Popular Post

Tarikh keluar Keputusan UPSR 2012

By : Unknown


Tarikh keputusan UPSR 2012 adalah pada 19 November 2012.

semakan keputusan UPSR boleh di ambil di sekolah masing-masing pada 19 November 2012 ini bermula pada jam 10 pagi.  Bagi kemudahan calon sejumlah 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara dan keluarga, semakan keputusan UPSR juga boleh dibuat dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) ataupun secara online


Semak Keputusan UPSR Secara Online

Semak Online Keputusan Peperiksaan UPSR Kini anda boleh membuat semakan secara online. SAPStelah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi peperiksaan pencapaian anak mereka. Sila klik menu pilihan di sebelah kiri dan masukkan ID pelajar di laman web SAPS, pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.

  1. Pergi ke laman web SAPSsaps.moe.gov.my
  2. Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna HIJAU.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.


Semak Keputusan UPSR Secara SMS 

  1. Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
  2. Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

sumber:beritasemasa.com 

Asal Usul Pemisahan Politik Daripada Agama

By : Unknown




“Memisahkan agama dan politik dipanggil sekular. Perkataan sekular berasal dari perkataan Latin iaitu saeculum yang bemaksud kata waktu( a time word). Ia boleh diartikan sebagai satu zaman yang sangat panjang. Di dalam satu zaman yang sangat panjang ini, sekularisasi di dalam politik bermaksud tidak ada seorangpun yang boleh memerintah dengan ‘autoriti hak tuhan’.



Kepercayaan kepercayaan ini mulai disemai bermula tahun 1804 hingga 1872 oleh guru Karl Marx yang bernama Ludwig Feurbach. Kemudian timbul pula para teologi kematian tuhan seperti Karl Barth (1886-1968), Dietrich Bonhoeffer (1906-1945), Paul van Buren, Thomas Altizer, Gabriel Vahanian, William Hamilton, Woolwich, Werner dan Lotte Pelz. Bagi mereka ini semua, ‘tuhan telah mati’ atau ‘agama adalah ketidakpercayaan’(religion as unbelief). Mereka menyeru orang orang kristian dengan satu pendekatan baru iaitu, ‘kristian tanpa agama’(a religionsless Christianity) dan menganggap ‘kematian tuhan’ adalah satu budaya.



Mereka mula memutarbelit kata kata. Kata mereka kristian tanpa agama bukan bermaksud menjadi atheis, mereka masih percaya wujudnya tuhan tetapi agama hanyalah satu falsafah yang paling tinggi. Agama hanya untuk manusia, bukan manusia untuk agama. Tuhan hanya untuk manusia bukan manusia untuk tuhan. Jadi peranan tuhan hanyalah kepercayaan semata mata dan digantikan dengan peranan manusia semata mata di dunia ini. Bagi mereka jika gereja memerintah negara akan berlaku kepincangan yang sangat dahsyat. Mereka percaya akan berlaku konflik dan banyak sekatan akan muncul jika para paderi dikaitkan dalam pemerintahan.



Lantaran itu pihak barat mula memisahkan para paderi dan gereja dari kehidupan bernegara. Jadi ‘solution’nya adalah sekularisme. Mereka mula meminggirkan kehidupan agama mereka dari tampuk politik. Maka mereka bebas perbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka.

Malang sekali fahaman fahaman ini mula diadaptasi oleh sarjana sarjana Islam. Mohamad Arkoun misalnya menganggap, sekularisme dalam pentadibran negara akan membebaskan manusia dari kekangan ideologi. Senada dengannya adalah Nasr Hamid Abu Zayd. Malah ramai sarjana sarjana Islam mula tertarik dengan fahaman memisahkan agama dan politik, bertitik tolak dari fahaman mereka berdua.



Malah mereka mengganggap syariah adalah produk manusia semata mata. Bahkan mereka mengganggap alquran itu sendiri adalah pentafsiran semata mata. Al quran adalah satu tafsiran akal manusia terhadap wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhamad s.a.w. Mereka merendahkan nilai al quran seolah olah ianya satu karangan dan tafsiran terhadap wahyu. Fahaman fahaman ini mula dikembangkan oleh barat, menyusup masuk ke institusi pengajian pengajian agama. Terutama di negara Turki, pakistan dan di negara negara arab sendiri.



Kemudian bila negara negara barat mula menyerang dan memerintah negara Islam, mereka mula memisahkan agama dari pentadbiran. Alim ulama bebas mengajar agama asalkan mereka tidak menyeru untuk menentang penjajah(malah mereka diberi jawatan dan dilantik untuk mengurus dan mengendalikan hal ehwal orang Islam). Maka mulalah wujudnya dua mahkamah iaitu mahkamah syariah dan mahkamah sivil.



Bertitik tolak dari ini maka rakyat(khususnya rakyat tanah melayu) mula merasakan bahawa tidak ada perbezaanpun siapa yang memerintah, kerana mereka masih bebas beragama. Mereka masih bebas melakukan amal ibadat sekalipun nilai nilai maruah pemerintahan telah dicabul oleh penjajah. Doktrin doktrin pemikiran barat mula disemai secara halus oleh para penjajah. Maka wujudlah sekolah sekolah moden yang menyaingi sekolah sekolah pondok. Pilihan terhadap nilai nilai agama dialternatifkan dengan keperluan ilmu moden seperti kedoktoran, jurutera dan sebagainya. Dengan tingkatan gaji yang jauh berbeza, antara kelulusan agama dan lulusan moden dengan sendirinya telah merendahkan nilai agama itu sendiri dikalangan masyarakat. Malah hingga ke hari inipun kerajaan kita masih memandang remeh terhadap gaji lulusan agama berbanding jurutera. Sekolah sekolah agama rakyat berjaya dipinggirkan dan diatasi dengan sekolah sekolah moden kerajaan. Sekolah agama, lulusan agama, berfikiran agama, mula dipandang kuno oleh orang Islam sendiri. Berpegang teguh kepada agama Islam akan dipandang seolah olah berpandangan sempit dan konservatif.

Ulama dalam institusi kerajaan Malaysia berjaya dikecilkan peranannya. Mereka hanya dinilai sebagai pembaca doa dan digunakan untuk keperluan kematian semata mata. Ulama masih diperlukan dalam setengah adat istiadat rasmi negara, supaya ianya digambarkan seolah olah ulama masih lagi tidak dilupakan. Maka ternyata agenda penjajah ini telah berjaya dan masih diteruskan oleh pemerintah sekarang, sama seperti semasa penjajahan dahulu.

Islam telah berjaya dipolitikkan maka wujudlah ‘Islam politik’. Sementara ‘politik Islam’cuba dihapuskan. Bila ‘Islam politik’ muncul maka akan wujudlah kepentingan duniawi di dalam satu satu tindakan. Maka wujudlah pembinaan masjid semata mata untuk menarik perhatian rakyat yang beragama Islam, tetapi bukan atas niat untuk mengembangkan agama Islam dengan sebenar benarnya. Juga wujudlah pemimpin pemimpin Islam yang minum arak, berjudi, berzina,rasuah dan berbagai penyelewengan.

Agenda mengislamkan politik sangatlah digeruni oleh pemerintah. Menyeru rakyat kembali kepada Islam akan menyebabkan BN akan kehilangan sokongan. Islam mengharamkan judi, zina, minum arak, rasuah dan segala macam kemungkaran. Jadi mengislamkan politik bermaksud berpolitik untuk membebaskan negara dari arak, judi, zina, rasuah dan membebaskan negara dari segala bentuk kepincangan. Jadi ini tentu sahaja akan merugikan pemerintah BN yang terkenal dengan segala macam kebejatan.

Mereka(BN yang mewarisi pemerintahan British) ingin memisahkan antara masjid dan politik. Melangkah tangga ke masjid hanya untuk bersembahyang, politik harus ditinggalkan di luar pagar masjid. Seolah olah tuhan hanya berada di dalam masjid. Jika diluar masjid kita bebas perbuat apa sahaja, samada dari sudut poltik, ekonomi dan segalanya, adalah terpisah sama sekali dari tuntutan agama. Mereka malah lupa bahawa Nabi Muhamad s.a.w adalah pemerintah tertinggi Madinah. Mereka juga lupa para sahabat semuanya adalah perdana menteri, hingga terkenal dengan jolokan ‘khalifah ar rasyidin’.



Mereka cuba mengangkat perjuangan terhadap bangsa melebihi perjuangan berlandaskan agama. Padahal mereka lupa peristiwa ini pernah berlaku di zaman Rasullullah. Dalam hadis riwayat Muslim Rasullullah pernah berpesan:

“barangsiapa berperang di bawah bendera kesesatan, ia marah kerana kebangsaan(asobiyyah), atau membela kebangsaan, kemudian ia mati, maka matinya adalah jahilliah”

Marilah kita ingat pesan Rasullullah yang terakhir ketika Haji Wada’:

Kalian semua adalah anak Adam, sedangkan Adam itu diciptakan dari tanah. Tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab atas bangsa bukan Arab, tidak ada kelebihan bagi bangsa kulit putih atas bangsa kulit hitam, dan tidak ada kelebihan bangsa berkulit hitam atas bangsa kulit putih, melainkan dengan taqwa

Kepada mereka mereka yang kuat perjuangkan kebangsaan dan melayu, tanyalah diri kamu ,fahaman siapakah yang kamu bawa? Kepada yang hendak memisahkan politik dan agama, sedarkah kamu bahawa kamu dan karl max adalah satu guru?

Kepada para ulama, marilah kita merenung kata kata Muaz Ar Razi’

”wahai orang orang yang berilmu dan para alim ulama,istana-istana kalian(indah) laksana istana kaisar, rumah-rumah kalian (besar dan selesa)laksana rumah kisra, kendaraan-kendaraan kalian (kenderaan mewah)laksana kendaraan Qarun, gelas-gelas kalian laksana gelas Fir’aun, jamuan-jamuan kalian laksana jamuan jahiliah dan mazhab-mazhab kalian laksana mazhab setaniyah. Lalu dimanakah risalah Muhammad?”

Di manakah tugas kamu dalam mewarisi tugas yang ditinggalkan oleh Rasullullah s.a.w?

-sumber facebook-

3 Trik NOTEPAD Yang Menakjubkan.

By : Unknown
4 trik Notepad yang menakjubkan. 


TRIK PERTAMAClick here for more graphics and gifs!

1) buka NOTEPAD
2) tulis ayat ini di dalam notepad  (this app can break)
3) kemudian save file as xxx.txt
4) tutup NOTEPAD
5) try buka balik file tersebut dan lihatlah hasilnya.


TRIK KEDUAClick here for more graphics and gifs!

saya yakin semua diantara kita masih ingat tragedi 9/11. dan adakah korang tau salah satu kapal terbang yang melanggar bangunan tersebut dinamakan Q33N.

1) buka notepad anda
2) taip Q33N dan ubah saiz font kepada 72.
3) tukar font yang digunakan kepada wingdings
4) dan sekarang korang tgk apa mesej yang ditinggalkan di dalam notepad anda!


TRIK KETIGA Click here for more graphics and gifs!

trik yang terakhir. hanya tambah .LOG di barisan pertama sebelum korang menulis apa-apa di notepad. dan setiap kali korang buka fail tersebut akan tertera tarikh dan masa pada barisan pertama itu. trik ini sesuai untuk menjadikan notepad sebagai diary harian anda.

Cara nak dapatkan ID pengguna Facebook

By : Unknown

hi kawan-kawan, kekadang pasti korang nak tau ID facebook kawan sorang semata-mata nak kerjakan dia atau nak try hack FB dia kan? tapi, susah nak dapatkan ID mereka dalam url bar bukan? jangan risau, saya ada cara bagaimana nak dapatkan ID profile mereka. 

1)pertama sekali, copy dan paste username pengguna facebook di URL bar.(https://www.facebook.com/nurfarjannah) ini adalah usename


2)sekarang, korang gantikan "www" pada url bar itu dengan graph. contohnya:
(https://graph.facebook.com/nurfarjannah) dan tekan enter.

3) dan sekarang korang dah dapat detail pengguna tersebut. seperti contoh di bawah.


cheer!! dah selesai! kalau ada sebarang masalah dan pertanyaan sila tinggalkan komen di bawah. insyaAllah akan saya jawab secepat mungkin.





Cara Nak crash pelayar internet

By : Unknown
hai there, hari ini saya akan kongsikan cara untuk crash pelayar internet kawan korang. sebelum saya menerangkan tentang langkah-langkah "trick" ini elok rasanya saya terangkan kepada anda cara trick ini berfungsi. korang tau bukan apa akan jadi sekiranya 100 website atau blog dibuka sekaligus. ianya akan CRASH, ok, jom mulakan langkah trick tersebut.

1) buka NOTEPAD

2)copy dan paste kod di bawah ini dalam notepad.






3) sekarang korang save as (apa-apa je).bat [saya lebih menyarankan anda agar letakkan nama yang menarik seperti angry bird agar rakan anda tertarik untuk klik folder tu]. sebagai contoh: angry bird.bat


llangkah terakhir, korang bagi ni dalam pendrive kawan korang. dan apabila kawan korang buka..boom! ..hehe.. korang pun boleh cuba dalam PC korang. jangan risau. tak bahaya sangat pun.. hang dalam beberapa minit je pun ^^. jika ada sebarang pertanyaan dan masalahlah sila tinggalkan komen anda di ruang komen.



AMARAN: SEGALA PENYALAHGUNAAN DAN KERUGIAN PIHAK CERITA FARJANNAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB, trick ini hanyalah sedakar perkongsian untuk menambahkan ilmu tentang dunia IT.

Buat Virus palsu untuk kenakan rakan anda.

By : Unknown

hai rakan-rakan dan kepada anda semua...
saya nak kongsikan satu trick, iaitu buat "virus palsu untuk kenakan rakan anda'. saya yakin bahawa dia akan ketakutan dan terkejut dan akan berkata "OMG, komputer saya diserang virus dan di hack" haha... 

so, here we go for the step. (acah speking omputih sket)

1) buka notepad dan paste kod di bawah ini.





2) sekarang korang save as <filename>.bat 
3) dan beginilah hasil yang bakal keluar nanti.


CHEER!! dah siap pun..haha.. tgk la reaksi kawan korang.. hahah.. :) ni virus tipu-tipu punya meh.. jika ada sebarang pertanyaan. sila tingglkan komen anda di bawah atau boleh berhubung terus dengan saya di facebook. IM je ok sayang? ..


cara semak Antivirus yang anda guna samada asli atau palsu.

By : Unknown


hello kawan-kawan,sekarang saya nak berkongsi kepada anda cara untuk mengetahui samada antivirus yang anda gunakan sekarang ini asli atau palsu. saya akan tunjukkan cara-caranya dan anda boleh ikut spet yang saya tunjukkan dengan hati yang gembira.

1) buka Notepad.



2) sekarang korang copy dan paste kod di bawah ini kedalam notepad.
X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*


3) sekarang anda save file as  W2H.vbs di DESKTOP korang.

4) kalau antivirus yang anda guna tu bekerja dan asli, maka virus ini akan dapat dikesan dan korang buanglah virus ini. jikalau sebaliknya, ini bererti antivirus yang korang guna itu tak asli atau tgh tidur, jadi, eloklah korang tukar antivirus yang lain dan boleh dipercayai seperti malware dan avira (my reccoment)


* jika ada sebarang pertanyaan dan masalah, sila tinggalkan komen anda di bawah.

Tips Sebelum dan ketika Menduduki SPM

By : Unknown


kepada calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM. saya ada beberapa tips yang hendak dikongsikan yang mungkin berguna untuk korang sebelum menduduki peperiksaan sijil pelajaran malaysia. (SPM).

1)Jaga kertas masa exam. Jangan bagi peluang orang tiru. Korang pun jgn tiru. Tak berkat nanti.

2)Bila Hati taktenang, macam-2 perkara yg tak diingini boleh jadi. Jadi,perbanyakkanlah Solat-2 Sunat,Mengaji,Berselawat. InsyaAllah.

3)Fahami, jk rasa takut, mk optimislh. Jk rasa optimis, mk cetuskn rasa takut. Rasa takut itu pnting.  Ia adlh khusyu' dn hrp padaNya.

4)Solat jangan tinggal .Perbanyakkan solat sunat .Perbanyakkan doa .selawat dan zikir .

5)Sebelum ujian, ingat, lakukan kerana Allah dan juga kerana harapan keluarga, jangan lakukan sekadar untuk cukup makan sahaja."

6)bila bingung , istighfar dan selawat byk2. habis jawab, baca doa kesyukuran.elak bincang dgn kwn lepas exam.ready utk subjek brikut

7)masuk dewan dgn bismillah,senyum,beri salam . langkah kaki kanan. baca doa terang hati termasuk surah al-insyira

8)elak bincang di luar dewan. elak panik. doa ramai2.

9)solat hajat sblm solat subuh. sarapan utk tenaga. pakai perfume utk rangsang otak.

10)bangun pagi , senyum , berdoa utk cemerlang

11)tidur awal mengiring ke kanan . baca 3 qul , ayat kursi , hembus tangan dan sapu seluruh badan

12)jangan study lepas asar, kebarangkalian utk gila 8/10. Lepas asar waktu riadah. Take a time for jogging and rilex

13)Pastikan sarapan agar ada bertenaga

14)kalau nak senang masuk apa yang kita baca, membaca pada pukul 3.00-5.00 pagi sebab pada waktu itu otak kita dalam keadaan yg segar.

15)Bangun awal, prepare yourself up. Be ready, mentally, physically, roniah

16)Jangan tengok atau menonton bahan media yg 18sx

17)Minta maaf dengan semua orang yang pernah awak buat salah secara ikhlas, takut-takut effect dalam dewan peperiksaan nanti.

18)Jangan study sampai lewat pagi sebaliknya tidur awal dan bangun awal pagi. Study selepas selesai bertahajud

19)Jangan tinggalkan tempat kosong begitu saja tapi isikan dengan jawapan hentam sajalaa manatahu kot-kot betul.

20)sebelum masuk dewan peperiksaan , baca "Rabbi yassir wala tu'assir , Rabbi tammir bil khair"

21)jangan padam jawapan yang pertama sekiranya anda tidak yakin dengna jawapan kedua. sebab, kekadang jawapan pertama tu adalah betul.


"To all SPM candidates, you don't need luck to pass. If you think some dumb wish is going to help you pass, you already fail."



DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA

By : Unknown


Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah S. A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim) Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, is disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.



Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.



Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S. A. W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)



Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.



Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud :Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -