Archive for November 2012
Tarikh keluar Keputusan UPSR 2012
By : Unknown
Tarikh keputusan UPSR 2012 adalah pada 19 November 2012.
semakan keputusan UPSR boleh di ambil di sekolah masing-masing pada 19 November 2012 ini bermula pada jam 10 pagi. Bagi kemudahan calon sejumlah 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara dan keluarga, semakan keputusan UPSR juga boleh dibuat dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) ataupun secara online
Semak Keputusan UPSR Secara Online
Semak Online Keputusan Peperiksaan UPSR Kini anda boleh membuat semakan secara online. SAPStelah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi peperiksaan pencapaian anak mereka. Sila klik menu pilihan di sebelah kiri dan masukkan ID pelajar di laman web SAPS, pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.
- Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my
- Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna HIJAU.
- Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.
DIRECT LINK : http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
Semak Keputusan UPSR Secara SMS
- Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
- Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888
sumber:beritasemasa.com
Tag :
informasi terkini,
Asal Usul Pemisahan Politik Daripada Agama
By : Unknown“Memisahkan agama dan politik dipanggil sekular. Perkataan sekular berasal dari perkataan Latin iaitu saeculum yang bemaksud kata waktu( a time word). Ia boleh diartikan sebagai satu zaman yang sangat panjang. Di dalam satu zaman yang sangat panjang ini, sekularisasi di dalam politik bermaksud tidak ada seorangpun yang boleh memerintah dengan ‘autoriti hak tuhan’.
Kepercayaan kepercayaan ini mulai disemai bermula tahun 1804 hingga 1872 oleh guru Karl Marx yang bernama Ludwig Feurbach. Kemudian timbul pula para teologi kematian tuhan seperti Karl Barth (1886-1968), Dietrich Bonhoeffer (1906-1945), Paul van Buren, Thomas Altizer, Gabriel Vahanian, William Hamilton, Woolwich, Werner dan Lotte Pelz. Bagi mereka ini semua, ‘tuhan telah mati’ atau ‘agama adalah ketidakpercayaan’(religion as unbelief). Mereka menyeru orang orang kristian dengan satu pendekatan baru iaitu, ‘kristian tanpa agama’(a religionsless Christianity) dan menganggap ‘kematian tuhan’ adalah satu budaya.
Mereka mula memutarbelit kata kata. Kata mereka kristian tanpa agama bukan bermaksud menjadi atheis, mereka masih percaya wujudnya tuhan tetapi agama hanyalah satu falsafah yang paling tinggi. Agama hanya untuk manusia, bukan manusia untuk agama. Tuhan hanya untuk manusia bukan manusia untuk tuhan. Jadi peranan tuhan hanyalah kepercayaan semata mata dan digantikan dengan peranan manusia semata mata di dunia ini. Bagi mereka jika gereja memerintah negara akan berlaku kepincangan yang sangat dahsyat. Mereka percaya akan berlaku konflik dan banyak sekatan akan muncul jika para paderi dikaitkan dalam pemerintahan.
Lantaran itu pihak barat mula memisahkan para paderi dan gereja dari kehidupan bernegara. Jadi ‘solution’nya adalah sekularisme. Mereka mula meminggirkan kehidupan agama mereka dari tampuk politik. Maka mereka bebas perbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka.
Malang sekali fahaman fahaman ini mula diadaptasi oleh sarjana sarjana Islam. Mohamad Arkoun misalnya menganggap, sekularisme dalam pentadibran negara akan membebaskan manusia dari kekangan ideologi. Senada dengannya adalah Nasr Hamid Abu Zayd. Malah ramai sarjana sarjana Islam mula tertarik dengan fahaman memisahkan agama dan politik, bertitik tolak dari fahaman mereka berdua.
Malah mereka mengganggap syariah adalah produk manusia semata mata. Bahkan mereka mengganggap alquran itu sendiri adalah pentafsiran semata mata. Al quran adalah satu tafsiran akal manusia terhadap wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhamad s.a.w. Mereka merendahkan nilai al quran seolah olah ianya satu karangan dan tafsiran terhadap wahyu. Fahaman fahaman ini mula dikembangkan oleh barat, menyusup masuk ke institusi pengajian pengajian agama. Terutama di negara Turki, pakistan dan di negara negara arab sendiri.
Kemudian bila negara negara barat mula menyerang dan memerintah negara Islam, mereka mula memisahkan agama dari pentadbiran. Alim ulama bebas mengajar agama asalkan mereka tidak menyeru untuk menentang penjajah(malah mereka diberi jawatan dan dilantik untuk mengurus dan mengendalikan hal ehwal orang Islam). Maka mulalah wujudnya dua mahkamah iaitu mahkamah syariah dan mahkamah sivil.
Bertitik tolak dari ini maka rakyat(khususnya rakyat tanah melayu) mula merasakan bahawa tidak ada perbezaanpun siapa yang memerintah, kerana mereka masih bebas beragama. Mereka masih bebas melakukan amal ibadat sekalipun nilai nilai maruah pemerintahan telah dicabul oleh penjajah. Doktrin doktrin pemikiran barat mula disemai secara halus oleh para penjajah. Maka wujudlah sekolah sekolah moden yang menyaingi sekolah sekolah pondok. Pilihan terhadap nilai nilai agama dialternatifkan dengan keperluan ilmu moden seperti kedoktoran, jurutera dan sebagainya. Dengan tingkatan gaji yang jauh berbeza, antara kelulusan agama dan lulusan moden dengan sendirinya telah merendahkan nilai agama itu sendiri dikalangan masyarakat. Malah hingga ke hari inipun kerajaan kita masih memandang remeh terhadap gaji lulusan agama berbanding jurutera. Sekolah sekolah agama rakyat berjaya dipinggirkan dan diatasi dengan sekolah sekolah moden kerajaan. Sekolah agama, lulusan agama, berfikiran agama, mula dipandang kuno oleh orang Islam sendiri. Berpegang teguh kepada agama Islam akan dipandang seolah olah berpandangan sempit dan konservatif.
Ulama dalam institusi kerajaan Malaysia berjaya dikecilkan peranannya. Mereka hanya dinilai sebagai pembaca doa dan digunakan untuk keperluan kematian semata mata. Ulama masih diperlukan dalam setengah adat istiadat rasmi negara, supaya ianya digambarkan seolah olah ulama masih lagi tidak dilupakan. Maka ternyata agenda penjajah ini telah berjaya dan masih diteruskan oleh pemerintah sekarang, sama seperti semasa penjajahan dahulu.
Islam telah berjaya dipolitikkan maka wujudlah ‘Islam politik’. Sementara ‘politik Islam’cuba dihapuskan. Bila ‘Islam politik’ muncul maka akan wujudlah kepentingan duniawi di dalam satu satu tindakan. Maka wujudlah pembinaan masjid semata mata untuk menarik perhatian rakyat yang beragama Islam, tetapi bukan atas niat untuk mengembangkan agama Islam dengan sebenar benarnya. Juga wujudlah pemimpin pemimpin Islam yang minum arak, berjudi, berzina,rasuah dan berbagai penyelewengan.
Agenda mengislamkan politik sangatlah digeruni oleh pemerintah. Menyeru rakyat kembali kepada Islam akan menyebabkan BN akan kehilangan sokongan. Islam mengharamkan judi, zina, minum arak, rasuah dan segala macam kemungkaran. Jadi mengislamkan politik bermaksud berpolitik untuk membebaskan negara dari arak, judi, zina, rasuah dan membebaskan negara dari segala bentuk kepincangan. Jadi ini tentu sahaja akan merugikan pemerintah BN yang terkenal dengan segala macam kebejatan.
Mereka(BN yang mewarisi pemerintahan British) ingin memisahkan antara masjid dan politik. Melangkah tangga ke masjid hanya untuk bersembahyang, politik harus ditinggalkan di luar pagar masjid. Seolah olah tuhan hanya berada di dalam masjid. Jika diluar masjid kita bebas perbuat apa sahaja, samada dari sudut poltik, ekonomi dan segalanya, adalah terpisah sama sekali dari tuntutan agama. Mereka malah lupa bahawa Nabi Muhamad s.a.w adalah pemerintah tertinggi Madinah. Mereka juga lupa para sahabat semuanya adalah perdana menteri, hingga terkenal dengan jolokan ‘khalifah ar rasyidin’.
Mereka cuba mengangkat perjuangan terhadap bangsa melebihi perjuangan berlandaskan agama. Padahal mereka lupa peristiwa ini pernah berlaku di zaman Rasullullah. Dalam hadis riwayat Muslim Rasullullah pernah berpesan:
“barangsiapa berperang di bawah bendera kesesatan, ia marah kerana kebangsaan(asobiyyah), atau membela kebangsaan, kemudian ia mati, maka matinya adalah jahilliah”
Marilah kita ingat pesan Rasullullah yang terakhir ketika Haji Wada’:
Kalian semua adalah anak Adam, sedangkan Adam itu diciptakan dari tanah. Tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab atas bangsa bukan Arab, tidak ada kelebihan bagi bangsa kulit putih atas bangsa kulit hitam, dan tidak ada kelebihan bangsa berkulit hitam atas bangsa kulit putih, melainkan dengan taqwa
Kepada mereka mereka yang kuat perjuangkan kebangsaan dan melayu, tanyalah diri kamu ,fahaman siapakah yang kamu bawa? Kepada yang hendak memisahkan politik dan agama, sedarkah kamu bahawa kamu dan karl max adalah satu guru?
Kepada para ulama, marilah kita merenung kata kata Muaz Ar Razi’
”wahai orang orang yang berilmu dan para alim ulama,istana-istana kalian(indah) laksana istana kaisar, rumah-rumah kalian (besar dan selesa)laksana rumah kisra, kendaraan-kendaraan kalian (kenderaan mewah)laksana kendaraan Qarun, gelas-gelas kalian laksana gelas Fir’aun, jamuan-jamuan kalian laksana jamuan jahiliah dan mazhab-mazhab kalian laksana mazhab setaniyah. Lalu dimanakah risalah Muhammad?”
Di manakah tugas kamu dalam mewarisi tugas yang ditinggalkan oleh Rasullullah s.a.w?
-sumber facebook-
Tag :
article agama,
fakta,
3 Trik NOTEPAD Yang Menakjubkan.
By : Unknown
4 trik Notepad yang menakjubkan.
1) buka NOTEPAD
2) tulis ayat ini di dalam notepad (this app can break)
3) kemudian save file as xxx.txt
4) tutup NOTEPAD
5) try buka balik file tersebut dan lihatlah hasilnya.
TRIK KEDUA
saya yakin semua diantara kita masih ingat tragedi 9/11. dan adakah korang tau salah satu kapal terbang yang melanggar bangunan tersebut dinamakan Q33N.
1) buka notepad anda
2) taip Q33N dan ubah saiz font kepada 72.
3) tukar font yang digunakan kepada wingdings
4) dan sekarang korang tgk apa mesej yang ditinggalkan di dalam notepad anda!
TRIK KETIGA
trik yang terakhir. hanya tambah .LOG di barisan pertama sebelum korang menulis apa-apa di notepad. dan setiap kali korang buka fail tersebut akan tertera tarikh dan masa pada barisan pertama itu. trik ini sesuai untuk menjadikan notepad sebagai diary harian anda.
Cara nak dapatkan ID pengguna Facebook
By : Unknown
hi kawan-kawan, kekadang pasti korang nak tau ID facebook kawan sorang semata-mata nak kerjakan dia atau nak try hack FB dia kan? tapi, susah nak dapatkan ID mereka dalam url bar bukan? jangan risau, saya ada cara bagaimana nak dapatkan ID profile mereka.
1)pertama sekali, copy dan paste username pengguna facebook di URL bar.(https://www.facebook.com/nurfarjannah) ini adalah usename
2)sekarang, korang gantikan "www" pada url bar itu dengan graph. contohnya:
(https://graph.facebook.com/nurfarjannah) dan tekan enter.
3) dan sekarang korang dah dapat detail pengguna tersebut. seperti contoh di bawah.
cheer!! dah selesai! kalau ada sebarang masalah dan pertanyaan sila tinggalkan komen di bawah. insyaAllah akan saya jawab secepat mungkin.
Tag :
facebook trick,
network trick,
Cara Nak crash pelayar internet
By : Unknownhai there, hari ini saya akan kongsikan cara untuk crash pelayar internet kawan korang. sebelum saya menerangkan tentang langkah-langkah "trick" ini elok rasanya saya terangkan kepada anda cara trick ini berfungsi. korang tau bukan apa akan jadi sekiranya 100 website atau blog dibuka sekaligus. ianya akan CRASH, ok, jom mulakan langkah trick tersebut.
1) buka NOTEPAD
2)copy dan paste kod di bawah ini dalam notepad.
3) sekarang korang save as (apa-apa je).bat [saya lebih menyarankan anda agar letakkan nama yang menarik seperti angry bird agar rakan anda tertarik untuk klik folder tu]. sebagai contoh: angry bird.bat
llangkah terakhir, korang bagi ni dalam pendrive kawan korang. dan apabila kawan korang buka..boom! ..hehe.. korang pun boleh cuba dalam PC korang. jangan risau. tak bahaya sangat pun.. hang dalam beberapa minit je pun ^^. jika ada sebarang pertanyaan dan masalahlah sila tinggalkan komen anda di ruang komen.
AMARAN: SEGALA PENYALAHGUNAAN DAN KERUGIAN PIHAK CERITA FARJANNAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB, trick ini hanyalah sedakar perkongsian untuk menambahkan ilmu tentang dunia IT.
Tag :
network trick,
notepad trick,
Buat Virus palsu untuk kenakan rakan anda.
By : Unknownhai rakan-rakan dan kepada anda semua...
saya nak kongsikan satu trick, iaitu buat "virus palsu untuk kenakan rakan anda'. saya yakin bahawa dia akan ketakutan dan terkejut dan akan berkata "OMG, komputer saya diserang virus dan di hack" haha...
so, here we go for the step. (acah speking omputih sket)
1) buka notepad dan paste kod di bawah ini.
2) sekarang korang save as <filename>.bat
3) dan beginilah hasil yang bakal keluar nanti.
CHEER!! dah siap pun..haha.. tgk la reaksi kawan korang.. hahah.. :) ni virus tipu-tipu punya meh.. jika ada sebarang pertanyaan. sila tingglkan komen anda di bawah atau boleh berhubung terus dengan saya di facebook. IM je ok sayang? ..
Tag :
notepad trick,
PC trick,
cara semak Antivirus yang anda guna samada asli atau palsu.
By : Unknown
1) buka Notepad.
2) sekarang korang copy dan paste kod di bawah ini kedalam notepad.
X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*
3) sekarang anda save file as W2H.vbs di DESKTOP korang.
4) kalau antivirus yang anda guna tu bekerja dan asli, maka virus ini akan dapat dikesan dan korang buanglah virus ini. jikalau sebaliknya, ini bererti antivirus yang korang guna itu tak asli atau tgh tidur, jadi, eloklah korang tukar antivirus yang lain dan boleh dipercayai seperti malware dan avira (my reccoment)
* jika ada sebarang pertanyaan dan masalah, sila tinggalkan komen anda di bawah.
Tag :
notepad trick,
PC trick,
Tips Sebelum dan ketika Menduduki SPM
By : Unknown
1)Jaga kertas masa exam. Jangan bagi peluang orang tiru. Korang pun jgn tiru. Tak berkat nanti.
2)Bila Hati taktenang, macam-2 perkara yg tak diingini boleh jadi. Jadi,perbanyakkanlah Solat-2 Sunat,Mengaji,Berselawat. InsyaAllah.
3)Fahami, jk rasa takut, mk optimislh. Jk rasa optimis, mk cetuskn rasa takut. Rasa takut itu pnting. Ia adlh khusyu' dn hrp padaNya.
4)Solat jangan tinggal .Perbanyakkan solat sunat .Perbanyakkan doa .selawat dan zikir .
5)Sebelum ujian, ingat, lakukan kerana Allah dan juga kerana harapan keluarga, jangan lakukan sekadar untuk cukup makan sahaja."
6)bila bingung , istighfar dan selawat byk2. habis jawab, baca doa kesyukuran.elak bincang dgn kwn lepas exam.ready utk subjek brikut
7)masuk dewan dgn bismillah,senyum,beri salam . langkah kaki kanan. baca doa terang hati termasuk surah al-insyira
8)elak bincang di luar dewan. elak panik. doa ramai2.
9)solat hajat sblm solat subuh. sarapan utk tenaga. pakai perfume utk rangsang otak.
10)bangun pagi , senyum , berdoa utk cemerlang
11)tidur awal mengiring ke kanan . baca 3 qul , ayat kursi , hembus tangan dan sapu seluruh badan
12)jangan study lepas asar, kebarangkalian utk gila 8/10. Lepas asar waktu riadah. Take a time for jogging and rilex
13)Pastikan sarapan agar ada bertenaga
14)kalau nak senang masuk apa yang kita baca, membaca pada pukul 3.00-5.00 pagi sebab pada waktu itu otak kita dalam keadaan yg segar.
15)Bangun awal, prepare yourself up. Be ready, mentally, physically, roniah
16)Jangan tengok atau menonton bahan media yg 18sx
17)Minta maaf dengan semua orang yang pernah awak buat salah secara ikhlas, takut-takut effect dalam dewan peperiksaan nanti.
18)Jangan study sampai lewat pagi sebaliknya tidur awal dan bangun awal pagi. Study selepas selesai bertahajud
19)Jangan tinggalkan tempat kosong begitu saja tapi isikan dengan jawapan hentam sajalaa manatahu kot-kot betul.
20)sebelum masuk dewan peperiksaan , baca "Rabbi yassir wala tu'assir , Rabbi tammir bil khair"
21)jangan padam jawapan yang pertama sekiranya anda tidak yakin dengna jawapan kedua. sebab, kekadang jawapan pertama tu adalah betul.
"To all SPM candidates, you don't need luck to pass. If you think some dumb wish is going to help you pass, you already fail."
Tag :
tips dan nasihat,
DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA
By : UnknownMengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah S. A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim) Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, is disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S. A. W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud :Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
Tag :
article agama,
Koleksi Hadis Rasulullah SAW Tentang Wanita
By : Unknownsumber gambar:google.image |
1)Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (HR Muslim).
2)Dari Aisyah ra yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)
3)Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?"
4)Bersabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)
5)Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)
6)Seorang perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya: “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.”(HR. Al-Hakim)
7)Rasul Allah bersabda, "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan suaminya tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi. (HR Bukhari)
8)Nabi saw. bersabda, ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi)
9)Nabi saw. bersabda, ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (Diriwayatkan oleh al-Thabarani)
10)"... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” (Surah an-Nisaa’, ayat 34)
11)Rasulullah bersabda,, “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )
12)Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
13)Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)
14)Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )
15)Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda : “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
16)Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
17)Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)
18)Rasulullah bersabda, "Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)
19)Nabi bersabda , “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi)
Tag :
article agama,
HUKUM BERSANDING MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM
By : Unknownbersanding |
1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.
2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.
3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)
Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.
Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:
(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.
(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.
Hukum Islam Terhadap Persandingan
1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.
2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.
3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)
4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)
5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."
Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)
6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)
7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)
Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:
1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.
2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.
Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.
Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.
Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".
Tag :
article agama,
Jennifer Lopez 'dimalukan ' pakaian lagi
By : Unknown
penyanyi terkenal jennifer lopez berdepan saat yang memalukan apabila bajunya terlondeh sehinggah menampakkan payudaranya ketika mengadakan konsert di 02 Arena, London, baru-baru ini.
dipetik daripada Radar Online, insiden tersebut berlaku ketika J.Lo sedang menari dengan memakai jumpsuit labuci, malangnya secara tiba-tiba dia hampir tergelincir lalu menyebabkan bajunya terlondeh di bahagian depan.
menyedari payudaranya terdedah, penyanyi yang terkenal dengan lagu On The Floor itu dengan pantas memebetulkan bajunya dan meneruskan persembahannya seperti tiada apa yang berlaku.
ini bukanlah insiden pertama buat J.Lo kerna sebelum ini perkara yang sama berlaku ketika mengadakan persembahan di Itali dengan pakaian yang hampir sama.
walaubagaimanapun, insiden tersebut tidak memberikan kesan terhadap persembahan dan sambutan daripada peminat. malay J.Lo sempat menulis di akaun twitternya dan mengucapkan terima kasih kepada yang hadir. dalam perkembangan lain, J.lo dijadualkan bakal mengadakan konsert Jennifer Lopez "Dance Again World Tour" Live In Malaysia 2012 pada 2 Disember akan datang, jam 8 malam yang bertempat di Stadium merdeka, kuala lumpur.
tiket boleh didapati dengan harga RM168, RM268, RM288, RM368, RM528, RM628, RM658 di tiket Charge dan Air Asia Red Tix.
Tag :
hiburan,
Lords Taylor Taja 5 Persalinan Datuk Lee Chong Wei
By : Unknown
KUALA LUMPUR, 2 NOV 2012: Boleh dikatakan ketika ini, ada ahli sukan tempatan yang lebih popular daripada selebriti kita.Malah, mereka juga mendapat habuan, penajaan dan pengiktirafan yang bermacam-macam selepas berjaya bertungkus-lumus menaikkan nama negara.
Antaranya ialah Datuk Lee Chong Wei. Malah, perkahwinannya yang bakal dilangsungkan pada 9 dan 10 November ini juga turut menarik perhatian Lord Taylor's. Terkenal dengan kemahiran dan berkepakaran tinggi dalam penghasilan sut buat lelaki, Lord's Taylor telah mengambil peluang untuk menaja pemain nombor satu dunia dengan menghasilkan 5 persalinan sut yang bernilai RM 25,000 .
Sepertimana yang dilaporkan Harian Metro hari ini, jaguh badminton negara ini baru sahaja melalui proses fitting ke atas semua sut-sut tersebut. Proses fitting tersebut telah dilakukan di butik Lord's Tailor yang terletak di Kompleks Membeli Belah Bangsar semalam. Lord's Tailor menyuarakan hasrat untuk menaja persalinan hari bahagia Chong Wei selepas jaguh tersebut memuji dan selesa menyarungkan sut hasilan butik itu.
Dalam pada itu, Master Cutter untuk label ini, Robert Loh memberitahu, setiap persalinan sut buat Chong Wei akan menggunakan fabrik mewah berkualiti tinggi yang berlabel Dormeuil.
Selain daripada itu, Lord's Tailor turut menghasilkan vest dan Tong Chong yang diperbuat daripada sutera China daripada Shanghai. Kesemua ini perlu disiapkan dalam masa lapan hari dengan khidmat lima orang tukang jahit.
Jaguh badminton negara ini telah memilih Wong Mew Choo, yang juga jaguh badminton wanita negara sebagai pasangan hidupnya. Mereka telah dikhabarkan sudah bercinta hampir 11 tahun dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk mereka berumahtangga. sumber
Tag :
informasi terkini,
Cara Shut down computer yang not responding
By : Unknown
1) anda pergi klik START
2) selepas itu, cari RUN dan taip regedit pastu korang ikut key yang diberikan di bawah ini.
HKEY_USERS \. DEFAULT \ Control Panel \ Desktop
3) seterusnya korang cari key value nama
AutoEndTasks, Jenis: REG_SZ (String Value), Value: (0 = disabled, 1 = enabled).
4) selepas itu, awak ubah dari "0" mencari "1"
5) Restart computer anda.
*dah selesai.. jikalau ada sebarang pertanyaan mahupun ketidakfahaman sila tinggalkan komen anda di bawah. kalau menjadi ucaplah syukur alhamdulilah.
Tag :
PC trick,
Petua Berjaya Mendidik Anak
By : Unknown- ibu dan bapa menjadi teladan dalam ibadah dan amal soleh serta kemualian akhlak.
- menanamkan sikap kebiasaan-kebiasaan yang baik sejak awal, seperti disiplin diri dan waktu, kejujuran, kebersihan, dan sebagainya.
- ibu bapa selalu belajar mengenai Al-quran dan sunnah dan siap menjadi guru untuk mengajar anak-anaknya secara serius.juga tentang ilmu yang berkaitan dengan tauhid, ibadah terutamanya solat lima waktu dan berakhlak mulia dalam kehidupan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Luqman Al-hakim dalam mendidik anaknya.
- memberi hadiah dan pujian kerana prestasi yang memberangsangkan dan memberi denda sekiranya anak kita membuat kesalahan mahupun nakal.
- doa ibu bapa seperti yang kita sedia maklum adalah sangat mustajab, terutamanya doa di penghujung malam.
"Allahumma, ya Allah, jadikanlah anak dan cucu-cucuku serta keterunan kami sebagai generasi yang soleh dan solehah dan selamat di dunia dan akhirat. amin."
Tag :
article agama,
tips dan nasihat,
Menonton filem seram dapat membakar kalori
By : UnknownPercayakah anda? dengan hanya menonton filem seram anda dapat membakar sejumlah kalori yang banyak?
kajian saintifik telah menunjukkan bahawa menonton filem seram dapat membantu anda untuk membakar kalori dalam badan. tetapi perkara ini bagus untuk masyarakat yang malas untuk bersenam tetapi ingin kurus.
sebuah kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari University of Westminster telah mendapati bahawa kadar nadi jantung kita akan meningkat hasil daripada menonton cerita seram yang akan membakar kira-kira jumlah kalori yang sama sekiranya anda berjalan kaki selama satu setengah jam.
Dr Richard Mackenzie dari University of Westminster telah menerangkan sains di sebalik penemuan tersebut:
oleh sebab nadi kita bergerak dengan pantas maka darah yang di pam ke seluruh badan akan berlaku dengan lebih pantas. manakala badan kita akan mengalami lebihan adrenalin. Ia adalah pelepasan adrenalin yang cepat bertindak yang dihasilkan semasa kita tengah dalam ketakutan. lebihan adrenalin ini turut mengurangkan selera makan, meningkatkan kadar metabolik badan dan akhirnya dapat membakar kalori dengan tahap yang lebih tinggi.
purata bilangan kalori yang dibakar ketika menonton filem seram sekiranya filem ini mempunyai durasi selama 90 maka kalori yang dibakar adalah sebanyak 113, tetapi kajian mendapati bahawa sesetengah filem, terutamanya yang lebih seram seperti detik-detik menakutkan mengakibatkan pembakaran kalori yang amat tinggi.
senarai di bawah menunjukkan senarai 9 filem seram yang dapat membakar kalori badan dengan banyak:
1)The Shining: 184 calories
3) The Exorcist: 158 calories
4)Alien: 152 calories
5) Saw 3D: 133 calories
6) A Nightmare on Elm Street: 118 calories
7)Paranormal Activity 4: 111 calories
Daftar BR1M Online
By : Unknown
anda tidak perlu bersusah payah untuk beratur pergi ke pejabat LHDN semata-mata untuk mendaftar bantuan rakyat 1 malaysia ataupun BR1M. Kini, anda boleh mendaftar secara online di http://www.hasil.gov.my/.. lafi senang dan mudah serta dapat menjimatkan masa bukan.
Tag :
informasi terkini,