Popular Post

Posted by : Unknown Sabtu, 27 Oktober 2012



Memiliki rambut hitam, lebat serta mengurai lembut apabila di tiup angin… fuhh…
Tapi apa perasaan anda bila rambut anda mudah gugur.. kekeringan.. terpecah dihujung.. rambut rosak dan terputus-putus menampakkan tidak terurus.. amat mengelisahkan bukan??
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan rambut rosak? Bagaimana pula cara mengatasi rambut rosak ini?

Kini pelbagai produk penjagaan rambut berada di pasaran tapi AWAS jangan tersalah pilih.. Pilihlah jenama yang anda benar-benar yakin dan sesuai bagi rambut anda dan yang paling sesuai bagi masalah rambut yang anda hadapi.. Rambut dikatakan tidak sihat dan memerlukan rawatan segera apabila kutikel dibahagian rambut sedang mengalami kerosakan, patah dan putus menyebabkan rambut anda nampak kusam, tidak bercahaya dan rapuh. Apa yang menyebabkan rambut rosak?
PUNCA RAMBUT ROSAK
  • Proses bleachingperwarnaan kekal atau semi kekal, pengerintingan atau

    Kesan kimia
    perlurusan. Proses ini menyebabkan kerosakan pada kutikel rambut membawa kepada kerosakan ikatan protein pada rambut dan menjadikan strukturnya menjadi lemah selain itu kelumumur juga mudah muncul.
  • Kapanasan Suhu daripada pengering rambut, pengerinting dan pelurus rambut yang mengunakan suhu terlalu tinggi dan kerap menyebabkan kerosakan kutikel rambut serta menghilangkan kelembapan rambut.
  • Cuaca juga menjadi faktor kepada rambut rosak, ini kerana sinaran ultraviolet boleh

    Kesan pelurusan yang salah
    menghilangkan protein rambut lantas merosakkan kutikel rambut. Terutama bagi rambut yang telah melalui proses kimia seperti bleaching, pewarnaan, pengerintingan atau perlurusan.
  • Menyikat Rambut Terlalu kuat dan kerap boleh menyebabkan kecederaan pada kulit kepala lantas membawa kepada keguguran rambut dan kelumumur.
  • Megikat rambut terlalu kuat menyebabkan tekanan kepada pangkal rambut dan kulit kepala. Selain itu elakkanlah dari mengikat rambut menggunakan gelang getah kerana ia menyebabkan

    Akibat getah pengikat
    rambut terputus.
  • Mencuci rambut tidak sempurna setelah selesai berenang juga membawa kerosakan rambut apabila masih ada garam dan klorin melekat pada rambut lantas membawa kepada rambut rosak.
  • Terlalu Kerap mencuci rambut atau terlalu kurang mencuci rambut jika terlalu kerap mencuci rambut hinga setiap kali anda mandi perlu mencuci rambut ini akan menyebabkan kehilangan lembapan rambut dan rambut menjadi kering. Namun begitu jika anda sangat kurang mencuci rambut juga akan membawa kepada rambut rosak. Jika rambut jarang di cuci, rambut akan menjadi berminyak menyebabkan rambut senang gugur, selain itu kelumumur juga akan muncul menyebabkan gatal kulit kepala dan membawa kesan yang lebih teruk. 

CARA MENGATASI RAMBUT ROSAK
  • Cucilah rambut sekurangnya 2 hari sekali. Gunakan syampu yang sesuai dengan masalah rambut anda.
  • Gunakan perapi yang mengandungi protein dan humectants untuk rambut berminyak sebaiknya elakkan perapi megena kulit kepala.
  • Amalkan perawatan khusus seperti memakai hair mask sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk memperbaiki kadaan rambut.
  • Meniniskan serum silikon khusus untuk melembutkan kutikel di samping menjadikan rambut bercahaya.
ELAKKAN….
  • Penggunaan pengering rambut atau pelurus rambut yang terlalu panas
  • Melakukan pelurusan atau pengerintingan rambut sendiri dirumah. Sebaiknya lakukan di salun-salun profesional jika tidak mungkin anda akan mengalami kerosakan rambut. Teknik perlurusan rambut yang salah juga boleh menyebabkan rambut anda patah dan luruh. Pilihlah salun yang terbaik untuk rambut anda kadang kala mereka ini bukan yang benar-benar profesional dan tahu pasal rambut jadi berhati-hati memilih salun.
  • Menaiki motorsikal dengan rambut terurai, sebaiknya lindungilah rambut anda dari asap2 kenderaan dan sinaran matahari yang terik itu.
  • Mengeringkan rambut mengunakan tuala hingga rambut tergeser antara satu sama lain boleh menyebabkan rambut terputus. Sebaiknya usaplah rambut anda dengan lembut.
  • Bersyampu tanpa perapi.
  • Menggunakan sikat yang telalu halus terutama bagi yang berambut panjang sebaiknya gunakanlah sikat yang jarang.

Leave a Reply

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -