Popular Post

Posted by : Unknown Selasa, 6 November 2012





“Memisahkan agama dan politik dipanggil sekular. Perkataan sekular berasal dari perkataan Latin iaitu saeculum yang bemaksud kata waktu( a time word). Ia boleh diartikan sebagai satu zaman yang sangat panjang. Di dalam satu zaman yang sangat panjang ini, sekularisasi di dalam politik bermaksud tidak ada seorangpun yang boleh memerintah dengan ‘autoriti hak tuhan’.



Kepercayaan kepercayaan ini mulai disemai bermula tahun 1804 hingga 1872 oleh guru Karl Marx yang bernama Ludwig Feurbach. Kemudian timbul pula para teologi kematian tuhan seperti Karl Barth (1886-1968), Dietrich Bonhoeffer (1906-1945), Paul van Buren, Thomas Altizer, Gabriel Vahanian, William Hamilton, Woolwich, Werner dan Lotte Pelz. Bagi mereka ini semua, ‘tuhan telah mati’ atau ‘agama adalah ketidakpercayaan’(religion as unbelief). Mereka menyeru orang orang kristian dengan satu pendekatan baru iaitu, ‘kristian tanpa agama’(a religionsless Christianity) dan menganggap ‘kematian tuhan’ adalah satu budaya.



Mereka mula memutarbelit kata kata. Kata mereka kristian tanpa agama bukan bermaksud menjadi atheis, mereka masih percaya wujudnya tuhan tetapi agama hanyalah satu falsafah yang paling tinggi. Agama hanya untuk manusia, bukan manusia untuk agama. Tuhan hanya untuk manusia bukan manusia untuk tuhan. Jadi peranan tuhan hanyalah kepercayaan semata mata dan digantikan dengan peranan manusia semata mata di dunia ini. Bagi mereka jika gereja memerintah negara akan berlaku kepincangan yang sangat dahsyat. Mereka percaya akan berlaku konflik dan banyak sekatan akan muncul jika para paderi dikaitkan dalam pemerintahan.



Lantaran itu pihak barat mula memisahkan para paderi dan gereja dari kehidupan bernegara. Jadi ‘solution’nya adalah sekularisme. Mereka mula meminggirkan kehidupan agama mereka dari tampuk politik. Maka mereka bebas perbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka.

Malang sekali fahaman fahaman ini mula diadaptasi oleh sarjana sarjana Islam. Mohamad Arkoun misalnya menganggap, sekularisme dalam pentadibran negara akan membebaskan manusia dari kekangan ideologi. Senada dengannya adalah Nasr Hamid Abu Zayd. Malah ramai sarjana sarjana Islam mula tertarik dengan fahaman memisahkan agama dan politik, bertitik tolak dari fahaman mereka berdua.



Malah mereka mengganggap syariah adalah produk manusia semata mata. Bahkan mereka mengganggap alquran itu sendiri adalah pentafsiran semata mata. Al quran adalah satu tafsiran akal manusia terhadap wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhamad s.a.w. Mereka merendahkan nilai al quran seolah olah ianya satu karangan dan tafsiran terhadap wahyu. Fahaman fahaman ini mula dikembangkan oleh barat, menyusup masuk ke institusi pengajian pengajian agama. Terutama di negara Turki, pakistan dan di negara negara arab sendiri.



Kemudian bila negara negara barat mula menyerang dan memerintah negara Islam, mereka mula memisahkan agama dari pentadbiran. Alim ulama bebas mengajar agama asalkan mereka tidak menyeru untuk menentang penjajah(malah mereka diberi jawatan dan dilantik untuk mengurus dan mengendalikan hal ehwal orang Islam). Maka mulalah wujudnya dua mahkamah iaitu mahkamah syariah dan mahkamah sivil.



Bertitik tolak dari ini maka rakyat(khususnya rakyat tanah melayu) mula merasakan bahawa tidak ada perbezaanpun siapa yang memerintah, kerana mereka masih bebas beragama. Mereka masih bebas melakukan amal ibadat sekalipun nilai nilai maruah pemerintahan telah dicabul oleh penjajah. Doktrin doktrin pemikiran barat mula disemai secara halus oleh para penjajah. Maka wujudlah sekolah sekolah moden yang menyaingi sekolah sekolah pondok. Pilihan terhadap nilai nilai agama dialternatifkan dengan keperluan ilmu moden seperti kedoktoran, jurutera dan sebagainya. Dengan tingkatan gaji yang jauh berbeza, antara kelulusan agama dan lulusan moden dengan sendirinya telah merendahkan nilai agama itu sendiri dikalangan masyarakat. Malah hingga ke hari inipun kerajaan kita masih memandang remeh terhadap gaji lulusan agama berbanding jurutera. Sekolah sekolah agama rakyat berjaya dipinggirkan dan diatasi dengan sekolah sekolah moden kerajaan. Sekolah agama, lulusan agama, berfikiran agama, mula dipandang kuno oleh orang Islam sendiri. Berpegang teguh kepada agama Islam akan dipandang seolah olah berpandangan sempit dan konservatif.

Ulama dalam institusi kerajaan Malaysia berjaya dikecilkan peranannya. Mereka hanya dinilai sebagai pembaca doa dan digunakan untuk keperluan kematian semata mata. Ulama masih diperlukan dalam setengah adat istiadat rasmi negara, supaya ianya digambarkan seolah olah ulama masih lagi tidak dilupakan. Maka ternyata agenda penjajah ini telah berjaya dan masih diteruskan oleh pemerintah sekarang, sama seperti semasa penjajahan dahulu.

Islam telah berjaya dipolitikkan maka wujudlah ‘Islam politik’. Sementara ‘politik Islam’cuba dihapuskan. Bila ‘Islam politik’ muncul maka akan wujudlah kepentingan duniawi di dalam satu satu tindakan. Maka wujudlah pembinaan masjid semata mata untuk menarik perhatian rakyat yang beragama Islam, tetapi bukan atas niat untuk mengembangkan agama Islam dengan sebenar benarnya. Juga wujudlah pemimpin pemimpin Islam yang minum arak, berjudi, berzina,rasuah dan berbagai penyelewengan.

Agenda mengislamkan politik sangatlah digeruni oleh pemerintah. Menyeru rakyat kembali kepada Islam akan menyebabkan BN akan kehilangan sokongan. Islam mengharamkan judi, zina, minum arak, rasuah dan segala macam kemungkaran. Jadi mengislamkan politik bermaksud berpolitik untuk membebaskan negara dari arak, judi, zina, rasuah dan membebaskan negara dari segala bentuk kepincangan. Jadi ini tentu sahaja akan merugikan pemerintah BN yang terkenal dengan segala macam kebejatan.

Mereka(BN yang mewarisi pemerintahan British) ingin memisahkan antara masjid dan politik. Melangkah tangga ke masjid hanya untuk bersembahyang, politik harus ditinggalkan di luar pagar masjid. Seolah olah tuhan hanya berada di dalam masjid. Jika diluar masjid kita bebas perbuat apa sahaja, samada dari sudut poltik, ekonomi dan segalanya, adalah terpisah sama sekali dari tuntutan agama. Mereka malah lupa bahawa Nabi Muhamad s.a.w adalah pemerintah tertinggi Madinah. Mereka juga lupa para sahabat semuanya adalah perdana menteri, hingga terkenal dengan jolokan ‘khalifah ar rasyidin’.



Mereka cuba mengangkat perjuangan terhadap bangsa melebihi perjuangan berlandaskan agama. Padahal mereka lupa peristiwa ini pernah berlaku di zaman Rasullullah. Dalam hadis riwayat Muslim Rasullullah pernah berpesan:

“barangsiapa berperang di bawah bendera kesesatan, ia marah kerana kebangsaan(asobiyyah), atau membela kebangsaan, kemudian ia mati, maka matinya adalah jahilliah”

Marilah kita ingat pesan Rasullullah yang terakhir ketika Haji Wada’:

Kalian semua adalah anak Adam, sedangkan Adam itu diciptakan dari tanah. Tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab atas bangsa bukan Arab, tidak ada kelebihan bagi bangsa kulit putih atas bangsa kulit hitam, dan tidak ada kelebihan bangsa berkulit hitam atas bangsa kulit putih, melainkan dengan taqwa

Kepada mereka mereka yang kuat perjuangkan kebangsaan dan melayu, tanyalah diri kamu ,fahaman siapakah yang kamu bawa? Kepada yang hendak memisahkan politik dan agama, sedarkah kamu bahawa kamu dan karl max adalah satu guru?

Kepada para ulama, marilah kita merenung kata kata Muaz Ar Razi’

”wahai orang orang yang berilmu dan para alim ulama,istana-istana kalian(indah) laksana istana kaisar, rumah-rumah kalian (besar dan selesa)laksana rumah kisra, kendaraan-kendaraan kalian (kenderaan mewah)laksana kendaraan Qarun, gelas-gelas kalian laksana gelas Fir’aun, jamuan-jamuan kalian laksana jamuan jahiliah dan mazhab-mazhab kalian laksana mazhab setaniyah. Lalu dimanakah risalah Muhammad?”

Di manakah tugas kamu dalam mewarisi tugas yang ditinggalkan oleh Rasullullah s.a.w?

-sumber facebook-

{ 2 comments... read them below or Comment }

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -