berbidang 60 inci yang tergantung atau tudung ekin berbidang besar. Kebebasan begini lebih memudahkan bagi saya daripada menetap satu sahaja cara penampilan bertudung.
Alhamdulillah, sekarang bertambah koleksi tudung dalam almari. Nanti saya tunjukkan apa yang terkumpul dalam tempoh 2 tahun setengah bergelar Muslimah. Terima kasih kepada yun yang menghadiahkan 2 tudung kepada saya yang saya terima semalam, semoga Allah berkati dengan rezeki halal yang melimpah :)
Tag :
article agama,
peranan Belia dalam membangunkan negara ini.
By : UnknownTag :
politik,
Cinta...Lawan VS kawal???
By : Unknown“Ada seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan sms…” Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang cinta.
Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri.
Semua manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting, bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms bertanya khabar.
Lawan Vs. Kawal
“Kamu perlu lawan perasaan itu.” Kata seorang naqib sewaktu saya di sekolah dahulu.
Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah. Lalu langsung tidak terkawal apabila di universiti. Itulah yang terjadi kepada beberapa orang rakan saya… Dan juga senior termasuk naqib saya itu.
Sudah beberapa kali saya terserempak dengan beberapa senior sekolah lama saya yang merangkap ketua pelajar mahupun naqib, kini keluar berdua-duaan dengan pasangan.
“Eh, abang dah berkahwin ke? Tak jemput ana pun.” Sengaja saya mengusik. Tersipu-sipu malu mukanya.
“Belum lagi.” Jawabnya ringkas.
Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.
“Sudah ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya berpisah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya bertunanglah…”
Seorang ustaz saya ada menasihatkan, “Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan dengan pasangan kita itu? Waktu pertunanganlah waktu untuk kita berkenal-kenalan. Islam menyuruh kita memilih pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya.”
Over Rate Diri Sendiri
“Saya ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?” Seorang rakan menyoal saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di kampus.
“Apa cara yang kamu rasa salah atau betul itu?” Saya kembali menyoal.
“Kami tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami selalunya berkaitan persoalan agama.” Dia cuba menerangkan.
Saya menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin saja berkata, ’Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.’
“Dalam diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat itu.” Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.
“Apa maksud sifat over rate itu?” Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.
“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya.
Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai ’couple’. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang betul.” Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.
Dia kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya sebentar tadi ataupun tidak.
Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.
Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari ’alasan’ dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si dia.
Hijab dan Wanita Dakwah
Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.
Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.
pahrol juoi“Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat.
Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari ’lelaki yang disukainya’ untuk bertanyakan soalan.”
Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang besar.
Contohnya seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep ’sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain’.
Samalah halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas pergaulan.
Tag :
article agama,
article cinta,
Its too late!
By : Unknown
This is a true story. I am 16 years old then, I knew you at secondary school. Although we are of different genders, but we communicate well. We found that friends of other genders have their own best friends, and both of us had none, and without telling, we became best friends. Being best friends, we do things together like eating, playing and studying. I message her everyday, I call her
everyday. I think of her everyday in my mind at night.
I found out that I love her. But I did not tell her this, I do not want our friendship to end just because of this. So I kept my heart for two years. Then I heard others said that she had a boyfriend that was not my opponent at all. He is good in studies, tall and handsome and richer than me. I am both angry and sad, so I ignored her for weeks. She always tried to say hello to me but I ignored her.
When she spam me messages, I told her to shut up.
A few weeks later, I heard that she has broken up with that guy. I was not really happy for it because I can see her very sad. She called me to go out with her and I agreed since she was in low spirits. We went to the shopping mall, to the movies and other games stuff. We enjoyed our self that day. She thanked me for going out with her and made her more relaxed.
a few months later, I have the chance to go overseas for further studies, I did not want to go because of my best friend, but my parents insisted me to go since it was a good chance for me to have better jobs. I said goodbye to my best friend and I thought I saw her cry.
As time fly past, 6 years had gone. I decide to go back and see how was she. I went to her house and knocked the door. Instead of her, I saw her mother, she was crying. I said I wanted to find the girl. She said she passed away the week before, I should have came earlier. I blamed myself for two things, one for not confessing to her and second, not to come earlier. Her mother asked if I am the guy named `Mr ??' and handed me a letter, I read it silently. It reads:
"I know by the time you read this, I would have not be here. I have loved you since I knew you, but I did not dare to tell you. I was so frustrated when other girls talk to you and I decided to give up on you and get other bfs, I found one and found out I only love you, so I broke up with him. ??, I really love you. I hope you will be happy. See you next life."
Tag :
cerpen,
Bahaya cinta dunia
By : UnknownAssalamualaikum kawan2 semua.. sejuk kan malam nie..jom layann sajak nak? cik jannah nak share sebuah sajak yang bertajuk "Bahaya Cinta Dunia" hasil karya abuuya ashaari ..
Bahaya cinta dunia
Cinta dunialah membuatkan manusia cintakan diri
Cintakan diri membawa manusia hidup nafsi-nafsi
Cintakan dunialah membawa pecahnya sanak saudara
Apatah lagi sekadar kenalan dan kawan-kawan biasa
Cintakan dunia hilang kasih sayang sesama manusia
Cinta dunialah yang membunuh kasih sayang
dan memecahkan perpaduan keluarga dan bangsa
Akhirnya timbul perpecahan dan perseteruan di kalangan manusia
Pergaduhan pun berlaku, perkelahian terjadi peperangan berlaku
Cintakan dunia ibarat racun membunuh kasih sayang
Cinta dunia adalah musuh manusia sejagat
Tapi manusia tidak sedar dan tidak faham
Sungguh kejam cinta dunia itu
Ia mengharu-birukan kehidupan manusia
Ia merenggangkan persaudaraan, memecah-belahkan bangsa dan saudara..
credit to:Abuuya ashaari
Tag :
article agama,
article cinta,
Di mana cinta?
By : Unknown
Assalamualaikum .. peace yaw!!
MUNGKIN ANTARA KITA YANG PERNAH TERBACA KISAH NI..
KISAH YANG BANYAK PENGAJARAN
ADA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI..
HAYATI...
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."
Tag :
article cinta,
Aku Simpan Cinta Pudar Itu..
By : UnknownAssalamualaikum kengkawan..hari nie cik jannah nak share sebuah cerita cinta yang amat pendek dan ringkas tetapi mengandungi pelbagai teladan n pengajaran.. tajuk dia "aku simpan cinta pudar itu" ..hope korang enjoy n dapat ambek pengajaran..
The story begin (^_^)....
Fazli dan Jenab sepasang kekasih yang telah bertahun-tahun bersama, pada suatu hari Jenab merasa bosan dengan hubungan cintanya bersama Fazli.Malah rasa cinta semakin menghilang.
Dia terasa ingin sahaja menamatkan kisah cinta mereka namun hatinya tak sampai hati untuk melukakan hati Fazli, lelaki yang pernah dicintai suatu ketika dahulu.
Disebabkan dia tak sampai hati untuk melukakan hati Fazli, jadi dia berusaha untuk mengembalikan perasaan cinta di hatinya untuk fazli. Hari-hari dia berjumpa Fazli dan meluangkan banyak masa dengan lelaki itu. Kenangan-kenangan lama mereka di imbau untuk dia merasakan kembali perasaan dulu.
Lama-kelamaan cinta itu kembali hadir dan perasaan cintanya kembali berbunga. Bukan mudah untuk mekarkan kembali cinta yang telah layu tapi dia berusaha demi orang yang pernah dia sayangi.
Hubungan mereka kembali seperti biasa, sehinggalah suatu hari Fazli mengajaknya bertemu untuk berbincang suatu hal yang penting.
" Jenab, aku rasa hubungan kita setakat ini sahaja." Luah Fazli.
" Kenapa?" jenab tersentap.
" Sebab aku rasa aku ingin bersendirian."
Jenab tersenyum dan matanya mula menitiskan air mata.
" Kau dah bosan dengan aku?"
" Ya"
" Baik, tapi aku nak tanya sesuatu."
" apa dia?"
" Pernah ke kau cuba rawat perasaan cinta kau yang makin kilang tu? pernah tak kau berusaha untuk hilangkan bosan tu? pernah kau pikirkan perasaan aku bila buat keputusan ini?"
" Er, tak. Kenapa?"
" Sebab aku pernah rawat cinta aku yang makin menghilang pada kau, aku pernah hilangkan bosan aku bila bersama kau, aku pernah tanam semula perasaan aku pada kau. Aku pernah hilang perasaan cinta pada kau! tapi aku usaha kembalikan semuanya seperti dulu sebab aku pikirkan perasaan kau"
fazli terkedu, dia tak pernah menyangka setiap perkataan yang diluahkan oleh Jenab.
" Jenab, aku minta maaf."
" Sudahlah, ini jadi pengajaran untuk aku." Kata Jenab lalu beredar dari situ dengan tangisan yang ditahan-tahan.
Dua bulan kemudian.
"Jenab." Panggil Fazli.
" Kau nak apa?"
" Boleh tak kita kembali seperti dulu, aku minta maaf sangat-sangat. Sekarang baru aku sedar yang tiada perempuan yang menyayangi aku seperti kau. Aku tahu kau marahkan aku, tapi tolong bagi aku peluang sekali lagi." Rayu Fazli.
" Dah terlambat, Aku tak perlukan lelaki macam kau."
Tag :
article cinta,
cerpen,
Ternyata ku perlukan cinta
By : Unknown
Assalamualaikum n selamat sejahtera n salam 1 malaysia..(over nya).. kay la..ptg nie..cik jannah nak share sebuah cerpen tulisan sahabat cik jannah..iaitu cik mawar..atau lebih suka digelar wawa... tajuk cerpen nya adalah "TERNYATA KU PERLUKAN CINTA".. korang hayati la yer kisah cinta nie..hehe..
salam ceria-ceria selalu..
BAB 1
Kedengaran alunan azan di masjid berdekatan. Gembira sungguh hari ini kerana insan yang dirindui akan pulang dari luar negara atas urusan syarikat. Huraiyah Hannani sibuk bersiap, sebentar lagi bakal mertuanya akan datang untuk bersama-sama menjemput tunangnya di airport.
“Nak pakai baju apa ek?” Aku mengeluarkan semua koleksi baju lalu diletakkan di atas katil.
“Nak pakai baju warna coklat or purple?ermm…”
“Nanny dari tadi aku tengok kau ni kejap pakai baju tu kejap pakai baju ni, kalah model tau!! hahaha”.
‘sesuka hati jek panggil aku ‘nanny’. Minah ni memang kejap-kejap panggil aku Nani kejap-kejap ‘nanny’. Sabar je la….’ Bisik hati Huraiyah Hannani.
Izzati memerli Huraiyah Hannani sambil mengekek gelakkannya. Memang tidak dinafikan sahabatnya itu cantik persis model. Walaupun tidak setinggi model di luar sana kerana Huraiyah Hannani gadis kecil molek yang hanya mempunyai ketinggian 150cm tapi dia memiliki seraut wajah yang bersih dari sebarang jerawat serta cukup manis dan ayu. Berkulit cerah pula tu.
“Kau ni Ati, tak kan tak tau hari ni kan sayang aku, Izzul balik dari Dubai…aku rindu sangat-sangat kat dia tauk? dia kata dia ada hadiah special untuk aku…ni excited ni..tak moh jealous ok..” aku tergelak.
“apa-apa je lah…malas aku nak layan kau, lebih baik aku tengok tv…”
Izzati berlenggang kangkung menuruni tangga sambil makan chipsmore yang tidak lekang dari tangannya.
Akhirnya Huraiyah Hannani memilih baju berwarna coklat dan dipadankan dengan seluar slack hitam dan selendang berwarna cream.Wajahnya dialasi dengan bedak tipis dan sedikit lip gloss supaya bibirnya tidak kering. Selendang dililit kemas dan disematkan dengan Brooch pemberian Izzul semasa hari pertunangan mereka.
Pin!!pin!! Kedengaran bunyi hon kereta diluar. Kelihatan Dato’ Yusof bersama Datin Yuslina di dalam kereta. Di tempat duduk belakang kelihatan Zarina, satu-satunya anak perempuan tunggal mereka. Dato’ Yusof dan Datin Yuslina dikurniakan dua orang anak iaitu Izzul Zuhairi dan Zarina Alina. Anaknya Izzul sudah ditunangkan dengan Huraiyah Hannani bulan lepas.
Jika tiada aral melintang pada bulan hadapan mereka akan disatukan pada tarikh 7 november. Huraiyah Hannani dilahirkan, pada 7 haribulan 10 manakala Izzul Zuhairi dilahirkan pada 7 haribulan 12 maka 7 haribulan adalah hari yang bermakna bagi mereka. Zarina Alina pula masih menyambung pelajarannya di luar negara dan kini sedang bercuti.
“yuhuuu princess, your ‘future’ parent dah smpai nak jemput tuan puteri….tak lambat ke ni? bukan ke Izzul sampai pukul 8.00 pg? sekarang dah pukul 9.15 pagi chek…” jerit Izzati.
“Ok tuan puteri dah siap ni, tah la mama kata pergi lewat sikit. Dayang tak nak ikut sekali?”
“Tak mengapa lah Tuan Puteriku sayang, dayang sibuk ni jap gi nk gi
date…”
“Beta mahu berangkat dulu ya…dayang minggu ni beta balik rumah bonda beta ya! dadaaaaa dayangku sayang”
Setibanya disana Huraiyah Hannani singgah di sebuah kedai coklat yang berhampiran dan membeli sekotak coklat yang bekasnya berbentuk hati untuk dihadiahkan kepada seseorang yang amat bermakna dalam hidupnya iaitu Izzul Zuhairi.
“ni saje kak?”tanya seorang perempuan muda yang menjaga kaunter pembayaran.
“ya ni saje…bungkus dengan pembalut hadiah ye…”jawab aku.
Sedang aku leka membayar dan aku dikejutkan dengan satu suara yang kuat dan suara itu seperti suara mama iaitu Datin Yuslina. Aku terus bergegas ke situ..
“mama?” , jerit aku.
Kelihatan mama meraung-raung seperti orang histeria. Ramai yang berkerumun di situ. Ada juga diantara mereka yang menangis. Lalu Huraiyah Hannani bertanya kepada Zarina, adik Izzul.
“ina kenapa ni? Kenapa semua menangis? ape yang dah jadi?”,
“Kak…abang izzul kak…abang izzul…”, Zarina menangis teresak-esak
“Kenapa dengan abang Izzul, Ina? kenapa?”, Huraiyah Hannani agak cemas sambil menggoncang-goncangkan bahu Zarina.
“Abang, kak….abang….abang dah tinggal kan kita kak…dia dah pergi...pergi buat selama-lamanya…”
Lalu Zarina Alina memeluk Huraiyah Hannani dan menangis teresak-esak dibahunya.
“apa Ina ckp ni? Ina bergurau dengan akak ye?”
soalan itu diajukan adalah untuk menyedapkan hatinya saja. Huraiyah Hannani rasa seolah-olah jantungnya gugur ke bumi saat Zarina Alina mengatakan Izzul telah pergi.
“Betul kak…Ina tak tipu…Abang Izzul dah meninggal kerana nahas kapal terbang…” kata Zarina sambil memegang erat bahu Huraiyah Hannani.
“Astarfirullahhalazim! Ya Allah!...” Huraiyah Hannani seolah olah tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh Zarina. Air mata yang bertakung pecah lalu membasahi wajah Huraiyah Hannani, dia merasakan seolah-olah kakinya tidak berpijak di bumi lagi.
“Innalillahiwainnailaihirojiun……….” , hanya itu yang terlafaz di bibirnya.
Dia solah-olah buntu dan sukar untuk menerima semua ini.Tiba-tiba dia lari meninggalkan mereka, membawa hatinya yang lara. Dato’ Yusof, Datin Yuslina dan Zarina agak terkejut dgn tindakan drastiknya.
“Abang kenapa abang tinggalkn Nani bang…kenapa? kenapa?”
Sedang Huraiyah Hannani berlari, dengan tidak semena-menanya dia terlanggar seorang pemuda sehingga semua barangnya terjatuh. Aduh!
‘hish perempuan ni tak nampak ke!’ngomel Amir Ikmal di dalam hatinya.
Amir Ikmal terkejut apabila terpandang gadis di hadapannya.
‘Aik? nangis pulak…nak kata aku marah tak de..’ngomel Amir Ikmal dalam hati.
“cik…cik kenapa?” tanya Amir Ikmal ramah.
Tetapi Huraiyah Hannani tetap membisu. Dengan tidak semena-mena Huraiyah Hannani berlalu terus pergi tanpa mengucap apa-apa…Amir Ikmal agak bingung melihat gadis itu terus pergi.
“cik!!cik!!cik...!!” jerit Amir Ikmal….
“Kau ni kenapa Mir? terpekik-pekik…” tanya Hakim sahabat karibnya.
“Ni ha…handphone dia terjatuh masa dia lari tadi..”
“Handphone siapa ni?” soal Hakim
“Tadi masa aku tolak troli, tiba-tiba je de sorang perempuan mana tah langgar aku. Aku tengok dia nangis tadi, ada problem kot...pas tu dia terus blah je…”
“Dah la jom balik kau pun penatkan baru balik dari oversea…”
“Ala releks la…jom gi minum dulu…”jawab Amir Ikmal
“Aku ok je…tapi kau belanja la..macam biasa…hehe” Hakim tersengih. Selalunya kalau mereka keluar makan atau minum Amir Ikmal yang slalu belanja. Apa lagi naik lemak la.
“Ok..jom! rezeki jangan ditolak” sambung Hakim lagi.
BAB 2
Huraiyah Hannani merenung cawan yang berisi air capuccino di hadapannya.
“C-A-P-U-C-C-I-N-O….”
Sememangnya air ini mengandungi makna yang tersirat di dalam hidup insan yang bernama Huraiyah Hannani dan Izzul Zuhairi. Ia mengingatkan Huraiyah Hannani dengan kejadian 2 tahun dulu………semasa di CoffeHouse…
“oops….I’m so sorry miss…saya tak sengaja.”
kata seorang pemuda yang telah menumpahkan air capuccino ke baju Huraiyah Hannani.
“Tak..tak..salah saya yang jalan tak tengok depan…habis baju awak pun kotor”
kata Huraiyah Hannani sambil mengeluarkan sapu tangan lalu mengelap baju pemuda yang sudah kotor dan basah itu.
Pemuda itu hanya memandang Huraiyah Hannani sambil tersenyum, geli hatinya melihat gadis jelita dihadapannya sedang kelam kabut mengelap bajunya.
“Sudahlah, tak mengapa…kita sama-sama salah, baju pun sama-sama kotor… apa kata kita order air baru dan minum sama-sama nak?”
Huraiyah Hannani tidak mahu mengecilkan hati pemuda tersebut lalu mengangguk. Mereka duduk di salah satu meja kosong yang terletak di hujung CoffeHouse itu.
“ermm….saya Izzul Zuhairi…just call me Izzul…” kata pemuda itu sambil melemparkan senyuman manis kepada Huraiyah Hannani setelah lama mereka menyepi.
‘Alah sweetnya mamat ni bila senyum, suara dia pun aduhai….cair aku macam ni kalau duduk lama kat sini..’ Huraiyah Hannani bermonolog.
“emm…and you..?” kata Izzul sambil melayang-layangkan tangannya apabila mendapati gadis dihadapannya diam seribu bahasa sambil merenungnya.
“sa…sa..saya… Hu..Hurai..yah Han..Hanna..ni ….u can call me Nani…” balas Huraiyah Hannani tergagap-gagap lalu menyisip air bagi menyembunyi perasaan malunya.
‘ish apa kena aku nih! Gagap la pulak wat malu je…Nani cover sikit…kau jangan nak buat drma lawak pulak kat sini’
Izzul memandang gadis di hadapannya yang mukanya sudah kemerahan.
‘Ish mamat nih jangan la tenung-tenung aku cam tuh! segan la…Eh..!da pkul berapa ni? ha! dah pkul 3! aduh mati aku abah suruh datang kat Marriot Hotel pukul 3 sebab client dari Arab Saudi datang. Kacau daun betul la….aku baru nak kenal-kenal dengan mamat hensem nih. Haih, melepas la aku!’ Huraiyah Hannani bermonolog lagi.
“Ermm...Izzul saya ada hal ni…so I got to go..” kata Huraiyah Hannani sambil melihat jamnya. Mereka bertukar nombor telefon masing-masing lalu Huraiyah Hannani pergi. Izzul Zuhairi hanya memandang dari jauh pemergian Huraiyah Hannani yang tergesa-gesa.
“Kak Nani…?” sapa Zarina dan secara tak langsung mematikan lamunan Huraiyah Hannani tentang kenangan lalu yang terindah dalam hidupnya.
“Ya…Ina..?”
“Mama dengan papa dah nak balik, nak uruskan pengkebumian arwah abang… tadi Ina call akak tapi tak ada orang angkat.”
Dato’ Yusof dan Datin Yuslina lebih senang jika aku memanggil mereka mama dan papa.
“Bateri abis kot….” balas Huraiyah Hannani acuh tak acuh.
“Jom la balik kak…mama dengan papa dah tunggu tuh.”
“Ina balik dulu ye, akak perlukan masa untuk bersendirian…”
“Ok la kalau macam tu…sabar ye kak…mungkin ada hikmah disebalik kematian abang Izzul…” Zarina sudah mula menitiskan air mata.
“Ina akak redha dgn pemergian abang Izzul…sudah ketentuan Allah. Ina pun jangan la menangis macam ni nanti akak pun nangis jugak.”
“Baiklah kak….Ina balik dulu ye kak…akak hati-hati balik ye.”
“Ye lah. Ina pun hati-hati ye…jaga mama..kirim salam kat mama dan papa” kata Huraiyah Hannani.
Zarina mengangguk lalu pergi.
“Kita nak duduk mana Mir?” soal Hakim kepada Amir Ikmal.
“Ermm…tuh kat depan perempuan yang pakai selendang cream tu” balas Amir Ikmal
Mereka mengambil tempat dan mengorder minuman.
“Dah selesai hal kau kat Dubai tu?” soal Hakim.
“Dah…aku dah settlekan dengan Izzul. Esok aku ada meeting dengan Uncle Yusof dengan Izzul sebab ni syarikat perkongsian antara papa aku dengan papa Izzul, so kami sebagai anak yang menguruskan bapa kitorang memantau je.”
“Ha! cakap pasal Izzul kenapa korang tak balik sama? Bukan ke korang pergi sana sama-sama?”
“Tiket flight aku hilang, tercicir agaknya. Masa aku beli tiket baru, flight kitorang tak sama. Flight Izzul awal dari aku tu pasal kitorang berpecah.Tapi yang aku pelik dia tak call aku pun dah sampai ke belum patutnya dia sampai 3 jam awal dari aku.”
“Excited jumpa tunang la tu…” kata Hakim sambil ketawa.
“Kau pernah jumpa tunang Izzul?” soal Amir Ikmal
“Tak pernah pulak…kenapa?”
“Tak ada la…masa kat Dubai dulu dia selalu cerita dengan aku pasal tunang dia. Baik orangnya, cantik, pemalu pulak tu…”
“Hahahaha..” Hakim ketawa apabila Amir menyebut ‘pemalu pulak tu’.
“Tapi ada satu hal yang aku pelik, semalam sebelum kami pergi airport masa selepas solat maghrib die cakap sesuatu kat aku. Memori semalam singgah di mindanya.
“Mir…”sapa Izzul.
“ya…Zul?”jawab Amir Ikmal sambil melipat sejadah.
“Kalau apa-apa jadi kat aku, atau kalau dah sampai masanya aku pulang menemui Ilahi, kau tengok-tengokkan mama dengan papa aku. Aku harap sangat tunang aku akan jumpa orang sebaik kau Mir, kalau kau jadi suami Nani lagi aku suka sebab aku tahu kau mampu menjaga ,membahagiakan dia dan yang paling penting kau mampu membimbing dia. Aku percaya dengan kau Mir kau lah sahabat baik aku dunia akhirat.”
“Zul apa kau cakap ni? Tak ada apa yang akan jadi kat kau. Esok kita akan sampai Malaysia kau akan jumpa family dan tunang kau. Dah jangan merapu lagi.”
Perkara inilah yang membuat hati Amir Ikmal gelisah dengan sikap sahabat baiknya itu.
Agak lama Amir Ikmal dan Hakim diam seribu bahasa.
“Eh! cuba kau tengok perempuan kat belakang kau tu…” kata Amir Ikmal sambil menunjuk ke arah seorang gadis yang sedang duduk di meja belakang Hakim.
“Kenapa?”soal Hakim.
“Aku rasa macam pernah nampak la perempuan ni….” jawab Amir Ikmal.
“Hakim kau tunggu aku kat kereta, kejap lagi aku menyusul.”
Hakim mengangguk dan terus berlalu.
Huraiyah Hannani mengeluarkan dompetnya untuk membayar minuman. Secara tidak langsung dia terpandang sepasang pasangan yang tersenyum bahagia di dalam gambar yang disimpan rapi dalam dompetnya. Pasangan itu adalah dia bersama dengan Izzul.
“Abang……”
Huraiyah Hannani menangis dengan sepenuh hati. Air mata yang cuba ditahan mengalir dengan deras membasahi wajah putih mulusnya sekali lagi. Huraiyah Hannani mengeluarkan gambar dari dompetnya lalu membawa gambar itu ke dadanya.
“Abang..Nani rindukan abang...rindukan gelak tawa abang, senyuman abang, usikan abang….semuanya Nani rindukan…kenapa terlalu cepat abang pergi? kenapa abang pergi semasa perasaan sayang dan cinta ini yang terlalu mendalam kepada abang?”
Huraiyah Hannani menarik nafas sedalam yang mungkin supaya dia lebih tenang.
‘Huraiyah Hannani kau seorang yang kuat! kau mesti tabah menghadapi ujian ini, kau mesti redha dan terima qada’ dan qadar yang telah ditentukan sejak azali lagi. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi ’ Huraiyah Hannani bermonolog sambil memejamkan matanya.
Tag :
article cinta,
cerpen,